Tag Archives: pikirkan!

Pengorat Jalanan

Salam.

Tak marah pun.

Betul, tak marah. 

Cuma kasihan. Pelik. Sedikit sedih.

Takut memikirkan lebih jauh lagi.

Kalau di luar, perkara ini memang biasa. Kalau di kolej-kolej lain juga dengarnya memang perkara sebegini sudah tidak asing lagi.

Tapi di KYUEM yang hanya 400 orang.., perkara ini sangat asing!

Tak pernah pula dengar kisah sebegini daripada seniors dan super seniors. Rekod baru ye? Memang pelajar di sini suka mencuba sesuatu yang baru! Oh..

Langit tak selalu cerah..

“Feeewiitt..” , dan pelbagai bunyi (burung kot) yang pelik-pelik lagi.

“Assalamualaikum.. tak jawab dosa..” (idea kartun untuk menjawab: Korang bagi salam kat aku tu takdosa ke ?) =)

“Hai..jalan sorang-sorang je?”

(Terasa sudah tidak aman apabila berjalan sorang-sorang di kolej)

….

Hurm.

Tarbiyah di sini semakin berkurangkah? Naudzubillah!

Bukan seorang dua berpengalaman. Ramai. Ramai sudah.  Sebab itulah ia menjadi sangat pelik!

Eh, lupa pula nak tanya girls juniors. Diorang kena juga tak agaknya. Terfikir kenapalah kalian nak mengusik kakak-kakak ni.

Kami tahu kamu semua bukannya nak mengorat pun. (Entah siapa kata, kalau nak mengorat betul-betul takpe jugak!)

Jadi, kalau bukan mengorat, suka-suka je ye? Alahai adik-adik..

Betul, kami tak marah. Cuma kasihan.

Ramai merintih, “Sedihnya nak tinggalkan kolej kalau keadaan makin terukmacam ni.”

Dulu

 

Sekarang

 

Adakah kalau landskap kita – dulu lain sekarang lain,

maka,

suasana aman tanpa gangguan juga – dulu lain sekarang lain?

 

Haih. Lorong-lorong jalanan juga semakin hangat di malam hari. Kalau dulu biasanya malam-malam tertentu seperti Valentines Day baharu ‘meriah’  kawasan-kawasan gelap tersebut, kini? Hampir tiap-tiap hari kot!

Kawasan kejadian. Lebih hangat daripada biasa bila malam menjelma! Siang-siang hanya kucing sahaja bertebaran. Malam hari, kucing pun tak berani jalan..(sebab kucing tak sanggup tengok ke?)

Begitu juga dengan memasuki area girls chalet. Tak boleh sebenarnya ya..! Meskipun cuma untuk menghantar barang. Tinggalkanlah saja di pathway tu.. Girls di sini semuanya ringan tulang,kan? Chaletmates ada tu..

Mungkin ramai yang tak tahu kot.. Erm, lepas ni jangan buat lagi ya? Yang dah tahu ingat-ingatkanlah kawan-kawan.

Tapi kalau yang dah tahu pun buat juga..

..apa boleh kita buat lagi?

Ya Allah, rahmati kolej kami..

Kami sayang KYUEM!

 

 

Sampai sekarang sangat musykil dengan habit pengorat jalanan. Pernah ke ada orang tergoda dengan usikan kalian? huhu

 

(p/s: memang sebetulnya tak mahu post apa-apa sekarang ni. takpelah, cuti, update sekejap!)

Advertisements

Buka la tudung ni…

“Buka..buka..!” rengek Iman, belum menjangkau tiga tahun pun usianya.

 

“Buka apa?” saya tak beberapa faham.

 

“Buka tudung ni..” di atas pangkuan Kak Na, Iman menarik tudung saya.

 

“Kenapa nak buka?” hairan saya akan permintaanya.

 

“Buka.. panaash kan..” waduh, bijak sekali anak kecil ini.

 

Tak tahu saya nak menjawabnya. Entah, panaskah? Ketika itu saya tidak panas pun. Tapi saya tak tahu bagaimana nak memberi jawapan terbaik kepada kanak-kanak sekecil itu.

 

“Tak boleh..papa iman kan ada. Tak boleh buka,” semoga dia faham. Tapi seperti tidak mungkin! Muda sangat..

 

“Buka..bukala..” terus dia merengek lagi.

 

“Tak boleh..aurat. Tak boleh buka depan laki-laki,” semoga lebih jelas lagi.

 

Saya terus lari selepas dinasihati Kak Na-> kadang-kadang jangan dilayani permintaan anak kecil, nanti dia makin bising. Saya pun ikut saja lah..

Mungkin dia lihat saya seorang sahaja yang bertudung di rumah itu, tak puas hati jadinya. Rimas matanya, mungkin.

Secara jujurnya, sampai sekarang saya kadangkala terkedu apabila disoal soalan sebegini. Bukan tak tahu jawapan, bukan tak kuat pegangan, tapi ragu-ragu dengan penerangan. Takut jawapan yang diberi kurang bernas, makin keliru pula mereka.

 

Saya punya jawapan saya sendiri, tetapi, bagi saya terlampau panjang untuk dihuraikan pada orang yang bertanya, terutamanya soalan ‘panas atau tidak’. Kalau yang bertanya memang kelihatan nak mengetahui dan nak mendengar ulasan, bolehla saya hurai panjang lebar. Kalau yang bertanya seperti rushing, jawapan saya pun rushing juga. Kemudian, mulalah saya terkenang-kenang jawapan yang diberi. Kadang-kadang menyesal terberi jawapan yang tak jitu dan persis.

 

Pernah seorang penceramah berseloroh, apabila beliau bertanya kepada kaum hawa, “Panaskah memakai tudung?”

Lantas, ramai-ramai mereka menjawab, “Tak..”

Tapi yang memusykilkan, ada pula yang mengipas-ngipas seperti tidak cukup udara. Mestilah kepanasan kan?

 

Panas itu sendiri sungguh subjektif. Setiap orang lain-lain penerimaan darjah kepanasan mereka. Saya kadang-kadang hairan bagaimana orang boleh tidur dengan air-cond. Saya akan menggigil kesejukan esoknya!

 

Oh ya, berbalik kepada isu tudung, saya sangat suka cerita Ustaz Hasrizal dalam blognya. Apabila orang bertanya tujuan memakai tudung, lebih baik kita mengajaknya berfikir dahulu. Soal perlu memakai tudung atau tidak adalah soalan yang mungkin ketujuh, atau kelapan yang perlu diselesaikan. Soalan pertama ialah untuk menyelesaikan soalan TUJUAN HIDUP.

Bagaimana kita mahu mengetahui tujuan hidup kita? Tentulah daripada penciptanya. 

 

Setiap ciptaan di bumi ini sendiri ada tujuan penciptaannya. Tujuan kereta, telefon, pensil, waima pemadam pun ada tujuannya tersendiri.

 

Katakan sebuah telefon bimbit, mestilah penciptanya yang mengetahui tujuan sebenar beliau mengasaskan telefon seumpama itu. Mudah dibawa ke mana saja, misalnya. Banyak kegunaannya yang lain. Tetapi, kalaulah diberikan kepada anak-anak kecil.. tahukah budak tersebut akan kegunaannya? Kalaupun tidak untuk main tekan-tekan sahaja, mesti untuk dibaling-baling seperti bola, cuma bola dalam edisi yang tidak bulat. Kerana kanak-kanak tidak belajar…mereka tidak tahu, apa tujuan penciptaan telefon bimbit itu. Yang mereka nampak, semua benda adalah permainan.

 

Kita yang sudah dewasa ini pun, katakanlah selama ini duduk di pulau tak bermanusia, sekali tercampak sebiji handphone dari langit, tahukah kita akan kegunaannya? Kalau kita hebat sangat pun, tunggu sehari selepas kita habis mengexplore telefon tersebut, baharulah arif sedikit.  Itupun kadangkala, banyak lagi functions yang kita tak tahu, kan? Telefon bimbit yang saya ada sekarang ini pun, sudah dua bulan  pun masih banyak yang saya tak tahu. Saya laju call and message je!

 

Kalaulah saya dapat berjumpa dengan Tauke si pencipta Sony Ericsson, mahu saja saya borak-borak minum kopi sambil belajar bersama beliau setiap satu kegunaan pelik-pelik dalam handphone tersebut. Tapi memandangkan mustahil, tauke tersebut memang belum masanya untuk berkenalan dengan saya lagi, maka manual user yang diberikan sudah amat-amat berguna. Kalau saya mahu menjadi pengguna handphone yang expert, saya mesti memahami dan khatam dahulu manual user tersebut, kan? Saya juga perlu patuh dengan peraturan menggunakan handphone tersebut, seperti tidak boleh direndam dalam air dan sebaiknya menggunakan casing khas supaya tidak tercalar.

 

Begitu juga dengan Pencipta kita. Tanyalah  pada-Nya, tujuan kita diciptakan. Kemudian barulah tanya tujuan Beliau menetapkan peraturan-peraturan lain seperti memakai tudung. Oleh kerana Beliau masih belum masanya untuk bersua dengan hamba-hamba-Nya, maka manual user Al-Quran telah disediakan untuk kita. Untuk menjadi hamba-Nya yang sebenar-benarnya True Believers, kita perlulah memahami dan khatam isi kandungan Manual User yang disedakannya terlebih dahulu..kankankan??

 

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.”

[Adz-Zariyat, 51:56]

%d bloggers like this: