Safar fi sabilih, insha-Allah :)

Alhamdulillah, selaut syukur dipanjangkan buat Dia, Dia jua yang memberi rezeki tak putus-putus tanpa kita pinta.

Semalam, tamat sudah sesi safar fi sabilillah (insha-Allah) saya sepanjang musim panas ini. Mudah-mudahan benarlah ‘safar fi sabilillah’ (perjalanan di jalan Allah), bukanlah perjalanan yang sia-sia.

Teringat pernah ditegur oleh Mudir (pengurus) Jam’iah Syar’iah tempat saya mengambil kursus di Kahirah, yang menegur apabila saya menyatakan tujuan datang ke Mesir untuk ‘Siahah Ta’limiah’ (Melancong sambil belajar) – katanya kalau sudah disebut ‘siahah’ (melancong) ; maka hati-hati dengan niatmu.
Apakah benar datang jauh-jauh ke Mesir untuk belajar (ta’lim) yakni fi sabililillah, atau melancong cuma. Maka moleklah gunakan saja ‘safar fi sabilillah.
Em, mungkin cuma mainan bahasa, tapi ada benarnya, apa yang kita ucap itu juga satu doa, kan? :)

Baik, kembali ke topik asal.

Sungguh, musim panas kali ini membawa pelbagai episod yang sangat panjang untuk diceritakan. Bermula dari kisah di Aberdeen sendiri, apabila pemergian orang-orang penting di sini, Ustaz Burhan dan Ustazah Najah sekeluarga, serta Ustaz Irfan dan hero-heronya. Allah saja yang tahu betapa sayu hati ini melepaskan mereka, yang sentiasa menyerikan biah solehah di Aberdeen ini.

atas: ustaz irfan ziarah ke rumah pada hari terakhirnya aberdeen
bawah: kak najah dan family di airport

Glasgow-Nottingham

Ekspedisi pertama saya bermula di Glasgow; menyertai Malaysian Glasgow Community dalam sambutan pelajar baru mereka. Entahnya, teringin pula melihat cara sambutan pelajar baru di tempat lain. Dalam kuantiti pelajar Melayu yang agak ramai (dan tentunya sangat ramai berbanding Aberdeen!) saya teringin melihat peluang ini, kerana di Aberdeen biasanya tiada sambutan pelajar baru secara besar-besaran – kerana purata yang datang ke sini saban tahun cuma tiga orang. Jadi, tak tersambut sangat kot.heh.
Mujur ada kenalan kakak-kakak pharmacy di sana, taklah segan sangat menumpang program orang.

Dan tentunya, sangat jealous melihat macam-ni-ke-korang disambut! Best rupanya di tempat ramai Melayu ni, semuanya senior bawa dan tunjuk satu-satu cara hidup di bumi baru. Ok, go aberdeen!

Kemudian bergerak ke Nottingham untuk memulakan safar bersama Siti Fatimah Mukhtar, sahabat lama sejak dari kolej persediaan dulu. Sekali lagi, jealousnya dengan tempat-tempat ramai Melayu macam ni. Suasananya lain. Cara hidupnya lain. Macam mana? Kena rasa la.hehe.

Apapun adila, banyakkan syukur. Tak ramai Melayu pun ada ke-best-an tersendiri =)

Gambar mengikut susunan ke kanan:

1. Bawa orang Jordan jelajah London (sebenarnya sama-sama jelajah, sebab sendiri jarang ke London :D)
2. Di Exeter, bersama Aunty PhD yang sangat excited nampaknya bersua kami (Muslims)
3. Orang Glasgow Baru berjemaah shopping
4. Sebelum The Big Debates bermula

London dan sekitarnya

Beberapa hari di Nottingham, kami menyusul ke London. Di sini, jadual ketat kami bermula.
Beberapa program menarik yang menjadi rebutan kami:

Tentunya sangat banyak yang boleh diulas untuk program-program tersebut, dan seperti perlu buat post khas :)

Dengan kekangan masa sekarang ini, cukup untuk saya letakkan keypoints berikut:

  • Kedua-dua UK-IC dan Debates ada beberapa orang lumpuh yang hadir. Bersemangatnya mereka! Lebih-lebih lagi yang seorang not-yet-muslim itu. (Malu sebagai yang sihat selalu malas pergi program~)
  • UK-IC dipercayai mendapat tentangan daripada The English Defence League (EDL ) yang menyemarakkan semangat racism terhadap Muslims. Mereka berdemo,dan alhamdulillah, turut ada pula NGO lain yang berdemo against mereka. Boleh baca di sini. Best sngat tengok mat-mat salleh not-yet-muslims sebarkan pamplet untuk demonstrasi selamatkan Islam =)
  • Dr. Abu Ameenah Bilal Philips, yakni antara Guest Speaker yang paling dinanti untuk UK-IC, dibanned untuk masuk ke UK atas program ini. Dalam seputar waktu yang sama, Dr. Zakir Naik juga turut di-reject visa untuk masuk ke UK dan terpaksa menunda beberapa siri Dakwah Tour nya. Haisy, Parti Konservatif dah mula tunjuk taring nampaknya!
  • Berkait dengan points di atas, pihak penganjur UK-IC sangat menitikberatkan soal keselamatan sepanjang berprogram. Tempat program saja ditukar dua hari sebelum, dipercayai atas faktor keselamatan peserta juga. Dan fuh, sangat banyak dengarnya dugaan yang mereka terima dalam mengendalikan program ini.
    Tak lupa, kami turut diiringi dua orang Musyrif  (bukan Melayu ye) untuk pulang ke rumah selesai tamat program kerana tiada lelaki dalam kalangan kami. Siapa sangka di UK pun boleh ada Musyrif kan? Ingatkan di Mesir je =D
    (Musyrif = biasanya di Mesir, kalau akhawat nak keluar malam atau jauh, ditemani ikhwah atas tujuan keselamatan)
  • Seorang sahabat bertanyakan saya akan keperluan/prioriti untuk menghadiri program-program sebegini (program Muslims anjuran locals, bukan Melayu) berbanding dengan program yang dianjurkan oleh Melayu sendiri. Saya faham maksud beliau, kerana selalu sangat orang kata, program sebegini memang bagus; cuma masalahnya tiada follow-up dan mereka tak mahu kita hangat-hangat tahi ayam. Jawapan saya? Mestilah sangat panjang.hehe. Nanti-nantilah. Post akan datang, insha-Allah.
  • Di bawah adalah video untuk Debates. Sangat cool!

Kami menumpang di rumah baru Ili Dayana (yang sangat besar!), yang betul-betul baru pindah. Housemates beliau 80% tiada dan belum pun merasmikan rumah tersebut – sesetengahnya sudah pulang ke Malaysia, sesetengahnya ada program. Sungguh, mungkin kami lebih arif akan letak-susun rumah tersebut berbanding tuan-tuan rumah yang 80% itu :D

Perjalanan seterusnya ke Plymouth dan Exeter. Perjalanan yang sungguh memenatkan kerana kami hanya memperuntukkan masa 2 hari; dan untuk Exeter – hanya sepetang saja. Cukup untuk hai-hai–bye-bye ke setiap lokasi menarik. Tribute untuk Diyana Satar, Aufa Nabilah dan Kak Maryam untuk moments yang saangat berharga :)

Egypt

Akhirnya, destinasi yang telah saya impikan sekian lama – Mesir Ardul Kinanah. Sejak kecil menyebut-nyebut tentang Mesir, ketika Form Two siap letak poster Azhar Syarif atas meja; alhamdulillah, sampai jua saya ke sini.
Sekali lagi, sebulan tiga hari di sana – tentunya saaangat banyak pengalaman untuk dicoretkan. Cukup yang ringkas-ringkas saja ya.

Ramai sekali yang bertanya, mengapa kami (Saya dan Fatimah) memilih musim panas untuk bercuti ke Mesir. Dengan suhu sekitar 35°C-50°C, tentunya seperti bukan pilihan yang menarik; lagi-lagi bagi pelajar Scotland yang dah terbiasa di bawah 10°c!

Pastinya, bukanlah melancong semata niat ke sana. Kami teringin sekali menghadiri kelas yang sentiasa disebut pelajar-pelajar Mesir, yang memang menjadi kejelesan kami; dan alhamdulillah Allah permudahkan. Dan kami cuma punya cuti yang panjang di musim panas, kerana target kami sekurang-kurangnya perlu sebulan di sana.

Alhamdulillah, Allah izin untuk kami menghadiri beberapa kelas di sana; dua maincourses iaitu Kursus Bahasa Arab dan Kursus Al-Quran serta beberapa lagi kelas tafaqquh tidak formal.

Masha-Allah, memang masha-Allah.

Alhamdulillah, untuk kelas bahasa, kami berjaya menghabiskan dua mustawa (level). Dan yang paling menggembirakan, kami berjaya menghabiskan bacaan 30 juzu’ Al-Quran Riwayat Hafs dalam masa tiga minggu di bawah pantauan Ulama’ Al-Azhar Syarif, Syeikh Nabil Muhammad. Alhamdulillah, alhamdulillah.

It was above my expectation; hari pertama saya mengaji cuma beberapa muka. Sana sini disekat syeikh dan syeikhah. Makhraj itu, makhraj ini. Astaghfirullah, macam manalah saya baca quran selama ni!

Alhamdulillaah, hari demi hari, akhirnya dalam sehari boleh baca dua hingga ke tiga juzu’. Cumanya, dengan saya yang memang ada masalah suara cepat habis, nafas pula cepat tersekat; memang sungguh seksa untuk membaca 6jam sehari atau lebih. Berkotak-kotak strepsils saya habiskan. Syeikhah siap bagi tips minum air ini itu untuk pernafasan.huhu. Alhamdulillah, lepas juga akhirnya =)

syajarah

Kelas Arab kami di Hayyu Rab’ah, manakala kelas Quran di Hussain. Jarak keduanya agak jauh. Alhamdulillah, dengan menetap di Rumah Kelantan Lama di Hayyu Sabi’, kami kurang bermasalah untuk bergerak ke kelas dengan bas.
Tetapi sesekali berpindah ke Mounira yang jauh, (dan kanak-kanak di sana seperti Ayu dan Huda majoritinya ber-teksi sentiasa ;p) melatih kami untuk bergaul dengan masyarakat setempat. Bahasa Inggeris tentunya tak laku di sini. Bahasa Arab yang dipelajari di kelas pula agak berbeza dengan Bahasa Mesir Ammiyah.
Alhamdulillah, setakat ini tidaklah sesat jauh mana :D

Paling best, pabila sesekala bertanya seorang dua akan tempat yang dituju, sepertinya semua penumpang dalam bas bersemangat untuk beritahu kami untuk turun.
“Ya Malizi, hena, nazlah hena,”
“Orang Malaysia, sini, turun di sini,” =)

jaulah maqam, masjid dan sekitar qahirah

Lantaran jadual kelas yang sangat padat, sangatlah sedikit kami berjalan di bumi Mesir ini. Kelas Quran saja 6jam sehari 6x seminggu. Berangkat pagi dan pulang maghrib, biasanya hanya katil yang nampak di rumah.
Jadi janganlah ditanya kami tentang Pyramid atau Giza ya, memang tak sempat nak jejak~
Atau Aswan, Luxor, Matruh-Siwa, Dahab, ataupun mana-mana tempat pelancongan lain; memang tidak terkejar ke sana. Hanya hujung minggu kami peruntukkan untuk berjalan melihat alam, maka kami letakkan prioriti tempat-tempat bersejarah dahulu.


Arabic Class Trip

Yang paling mengujakan dalam siri ziarah ini tentutlah ziarah ke Sinai dan sekitarnya. Alhamdulillah, walaupun ustaz-ustaz punyalah suruh kami ke Matruh Siwa instead of Sinai, berjaya juga kami ke sana.
Tak pernah dibuat orang, bak kata ustaz. Mendaki gunung di kala musim panas, dan hanya mahu ke sana dua hari satu malam saja, pening ustaz dibuatnya! (Kami taknak escape kelas..jadi kena dua hari saja~)

Jujurnya, memang layu dibuatnya berjalan di musim panas, dan memang taubat saya taknak percaya lagi kata-kata Ustaz “Sikit lagi nak sampai”!

Apapun Alhamdulillah..ekspedisi telah berakhir, tanpa (bantuan) unta, topi atau cermin mata hitam. Betapa sukarnya nabi dan umat terdahulu mengedarkan risalah kan? Memang wajarlah antara modul tarbiyah Ikhwanul Muslimin dengan mendaki Sinai…

gambar yang terpilih adalah di saat mampu bertahan. kebanyakan gambar – semua muka separuh pengsan! (dan lebih banyak lagi: tidak bergambar=tak larat)

Sungguh manis semuanya di Mesir sana, meski sebulan cuma. Tribute untuk semuanya, barakallahu feekum. Mungkin tak tersebut semuanya – Zaty Asma’ Salsabila, Kak Asliza, Kak Nik Mahabbah (anak buah Tok Guru), Kak Hafizah HarisAyu Amiza, Huda Nik Pa, Maryam Rasyadah, Syahidah dan antum semua =)

Oh terlupa, satu lagi Kursus yang sempat diambil di sini – Lughotul Klate 8)

Hampir setiap hari ada kalimatun jadidah untuk saya, makhraj dan harakat juga kerap ditegur – mengalahkan kursus bahasa arab pula =)

Dan kini, saya kembali ke hari-hari biasa di Aberdeen. Dan benarlah, sesungguhnya Aberdeen ini sejuk.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

Advertisements

18 responses to “Safar fi sabilih, insha-Allah :)

  1. Kak Reym 30 July, 2010 at 5:20 pm

    Salam wbt,
    Saudari nova..
    Pekabar awak?Nway,seronok bc jaulah egypt awak ni..moga segala ilmu yg ditimba menjadi bekalan akhirat sana.Oh yes,akak dh balik Msia for good..alhamdulillah,dh abes blaja kat uk..meneruskan perjuangan di Msia plak la..doakan akak.

    I’m wishing u all da best in ur future.Belajar rajin2 k..always keep in contact ye.

  2. Rezza Khanafiah 30 July, 2010 at 7:26 pm

    assalamua-‘alaikum wrh wbt.

    Satu perjalanan menarik, pengalaman baik buat lipatan kenangan. Saya kagum masih ada orang seperti saudari Adila dan Siti Fatimah Mukhtar (Satu Alumni) bercita-cita habiskan masa di bumi anbiya’, antara lain mendalami ilmu al-Quran dan ilmu-ilmu berkaitan sedangkan orang lain lebih ideal memilih percutian di negara-negara bercuaca dingin, bersistem, bersih dan sebagainya, ironinya sungguh aneh.

    Moga kehadiran kalian ke sini telah memberi banyak input.

    p/s: Maaf, tak berkesempatan menghadiah buku terbaru saya kepada saudari Adila, kecuali Siti Fatimah. Itupun pada hari terakhir. Terima kasih sudi habiskan masa sebahagian cuti di Bumi Kinanah.

  3. Ahyana 31 July, 2010 at 7:11 am

    Assalamua’laikum wbt. tahniah buat adik2ku yang begitu bersungguh2 menjejakkan kaki ke ardhul kinanah. apatah lagi untuk sebuah tujuan yang suci lagi murni, ‘safar fisabilih’. singkat, tapi mendalam maksudnya untuk yang benar2 menghadami erti sebuah perjalanan kehidupan.

    Alhamdulillah tamat sudah akhirnya kembara ke sini. Tapi akak yakin ianya bukan pengakhiran, insyaallah akan dtg lagi kan?? jemput ke zaqziq pula ok. ^^ [walaupun xdelah benda sgtpun kat sni ada kuda hantur je..hihi]

    Maaf kak pun x sempat nak bawak kalian ronda2 sekitar egypt, tahu pun secara kebetulan saja tentang kehadiran awk dua orang ni ke sini, dan masyaAllah pertemuan kita memang diaturkan Allah. Really happy to see my junior here. dahla sanggup dtg jauh dr UK. siap dpt ngaji dgn sheikh lagi…bertuah sgt2!. Tapi akak minta maaf kerana kekangan masa dan jarak, maka agak menyukarkan untuk trus bersama di kaherah. Insyaallah nati helo2 je jika nak mai egypt lagi ok..

    apapun harap enjoylah spjg duk sini [dan semoga pengalaman sebentar cuma ini akan membuahkan rindu yang mendalam lagi untuk terus bertandang ke bumi anbiya’]. insyaallah, masih banyak permata2 yang menunggu antum dan kami smua [yang dah sedia ada di bumi mesir ni] untuk menggilapnya di sebalik debu2 pasir yang menyelaputi sebahagian besar ardhul kinanah. dan tahniah dapat juga mendaki impian ke puncak tursina =j hrp trubat lah rindu tu ya…

    insyaallah, semoga kembara kita kerana Allah. dan smg banyak ibrah darinya yang kita bisa bawa pulak untuk Ummah yang sedang menunggu kita di malaysia..insyaallah.

    Teruskan perjuangan. dan kirim salam pada salji snowman tu ye! Insyaallah 1 hr nati kami smpai sana pulak..hihi…

    Seeru a’la barakatillah! =j Takbir..

  4. Ahyana 31 July, 2010 at 7:17 am

    wah..ustaz rezza pun ada juga kat sini. btw tahniah ustaz atas kelahiran buku2 putera azhari yg seterusnya setelah BDKC. baru je dapatkan buku ustaz yang terbaru, ‘Melakar Pelangi Cinta’,yang insyaallah akan cuba dikhatamkan dalam flight pulang ke malaysia nanti. =j

    moga trus istiqamah menulis dan berkongsi kpd Ummah.

  5. lili 4 August, 2010 at 5:59 am

    amboiiii cik nova… sakan berjalan abes2an niiii… kata mahu simpan uang? ehhehe gurau2.

    singgah2 la lesta lagi… kali ni ak akan layan ko mcm raja la. aritu layan mcm permaisuri je kan? meh habaqkan kisah2 menarik kat mesir tu.

    dari
    sahabat yg merindui celotehmu

  6. lil Biruny 5 August, 2010 at 12:00 pm

    salam alayk~

    Alhamdulillah kerana masih mampu bersafar dan mengembara.

    ” Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezekiNya. Dan hanya kepadaNyalah kamu dibangkitkan ” [Surah Al-Mulk : 15]

    Bila ana terbaca post ini, ana sering kali terfikir.. Apakah rahsia dan tips yang diberikan oleh asatizah di egypt sewaktu mengikuti kursus + pembelajaran di sana?? Mohon dikongsikan bersama..

  7. adiLa 6 August, 2010 at 9:15 pm

    salam wbt semua :)

    Kak Reym:
    Alhamdulillah. ini catatan versi speeding punya kak. sangat banyak lagi tak tercerita ni :)
    Bila boleh jumpa kak reym lagi ni..
    oh ya selamat berjuang di Malaysia kak. tahniah!
    Eh nanti akak buatla akaun fb ye, macam mana nak contact akak. But no rush, nak buat lepas kahwin pun boleh =D

    .

    Ust. Rezza:
    Alhamdulillah, mudah-mudahan Allah redha.
    Kalau ikutkan ustaz, saya yakin sangat ramai lagi yang dari UK ni berminat untuk datang ke Mesir, mengambil kelas dan bertalaqqi semua.
    Cuma kekangan masa, dan juga ramai tak tahu bagaimana caranya. Alhamdulillah mungkin kerana kami ramai kenalan di sana, lebih mudah untuk berurusan. Juga asatizah kami yang banyak promosi tentang Egypt dan ‘boleh belajar apa di sana’.

    Bila mana beberapa teman tahu kami ambil kelas di sini, ramai juga terkilan, “Kenapa tak ajak..Macam mana sebenarnya nak ambil kelas, macam mana kalau tak tahu sikit pun bahasa Arab;, nanti nak jumpa siapa untuk mendaftar; kelas apa yang ditawarkan; and so on…”
    Pakej pelancongan ke Egypt boleh dijadikan sandaran- ramai sungguh kan pelajar UK jadi klien?
    Justeru ana sendiri yakin, kalau dipromosi pula ‘Pakej Kursus Di Egypt’; masha-Allah mungkin tak kurang hebat sambutannya dari sini.
    14 hari percutian – itu saja macam2 kelas yang dah boleh diambil. Seorang sahabat ana, hanya 10 hari dah khatam dengan Syeikh Nabil :)
    Mungkin ustaz boleh cadangkan pada PMRAM atau ustaz-ustaz lain yang buka bisnes pakej pelancongan untuk dedahkan pula ‘pakej kursus’ =)

    Oh tentang buku tu, ahaha memang tak aci lah Fatimah saja yang dapat :p
    (Eh, ana tak kisahlah ustaz.. terima kasih banyak-banyak ya)
    .

    Kak Mus:
    Alhamdulillah kak, memang bersyukur sangat dapat manfaatkan summer di Egypt. Allah allah tak terkira rasanya pelajaran & pengajaran yang dapat dikutip di sana; bagaimana orang-orangnya, bagaimana cuacanya, bagaimana Islamnya, bagaimana Melayunya =)
    Kak, akhirnya saya dan Fatimah dapat rasa juga kepanasan 50°C tu, masa second day befor balik. Sebelum2 tu kan sekitar 40 je, panas sikit dari Malaysia mungkin.
    Tapi bila yang 50 tu..Allahu Akbar! Kena angin saja tak mahu rasanya. memang rasa dah nak pitam dah waktu tu.huhu. Patutlah Nabi kata puasa di panas terik tu lain..memang mencabar sungguh!

    Thank you so much kak mus. Jemput datang UK pula deh :)
    eh btw kak mus pun boleh take note apa yang saya tulis untuk Ustaz Reza. Banyak orang UK berminat ni :)

    .

    Lili:
    ahaha. ni aku cari nafkah anak bini la ni nak cover balik belanja ke mesir =D
    well said lili, hang memang rindu habis kat aku la. jangan risau, Allah izin kita jumpa lagi na. Haisy, lesta ja. Aberdeen pulak!
    Serius aku banyak gila stories ni :)

    .

    Naufal:
    Alhamdulillah.
    Erm, kurang faham soalan la naufal. Rahsia dan tips dari sudut apa ya?
    Apa kursus yang patut diambil ke?

    .

  8. lil Biruny 18 August, 2010 at 3:17 pm

    Maaf kerana pertanyaannya x berapa jelas.

    Maksud ana tips or nasihat yang diberikan oleh tenaga pengajar sewaktu di Egypt. Andai tidak menyusahkan, ingin juga untuk ana ketahui dan belajar dari tips + nasihat yang diberikan.

  9. Hamba yang Hina 19 August, 2010 at 2:56 am

    salam.

    enti ana ingin bertanya. macammana ya nak buat 1)save palestin kat tepi tu? 2)share box files tu? 3) link yang bergambar spt muscom tu. ana pun guna wordpress juga. boleh tak tuliskan stepnya by email .

    sejujurnya ana suka ikuti perkembangan dlm bloh enti. byk manfaatnya. teruskan menulis (:

  10. ibnu_ghazali 22 August, 2010 at 3:07 am

    oh, selesema di ramadhan mulia..

    jaulah pengerat ukhuwah..
    baru-baru ni jaulah ke KL,ziarah kawan accident..ish3..

    btw, iftar kat majid wilayah memang terbaik~

  11. Kembara Sufie Travel 31 August, 2010 at 12:46 am

    Berminat membuat percutian ke mesir. Sila hubungi kami. Kami berpengalaman mengendalikannya mahasiswa/wi eropah dalam mengendalikan percutian ke mesir dan program2 kursus bahasa yang diminta oleh pelawat.

    Semoga Allah mempermudahkan kalian semua ke bumi ambia. Firman Allah swt.
    Pergilah kami kebumi mesier nescaya kamu akan dpat apa yang kamu hajati – Al-baqarah 61.

    Bersma kami
    layari blog : http://kembara-sufie.blogspot.com
    Ym/Facebook : Yb_habib@yahoo.com.my

  12. ainul arina 3 September, 2010 at 9:52 am

    nova, meh la datang jordan pulak. dekat dah tu. ^_^

  13. penghuni bilik satu badar313 6 September, 2010 at 10:10 am

    nova!
    jmput dtg lgi ke mesir.harap dpt bg layanan yg lbih baik :(
    jnji bile dtg bumi ukay akn singgah glasgow~

  14. kak akma yang best 29 September, 2010 at 3:09 pm

    assalamualaikum wbt cik adila (cik lagi kan?alhamdulillah).

    baru baca entri ni. apsal sebelum ni ana tak terbaca pulak ye?lama benor dah updatenye rupenye.

    bercita-cita juga ke Mesir. :(

    menarik catatan enti.terbaca part makhraj tu, ana pon terfikir juga, macam manalah bacaan ana selama ni.enti pun dah ditegur begitu, ana apatah lagi.semuka pon mungkin tak sampai.:’)

    ok all the best untuk tahuan pengajian yang baru!

    salam sayang,
    kak akma
    [cantik dah blog.:)]

  15. Fatimah Mukhtar 2 October, 2010 at 10:42 pm

    Assalamualaikum adila, barakallahufik..
    Alhamdulillah alfu mabruk wa syukran atas coretan pengalaman yang terlalu manis dan mengimbau kenangan. Alhamdulillah..
    Bila buka blog muscom, teringin nak menjenguk blog awak..
    Subhanallah, sayu hati baca dan recall pengalaman di Mesir dulu..
    Sama2 kita manfaatkan dan amalkan ilmu yang diperoleh ya..Let’s jihad!
    Walaupun 10 jam jauhnya kita terpisah, insyaallah ikatan hati terus berkekalan abadan abada=)

  16. Mimy 10 November, 2010 at 5:18 pm

    besnye nobaaaaaaa

    terlambat sikit bg respon, sbb dah lama xbukak blog awak
    wuhuuuu nak pi mesir jugakkk
    bila lg nak pi kalo bukan time summer eh kalo nak duk lama2? hmm hmm. after abis 4th year kot. dak2 mesir xgrad lg kan time tu. hehe

    noba. bila nak jumpaaaa

  17. Pingback: Ada Apa dengan Mesir? « [12:108]

  18. Halimaton Mohamad 27 October, 2011 at 3:29 pm

    Allahurabbi..rindu pada Urdun dan Egypt yang masih tak terlunas…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: