Ada Apa dengan Mesir?

“Sebulan lebih?? Awak bertapa apa kat sana?” hehe, itulah anak baru nak bertatih mengaji ni ;p

“Fuh. Melancong habis tu, jadi orang Mesir la korang,” eh tidaklah..Piramid pun kitorang tak sampai awak.huhu. Ayam golek Mesir yang jadi sebutan ramai tu pun tak sempat nak merasa!

Maaf untuk bercerita tentang Mesir lagi dalam post kali ini. Sungguh saya masih merindui Ardul Kinanah itu :)

Fatimah dan Kak Juita, di salah sebuah masjid *lupa dah*

Ramai yang bertanya akan pengalaman berada di Mesir.

Ramai juga memberi respon-

Tak tahu pun boleh ambil kelas, atau
macam mana caranya nak ambil kelas? Orang UK boleh ke?

Dan tak ketinggalan juga – ‘Kenapa tak cakap awak ambil kelas…saya ingatkan awak melancong je!’
Huhu maaf awak, saya lupa nak ajak awak. Nanti tahun depan insha-Allah kita pergi ngaji lagi okay?

Maka post kali ini; ingin saya kongsikan apa yang boleh kita cari di Mesir, insha-Allah; berdasarkan pengalaman singkat saya ke sana. Mudah-mudahan membantu sahabat-sahabat yang juga ada hajat untuk ke sana, tapi biasanya dengar orang hanya melancong jalan-jalan:)

Post ini tidak sempat untuk bercerita tentang tempat-tempat pelancongan, must-visit places ke, kerana yang ini saja sudah melampau panjang 8-)

***

Orang selalu cerita bertalaqqi di Mesir. Macam Fahri Ayat-Ayat Cinta tu. Ingatkan Azhariyah (pelajar Azhar) saja dapat peluang begitu. Alhamdulillah, rupanya kita yang merangkak-rangkak lagi ini pun boleh rebut peluang juga :)

Saya sendiri sebenarnya tak menyangka – terrrlalu banyak kelas yang boleh diambil di sana, dengan kapasiti saya sebagai ‘bukan budak dirasat@pengajian agama’.  Yang bakal saya ceritakan ini hanyalah yang dalam pengetahuan saya. Mungkin sangat sedikit sebenarnya, berbanding apa lagi yang saya tak tahu. Wallahua’lam.

Segalanya dalam perancangan Allah yang Maha Teliti dan Maha Cantik. Alhamdulillah ala kulli hal.

Sekali lagi, semua ini berdasakan pengalaman saya pada musim panas lalu. Sama ada valid atau tidak untuk musim-musim lain seperti musim sejuk, saya kurang pasti; kerana pernah dengar juga sahabat di sana katakan kami bertuah datang pada musim panas; kerana lebih banyak kelas dek para syeikh dan asatizah tiada kelas formal di university.

APA YANG BOLEH DICARI DI SANA?

Kelas-kelas, kursus-kursus mengaji tafaqquh dan sebagainya jangan anda cari di Internet. Bukan budayanya lagi (belum zamannya? :p) mungkin. Yang anda jumpa di Internet itu biasanya pusat-pusat yang dah terlampau advance, dan biaya pun menggila. Serius, google lah.

Justeru dapatkan seorang kenalan untuk membantu anda. Kalau tiada, usahakan untuk cari kenalan kepada kawan anda, kawan kepada kawan anda pun boleh. Saya tidak pernah mencuba, namun saya rasakan travel agent yang popular di kalangan warga UK seperti Kembara Sufie pun boleh membantu anda. Mereka punya jaringan yang sangat luas, inshaallah.

Jujurnya saya rasa, tidak ramai (para pelajar di Mesir) yang menyangka kita di negara barat ini ada yang punya niat untuk belajar di sana. Dan secara stereotaipnya, orang UK ke Mesir untuk berjalan melihat piramid, maka mungkin antara mereka sedikit terlupa untuk mempromosi tarikan utama di bumi Anbiya’ – khazanah ilmunya =)

Mana-mana pelajar Azhar (we call them Azhari) yang belajar dirasat (pengajian agama) terutamanya, insha-Allah sangat maklum akan kelas-kelas yang available. Masjid Al-Azhar misalnya, ada mengeluarkan jadual kelas tafaqquh, padat hampir setiap hari pagi ke malam terisi. Hanya cuma kita, mahu pergi atau tidak.

Kami sendiri sangat banyak dibantu oleh Zaty, Medical Student Azhar tahun pertama. Masha-Allah, tak terkira betapa syukurnya kami. Dengan jaringan yang beliau ada, beliau sendiri yang mencadangkan kami kelas-kelas talaqqi, tafaqquh, yang kami tak pernah terfikir pun. Oh, rancangan awal kami sebetulnya cuma kelas bahasa Arab!

KELAS APA YANG ADA?

Ini cuma sepengetahuan saya saja ya. Dan kami menetap di sekitar Kaherah, ibu negara Mesir.

Kelas Bahasa Arab, merata-rata ada. Anda boleh request sendiri mahu kelas yang bagaimana; macam kami minta khususkan untuk penguasaan lisan.

Dari kanan Ustaz Sherif - Mudirul Ma'ahad dan... tak ingat pangkat dan namanya T.T

Jangan khuatir jika anda tiada basic sedikit pun. Hatta jika perkataan arab yang anda tahu cuma-  ‘Assalamualaikum’ saja pun, memang itulah tujuannya untuk belajar; masha-Allah, bahasa quran ni =)

Keypoint penting yang dapat saya lihat untuk hampir kesemua kelas yang kami ikuti, anda yang ‘membentuk’ kelas anda. Nyatakan apa tujuan anda mahu belajar, tempoh mahu belajar, persekitaran dan sebagainya untuk memeudahkan mereka memahami situasi anda. Sama ada mahu kelas one-by-one, atau in group, atau mahu mix dengan bangsa lain, atau mahu kelas yang betul-betul ‘practical’ seperti sentiasa ke pasar, atau mahu belajar bahasa ‘ammiyah misriyah – bukan arab fushah, atau bermacam-macam lagi permintaan anda; semuanya terpulang kepada anda dan kemampuan mereka untuk tunaikan.

Atau mahu belajar satu-satu kitab sahaja, minta untuk diterjemah dan dihurai tafsirkan, masih terpulang pada anda. Insha-Allah, ada saja tok gurunya nanti.

Kelas khat. Saya tak ambil yang ni. Tapi memang ada.

Kelas bersanad (susur galur – berantai sehingga ke Rasulullah saw daripada Jibril as).

Sangat banyak kelas bersanad yang pernah saya dengar. Yang kami sempat ambil cuma bacaan Al-Quran Riwayat Hafs. Kitab-kitab mu’tabar juga banyak yang boleh dipelajari talaqqi bersanad. Ustaz irfan di Aberdeen sini pernah cerita beliau ambil kitab Syama’il Muhammadiyah bersanad.

Antara helaian dalam Log Ijazah

Kenapa kita mahu belajar bersanad?

Saya copy dari Ijazah yang kami terima:

وقد قال سيدى الشيخ صالح الجعفرى الأزهرى رضى الله عنه في أهمية التلقى بالسند:

  • تعلم للتلاوة من عليم

  • وخذ إسند ختم إن ختمتا

  • لتصبح من ذوى القرآن بدرا

  • تضىءبه الأماكن حيث كنتا

(Siapa berminat datang Mesir, sila cuba translate! hehe, google translate pun ok :))

Kami menuntut dengan Syeikh Nabil Muhammad,

Setakat yang saya arif akan kelas lain yang di bawah pantauan beliau yang biasanya diambil Malizi:

  • Bacaan Quran Riwayat Hafs sehingga khatam dengan melihat mushaf (kami ambil yang ini, kiranya seperti tahsin- memperbaik bacaan)
  • Bacaan tanpa melihat mushaf (untuk yang menghafaz)
  • Bacaan mengikut riwayat lain yang sepuluh sama ada dengan melihat mushaf atau tidak

Nasab Syeikh Soleh Jaafari (..panjang sampai ke Rasulullah saw) - di Masjidnya tempat kami mengaji saban hari; dan Syeikh Nabil pula daripada keturunan Syeikh Soleh.

Kelas-kelas Tafaqquh lain; sama ada yang bersanad mahupun tidak

Seperti yang disebut sebelum ini, Masjid Azhar sentiasa penuh pengajian. Belum masjid lain lagi. Para penyampainya tentunya syeikh-syeikh yang bertauliah. Sama ada free mahupun berbayar, anda pilih; di Mesir ini memang banyak sekali peluangnya!

Tidak kurang juga, para asatizah Melayu kita yang hebat-hebat di sana sangat ramai. Yang boleh berikan kuliah. Anda boleh request juga kepada mereka nak kelas apa.

Sahabat-sahabat di sana pernah suggest, “Ustaz ni sedap ngaji ni (baca dengan accent Kelantan),”
Maka set, mereka deal dengan ustaz, pukul 6.30 pagi diorang mula kelas Matn Abi Syuja’! Allah.. mana nak cari kat Malaysia ni, pagi-pagi buta dah mula kelas..

Rumah-rumah negeri juga sentiasa ada kelas pengajian saban minggu, daripada Syeikh Arabi sehinggalah ke Syeikh Malizi.

Rumah Negeri Sembilan, kelas kami setiap Selasa

Dan kelas-kelas lain yang kami tak tahu..

Dan rasanya, badan-badan organisasi persatuan/jemaah juga banyak events mereka tersendiri. Bila mana kami di rumah Kelantan, semuanya aktif PMRAM belaka. Rumah asyik kosong, orang pergi program, meeting sana sini.huhu.
Bila kami ke rumah di Mounira pula, mereka pun busy dengan daurah sana sini.

Kami waktu tu memang banyak serender.huhu bagusla aktif betul orang mesir ni =)

BERAPA LAMA TEMPOHNYA?

Sekurang-kurangnya 10 hari di sana insha-Allah sudah memadai untuk mengambil kelas-kelas asas. Tentunya, jikalau 10 hari itu anda ingin maksimumkan waktu untuk menghadiri kelas, maka kurang pula waktu untuk berjalan (atau mungkin tiada langsung), dan sebaliknya.

Di Eqraa Arabic Centre tempat kami mengambil kursus bahasa Arab, mereka memang ada menawarkan kursus bahasa intensif 10 hari.

Seorang sahabat saya dari Morocco pula pernah mengambil Kelas Tahsin Quran bersanad, juga 10 hari cuma. Oh yang ini memang versi speed habis, dari pagi ke malam- jika anda larat, dan tenaga pengajar pun available. Apapun anda harus mengenalpasti kapabiliti anda terlebih dahulu, dan syeikh-syeikhah juga akan menilai sama ada anda mampu atau tidak untuk habiskan.

Kami sendiri untuk kelas Quran dijadualkan sepatutnya sebulan, namun Alhamdulillah kami berjaya habiskan kurang tiga minggu. Bergantung pada kesudian anda untuk memperuntukkan masa anda; dan kami bertuah alhamdulillah,mendapat syeikhah yang tak jemu menemani sesekala sampai ke malam, tapi anak muridnya pula pernah terbuai saat baca Quran kerana terlampau letih! (Oh sila bayangkan anda keluar awal pagi balik senja tiap-tiap hari, berkejaran merebut bas, akhirnya bersesak sardin pula, dan berjalan jauh dalam tengah panas pada suhu 42C.hehe)

Cuba define sikit,  mampu tak mampu ni..?

Hurm..yang saya ceritakan ini untuk tahsin Al-Quran. Maka anda akan memperdengar bacaan quran anda kepada syeikh-syeikhah. Setiap makhraj huruf yang salah, harakat panjang pendek dan hukum tajwid lain, semuanya akan diperbetul dengan betul-betul terperinci. Ya, terperinci sekali dan jangan lupa, , tentunya bukan anda sahaja yang ingin mereka hadapkan, mereka punya pelajar lain juga.

Kalau Syeikh Nabil tempat saya belajar, andai sudah beberapa kali kena tegur dalam satu bacaan, maka jawabnya kena berhentilah anda.

“Ya bint, pergi duduk sana, setiap salah ulang 10 kali!” (eh janganlah baca dalam nada yang garang sangat :p)

Oh malu juga kalau ramai yang dengar. Stress jadinya asyik kena halau duduk ulang 10 kali.ahaha.


UPDATED 28/08/11: Saya terjumpa video ini, lebih kurang beginilah caranya talaqqi kami tempoh hari. Tapi syeikh yang ini nampak lebih lenient, kami kalau dah kena tegur banyak-banyak macam ni dah kena halau dah =D

Eh jangan malu dan stress ya, insha-Allah, selepas hari pertama yang penuh dengan teguran, dan quran pun dah penuh dengan contengan; tentunya nanti kita dah boleh nampak kesilapan utama kita di mana :)

Begitulah setiap hari, duduk bersila menghadap syeikh-syeikhah; (eh syeikh sangat jaga pandangan :D) sampai anda boleh membaca dengan tajwid dengan betul-betul baik, yang melayakkan anda untuk terima ijazah. Sesekali juga syeikh akan menulis di papan hitam, atau membuat pengumuman besar-besaran untuk menerangkan apa-apa berkaitan, terutama kalau ramai yang membuat kesilapan sama.

Banyak kali juga saya ditegur, “Ya bint Malizi, enti taqra’ bikhusyu’ ok? ” (Hai anak Malaysia, baca dengan khusyu’ ya?)
Masha-Allah, bila bacaan sudah tidak salah, ada pula bab lain yang syeikh boleh spot!

Syeikh kata saya tak baca dengan hati, syeikh minta saya cuba tangkap maknanya. Hehe benarlah syeikh, waktu tu saya sedang terbayang, ‘Kejap lagi kalau kena suruh berhenti, nak pergi beli roti canai kat kedai sebelah masjid’ =D

Apa lagi ya?

KOS PERBELANJAAN

Secara kasarnya kami spent seperti berikut:

Tiket return London- Cairo : £290 (boleh dapat murah lagi)
Kelas Bahasa Arab: 200 Genih ≈ £23
Kelas Alquran Bersanad: 570 Genih ≈ £63
Jaulah (termasuk Sinai-Hiking) ≈ £60
Penginapan: Tumpang rumah kawan free meri maa.. Tapi berbasa lah especially di rumah negeri :)
Miscellaneous (makan, shopping, transport etc) ≈ £80 (yang ini depends. £80 ni sebenarnya sangatt banyak 8-) )

Lebih kurang lah ye =)
Kalau tak salah, amaun kami berbelanja sebulan lebih ini hampir sama dengan amaun dibelanjakan sahabat-sahabat yang pergi ke tempat pelancongan seminggu dua bersama travel agent pada musim sejuk. Dengarnya biaya winter lebih mahal =)

Oh ya, perlu diingatkan, jangan sesekali anda samakan Mesir dengan Malaysia, apatah lagi UK :) Semua sistem di Mesir (mungkin tidak semua, tetapi berani untuk saya katakan majoritinya) tidak fix, sangat fleksibel. Hatta anda berada di ‘tempat yang anda rasakan sepatutnya professional’, tapi jangkaan anda boleh meleset!

Kadang-kadang, di Airport, di pusat-pusat pengajian berlesen pun cara mereka mengenakan bayaran seolah-olah di pasar malam. Oh bagaimana untuk diterangkan..anda perlu sampai sana dahulu =)

Jangan sesekali terus bersetuju apabila diberitahu kadar yuran, terutama jika anda tidak fasih berbahasa Arab, ataupun sahabat anda yang menemani anda (translator anda) juga tidak fasih. Parah!

Above all, saya rasa peranan kawan-kawan yang fasih bahasa arabnya dan tidak kekok berkongsi, malah bersemangat untuk tanya anda ‘mahu join ini atau tidak; dengarnya ada kelas ini kelas itu, nak saya tanyakan? blabla...’ sangat penting untuk membantu melicinkan permusafiran anda di sana, insha-Allah.

Rasanya setakat itu sahaja. Sekali lagi, yang saya coretkan hanya sekadar yang saya maklum sahaja, dan mungkin banyaak lagi yang boleh diexplore di Mesir. Sila contact rakan terdekat anda di Mesir untuk pengetahuan lanjut =)

dan..Insha-Allah kalau ada apa-apa, I’m more than happy to help =)

Nak pergi lagi!

menuruni puncak sinai dengan semangat baru =)

p/s: di kala sedang kepeningan dengan coursework, waktu itulah waktu paling bersemangat untuk update blog terutamanya. doakan!

Advertisements

6 responses to “Ada Apa dengan Mesir?

  1. hidayah 3 December, 2010 at 4:45 pm

    salam kak nova.

    wah wah.seronok ye dpt pluang belajar secara informal kt mesir.saya pun berazam nak ke sana juga la.

    tapi,sebelum tu kena usaha gigih2 utk a-level ni.dh terbang nnt boleh la kite bermimpi panjang lagi.

  2. Fatimah 13 December, 2010 at 11:03 pm

    Assalamualaikum..

    subhanallah adila..
    terimbau kenangan di mesir masa tengah buat revision utk exam ni, terus terfikir nak baca balik post lama kat blog awak.. Rupa2nya dah ada post baru pasal mesir juga, lebih menambah kerinduan ni=)
    Thanks a lot for the post..
    jazakillahukhairal jaza’..

    By the way, tambahan tentang gambar:
    -1st: tu masjid sultan hassan kalau tak silap
    -2nd: sebelah Ustaz Sherif tu, Ustaz Muhammad, pengurus markaz kalau tak silap juga.
    ( kalau silap, tolong betulkan ya )

    p/s: Jom study sungguh2 selagi ada masa ni.. Ada peluang masa cuti, boleh g menuntut ilmu lagi insyaallah!

  3. mazlan 25 January, 2011 at 12:49 pm

    masyaallah,dgr cerita pun dh rasa sronok..insyaAllah nak tanam niat pegi baca Quran bersanad kt sana cuti sek hujung tahun..
    Amin Ya Rab..

  4. mylittlepencil 18 March, 2011 at 5:51 am

    Assalamualaikum…jemputlah datang ke bumi kinanah ini lagi….ana juga belajar di markaz bahasa arab yang sama. Memg best sgt2…penuh tsaqafahnya, tak mcm kelas2 arab yg lain…

    insyaAllah…kalau ada masa dan Allah izinkan dan murah rezekinya, jemputlah bertandang lagi…

  5. Muhammad Athir 19 August, 2011 at 4:27 pm

    Seronok sangat baca artikel ni, memberi nafas baru dlm angan2 ana blajar bahasa Arab. Ana nak bawa kawan2 la pergi duduk Mesir sebulan tahun depan, Alhamdulillah, ini yang dicari selama ni, tak akan disia-siakan. Doa kan kami boleh pergi jumpa syeikh2 di Mesir..

  6. Muhammad Hafidz bin Mohd Fadzli 6 February, 2013 at 2:02 pm

    Assalamualaikum

    ingin bertanya lah bagaimana tahu mengenai tempat2 utk menghafaz dan belajar bahasa arab di mesir ,

    saya teringin utk ke sana di masa cuti semester 3 bulan ,
    tpi x arif pasal ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: