Monthly Archives: July 2010

Safar fi sabilih, insha-Allah :)

Alhamdulillah, selaut syukur dipanjangkan buat Dia, Dia jua yang memberi rezeki tak putus-putus tanpa kita pinta.

Semalam, tamat sudah sesi safar fi sabilillah (insha-Allah) saya sepanjang musim panas ini. Mudah-mudahan benarlah ‘safar fi sabilillah’ (perjalanan di jalan Allah), bukanlah perjalanan yang sia-sia.

Teringat pernah ditegur oleh Mudir (pengurus) Jam’iah Syar’iah tempat saya mengambil kursus di Kahirah, yang menegur apabila saya menyatakan tujuan datang ke Mesir untuk ‘Siahah Ta’limiah’ (Melancong sambil belajar) – katanya kalau sudah disebut ‘siahah’ (melancong) ; maka hati-hati dengan niatmu.
Apakah benar datang jauh-jauh ke Mesir untuk belajar (ta’lim) yakni fi sabililillah, atau melancong cuma. Maka moleklah gunakan saja ‘safar fi sabilillah.
Em, mungkin cuma mainan bahasa, tapi ada benarnya, apa yang kita ucap itu juga satu doa, kan? :)

Baik, kembali ke topik asal.

Sungguh, musim panas kali ini membawa pelbagai episod yang sangat panjang untuk diceritakan. Bermula dari kisah di Aberdeen sendiri, apabila pemergian orang-orang penting di sini, Ustaz Burhan dan Ustazah Najah sekeluarga, serta Ustaz Irfan dan hero-heronya. Allah saja yang tahu betapa sayu hati ini melepaskan mereka, yang sentiasa menyerikan biah solehah di Aberdeen ini.

atas: ustaz irfan ziarah ke rumah pada hari terakhirnya aberdeen
bawah: kak najah dan family di airport

Glasgow-Nottingham

Ekspedisi pertama saya bermula di Glasgow; menyertai Malaysian Glasgow Community dalam sambutan pelajar baru mereka. Entahnya, teringin pula melihat cara sambutan pelajar baru di tempat lain. Dalam kuantiti pelajar Melayu yang agak ramai (dan tentunya sangat ramai berbanding Aberdeen!) saya teringin melihat peluang ini, kerana di Aberdeen biasanya tiada sambutan pelajar baru secara besar-besaran – kerana purata yang datang ke sini saban tahun cuma tiga orang. Jadi, tak tersambut sangat kot.heh.
Mujur ada kenalan kakak-kakak pharmacy di sana, taklah segan sangat menumpang program orang.

Dan tentunya, sangat jealous melihat macam-ni-ke-korang disambut! Best rupanya di tempat ramai Melayu ni, semuanya senior bawa dan tunjuk satu-satu cara hidup di bumi baru. Ok, go aberdeen!

Kemudian bergerak ke Nottingham untuk memulakan safar bersama Siti Fatimah Mukhtar, sahabat lama sejak dari kolej persediaan dulu. Sekali lagi, jealousnya dengan tempat-tempat ramai Melayu macam ni. Suasananya lain. Cara hidupnya lain. Macam mana? Kena rasa la.hehe.

Apapun adila, banyakkan syukur. Tak ramai Melayu pun ada ke-best-an tersendiri =)

Gambar mengikut susunan ke kanan:

1. Bawa orang Jordan jelajah London (sebenarnya sama-sama jelajah, sebab sendiri jarang ke London :D)
2. Di Exeter, bersama Aunty PhD yang sangat excited nampaknya bersua kami (Muslims)
3. Orang Glasgow Baru berjemaah shopping
4. Sebelum The Big Debates bermula

London dan sekitarnya

Beberapa hari di Nottingham, kami menyusul ke London. Di sini, jadual ketat kami bermula.
Beberapa program menarik yang menjadi rebutan kami:

Tentunya sangat banyak yang boleh diulas untuk program-program tersebut, dan seperti perlu buat post khas :)

Dengan kekangan masa sekarang ini, cukup untuk saya letakkan keypoints berikut:

  • Kedua-dua UK-IC dan Debates ada beberapa orang lumpuh yang hadir. Bersemangatnya mereka! Lebih-lebih lagi yang seorang not-yet-muslim itu. (Malu sebagai yang sihat selalu malas pergi program~)
  • UK-IC dipercayai mendapat tentangan daripada The English Defence League (EDL ) yang menyemarakkan semangat racism terhadap Muslims. Mereka berdemo,dan alhamdulillah, turut ada pula NGO lain yang berdemo against mereka. Boleh baca di sini. Best sngat tengok mat-mat salleh not-yet-muslims sebarkan pamplet untuk demonstrasi selamatkan Islam =)
  • Dr. Abu Ameenah Bilal Philips, yakni antara Guest Speaker yang paling dinanti untuk UK-IC, dibanned untuk masuk ke UK atas program ini. Dalam seputar waktu yang sama, Dr. Zakir Naik juga turut di-reject visa untuk masuk ke UK dan terpaksa menunda beberapa siri Dakwah Tour nya. Haisy, Parti Konservatif dah mula tunjuk taring nampaknya!
  • Berkait dengan points di atas, pihak penganjur UK-IC sangat menitikberatkan soal keselamatan sepanjang berprogram. Tempat program saja ditukar dua hari sebelum, dipercayai atas faktor keselamatan peserta juga. Dan fuh, sangat banyak dengarnya dugaan yang mereka terima dalam mengendalikan program ini.
    Tak lupa, kami turut diiringi dua orang Musyrif  (bukan Melayu ye) untuk pulang ke rumah selesai tamat program kerana tiada lelaki dalam kalangan kami. Siapa sangka di UK pun boleh ada Musyrif kan? Ingatkan di Mesir je =D
    (Musyrif = biasanya di Mesir, kalau akhawat nak keluar malam atau jauh, ditemani ikhwah atas tujuan keselamatan)
  • Seorang sahabat bertanyakan saya akan keperluan/prioriti untuk menghadiri program-program sebegini (program Muslims anjuran locals, bukan Melayu) berbanding dengan program yang dianjurkan oleh Melayu sendiri. Saya faham maksud beliau, kerana selalu sangat orang kata, program sebegini memang bagus; cuma masalahnya tiada follow-up dan mereka tak mahu kita hangat-hangat tahi ayam. Jawapan saya? Mestilah sangat panjang.hehe. Nanti-nantilah. Post akan datang, insha-Allah.
  • Di bawah adalah video untuk Debates. Sangat cool!

Kami menumpang di rumah baru Ili Dayana (yang sangat besar!), yang betul-betul baru pindah. Housemates beliau 80% tiada dan belum pun merasmikan rumah tersebut – sesetengahnya sudah pulang ke Malaysia, sesetengahnya ada program. Sungguh, mungkin kami lebih arif akan letak-susun rumah tersebut berbanding tuan-tuan rumah yang 80% itu :D

Perjalanan seterusnya ke Plymouth dan Exeter. Perjalanan yang sungguh memenatkan kerana kami hanya memperuntukkan masa 2 hari; dan untuk Exeter – hanya sepetang saja. Cukup untuk hai-hai–bye-bye ke setiap lokasi menarik. Tribute untuk Diyana Satar, Aufa Nabilah dan Kak Maryam untuk moments yang saangat berharga :)

Egypt

Akhirnya, destinasi yang telah saya impikan sekian lama – Mesir Ardul Kinanah. Sejak kecil menyebut-nyebut tentang Mesir, ketika Form Two siap letak poster Azhar Syarif atas meja; alhamdulillah, sampai jua saya ke sini.
Sekali lagi, sebulan tiga hari di sana – tentunya saaangat banyak pengalaman untuk dicoretkan. Cukup yang ringkas-ringkas saja ya.

Ramai sekali yang bertanya, mengapa kami (Saya dan Fatimah) memilih musim panas untuk bercuti ke Mesir. Dengan suhu sekitar 35°C-50°C, tentunya seperti bukan pilihan yang menarik; lagi-lagi bagi pelajar Scotland yang dah terbiasa di bawah 10°c!

Pastinya, bukanlah melancong semata niat ke sana. Kami teringin sekali menghadiri kelas yang sentiasa disebut pelajar-pelajar Mesir, yang memang menjadi kejelesan kami; dan alhamdulillah Allah permudahkan. Dan kami cuma punya cuti yang panjang di musim panas, kerana target kami sekurang-kurangnya perlu sebulan di sana.

Alhamdulillah, Allah izin untuk kami menghadiri beberapa kelas di sana; dua maincourses iaitu Kursus Bahasa Arab dan Kursus Al-Quran serta beberapa lagi kelas tafaqquh tidak formal.

Masha-Allah, memang masha-Allah.

Alhamdulillah, untuk kelas bahasa, kami berjaya menghabiskan dua mustawa (level). Dan yang paling menggembirakan, kami berjaya menghabiskan bacaan 30 juzu’ Al-Quran Riwayat Hafs dalam masa tiga minggu di bawah pantauan Ulama’ Al-Azhar Syarif, Syeikh Nabil Muhammad. Alhamdulillah, alhamdulillah.

It was above my expectation; hari pertama saya mengaji cuma beberapa muka. Sana sini disekat syeikh dan syeikhah. Makhraj itu, makhraj ini. Astaghfirullah, macam manalah saya baca quran selama ni!

Alhamdulillaah, hari demi hari, akhirnya dalam sehari boleh baca dua hingga ke tiga juzu’. Cumanya, dengan saya yang memang ada masalah suara cepat habis, nafas pula cepat tersekat; memang sungguh seksa untuk membaca 6jam sehari atau lebih. Berkotak-kotak strepsils saya habiskan. Syeikhah siap bagi tips minum air ini itu untuk pernafasan.huhu. Alhamdulillah, lepas juga akhirnya =)

syajarah

Kelas Arab kami di Hayyu Rab’ah, manakala kelas Quran di Hussain. Jarak keduanya agak jauh. Alhamdulillah, dengan menetap di Rumah Kelantan Lama di Hayyu Sabi’, kami kurang bermasalah untuk bergerak ke kelas dengan bas.
Tetapi sesekali berpindah ke Mounira yang jauh, (dan kanak-kanak di sana seperti Ayu dan Huda majoritinya ber-teksi sentiasa ;p) melatih kami untuk bergaul dengan masyarakat setempat. Bahasa Inggeris tentunya tak laku di sini. Bahasa Arab yang dipelajari di kelas pula agak berbeza dengan Bahasa Mesir Ammiyah.
Alhamdulillah, setakat ini tidaklah sesat jauh mana :D

Paling best, pabila sesekala bertanya seorang dua akan tempat yang dituju, sepertinya semua penumpang dalam bas bersemangat untuk beritahu kami untuk turun.
“Ya Malizi, hena, nazlah hena,”
“Orang Malaysia, sini, turun di sini,” =)

jaulah maqam, masjid dan sekitar qahirah

Lantaran jadual kelas yang sangat padat, sangatlah sedikit kami berjalan di bumi Mesir ini. Kelas Quran saja 6jam sehari 6x seminggu. Berangkat pagi dan pulang maghrib, biasanya hanya katil yang nampak di rumah.
Jadi janganlah ditanya kami tentang Pyramid atau Giza ya, memang tak sempat nak jejak~
Atau Aswan, Luxor, Matruh-Siwa, Dahab, ataupun mana-mana tempat pelancongan lain; memang tidak terkejar ke sana. Hanya hujung minggu kami peruntukkan untuk berjalan melihat alam, maka kami letakkan prioriti tempat-tempat bersejarah dahulu.


Arabic Class Trip

Yang paling mengujakan dalam siri ziarah ini tentutlah ziarah ke Sinai dan sekitarnya. Alhamdulillah, walaupun ustaz-ustaz punyalah suruh kami ke Matruh Siwa instead of Sinai, berjaya juga kami ke sana.
Tak pernah dibuat orang, bak kata ustaz. Mendaki gunung di kala musim panas, dan hanya mahu ke sana dua hari satu malam saja, pening ustaz dibuatnya! (Kami taknak escape kelas..jadi kena dua hari saja~)

Jujurnya, memang layu dibuatnya berjalan di musim panas, dan memang taubat saya taknak percaya lagi kata-kata Ustaz “Sikit lagi nak sampai”!

Apapun Alhamdulillah..ekspedisi telah berakhir, tanpa (bantuan) unta, topi atau cermin mata hitam. Betapa sukarnya nabi dan umat terdahulu mengedarkan risalah kan? Memang wajarlah antara modul tarbiyah Ikhwanul Muslimin dengan mendaki Sinai…

gambar yang terpilih adalah di saat mampu bertahan. kebanyakan gambar – semua muka separuh pengsan! (dan lebih banyak lagi: tidak bergambar=tak larat)

Sungguh manis semuanya di Mesir sana, meski sebulan cuma. Tribute untuk semuanya, barakallahu feekum. Mungkin tak tersebut semuanya – Zaty Asma’ Salsabila, Kak Asliza, Kak Nik Mahabbah (anak buah Tok Guru), Kak Hafizah HarisAyu Amiza, Huda Nik Pa, Maryam Rasyadah, Syahidah dan antum semua =)

Oh terlupa, satu lagi Kursus yang sempat diambil di sini – Lughotul Klate 8)

Hampir setiap hari ada kalimatun jadidah untuk saya, makhraj dan harakat juga kerap ditegur – mengalahkan kursus bahasa arab pula =)

Dan kini, saya kembali ke hari-hari biasa di Aberdeen. Dan benarlah, sesungguhnya Aberdeen ini sejuk.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

%d bloggers like this: