Mencari titik sama; Kristian itu dekat dengan kita

Isu penggunaan kalimah Allah sudah suam-suam kuku rasanya. Iyakah?

Rasanya begitulah. Apa yang saya rasa di UK ini.
Tak tahulah di Malaysia macam mana. Lagi-lagi selepas peristiwa pembakaran gereja baru-baru ini. Ah, sedih sekali mendengarnya!

Rimas rasanya melihat mereka yang suka memburukkan agama orang lain. Di Facebook. Di Blog.
Mudah sekali carutan dilontar, kata-kata hina dilempar. Oh, tidak sama sekali diajar dalam Islam!

وَلاَ تَسُبُّواْ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللّهِ

“Dan janganlah kamu cerca sembahan mereka yang lain dari Allah..” [Al-An-am, 6:108]

Agama itu kepercayaan orang, sungguh sensitif sekali kalau ada yang menghina, bukan?

Insha-Allah, tentunya saya sangat yakin dengan jalan yang saya pilih ini. Namun, tidak bermakna jika kita merasa kita yang paling betul, kita boleh menghina yang lain. Bukankah lebih molek mengajak mereka ke jalan kita..

Terkadang, mereka ini yang membantu menguatkan kita.

Ingat lagikah kita kisah ketika Islam ditindas Quraisy di Mekah?

Melalui perintah Allah, Nabi mencadangkan para sahabat untuk menyelamatkan diri sementara waktu di bawah pemerintahan Habshah. Rajanya pengikut Kristian yang setia, Raja Najasyi. Satu contoh kerjasama yang baik antara agama, kan?

Sebab itulah Allah menyebut dalam Al-Quran, mereka inilah yang paling akrab dengan orang Islam.

وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَّوَدَّةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ الَّذِينَ قَالُوَاْ إِنَّا نَصَارَى ذَلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَاناً وَأَنَّهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ

Demi Sesungguhnya Engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” Yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.[Al-Maidah, 5:82]

See. Allah yang iktiraf tu!

Selalu juga soalan yang akan dibangkitkan, “Kristian dulu tak macam sekarang. Kristian dengan ahli Kitab (Nasrani) tak sama.”

Hurm. Kalau mengikut agama kita, sebenarnya kita sudah lama melihat mereka bukan di jalan kita. Lama sudah. Lebih kurang seratus tahun selepas kenaikan Jesus Christ ke langit lagi, semenjak Paul mula ‘berkuasa’ dalam Bible; Kita sudah ada banyak perkara yang tidak kita sepakati dalam agama tersebut.

Mari ambil contoh satu ayat:

Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: “(Tuhan itu) tiga“. Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian)..[An-Nisa’, 4:171]

Ayat Quran di atas, dan juga ayat [5:73] serta [5:116] antara bukti bahawa Al-Quran telah lama menyebut tentang Trinity, bermakna isu itu bukan isu baru.
Kita telah lama sedar bahawa jalan kita dan jalan mereka lain, kita memang tak sama dengan mereka.

Jadi? Kristian dulu atau Kristian sekarang, isunya sama. Mereka sama. Pandangan Islam terhadap mereka sama.

Jadi, kalau dulu Nabi berbaik dengan Kristian, kita juga harus berbaik sama!

Bola sepak

Saya tak tahu main bola sepak. Tapi rasanya saya tahu prinsip permainan bola.

Ada yang menyerang, ada yang menahan (defence).

Kalau semua ahli dalam pasukan meyerang tanpa defend, jaring gol dalam keadaan bahaya.
Kalau semua defend saja, bila nak menang ni??

Justeru, usaha defend perlu, usaha serang juga perlu; malah lebih kuat lagi.

Seolahnya, bila isu-isu ‘sensitiviti’ umat Islam dicabar, kita menahan.
Kita larang guna.
Kita tak bagi.
Kita defend. Mogok, demo.

Tetapi, berapa ramai antara kita yang menyerang? Menyerang untuk menjaringkan gol?

sumber

Apakah gol kita di sini?
-Kita risau anak-anak kita keliru. Nanti Islam sama saja dengan Kristian.

Tiba-tiba Allah ada tiga.
Mak kata di rumah Allah satu, Cikgu Amoi di sekolah kata tiga.

Bukankah itu yang kita risaukan?

Di sebalik hanya men defend, harus lebih banyak lagi kita ‘menyerang ke arah gol’ !

Kalau tak mahu anak-anak keliru, apa usaha kita?

Hanya mengharap Mahkamah melarang penggunaan nama Allah..

Sejauh mana yang kita usahakan untuk menerangkan keadaan ini pada yang keliru..
Sejauh mana kita ‘serang’ diri dan keluarga sendiri untuk mantopkan pemahaman akidah terhadap tuhan sendiri?

Asyik menahan dan terus menahan, bolehkah kita jaringkan gol?

Sayang, isu penggunaan salah nama tuhan ini tidaklah sebesar mana berbanding salah pamer akhlak Muslim.
Berbanding hiburan TV di Malaysia yang dipelopori Muslim.

Lebih keliru dibuatnya!

Wallahua’lam.

p/s: penulis mencadangkan bacaan ulasan tentang isu ini lebih lanjut di sini

Advertisements

4 responses to “Mencari titik sama; Kristian itu dekat dengan kita

  1. lili 13 January, 2010 at 7:41 am

    nova adila nova adila…

    skype jela senang. hahahaha

  2. adiLa 13 January, 2010 at 7:44 am

    cik lili tai..

    awat. che bizi la ni.hoho. bila nampak che on9 skype tu, call je la.

  3. ROKOT 15 January, 2010 at 8:31 am

    SAYA KURANG SETUJUH SEDIKIT DENGAN KEKELIRUAN TENTANG PENGGUNAAN KALIMAH “ALLAH”.. WALAU SAYA DI LAHIRKAN DALAM KELUARGA YANG TAK SEBERAPA.. PENDIDIKAN AGAMA CUMA DAPAT DARI SEKOLAH BIASA SAHAJA BUKAN DI SEKOLAH AGAMA.. BERCAMPUR DENGAN KAWAN-KAWAN DARI AGAMA YANG BERBEZA.. DENGAN KELUARGA YANG BERLAINAN AGAMA.. TAPI ALHAMDULILLAH.. SAYA TIDAK PULA TERPESONG SEHINGGA MENINGGALKAN AGAMA SAYA UNTUK MEMELUK KRISTIAN.. TIDAK PULA AKIDAH SAYA TERKELUAR DARI AJARAN ISLAM.. PENDEK KATA.. TEPUK DADA TANYA DIRI.. KERANA TERLALU BERPIKIRAN SEMPIT SAHAJA KITA TERLALU FIKIR MASALAH INI SEHINGGA MENGHANTUI DIRI SENDIRI.. BAGI SAYA.. TIDAK ADA MASALAH PENGGUNAAN KALIMAH ‘ALLAH’ TU DALAM AGAMA KRISTIAN.. DI SABAH TIDAK PULA PENDUDUK ISLAM DIA TERPESONG AKIDAH DIA.. SEDANGKAN DI SABAH DAN SARAWAK LEBIH RAMAI YANG MENGANUT ISLAM DARIPADA SEMENANJUNG.. ORANG SEMENANJUNG SAHAJA YANG BAWA ISU NI… DAN HANYA BERLAKU DI SANA SAHAJA.. KEHIDUPAN KAMI TETAP AMAN DI SINI.. JADI JANGAN LAH BAWA ISU SENSITIF NI SEHINGGA MENGANGGU GUGAT KEAMANAN DAN PERPADUAN RAKYAT DI NEGARA INI..

    SABAH..

  4. suri 17 January, 2010 at 9:14 pm

    salam,

    saya suka dengan analogi bola sepak itu:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: