Meskipun saya bukan Melayu

Meskipun saya bukan Melayu (seperti yang tertera pada IC), tetapi saya sangat sayang pada bahasanya.

Ketika kecil saya tidak pun dibesarkan dengan Bahasa Melayu standard. Seingat saya, ayah saya sangat jarang menggunakan bahasa Melayu, tetapi hanya berbahasa kampung kami (Minangkabau pure punya) sehinggalah sekitar usia saya 7 tahun, untuk memastikan kami tidak lupa bahasa keturunan ini.
Saya sendiri pernah menangis kerana geram – asyik tidak faham terma-terma akademik di sekolah!

Saya keliru dengan arahan peperiksaan – ‘Sila padankan.’ Saya cuma tahu daun pandan – yang emak selalu minta tolong untuk saya kerat di belakang rumah.

Walaupun hanya ayah sahaja yang skema dengan bahasa Minangnya, tetapi menetap di kawasan perumahan yang hampir ke semuanya pendatang asing (bukan tanpa izin ya, ini halal punya), memang konfius saya dengan bahasa-bahasa ini.

“Nova, mari sini sekejap,” panggil Cikgu Alfonso, guru bahasa Melayu saya ke meja guru. Darjah 3 Kenanga.

Cikgu memandang saya tersengih-sengih.

“Tak semua perkataan sesuai untuk ditambah imbuhan ‘ke – an’ ini tau. Kamu tahu kan apa maksud perkataan ni?”

Kami belajar imbuhan hari itu. Lembut – kelembutan. Sihat, kesihatan.

Dan saya memberi contoh ‘malu’ untuk latihan tersebut.

“Saya tak tahu, cikgu. Apa maksud dia, cikgu?” Innocent saya bertanya, Cikgu cuma tersengih, dan meninggalkan saya termangu-mangu.

(dalam bahasa Indonesia, perkataan yang dimaksudkan tidak semestinya membawa maksud seperti yang kita faham.
Saya kemaluan = Saya berasa sangat malu )

Dan bermacam-macam lagi peristiwa, bukti kelam-kabutnya bahasa Melayu saya ini. Mujur saja SPM dapat A1 8)

Tetapi kini, setelah saya sudah boleh berkomunikasi bahasa Melayu dengan baik (rasanyalah), saya berusaha untuk mengamalkan Bahasa Melayu standard. Fokus cerita saya ini dalam penulisan.

Mungkin kerana guru-guru Bahasa Melayu saya sejak dari tadika dahulu semuanya best-best belaka.

Cukuplah untuk saya nyatakan, saya sangat gembira jika dapat membaca tulisan anda yang menggunakan ejaan bahasa Melayu standard, dalam emel terutamanya.
Setidaknya, bolehlah menganggap saya sebagai sahabat anda yang bukan Melayu, yang memang sudah porak-peranda dalam bahasanya; terpaksa pula merangkak-rangkak membaca tulisan daripada orang Melayu seperti anda!

Sikit-sikit campur biasalah, kita faham semua mengejar masa.Sekadar penggunaan ‘yg’ , ‘sy’, ‘iA’, ‘tp’, saya tidak bermasalah dengannya.

Tp klu sumer @ kebnyknnya cm ni, fuh, mmg betatih2 kt nk bc tlsn awk tw! Bley la kt nk dmand sket awk tulis full.. Kt kena pakse smpi de mood ba8 baru dpt hbskn tlsn awk~

Oh, SMS, chatting, YM, itu semua lain cerita ya.

Saya ingin berkongsi emel seorang kawan saya yang worth reading. Saya amat bersetuju dengannya =)

………………………………………………………………………………..

Siapa kita?

English

Dalam masyarakat yang menggunakan English, ‘the spoken English’ merupakan satu aset yg ada pada seseorang yang boleh menunjukkan tahap intelektual seseorang.

Saya teringat dalam sebuah novel yang saya  baca dahulu, ada satu ayat yang sangat menarik.

‘…From the way the farmer speaks, we know that he is very educated. Something must have made him to work here…’
(give and take some words)

Dan peminat setia novel Harry Potter pasti akan perasan akan ketinggian dan kehalusan laras bahasa yang dituturkan oleh Sir Albus Dumbledore!

Nah, betapa tinggi nilai bahasa dalam menentukan siapa kita.

Arab

Saya tidak pernah belajar bahasa Arab. Maka apa yang saya akan tulis mungkin sekadar dengar-dengar sahaja.

Semasa berada di Mekah, saya diberitahu bahawa mereka agak sukar untuk berkomunikasi di pasar dan kedai-kedai, walaupun mahir berbahasa Arab. Semuanya gara-gara Arab yang diguna oleh masyarakat berbeza daripada Arab fushah (arab buku@quran).

Namun, yang menarik perhatian saya ialah apabila dia mengatakan,

“..Professor kat sini suka kalau orang boleh bercakap Arab fushah. Dalam kelas memang kami guna Arab Fushah. Dan kalau kami berjumpa dengan orang-orang Arab yang terpelajar, memang mereka lebih suka gunakan Arab Fushah. Tapi orang yang berniaga di pasar ramai yang tak faham Arab fushah…”

French

Ini merupakan bahasa ketiga saya. Memang rumit mempelajari French, malah lebih sukar daripada English. Namun saya menggemarinya kerana keunikan bahasa tersebut.

Yang paling menarik minat saya, dalam French ada satu tatabahasa (grammar, if u like) yang agak optional dan lebih khusus untuk diguna dalam setting yang formal.

Teringat saya akan kata-kata cikgu French saya.

‘…if you go to an event, maybe with the French Diplomat, try to impress him using ‘le subjonctif.. .’

Maka, jika anda boleh menggunakan ‘tense’ ini dengan tepat, ia secara tidak langsung menandakan siapa anda.

Bahasa Melayu@Malaysia

Walaupun agak sayang kerana bahasa Melayu lisan kita adalah sama, baik bagi orang yang terpelajar ataupun tidak, namun saya tidak nampak ini sebagai ruang untuk kita tidak menghormati bahasa kita.

Malahan, saya percaya dalam penulisan, penggunaan Bahasa Melayu memang boleh melambangkan siapa kita. Dalam kata lain, bahasa menjadi aras penanda siapa kita.

Maka, menjadi suatu kesedihan apabila kita lihat ramai di antara kita yang mula mengabaikan bahasa, atas alasan ini HANYA bahasa Melayu. Ah, alasan ini sebenarnya lebih menyedihkan daripada masalah itu sendiri.

Saya ingin mengajak sahabat-sahabat sekalian, yang bukan sahaja terpelajar dalam bidang masing-masing, malah telah meletakkan diri di dalam sebuah kumpulan manusia yang berjihad di jalan Allah, untuk sama-sama kita tinggikan martabat bahasa kita.

Saya ingin mengajak kalian untuk tunjukkan siapa diri kita yang sebenarnya, melalui laras bahasa kita.

Saya ingin mengajak kalian untuk tinggalkan jahiliah dalam berbahasa.

Saya ingin mengajak kalian untuk menulis dengan tujuan, dan antara tujuan itu ialah untuk berbahasa.

Saya ingin mengajak kalian untuk menjadi mereka yang mengagungkan bahasa ini.

Polemik masa kini

Kita lihat ramai di antara kita yang tidak menggunakan bahasa Melayu yang rasmi dalam berbahasa. Saya boleh terima jika ia berbuat demikian berdasarkan sebab yang munasabah.

Antara tujuan yang boleh diterima ialah:

1. Meringkaskan perkataan (e.g. dalam SMS, Yahoo Messenger, Twitter etc)
2. Memudahkan pemahaman pembaca (e.g. korang diorang dalam dialog)
3. Melambangkan bunyi perkataan yang disebut, terutamanya bila tulisan berbentuk santai (e.g. cantek, buleh)

Namun, jika mengubah perkataan dan ayat kerana:

1. Suka-suka (dh bese tls mcm g2)
2. Nampak cantik (diowang, gempaks, korank, dowh, canteque etc)
3. Malas (…)

Maka usahlah menjadi mereka yang sekadar cantik di luar tapi tidak di dalam. Sesungguhnya, bahasa itu cantik pada penggunaannya yang kreatif tanpa meninggalkan peraturan berbahasa.

Alasan saya sudah biasa menggunakannya juga bukanlah suatu alasan. Jika kita sudah biasa menulis tanpa rujukan, adakah wajar kita jadikannya suatu alasan untuk tidak meletakkan bibliografi dalam tulisan-tulisan kita pasca universiti?
Ataupun jika saya sudah biasa kelam kabut, adakah wajar untuk kita terus kelam kabut ketika kita membedah pesakit?

Manusia berubah dengan pendidikan.

Dan menggunakan bahasa yang betul tidak semestinya akan menghasilkan ayat yang panjang-panjang dan sukar. Lihat bloggers seperti SaifulislamZaffan Khalid, dan Azree SM.

Mari kita buktikan kepada dunia, bahawa kita benar-benar bernilai RM1 juta! (emel ini ditulis untuk sahabat-sahabat di UK/Eire)

Wallahu’alam.

"Ijan ditangkok jo gamba den," inilah bahasa kami. Memahami?

p/s 1: Artikel ini menyokong sebuah artikel saifulislam

p/s 2: Tajuk entri ini mungkin jauh menyimpang daripada isinya. Bersabarlah.

p/s 3: Mungkin ada yang geram dan ingin katakan, “Indon tu Melayu lah!”
Hehe, setuju (dan kalau boleh memang nak pun), cuma pernyataan ini berdasarkan pengiktirafan bertulis Kerajaan Malaysia kepada kami, dan juga ketidak layakan kami menerima hak keistimewaan Melayu =) Tunggu kena kawin dulu dengan Melayu baru generasi seterusnya dapat hak-hak Melayu

=)

Advertisements

12 responses to “Meskipun saya bukan Melayu

  1. Nagobonar 25 February, 2010 at 1:35 pm

    saya sokong usaha ini

  2. Hilman 25 February, 2010 at 2:58 pm

    Rindu belajar bahasa Arab. =)

  3. asyandi 25 February, 2010 at 4:39 pm

    pengalaman kita hampir sama.

    ukhti pernah dengar perkataan ini.. kepingin?
    rindu sekali diri menggunakan perkataan itu. Mak suka guna perkataan tu untuk gantikan perkataan mengidam.

    itu bukan isunya tapi ana rasa gembira kerana ada yang boleh dikatakan senasib dengan ana. cuma mungkin bilamana ana berkata-kata,(dalam hal-hal formal), ianya akan menjadi kedengaran terlalu keindonesiaan.(harap ukhti faham). lucu juga bila ada yang mengomentar seperti itu.

    oh ya, ana bugis yang asli dari sulawesi.

    salam.

  4. adiLa 25 February, 2010 at 6:14 pm

    Nagobonar:
    Alhamdulillah. Cuma kalau boleh nak tambah lagi, cara menyusun perenggan pun boleh menentukan lambat lajunya pembacaan saya =)

    Hilman:
    Kesimpulan: jom pergi Egypt/syria/middle east waktu summer.
    belajar arab sambil bertalaqqi dengan syeikh-syeikh besar. kebetulan summer sepanjang kita di UK 3 tahun ini bertemu ramadhan. makan free, jimat =p

    asyandi:
    Allahu Allah. Bukan Bumiputera juga ya? Sama lah kita =)
    faham benar, selalu juga orang mengusik lidah ana lidah indonesia bila menyebut perkataan-perkataan tertentu. tapi mutakhir ini, rasanya sudah tiada yang komen lagi. saya sudah jadi melayu (^_^)

  5. fatwa_hati 27 February, 2010 at 11:22 am

    Salam. ana pun bugis dari sulawesi =)

  6. Azree Hanifiah 12 March, 2010 at 3:55 pm

    Entri yang amat bermakna. Hendak perjuangkan penggunaan bahasa yang betul sangat mencabar. Pernah saya lihat seorang cikgu buta sedang melayari website.

    Ada satu sofwer yang akan baca setiap yang terpapar pada ruang windows.

    Jadi saya berfikir andai kata kita menulis singkatan seperti ‘yg’, ‘iA’ dan sebagainya. Bagaimana agaknya sofwer tersebut membacakannya kepada golongan buta yang melayari internet.

    P/s: Blog StudioMuslim sudah ada penulis baru. Namanya Rasydan Fitri. Dan sekarang sedang mencari penulis baru lagi.

  7. adila 14 May, 2010 at 3:14 pm

    fatwa_hati:
    wsalam wbt. wah ramai rupanya yang seangkatan ya. inshaAllah, kawin dengan melayu, dapatla next generation jadi melayu =)

    Azree Hanifiah:
    Em, kalau guna google translate pun bahasa Melayu pun tak dapat diterjemah betul, apalagi guna singkatan seumpama =)

  8. ibnutoha 18 August, 2010 at 5:43 pm

    Assalamualaikum wbt. [biasanya diulis salam]

    Blog yang kemas disulami dengan hasil-hasil tulisan yang hebat!

    Ada sedikit soalan. Memang orang Indonesia tak mengaku mereka Melayu kan? Sebab kawan-kawan indonesia saya macam tak pernah menyebutnya.

    Saya rasa semua masyarakat nusantara lahir dari rumpun melayu. Adakah sistem pendidikan membuatkan mereka merasakan mereka adalah ‘bangsa Indonesia’?

    Thanks for the forwarded e-mail. Nicely written =)

    Ferdaus Tahar

  9. Tuan Rumah 18 August, 2010 at 7:24 pm

    Wa’alaikumussalam wbt.

    Oh saya sendiri sebenarnya suka saja nak mengaku Melayu sebenarnya. (Dan banyak kali pun mengaku Melayu, kalau malas nak cerita panjang-panjang)

    Cuma istilah Bukan Melayu ini menurut perlembagaan. Kalau mengikut akta (oh tak ingat..) kami memang tidak diiktiraf sebagai Melayu.
    Sebab itu juga, dalam IC, kalau di swipe (dulu pernah swipe untuk ambil laporan kesihatan) memang ada tulis di situ; Keturunan: Indonesia.
    Begitu juga dalam surat beranak.

    Isu ini tidak jadi masalah besar kalau hanya untuk muamalat seharian. Tapi jadi sangat besar bila melibatkan polisi-polisi yang melibatkan Bumiputera saja.

    Misalnya abang pernah ditarik pinjaman biasaiswanya semasa Sem ke3 pengajian oleh MARA. (itulah, perasan Melayu lagi, sampai disekat masuk exam. Mara kan hanya untuk melayu bumi?)

    Adik tidak dibenarkan masuk ke sekolah kebangsaan (kena ayah saya mengamuk panjat kementerian dulu.aha), pinjaman SPBT tak lulus, di-banned dari masuk berniaga di sesetengah pasar (family kami orang pasar malam) atas alasan khas untuk Melayu, kena isi Surat Kebenaran Belajar bagi Anak Pendatang (oh sadis bunyinya kan)..dan banyak peristiwa lain lagi.

    Apapun, jangan risau, saya bersyukur dan bangga jadi orang Malaysia :)
    Emak saya tak pernah merungut jadi pendatang, beliau selalu sangat tegur saya yang kuat Merungut itu ini bila dibanding dengan kawan-kawan. Emak kata, kembangkan potensi diri melalui apa yang kita ada, yang tiada usah dikenang =)
    Lagipun kalau nak bandingkan kehidupan asal kami (eh emak ayah la) di kampung Indonesia sana, jauh bezanya. Alhamdulillah, murah rezeki di Malaysia ni. Masha-Allah, memang bertuah sangat jadi orang Malaysia. Serius ni, bersyukurlah kalian!

    p/s: kadang-kadang saya tak prefer untuk hebohkan status kami ni, sebab saya pun tak pasti biasiswa saya sekarang untuk bumi saja atau tidak.haha. tapi inshaallah selamat kot, sebab ada bangsa lain pun boleh dapat sama.
    just a precaution, sebab dulu ada pakcik orang kuat kementerian tak bagi saya tunjuk surat beranak untuk segala urusan rasmi dengan kerajaan. dia siap koyakkan salinan sb saya masa nak interview ada program peringkat nasional :D

    p/s/s: sebenarnya takdela nak highlight sangat masalah melayu ke tak melayu. waktu post ni ditulis, sedang tensi baca lambakan emel/mesej yang perlukan perhatian kita; tapi ditulis dalam bahasa yang langsung tak Melayu.huhu. Sy pn kdg2 de jer gne shotfom, tp ntah r, rs xske bc klw byk sgt tls gini.pning ah.xske.

    ok. panjang sangat dah ni. selamat merayakan puasa ;)

  10. ibnutoha 18 August, 2010 at 11:51 pm

    Salam,
    ish kecewanya dengar. Hai apa yang susah sangat ‘rigid’ mcm tu. Ada IC kan?
    so apa masalahnya depa ni. Benda boleh mudahkan nak susahkan, benda susah diremehkan pulak. Aiseh la.

    Boleh dah bagi biasiswa lepas tu tarik? Haish dah lebih ni.

    Inilah masalah dengan org ‘Melayu’ ni. Orang gunakan ekuiti/rizab/keistimewaan org Melayu tu untuk kebaikan Islam. Dah depa ni boleh pulak ikut kepentingan puak pula. Aduh bangsaku.

    Alhamdulillah jadi rakyat Malaysia. Mmg kawan2 di indo cerita payahnya depa nak belajar. Sedangkan pandai2 belaka.

    Boleh je tak payah tunjuk s/b dah. Kalau dah ada IC tunjuk IC sudah la kan?

    p/s: xfhm lr bhse apew tue?
    [payah bebenor saya nak menulisnya!]

    p/s Lagi: woha, pasar malam! Kalau jumpa ur dad nak jadi apprentice dia berniaga, boleh?

  11. adiLa 26 August, 2010 at 10:18 pm

    Wsalam wbt

    ibnu toha:

    Erm itulah realitinya status bukan bumi di Malaysia.

    Semasa btn, fasi grup saya memang semangat habis dengan Melayunya. Tentunya saya tak kisah, kerana saya pun sedar saya di Malaysia, dan satu kumpulan semuanya Melayu.
    Tapi fasi tu silap langkah la bila burukkan bangsa lain, cina terutamanya. Oh dan tentunya indo juga.
    Ingat lagi ayatnya, “Tu orang2 indon tu, dulu siapa yang nak ganyang malaysia lah apa lah. Sekarang siapa yang terkinja-kinja nak masuk negara ni. Berapa ramai pendatang. Pastu buat hal, masalah sosial kat sini. Tu tengok kat kantin kamu tu, semua indon belaka.”
    Saya akui kebenarannya, sesetengahnya. Tapi men-generalize tu tentunya tak manis didengar.
    Di hujung slot, fasi tanya kalau-kalau siapa mahu bercakap, maka saya berilah sedikit pendapat berkaitan, dan ambil peluang terangkan status saya. Dalam ic, saya Indonesia, seperti yang fasi maksudkan tadilah.
    Akhirnya, “Kamu tak habis taaruf ni. Sepatutnya dalam sesi taaruf kena lengkap, kan saya ada minta asal usul juga.”
    Pulak.huh.

    Oh pasal sb sekarang memang dah tak guna dah. Tu kisah 8 tahun lepas, masih kena pakai sb =)

    Mahu jadi apprentice? Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Kalau sangguplah.hehe. Habuannya tak sebanding lelahnya!

    Hamba:
    Maaf lambat reply. Dan maaf juga, ana tiada internet di rumah sekarqng ni. Baru pindah, tak setup semuanya lagi. Agak susah nak terangkan melaui fon ni.
    Inshaallah, kemudian ye. Apapun, entiboleh try google macam mana =)

  12. sitifatimahnorshamshah - macam kenal tak? hehe. 18 April, 2011 at 9:01 am

    assalamualaikum sahabat lama! rindunya!!
    baru jumpa blog awak. best2!
    perjuangan bahasa melayu? hmm.. sebelum nak memperjuangkan bahasa, kena ubah mindset masyarakat dulu. kalau masyarajat masih fikir “alah, BM je pun, blaja BM standard, last2 gne BM pasar gak”, usaha tu kurang berhasil la kan? :)
    oho… sama la kita, boring gile baca msg macam ni : aq ske mkn nck. kw ske? adoi….
    setuju dgn point – penggunaan bahasa perlu kena dengan situasi.
    kita ingat lagi pasal borang anak warga asing tu, ada isu tentang awak dan jugak kita. hehehe. tapi dari situ baru kita faham kerajaan malaysia tentukan keturunan seseorang tu dari keturunan bapanya. takpe nova, ramai jejaka melayu untuk dipilih. hehe..
    entah apa kita komen ni. sebok je nak komen. :D
    really miss you!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: