Monthly Archives: May 2010

Usrah jam dua pagi?

Allah Allah.

Sekian lama saya tidak mengupdate blog. Rasanya kalau ada anugerah orang yang paling lambat update blog, saya lah orangnya.

Dan di kala exam ini pulalah, terasa teringin sangat nak mengupdate.

Tadi saya baru sahaja selesai borak panjang bersama emak.  Jam 7.30 malam waktu Malaysia.

Alhamdulillah, di sebalik emak tak dapat berniaga kerana hujan hari ini, dapat kami berbual panjang, dan tentunya nenek muda yang baru mendapat cucu- sambil telefon tetap sibuk dengan cucunya.heh

Jauh bercerita pusing ke sini ke mari, sampailah kami ke topik Majlis Ta’lim orang Minang. Alhamdulillah, sudah lebih 3 bulan usrah atau ta’lim orang Minang ini berjalan.

Ketika pertama saya mendengar akan usaha yang diasaskan ini, mashaAllah, betapa kagumnya saya. Allahuakbar!

Pernah dulu saya dengar cerita pakcik-pakcik pasar malam,  jiran-jiran di satu taman X menegur orang pasar malam. Pakcik-pakcik itu panggil mereka ‘orang surau’ – tak sedap mendengarnya.

“‘Orang-orang surau’ pulaukan kenduri kita sebab kata kata kita tak bergaul dengan masyarakat. Kata kita tak pergi surau. Diorang tak tahu kita sampai rumah pukul berapa. Kita masuk ofis pukul berapa,” Mereka merungut-rungut.

“Kalau kami kerja macam diorang, kalah tok imam kami pergi surau,”

Comel juga gaduh-gaduh orang tua ni.hehe

Semasa saya terdengar perbualan mereka ini, saya sedikit terdetak. Saya ingatkan budak-budak sebaya saya saja yang selalu ada masalah ‘orang surau’ dan yang bukan surau. Rupanya dah ke tua-tua pun ada lagi masalah ini!

Alhamdulillah, saya sangat suka Taman Purba. Tamannya kecil, surau pun dekat je dengan rumah :)

Seek first to understand, then to be understood, kata orang.

Office hour orang pasar malam dari jam 3 petang sehingga paling awal 10 malam. Biasanya emak ayah saya pulang dalam jam 11-12 malam.
Itu kalau yang berniaga barang kering. Kalau yang berniaga makanan, mungkin persediaan lebih awal diperlukan. Nak membancuh ini itu, nak memasak ini itu. Balik rumah lewat-lewat malam pula, tak boleh tidur lagi, kena basuh periuk belangan semua.

Saya jarang-jarang turun ke pasar sejak sekolah menengah, kerana saya duduk di asrama. Kalau ada pun, mungkin bila cuti-cuti panjang sahaja.

Jadi kiranya, sangat kuranglah bakat saya ke pasar. Buka payung besi kadang-kadang dah lembik.
Kalau dah berbulan-bulan saya tak pergi pasar, memang ‘kemengadaan’ penat dari pasar itu sungguh melampau.
Contohnya selepas tamat A Level, sebelum fly, sudah berapa lama saya tidak ke pasar, kemudian tiba-tiba hampir tiap-tiap hari ke pasar. Bangun pagi saya jadi tak larat nak ke dapur. Pukul 10pagi baru nak bergerak. huhu.dasar anak zaman sekarang, adeh. (Ok lagi la dari abang saya, katanya balik pasar nak pitam jadinya, sebab panas terik sangat.heh, kutuk abang sekejap)

Emak saya, Pasar Malam Taman Tasik rasanya ni, setiap khamis.

Kalau gambar yang ini, ada potensi hanya lakonan semata-mata.hehe

Betapa nak dijadikan cerita, saya rasa fahamlah mengapa peniaga-peniaga lain tak keluar sangat aktiviti kemasyarakatan. Saya pun rasanya kalau jadi mereka, seronok lagi baring-baring golek-golek sebelum pergi niaga.

Jadi kalau anda jadi ‘orang surau’ di kawasan yang ramai peniaga atau penjaja, bolehlah jadi kreatif sikit untuk ajak mereka ke program ya :D

Berbalik kepada perbualan dengan emak tadi, saya tanya emak, pukul berapa dibuat majlis ta’lim ini.

Emak kata pukul 10 malam, sampai 2 pagi. MasyaAllah..saya sendiri tak pernah-pernah pergi usrah sampai pukul 2 pagi!
Kalau ada pun, mungkin pillow talk atau ‘usrah swasta’ mungkin, tak de nye naqibah nak buat usrah sampai jam dua pagi.huhu

Pengisian orang Minang ini diutamakan slot bacaan Al-Quran, kerana ramai yang masih tersangkut membacanya. Tak kurang juga yang baru nak mengenal huruf. Seterusnya ada buka kitab-kitab sedikit, tak pasti kitab apa, kata emak.

Secara keseluruhannya, emak sangat puas hati. Setidaknya ada yang willing hadir. Kerana semua ada persamaan -mereka orang Minangkabau yang berhijrah ke Malaysia; jadi tidak segan-segan nak belajar sesama kaum kerabat sendiri. Kalau rasa nak malu pun, semua sama-sama dah tua. Yang penting, semua berusaha membaiki diri masing-masing. Alhamdulillah.

Naqibnya Om Tamrin, atau nama manjanya Cutait (pronoucation orang minang; saja-saja nak gelar Om sebagai ‘Si Ustaz’ sebab Om lepasan pondok dulu). Emak cerita, Om sendiri mengaku, pelajarannya tak setinggi mana, sekolah pondok masa muda-muda dahulu sahaja, tapi kalau untuk berkongsi sedikit dengan rakan-rakan sebaya, apalah salahnya.

Dan paling penting, Om niaga pasar malam juga. Kalau orang minang lain letih berniaga, Om pun letih juga. Allah yubarik Om!

Saya tak pasti pada asalnya ta’lim ini idea siapa, tapi berrdasrkan apa yang saya faham dari cerita emak, rasanya Om Tamrin jualah yang initiate kan. Allah banyaknya pahala!

من سن في الإسلام سنة حسنة فله أجرها ، وأجر من عمل بها من بعده من غير أن ينقص من أجورهم شيء

“Barangsiapa yang menunjukkan jalan dan mempelopori sesuatu kebaikan, lalu orang mengikutinya, baginya pahala sebagaimana mereka yang melakukannya” (Riwayat Muslim)

Makanya waktu yang dipilih adalah pukul 10 malam untuk mula. Mungkin ada yang sanggup mengambil cuti berniaga sebab nak ikut kelas, dan kalau pun yang berniaga, dapat datang lewat sedikit pun, setidaknya juga sejam dua dapat bersama.

Pasar malam Rembau, hari..adeh tak ingat dah. Jumaat kot?

Salak Tinggi, Rabu. Nak hujan kot ni, tak bukak habis khemah.

Cuma mungkin yang sayang sedikit, majlis ta’lim ini hanya dapat menampung sedikit saja orang. Tak diiklankan besar-besaran, kerana tak cukup guru, kata emak. Siapa lagi nak tolong bawa?

(nak cari hasben yang boleh tolong conduct usrah untuk orang pasar malam lah, boleh tak?)

InshaAllah rasanya kalau dapat dikembangkan, rasanya ramai lagi boleh mendapat manfaat. Sangat ramai orang Minangkabau (asli dari Indonesia, bukan celup punya, hehe) di Seremban ini sahaja.

Kalau buat Meeting Ikatan Keluarga Salo (IKLAS) yang hanya melibatkan satu unit kampung kecil di Bukittinggi, Indonesia sana – itupun dah nak mencecah seratus, dengan anak-anaknya. Pernah dulu dianjurkan Ceramah Perdana bersama Ustazah Siti Bahiyah oleh Persatuan Kebajikan Masyarakat Minang, memang kena tempah satu dewan besar saiz dewan Majlis Perbandaran Seremban MPS tu. Banyakkan pendatang Indonesia? (Versi halal ok, eh haram pu ada jugak~) Ini baru di Seremban =)

Bila saya dengar perkembangan usrah orang-orang pasar malam ni..Allahuakbar, tak tahu bagaimana syukurnya. Dibesarkan dalam suasana pasar malam, pasar tani, kaki lima, expo-expo, karnival-karnival, dan yang seumpama dengannya, sukar untuk diceritakan bagaimana rasa bahagaianya hati mendengar khabar sebegini.

Dengan ‘cabaran’ berapa ramai yang tak solat, berapa ramai yang buat dek je sahutan azan..
Berapa ramai yang muda-muda tak dapat sekolah, cari rezeki di kaki lima..
Berapa banyak tin arak di sebalik meja-meja, berapa banyak pula tiket-tiket ‘Sports Toto’ bersepah-sepah di belakang van dan lori.
Belum lagi bulan puasa, berapa ramai pula yang menyorok-nyorok makan atau merokok, tak kurang juga yang tak kisah makan di khalayak – aku tak puasa sebab aku penat kerja la!

MasyaAllah luasnya lagi pasaran dakwah kita. Banyaknya lagi yang kita nak kejar kan?

Pengajaran yang saya dapat:

  • Jangan banyak assumptions. Tak semestinya orang tak datang program, maksudnya orang taknak. Cuma mungkin kita tak luaskan peluang untuk beri mereka kesempatan.
  • Belum cuba belum tahu
  • Berusaha jadi pelopor (initiator) benda-benda baik..banyak pahala tu!
  • Kena lebih kreatif ;)
  • Tenaga penggerak (muharrik) banyak tak cukup.. berusaha jom!

Ini pasar malam kat Kedah. Pasar Malam sekitar NS bila lagi nak macam ni? =)

p/s I: Bila tengok video ni, saya teringat sejarah-sejarah dikejar penguatkuasa sebab berniaga di kawasan terlarang. Eh, dulu lah.  Tapi luculah discussion ni, kalau nak selamatkan peniaga Melayu, janganla selamatkan yang Penang je. Kitorang pun selalu kena halau jugak ^_^

p/s II: sedih mendengarkan adik jiran yang tolong ma berniaga (16 tahun), dia pernah sekali ikut Majlis Ta’lim ni, tapi kemudian dimarahi ayahnya.. Nangis-nangis dia bercerita nak ikut, sebab dia nak belajar. Bukan senang dapat kelas free katanya. Tapi ayah tak kasi. Hurm..family oh family.

Advertisements
%d bloggers like this: