Apabila JAIS datang berziarah ke Gereja

Assalamualaikum wrt dan Salam 1 Malaysia,

Semoga semuanya dalam kemanisan iman terutama di penghujung Ramadhan ini.

Insiden JAIS buat serbuan di sebuah Majlis Makan Malam di Gereja baru-baru ini memang amat menarik perhatian saya (sehingga akhirnya berjaya memaksa saya mengupdate blog yang sudah terabai hampir setahun :)).

(Oh ya, memandangkan ada ramai yang tidak setuju dengan terma SERBUAN Jais, maka mari kita jangan gunakan lagi, mungkin hanya sekadar LAWATAN Jais?)

Dan kali ini, mari kita cuba menulis gaya Che Det ;)

1-      Antara banyak-banyak ulasan yang ditemui, respon Dr.MAZA ini antara yang paling menarik bagi saya.
A must watch!

2-      Kes ini sudah lama, sejak dari 3 Ogos lagi dan sekarang sudah 24 Ogos.
Seperti dilengahkan, dalam keadaan semua kita ternanti-nanti penyelesaian. Pada mulanya saya nampak sedikit jalan keluar apabila PAS mengumumkan untuk membuat pertemuan dengan kedua-dua pihak. Sewajarnya dipuji respon TG Hj Hadi yang tegas tidak mahu mengulas lanjut kerana media mungkin ada pelbagai versi cerita; demi berlaku adil maka biarlah duduk bincang bersama dahulu.
Tapi sayang sekali pertemuan terpaksa dibatalkan kerana tiada perkenan Sultan. Allahuakbar tuanku..
Kemudian di bawah Pimpinan Kerajaan Selangor pula, Sultan dikatakan terkejut dan tidak memperkenankan sebarang syura mahupun dialog. (Kalau lagu ni, bila nak habisnya isu ni. Well done Selangor, buat sajalah JK Pendengaran ke, any names will do kalau Sultan tak nak terima nama ‘syura, dialog’ etc.)

3-       Mari kita lihat rakaman ketika di tempat kejadian.

Oh ya, saya tidak berminat dengan tulisan-tulisan tambahan daripada uploader, fokus kepada situasi kejadian sahaja.
Sejujurnya saya meragui tindakan seperti ini, menurut pemahaman saya, kita tidak boleh menceroboh masuk ke rumah orang tanpa izin, apatah lagi rumah ibadat orang? (correct me if I’m wrong)

Kemudian sesi soal-siasat, ya walaupun hanya di luar dewan, tetapi tetap mengganggu kelancaran majlis serba sedikit. Saya juga kurang nampak di mana  keperluannya sampai berpuluh (atau berbelas) JAIS & Polis berpakaian seragam. (Nasib tak bawa FRU saja..)

Saya cuba membayangkan, kalaulah di UK ini, dalam sebuah program multi-faith di Masjid, berpuluh-puluh paderi berUniform datang dengan sapaan bengis seolah kita pengganas (agak kurang mesra/professional ketika JAIS menemuramah kan?), kemudian menyelak-nyelak agenda majlis sehingga ke tong sampah, bagaimana perasaan kita terutamanya penganjur?

4-      Media pula, di satu sudut saya nampak sedikit mengeruhkan keadaan, baik media perdana mahupun alternatif, keduanya seakan mencari berita sensasi sahaja. Utusan tidak banyak laporan (dan cerita tergantung), Malaysiakini pula ‘terlebih-lebih’ laporan.
Terkilan rasanya apabila Malaysiakini meminta pendapat-pendapat politicians seperti Ibrahim Ali & KJ, seolahnya mereka antara yang berautoriti dalam memberi hujah tentang aqidah (sorry to say).
Allahu, bertambah geram bila tang ni la semua dok ‘Tiada Kompromi Soal Aqidah’ atau ‘Kami sanggup perang demi Mempertahankan Aqidah’, apa isu aqidah hanya apabila masuk gereja? Ramai perwira kita sekarang ni..
(*confused: PM pergi ke Vatican City, Gereja terbesar dunia lagi, tiada siapa risau ke?)

PERKASA berdemo. Sikit-sikit provok kata nak jaga undi orang lain. Aihh..seriously i'm bored with this kind of politics.

5-      Well, kita tidak nafikan, serba sedikit undangan ke Gereja mungkin ‘ada niat’ untuk mempromosi kepercayaan mereka. Bak kata Dr.MAZA, mestilah normal -sepertimana apabila kita mengajak orang ke masjid juga.
Tapi di situlah kita cuba untuk bertindak professional, di situ juga kita reflect kembali tarbiyah & dakwah kita; semudah itukah goyahnya iman apabila masuk ke gereja? Serapuh itukah pula Islam – bahawa seolahnya Islam bukan berdiri atas landasan hujah, kita ini semua hanya membabi buta memilih Islam? (Tercabar rasanya dengan tindakan JAIS ni.)

6-      Gerakan dakyah/dakwah daripada agama lain bukanlah isu baru yang segar dari ladang. Kita semua sudah maklum akan semua ini, lebih-lebih lagi di Borneo sana. Kerap kali kita dengar –  demi  untuk mendapat kelebihan hak-hak Melayu, ramai yang pada dasarnya hanya Islam pada nama.
Justeru malang apabila perlembagaan kita lebih bersifat menghukum daripada mendidik.
JAIS sendiri sudah memberi banyak pengalaman kurang manis kepada kita semua, iya kan?

Jika orang nak memberi kuliah agama ditangkap kerana dikatakan tiada tauliah (e.g Dr,MAZA), kemudian bila ada yang tertarik kepada agama lain (dah penceramah yang power kena sekat, belum masuk yang kena banned dari TV), kenapa nak ditangkap juga?

Contoh lain, maksiat besar-besaran (seperti artis/isteri tokoh bercumbu di khalayak, konsert & TV dsb) kita ragu ke mana perginya JAIS (atau badan agama lain); tapi maksiat yang terselindung, couples yang dating tersembunyi itu lah ‘pegawai pencegah maksiat’ lagi suka hendap dan tangkap. Lucu. Terlampau tajassus dalam perkara yang disorokkan, terlampau menyiput pula bila kemungkaran terang-terangan.

Menghukum ini juga satu projek ‘mee segera’ bagi saya. Seek first to understand than to be understood, perhaps?

7-      Banyak ulasan asatizah yang saya baca, generally baik untuk menyedarkan umat Islam. Cuma terkadang saya kurang setuju dengan statement terbuka seperti ‘Agama mereka salah dan kita Terbaik’.
Alangkah indahnya penggunaan ayat Ustaz Nouman Ali Khan (an American Daie) seperti – Islam is not about we’re better then you , Islam is about let me show something better for you.
Dengan semuanya di hujung jari, tulisan kita dibaca ramai orang, lebih-lebih lagi kalau kita non muslims, mestilah kita nak dengar respon daripada ‘pakar agama’.  Tapi bila bunyinya kita seolah menghentam agama lain, bye-bye sajalah.  (Surah al-An’am: 108)
Kita tidak dikatakan menang dengan menjatuhkan orang lain, agree?  Get real.

8-      Tempoh hari orang bukan Islam dilarang masuk masjid (YB Teo Nie Ching), sekarang orang Islam dilarang masuk gereja. Macam-macam kan? Bolehland..
Nasib saja tiada JAIS nak tangkap kami di UK ni yang selalu pergi gereja (chapels) dan solat di sana.

9-      Rasanya macam banyak lagi points sebelum ni, nanti kalau ingat saya tambah lagi inshaAllah. As for now, saya bersetuju dengan beberapa cadangan & tindakan berikut:

Wallahua’lam, hanya lontaran dari yang penat menunggu penyelesaian pihak atasan.

My thoughts might be different from yours, but please don’t hesitate to point it out, mungkin ada yang anda tahu tapi saya tak tahu :)

Buat akhirnya,

  يَا أَيُّهَآ ٱلَّذِينَ آمَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ للَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلْقِسْطِ وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىۤ أَلاَّ تَعْدِلُواْ ٱعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Maksud mudahnya:

“Wahai orang – orang yang beriman, jadilah kamu orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil dan janganlah sekali – kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kau kerjakan. “(5:8)

Menariknya di sini, i’dilu (اعْدِلُواْ), ditulis jama’ secara umum, tidak pula dikhaskan i’dilu lil muslimin (berlaku adillah kepada sesama muslim) saja.
Maka mari kita berlaku adil buat semua, baik Islam mahupun bukan Islam; baik yang bernyawa mahupun tidak :)
Ala kulli hal, setiap kejadian ada hikmahnya inshaAllah, syukur juga ada insiden macam ni, setidaknya kita aware bahawa dakwah kita tak cukup melaju lagi ;)

Sekian, just my 2 cents for angpow raya =D

Saya mohon maaf kepada semua warga kerja JAIS, saya bukan Anti-JAIS ya, dan saya cuba untuk tidak men-generalise-kan anda. Semoga usaha anda selama ini diredhai, dan mana yang kurang kita sama-sama ambil teladan ;)
Allahu musta’an.

p/s: actually post ini adalah komen saya yang disiarkan semula untuk satu status di FB. boleh ziarah di sini atau di sini untuk melihat sedikit perbincangan sesama friends :)

Ada Apa dengan Mesir?

“Sebulan lebih?? Awak bertapa apa kat sana?” hehe, itulah anak baru nak bertatih mengaji ni ;p

“Fuh. Melancong habis tu, jadi orang Mesir la korang,” eh tidaklah..Piramid pun kitorang tak sampai awak.huhu. Ayam golek Mesir yang jadi sebutan ramai tu pun tak sempat nak merasa!

Maaf untuk bercerita tentang Mesir lagi dalam post kali ini. Sungguh saya masih merindui Ardul Kinanah itu :)

Fatimah dan Kak Juita, di salah sebuah masjid *lupa dah*

Ramai yang bertanya akan pengalaman berada di Mesir.

Ramai juga memberi respon-

Tak tahu pun boleh ambil kelas, atau
macam mana caranya nak ambil kelas? Orang UK boleh ke?

Dan tak ketinggalan juga – ‘Kenapa tak cakap awak ambil kelas…saya ingatkan awak melancong je!’
Huhu maaf awak, saya lupa nak ajak awak. Nanti tahun depan insha-Allah kita pergi ngaji lagi okay?

Maka post kali ini; ingin saya kongsikan apa yang boleh kita cari di Mesir, insha-Allah; berdasarkan pengalaman singkat saya ke sana. Mudah-mudahan membantu sahabat-sahabat yang juga ada hajat untuk ke sana, tapi biasanya dengar orang hanya melancong jalan-jalan:)

Post ini tidak sempat untuk bercerita tentang tempat-tempat pelancongan, must-visit places ke, kerana yang ini saja sudah melampau panjang 8-)

***

Orang selalu cerita bertalaqqi di Mesir. Macam Fahri Ayat-Ayat Cinta tu. Ingatkan Azhariyah (pelajar Azhar) saja dapat peluang begitu. Alhamdulillah, rupanya kita yang merangkak-rangkak lagi ini pun boleh rebut peluang juga :)

Saya sendiri sebenarnya tak menyangka – terrrlalu banyak kelas yang boleh diambil di sana, dengan kapasiti saya sebagai ‘bukan budak dirasat@pengajian agama’.  Yang bakal saya ceritakan ini hanyalah yang dalam pengetahuan saya. Mungkin sangat sedikit sebenarnya, berbanding apa lagi yang saya tak tahu. Wallahua’lam.

Segalanya dalam perancangan Allah yang Maha Teliti dan Maha Cantik. Alhamdulillah ala kulli hal.

Sekali lagi, semua ini berdasakan pengalaman saya pada musim panas lalu. Sama ada valid atau tidak untuk musim-musim lain seperti musim sejuk, saya kurang pasti; kerana pernah dengar juga sahabat di sana katakan kami bertuah datang pada musim panas; kerana lebih banyak kelas dek para syeikh dan asatizah tiada kelas formal di university.

APA YANG BOLEH DICARI DI SANA?

Kelas-kelas, kursus-kursus mengaji tafaqquh dan sebagainya jangan anda cari di Internet. Bukan budayanya lagi (belum zamannya? :p) mungkin. Yang anda jumpa di Internet itu biasanya pusat-pusat yang dah terlampau advance, dan biaya pun menggila. Serius, google lah.

Justeru dapatkan seorang kenalan untuk membantu anda. Kalau tiada, usahakan untuk cari kenalan kepada kawan anda, kawan kepada kawan anda pun boleh. Saya tidak pernah mencuba, namun saya rasakan travel agent yang popular di kalangan warga UK seperti Kembara Sufie pun boleh membantu anda. Mereka punya jaringan yang sangat luas, inshaallah.

Jujurnya saya rasa, tidak ramai (para pelajar di Mesir) yang menyangka kita di negara barat ini ada yang punya niat untuk belajar di sana. Dan secara stereotaipnya, orang UK ke Mesir untuk berjalan melihat piramid, maka mungkin antara mereka sedikit terlupa untuk mempromosi tarikan utama di bumi Anbiya’ – khazanah ilmunya =)

Mana-mana pelajar Azhar (we call them Azhari) yang belajar dirasat (pengajian agama) terutamanya, insha-Allah sangat maklum akan kelas-kelas yang available. Masjid Al-Azhar misalnya, ada mengeluarkan jadual kelas tafaqquh, padat hampir setiap hari pagi ke malam terisi. Hanya cuma kita, mahu pergi atau tidak.

Kami sendiri sangat banyak dibantu oleh Zaty, Medical Student Azhar tahun pertama. Masha-Allah, tak terkira betapa syukurnya kami. Dengan jaringan yang beliau ada, beliau sendiri yang mencadangkan kami kelas-kelas talaqqi, tafaqquh, yang kami tak pernah terfikir pun. Oh, rancangan awal kami sebetulnya cuma kelas bahasa Arab!

KELAS APA YANG ADA?

Ini cuma sepengetahuan saya saja ya. Dan kami menetap di sekitar Kaherah, ibu negara Mesir.

Kelas Bahasa Arab, merata-rata ada. Anda boleh request sendiri mahu kelas yang bagaimana; macam kami minta khususkan untuk penguasaan lisan.

Dari kanan Ustaz Sherif - Mudirul Ma'ahad dan... tak ingat pangkat dan namanya T.T

Jangan khuatir jika anda tiada basic sedikit pun. Hatta jika perkataan arab yang anda tahu cuma-  ‘Assalamualaikum’ saja pun, memang itulah tujuannya untuk belajar; masha-Allah, bahasa quran ni =)

Keypoint penting yang dapat saya lihat untuk hampir kesemua kelas yang kami ikuti, anda yang ‘membentuk’ kelas anda. Nyatakan apa tujuan anda mahu belajar, tempoh mahu belajar, persekitaran dan sebagainya untuk memeudahkan mereka memahami situasi anda. Sama ada mahu kelas one-by-one, atau in group, atau mahu mix dengan bangsa lain, atau mahu kelas yang betul-betul ‘practical’ seperti sentiasa ke pasar, atau mahu belajar bahasa ‘ammiyah misriyah – bukan arab fushah, atau bermacam-macam lagi permintaan anda; semuanya terpulang kepada anda dan kemampuan mereka untuk tunaikan.

Atau mahu belajar satu-satu kitab sahaja, minta untuk diterjemah dan dihurai tafsirkan, masih terpulang pada anda. Insha-Allah, ada saja tok gurunya nanti.

Kelas khat. Saya tak ambil yang ni. Tapi memang ada.

Kelas bersanad (susur galur – berantai sehingga ke Rasulullah saw daripada Jibril as).

Sangat banyak kelas bersanad yang pernah saya dengar. Yang kami sempat ambil cuma bacaan Al-Quran Riwayat Hafs. Kitab-kitab mu’tabar juga banyak yang boleh dipelajari talaqqi bersanad. Ustaz irfan di Aberdeen sini pernah cerita beliau ambil kitab Syama’il Muhammadiyah bersanad.

Antara helaian dalam Log Ijazah

Kenapa kita mahu belajar bersanad?

Saya copy dari Ijazah yang kami terima:

وقد قال سيدى الشيخ صالح الجعفرى الأزهرى رضى الله عنه في أهمية التلقى بالسند:

  • تعلم للتلاوة من عليم

  • وخذ إسند ختم إن ختمتا

  • لتصبح من ذوى القرآن بدرا

  • تضىءبه الأماكن حيث كنتا

(Siapa berminat datang Mesir, sila cuba translate! hehe, google translate pun ok :))

Kami menuntut dengan Syeikh Nabil Muhammad,

Setakat yang saya arif akan kelas lain yang di bawah pantauan beliau yang biasanya diambil Malizi:

  • Bacaan Quran Riwayat Hafs sehingga khatam dengan melihat mushaf (kami ambil yang ini, kiranya seperti tahsin- memperbaik bacaan)
  • Bacaan tanpa melihat mushaf (untuk yang menghafaz)
  • Bacaan mengikut riwayat lain yang sepuluh sama ada dengan melihat mushaf atau tidak

Nasab Syeikh Soleh Jaafari (..panjang sampai ke Rasulullah saw) - di Masjidnya tempat kami mengaji saban hari; dan Syeikh Nabil pula daripada keturunan Syeikh Soleh.

Kelas-kelas Tafaqquh lain; sama ada yang bersanad mahupun tidak

Seperti yang disebut sebelum ini, Masjid Azhar sentiasa penuh pengajian. Belum masjid lain lagi. Para penyampainya tentunya syeikh-syeikh yang bertauliah. Sama ada free mahupun berbayar, anda pilih; di Mesir ini memang banyak sekali peluangnya!

Tidak kurang juga, para asatizah Melayu kita yang hebat-hebat di sana sangat ramai. Yang boleh berikan kuliah. Anda boleh request juga kepada mereka nak kelas apa.

Sahabat-sahabat di sana pernah suggest, “Ustaz ni sedap ngaji ni (baca dengan accent Kelantan),”
Maka set, mereka deal dengan ustaz, pukul 6.30 pagi diorang mula kelas Matn Abi Syuja’! Allah.. mana nak cari kat Malaysia ni, pagi-pagi buta dah mula kelas..

Rumah-rumah negeri juga sentiasa ada kelas pengajian saban minggu, daripada Syeikh Arabi sehinggalah ke Syeikh Malizi.

Rumah Negeri Sembilan, kelas kami setiap Selasa

Dan kelas-kelas lain yang kami tak tahu..

Dan rasanya, badan-badan organisasi persatuan/jemaah juga banyak events mereka tersendiri. Bila mana kami di rumah Kelantan, semuanya aktif PMRAM belaka. Rumah asyik kosong, orang pergi program, meeting sana sini.huhu.
Bila kami ke rumah di Mounira pula, mereka pun busy dengan daurah sana sini.

Kami waktu tu memang banyak serender.huhu bagusla aktif betul orang mesir ni =)

BERAPA LAMA TEMPOHNYA?

Sekurang-kurangnya 10 hari di sana insha-Allah sudah memadai untuk mengambil kelas-kelas asas. Tentunya, jikalau 10 hari itu anda ingin maksimumkan waktu untuk menghadiri kelas, maka kurang pula waktu untuk berjalan (atau mungkin tiada langsung), dan sebaliknya.

Di Eqraa Arabic Centre tempat kami mengambil kursus bahasa Arab, mereka memang ada menawarkan kursus bahasa intensif 10 hari.

Seorang sahabat saya dari Morocco pula pernah mengambil Kelas Tahsin Quran bersanad, juga 10 hari cuma. Oh yang ini memang versi speed habis, dari pagi ke malam- jika anda larat, dan tenaga pengajar pun available. Apapun anda harus mengenalpasti kapabiliti anda terlebih dahulu, dan syeikh-syeikhah juga akan menilai sama ada anda mampu atau tidak untuk habiskan.

Kami sendiri untuk kelas Quran dijadualkan sepatutnya sebulan, namun Alhamdulillah kami berjaya habiskan kurang tiga minggu. Bergantung pada kesudian anda untuk memperuntukkan masa anda; dan kami bertuah alhamdulillah,mendapat syeikhah yang tak jemu menemani sesekala sampai ke malam, tapi anak muridnya pula pernah terbuai saat baca Quran kerana terlampau letih! (Oh sila bayangkan anda keluar awal pagi balik senja tiap-tiap hari, berkejaran merebut bas, akhirnya bersesak sardin pula, dan berjalan jauh dalam tengah panas pada suhu 42C.hehe)

Cuba define sikit,  mampu tak mampu ni..?

Hurm..yang saya ceritakan ini untuk tahsin Al-Quran. Maka anda akan memperdengar bacaan quran anda kepada syeikh-syeikhah. Setiap makhraj huruf yang salah, harakat panjang pendek dan hukum tajwid lain, semuanya akan diperbetul dengan betul-betul terperinci. Ya, terperinci sekali dan jangan lupa, , tentunya bukan anda sahaja yang ingin mereka hadapkan, mereka punya pelajar lain juga.

Kalau Syeikh Nabil tempat saya belajar, andai sudah beberapa kali kena tegur dalam satu bacaan, maka jawabnya kena berhentilah anda.

“Ya bint, pergi duduk sana, setiap salah ulang 10 kali!” (eh janganlah baca dalam nada yang garang sangat :p)

Oh malu juga kalau ramai yang dengar. Stress jadinya asyik kena halau duduk ulang 10 kali.ahaha.


UPDATED 28/08/11: Saya terjumpa video ini, lebih kurang beginilah caranya talaqqi kami tempoh hari. Tapi syeikh yang ini nampak lebih lenient, kami kalau dah kena tegur banyak-banyak macam ni dah kena halau dah =D

Eh jangan malu dan stress ya, insha-Allah, selepas hari pertama yang penuh dengan teguran, dan quran pun dah penuh dengan contengan; tentunya nanti kita dah boleh nampak kesilapan utama kita di mana :)

Begitulah setiap hari, duduk bersila menghadap syeikh-syeikhah; (eh syeikh sangat jaga pandangan :D) sampai anda boleh membaca dengan tajwid dengan betul-betul baik, yang melayakkan anda untuk terima ijazah. Sesekali juga syeikh akan menulis di papan hitam, atau membuat pengumuman besar-besaran untuk menerangkan apa-apa berkaitan, terutama kalau ramai yang membuat kesilapan sama.

Banyak kali juga saya ditegur, “Ya bint Malizi, enti taqra’ bikhusyu’ ok? ” (Hai anak Malaysia, baca dengan khusyu’ ya?)
Masha-Allah, bila bacaan sudah tidak salah, ada pula bab lain yang syeikh boleh spot!

Syeikh kata saya tak baca dengan hati, syeikh minta saya cuba tangkap maknanya. Hehe benarlah syeikh, waktu tu saya sedang terbayang, ‘Kejap lagi kalau kena suruh berhenti, nak pergi beli roti canai kat kedai sebelah masjid’ =D

Apa lagi ya?

KOS PERBELANJAAN

Secara kasarnya kami spent seperti berikut:

Tiket return London- Cairo : £290 (boleh dapat murah lagi)
Kelas Bahasa Arab: 200 Genih ≈ £23
Kelas Alquran Bersanad: 570 Genih ≈ £63
Jaulah (termasuk Sinai-Hiking) ≈ £60
Penginapan: Tumpang rumah kawan free meri maa.. Tapi berbasa lah especially di rumah negeri :)
Miscellaneous (makan, shopping, transport etc) ≈ £80 (yang ini depends. £80 ni sebenarnya sangatt banyak 8-) )

Lebih kurang lah ye =)
Kalau tak salah, amaun kami berbelanja sebulan lebih ini hampir sama dengan amaun dibelanjakan sahabat-sahabat yang pergi ke tempat pelancongan seminggu dua bersama travel agent pada musim sejuk. Dengarnya biaya winter lebih mahal =)

Oh ya, perlu diingatkan, jangan sesekali anda samakan Mesir dengan Malaysia, apatah lagi UK :) Semua sistem di Mesir (mungkin tidak semua, tetapi berani untuk saya katakan majoritinya) tidak fix, sangat fleksibel. Hatta anda berada di ‘tempat yang anda rasakan sepatutnya professional’, tapi jangkaan anda boleh meleset!

Kadang-kadang, di Airport, di pusat-pusat pengajian berlesen pun cara mereka mengenakan bayaran seolah-olah di pasar malam. Oh bagaimana untuk diterangkan..anda perlu sampai sana dahulu =)

Jangan sesekali terus bersetuju apabila diberitahu kadar yuran, terutama jika anda tidak fasih berbahasa Arab, ataupun sahabat anda yang menemani anda (translator anda) juga tidak fasih. Parah!

Above all, saya rasa peranan kawan-kawan yang fasih bahasa arabnya dan tidak kekok berkongsi, malah bersemangat untuk tanya anda ‘mahu join ini atau tidak; dengarnya ada kelas ini kelas itu, nak saya tanyakan? blabla...’ sangat penting untuk membantu melicinkan permusafiran anda di sana, insha-Allah.

Rasanya setakat itu sahaja. Sekali lagi, yang saya coretkan hanya sekadar yang saya maklum sahaja, dan mungkin banyaak lagi yang boleh diexplore di Mesir. Sila contact rakan terdekat anda di Mesir untuk pengetahuan lanjut =)

dan..Insha-Allah kalau ada apa-apa, I’m more than happy to help =)

Nak pergi lagi!

menuruni puncak sinai dengan semangat baru =)

p/s: di kala sedang kepeningan dengan coursework, waktu itulah waktu paling bersemangat untuk update blog terutamanya. doakan!

Tiba-tiba

Salam Alaik semua.

Salam Aidil Adha, Minal Aidin Fal Faizeen.

Tiba-tiba terasa nak update blog.

Kata Imam Al-Ghazali,

“Ukhuwwah itu bukan terletak pada pertemuan,
bukan pada manisnya ucapan dibibir
tetapi, terletak pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya”

Couldn’t agree more with him.

(mode: tidak merasakan diri ini pandai bermanja pada semua keadaan. antara seorang sahabat yang sangat rapat denganku, dialah yang aku paling skema dengannya.)

Safar fi sabilih, insha-Allah :)

Alhamdulillah, selaut syukur dipanjangkan buat Dia, Dia jua yang memberi rezeki tak putus-putus tanpa kita pinta.

Semalam, tamat sudah sesi safar fi sabilillah (insha-Allah) saya sepanjang musim panas ini. Mudah-mudahan benarlah ‘safar fi sabilillah’ (perjalanan di jalan Allah), bukanlah perjalanan yang sia-sia.

Teringat pernah ditegur oleh Mudir (pengurus) Jam’iah Syar’iah tempat saya mengambil kursus di Kahirah, yang menegur apabila saya menyatakan tujuan datang ke Mesir untuk ‘Siahah Ta’limiah’ (Melancong sambil belajar) – katanya kalau sudah disebut ‘siahah’ (melancong) ; maka hati-hati dengan niatmu.
Apakah benar datang jauh-jauh ke Mesir untuk belajar (ta’lim) yakni fi sabililillah, atau melancong cuma. Maka moleklah gunakan saja ‘safar fi sabilillah.
Em, mungkin cuma mainan bahasa, tapi ada benarnya, apa yang kita ucap itu juga satu doa, kan? :)

Baik, kembali ke topik asal.

Sungguh, musim panas kali ini membawa pelbagai episod yang sangat panjang untuk diceritakan. Bermula dari kisah di Aberdeen sendiri, apabila pemergian orang-orang penting di sini, Ustaz Burhan dan Ustazah Najah sekeluarga, serta Ustaz Irfan dan hero-heronya. Allah saja yang tahu betapa sayu hati ini melepaskan mereka, yang sentiasa menyerikan biah solehah di Aberdeen ini.

atas: ustaz irfan ziarah ke rumah pada hari terakhirnya aberdeen
bawah: kak najah dan family di airport

Glasgow-Nottingham

Ekspedisi pertama saya bermula di Glasgow; menyertai Malaysian Glasgow Community dalam sambutan pelajar baru mereka. Entahnya, teringin pula melihat cara sambutan pelajar baru di tempat lain. Dalam kuantiti pelajar Melayu yang agak ramai (dan tentunya sangat ramai berbanding Aberdeen!) saya teringin melihat peluang ini, kerana di Aberdeen biasanya tiada sambutan pelajar baru secara besar-besaran – kerana purata yang datang ke sini saban tahun cuma tiga orang. Jadi, tak tersambut sangat kot.heh.
Mujur ada kenalan kakak-kakak pharmacy di sana, taklah segan sangat menumpang program orang.

Dan tentunya, sangat jealous melihat macam-ni-ke-korang disambut! Best rupanya di tempat ramai Melayu ni, semuanya senior bawa dan tunjuk satu-satu cara hidup di bumi baru. Ok, go aberdeen!

Kemudian bergerak ke Nottingham untuk memulakan safar bersama Siti Fatimah Mukhtar, sahabat lama sejak dari kolej persediaan dulu. Sekali lagi, jealousnya dengan tempat-tempat ramai Melayu macam ni. Suasananya lain. Cara hidupnya lain. Macam mana? Kena rasa la.hehe.

Apapun adila, banyakkan syukur. Tak ramai Melayu pun ada ke-best-an tersendiri =)

Gambar mengikut susunan ke kanan:

1. Bawa orang Jordan jelajah London (sebenarnya sama-sama jelajah, sebab sendiri jarang ke London :D)
2. Di Exeter, bersama Aunty PhD yang sangat excited nampaknya bersua kami (Muslims)
3. Orang Glasgow Baru berjemaah shopping
4. Sebelum The Big Debates bermula

London dan sekitarnya

Beberapa hari di Nottingham, kami menyusul ke London. Di sini, jadual ketat kami bermula.
Beberapa program menarik yang menjadi rebutan kami:

Tentunya sangat banyak yang boleh diulas untuk program-program tersebut, dan seperti perlu buat post khas :)

Dengan kekangan masa sekarang ini, cukup untuk saya letakkan keypoints berikut:

  • Kedua-dua UK-IC dan Debates ada beberapa orang lumpuh yang hadir. Bersemangatnya mereka! Lebih-lebih lagi yang seorang not-yet-muslim itu. (Malu sebagai yang sihat selalu malas pergi program~)
  • UK-IC dipercayai mendapat tentangan daripada The English Defence League (EDL ) yang menyemarakkan semangat racism terhadap Muslims. Mereka berdemo,dan alhamdulillah, turut ada pula NGO lain yang berdemo against mereka. Boleh baca di sini. Best sngat tengok mat-mat salleh not-yet-muslims sebarkan pamplet untuk demonstrasi selamatkan Islam =)
  • Dr. Abu Ameenah Bilal Philips, yakni antara Guest Speaker yang paling dinanti untuk UK-IC, dibanned untuk masuk ke UK atas program ini. Dalam seputar waktu yang sama, Dr. Zakir Naik juga turut di-reject visa untuk masuk ke UK dan terpaksa menunda beberapa siri Dakwah Tour nya. Haisy, Parti Konservatif dah mula tunjuk taring nampaknya!
  • Berkait dengan points di atas, pihak penganjur UK-IC sangat menitikberatkan soal keselamatan sepanjang berprogram. Tempat program saja ditukar dua hari sebelum, dipercayai atas faktor keselamatan peserta juga. Dan fuh, sangat banyak dengarnya dugaan yang mereka terima dalam mengendalikan program ini.
    Tak lupa, kami turut diiringi dua orang Musyrif  (bukan Melayu ye) untuk pulang ke rumah selesai tamat program kerana tiada lelaki dalam kalangan kami. Siapa sangka di UK pun boleh ada Musyrif kan? Ingatkan di Mesir je =D
    (Musyrif = biasanya di Mesir, kalau akhawat nak keluar malam atau jauh, ditemani ikhwah atas tujuan keselamatan)
  • Seorang sahabat bertanyakan saya akan keperluan/prioriti untuk menghadiri program-program sebegini (program Muslims anjuran locals, bukan Melayu) berbanding dengan program yang dianjurkan oleh Melayu sendiri. Saya faham maksud beliau, kerana selalu sangat orang kata, program sebegini memang bagus; cuma masalahnya tiada follow-up dan mereka tak mahu kita hangat-hangat tahi ayam. Jawapan saya? Mestilah sangat panjang.hehe. Nanti-nantilah. Post akan datang, insha-Allah.
  • Di bawah adalah video untuk Debates. Sangat cool!

Kami menumpang di rumah baru Ili Dayana (yang sangat besar!), yang betul-betul baru pindah. Housemates beliau 80% tiada dan belum pun merasmikan rumah tersebut – sesetengahnya sudah pulang ke Malaysia, sesetengahnya ada program. Sungguh, mungkin kami lebih arif akan letak-susun rumah tersebut berbanding tuan-tuan rumah yang 80% itu :D

Perjalanan seterusnya ke Plymouth dan Exeter. Perjalanan yang sungguh memenatkan kerana kami hanya memperuntukkan masa 2 hari; dan untuk Exeter – hanya sepetang saja. Cukup untuk hai-hai–bye-bye ke setiap lokasi menarik. Tribute untuk Diyana Satar, Aufa Nabilah dan Kak Maryam untuk moments yang saangat berharga :)

Egypt

Akhirnya, destinasi yang telah saya impikan sekian lama – Mesir Ardul Kinanah. Sejak kecil menyebut-nyebut tentang Mesir, ketika Form Two siap letak poster Azhar Syarif atas meja; alhamdulillah, sampai jua saya ke sini.
Sekali lagi, sebulan tiga hari di sana – tentunya saaangat banyak pengalaman untuk dicoretkan. Cukup yang ringkas-ringkas saja ya.

Ramai sekali yang bertanya, mengapa kami (Saya dan Fatimah) memilih musim panas untuk bercuti ke Mesir. Dengan suhu sekitar 35°C-50°C, tentunya seperti bukan pilihan yang menarik; lagi-lagi bagi pelajar Scotland yang dah terbiasa di bawah 10°c!

Pastinya, bukanlah melancong semata niat ke sana. Kami teringin sekali menghadiri kelas yang sentiasa disebut pelajar-pelajar Mesir, yang memang menjadi kejelesan kami; dan alhamdulillah Allah permudahkan. Dan kami cuma punya cuti yang panjang di musim panas, kerana target kami sekurang-kurangnya perlu sebulan di sana.

Alhamdulillah, Allah izin untuk kami menghadiri beberapa kelas di sana; dua maincourses iaitu Kursus Bahasa Arab dan Kursus Al-Quran serta beberapa lagi kelas tafaqquh tidak formal.

Masha-Allah, memang masha-Allah.

Alhamdulillah, untuk kelas bahasa, kami berjaya menghabiskan dua mustawa (level). Dan yang paling menggembirakan, kami berjaya menghabiskan bacaan 30 juzu’ Al-Quran Riwayat Hafs dalam masa tiga minggu di bawah pantauan Ulama’ Al-Azhar Syarif, Syeikh Nabil Muhammad. Alhamdulillah, alhamdulillah.

It was above my expectation; hari pertama saya mengaji cuma beberapa muka. Sana sini disekat syeikh dan syeikhah. Makhraj itu, makhraj ini. Astaghfirullah, macam manalah saya baca quran selama ni!

Alhamdulillaah, hari demi hari, akhirnya dalam sehari boleh baca dua hingga ke tiga juzu’. Cumanya, dengan saya yang memang ada masalah suara cepat habis, nafas pula cepat tersekat; memang sungguh seksa untuk membaca 6jam sehari atau lebih. Berkotak-kotak strepsils saya habiskan. Syeikhah siap bagi tips minum air ini itu untuk pernafasan.huhu. Alhamdulillah, lepas juga akhirnya =)

syajarah

Kelas Arab kami di Hayyu Rab’ah, manakala kelas Quran di Hussain. Jarak keduanya agak jauh. Alhamdulillah, dengan menetap di Rumah Kelantan Lama di Hayyu Sabi’, kami kurang bermasalah untuk bergerak ke kelas dengan bas.
Tetapi sesekali berpindah ke Mounira yang jauh, (dan kanak-kanak di sana seperti Ayu dan Huda majoritinya ber-teksi sentiasa ;p) melatih kami untuk bergaul dengan masyarakat setempat. Bahasa Inggeris tentunya tak laku di sini. Bahasa Arab yang dipelajari di kelas pula agak berbeza dengan Bahasa Mesir Ammiyah.
Alhamdulillah, setakat ini tidaklah sesat jauh mana :D

Paling best, pabila sesekala bertanya seorang dua akan tempat yang dituju, sepertinya semua penumpang dalam bas bersemangat untuk beritahu kami untuk turun.
“Ya Malizi, hena, nazlah hena,”
“Orang Malaysia, sini, turun di sini,” =)

jaulah maqam, masjid dan sekitar qahirah

Lantaran jadual kelas yang sangat padat, sangatlah sedikit kami berjalan di bumi Mesir ini. Kelas Quran saja 6jam sehari 6x seminggu. Berangkat pagi dan pulang maghrib, biasanya hanya katil yang nampak di rumah.
Jadi janganlah ditanya kami tentang Pyramid atau Giza ya, memang tak sempat nak jejak~
Atau Aswan, Luxor, Matruh-Siwa, Dahab, ataupun mana-mana tempat pelancongan lain; memang tidak terkejar ke sana. Hanya hujung minggu kami peruntukkan untuk berjalan melihat alam, maka kami letakkan prioriti tempat-tempat bersejarah dahulu.


Arabic Class Trip

Yang paling mengujakan dalam siri ziarah ini tentutlah ziarah ke Sinai dan sekitarnya. Alhamdulillah, walaupun ustaz-ustaz punyalah suruh kami ke Matruh Siwa instead of Sinai, berjaya juga kami ke sana.
Tak pernah dibuat orang, bak kata ustaz. Mendaki gunung di kala musim panas, dan hanya mahu ke sana dua hari satu malam saja, pening ustaz dibuatnya! (Kami taknak escape kelas..jadi kena dua hari saja~)

Jujurnya, memang layu dibuatnya berjalan di musim panas, dan memang taubat saya taknak percaya lagi kata-kata Ustaz “Sikit lagi nak sampai”!

Apapun Alhamdulillah..ekspedisi telah berakhir, tanpa (bantuan) unta, topi atau cermin mata hitam. Betapa sukarnya nabi dan umat terdahulu mengedarkan risalah kan? Memang wajarlah antara modul tarbiyah Ikhwanul Muslimin dengan mendaki Sinai…

gambar yang terpilih adalah di saat mampu bertahan. kebanyakan gambar – semua muka separuh pengsan! (dan lebih banyak lagi: tidak bergambar=tak larat)

Sungguh manis semuanya di Mesir sana, meski sebulan cuma. Tribute untuk semuanya, barakallahu feekum. Mungkin tak tersebut semuanya – Zaty Asma’ Salsabila, Kak Asliza, Kak Nik Mahabbah (anak buah Tok Guru), Kak Hafizah HarisAyu Amiza, Huda Nik Pa, Maryam Rasyadah, Syahidah dan antum semua =)

Oh terlupa, satu lagi Kursus yang sempat diambil di sini – Lughotul Klate 8)

Hampir setiap hari ada kalimatun jadidah untuk saya, makhraj dan harakat juga kerap ditegur – mengalahkan kursus bahasa arab pula =)

Dan kini, saya kembali ke hari-hari biasa di Aberdeen. Dan benarlah, sesungguhnya Aberdeen ini sejuk.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

%d bloggers like this: