Monthly Archives: March 2012

Memilih-milih dalam berbuat kebaikan

يقول الله تعالى:
يا أيها الناس قد جاءتكم موعظة من ربكم وشفاء لما في الصدور} يونس: 75}
Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pengajaran daripada Tuhanmu dan penawar bagi hati (Surah Yunus :75)

فلم لا تحسنون إلا لمن أحسن إليكم
Mengapa kamu tidak berbuat baik kecuali hanya kepada mereka yang berbuat baik kepadamu,

 ولا تصلون إلا من وصلكم
Dan tidak bersilaturrahim kecuali hanya kepada mereka yang (mahu) bersilaturrahim denganmu?

 ولا تكلمون إلا من كلمكم
Dan tidak berbicara kecuali hanya kepada mereka yang berbicara denganmu

 ولا تطعمون إلا من أطعمكم
Dan tidak memberi makan kecuali kepada mereka yang memberi makan kepadamu

 ولا تكرمون غلا من أكرمكم ؟
Dan tidak memuliakan kecuali kepada mereka yang memuliakanmu?

 وليس لأحد على أحد فضل
Dan tidaklah seseorang itu lebih baik daripada seorang yang lain..

إنما المؤمنون الذين آمنوا بالله ورسوله
Sesungguhnya orang mukmin itu adalah yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya,

  الذين يحسنون إلى من أساء إليهم
Mereka melakukan kebaikan kepada yang berbuat buruk kepada mereka,

 ويعفون عمن حرمهم
Memberi kemaafan kepada yang tidak memberi kemaafan kepada mereka.

 وياتمنون من خانهم
Mereka amanah kepada yang mengkhianati meraka.

ويصلون من قطعهم
Dan membina hubungan kepada yang memutuskan (hubungan dengan mereka).

ويكلمون من هجرهم
Berbicara kepada yang enggan berbicara dengan mereka.

ويكرمون من أهانهم
Memuliakan mereka yang meghinanya.

 وإني بكم لخبير
Dan sesungguhnya Aku tersangat mengetahui tentang perbuatan kamu.

Petikan Hadith Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali
Al-Mawa’iz fil Ahadith Qudsiah

%d bloggers like this: