Isu kalimah Allah di sana-sini

Sekarang ini heboh isu ini.

Jom kita buka bible.

Memetik salah satu ayat di dalamnya:

Jesus cries with a loud voice, “Eloi, Eloi, lema sabakhtani!”
(“My God, my God, why have thou forsaken me!” ) [Mark 15:34]

kalau kita tukar  ‘God’ menjadi ‘Allah’ (melihatkan permintaan mereka kali ini),

maka berubahlah ayat tersebut:

Jesus cries with a loud voice,”O Allah, O Allah, why have thou forsaken me!”

Kalau saya sebagai pembaca bible, saya akan pelik;
andai Jesus itu Tuhan, Jesus merintih kepada Allah yang juga Tuhan = Tuhan Jesus tidak cukup kuat.
Tuhan Jesus menangis seperti manusia biasa. Tuhan Jesus percaya ada lagi Tuhan Allah yang Kuat.

Hurm..?

Jom kita baca berita pula.

Memetik kata-kata figura-figura yang ahli dalam bidang masing-masing: (boleh klik pada link biru berkaitan)

  • Datuk Seri Najib Razak, hari ini meminta “..umat Islam di negara ini bertenang dan tidak terlalu “memanaskan” isu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan gereja Katholik menggunakan perkataan “Allah” dalam penerbitannya. . ..Seperti mana diketahui, rayuan boleh dikemukakan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan untuk diputuskan.. “
  • “..berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi. Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini..” –Kenyataan Rasmi Tuan Guru Presiden, Parti Islam SeMalaysia (PAS)
  • “Pengunaan Allah boleh tetapi dibimbang disalah guna, jadi lebih baik kita berhenti daripada membenarkan agama lain guna perkataan Allah,” –Tuan Guru Mursyidul Am PAS
  • “..Oleh kerana keresahan ini timbul ekoran keputusan mahkamah, JIM berpandangan penyelesaiannya juga harus dicari melalui proses undang-undang. JIM menyokong usaha segera kerajaan untuk merayu dan untuk memohon penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu..” –Jamaah Islah Malaysia (JIM)
  • “..Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar mingguanHerald- The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran..” –Prof Dato’ Dr Harun Din, Timbalan Mursyidul Am PAS
  • “Kristian Arab dan juga musyrikin Mekah dahulu juga menyebut Allah sebagai Tuhan. Nas-nas al-Quran dan al-Sunnah tidak membantah hal tersebut.. ..di pihak umat Islam sendiri, pendidikan akidah Islam tidak ditekankan secara yang sepatutnya. Kita lebih banyak menumpulkan soal fekah sehingga melupai pokok yang lebih penting iaitu akidah..” –Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Penda’wah Bebas
  • “Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein dilihat seolah-olah cuba melengah-lengahkan usaha mengfailkan rayuan berhubung larangan orang bukan Islam dari menggunakan kalimah ‘Allah’.. ..Umno dalam isu kudeta Perak dilihat begitu pantas mengemukakan rayuan apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan Menteri Besar Perak yang sah..” –Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS
  • “..Sebelum ini orang Islam juga pernah dikecewakan dengan larangan amalan beragama kepada wanita Islam iaitu amalan pemakaian purdah oleh kakitangan awam ( kes Halimatusadiah ) di atas alasan menjaga kepentingan awam.
    Yang peliknya pada masa itu kita tidak dengar pula mana-mana pemimpin UMNO yang berkokok seperti ayam jantan seperti sekarang ini..” –Hanipa Maidin, Peguam

dulu kami guna Tuhan atau God. Sekarang guna Allah. Eh, kenapa kita nak sangat guna nama Allah ni?

Terakhir, memetik kata-kata Nova Adila pula:

Saya rasa, penggunaan nama Allah dalam bible ni dah lama dah. Sebab saya miliki Bible versi Melayu pun dah agak lama, sebelum isu ini heboh lagi, kira-kira dua tahun lepas. (mau kena ni kalau pa tahu anak dia simpan bible.hoho. Abang, iji, kalau baca ni, no report-report okeh?)

Sayang, tinggal di rumahla – Malaysia. 

Teringin nak snap antara petikan2 penggunaan nama Allah dalam bible tu.
Memang kalau siapa tak tahu kandungan Bible dan Kitab agama sendiri, boleh terkonfius jugakla bila baca, sebab guna nama Allah.

Sebab tu… kena belajar!

Takkan kitab agama sendiri pun tak dapat beza, kan? =p
Comel jugak bunyinya dalam ‘Kitab Injil’ mereka – “Semoga Allah memberkati usaha kita.”
Apapun, nothing happens for no reason.
Wallahua’lam.

Credit to Hilfi and Amir for the sharings at Alumni Muscom Yahoogroups.

Advertisements

4 responses to “Isu kalimah Allah di sana-sini

  1. meeradiana 7 January, 2010 at 8:00 am

    salam.
    denga cite ade demonstrasi kat kl esok pasal bnde ni.
    heh~
    nova..tq ye 4 da comment..
    doakn kami..
    jg diri n kshtn..=)

  2. aishah 9 January, 2010 at 7:02 pm

    kak nova skrang kat mana? hilang contact tros

  3. sall 29 January, 2010 at 2:07 am

    Memang benar, orang arab sudah menggunakan kalimah Allah sebelum Islam di sebarkan oleh Nabi Muhammad. Perlu diingat agama Islam sudah bermula sebelum adanya bangsa arab dan bangsa israel. Pertama laki agama Islam Allah turunkan kepada Nabi Ibrahim iaitu datok bangsa arab dan bangsa israel. Jadi sebenarnya bangsa arab dan israel pada asalnya adalah beragama Islam menyembah Allah yang diajarkan oleh Nabi Ibrahim. Kerana hasutan Iblis dan zaman berlalu ratusan tahun, bahkan ribuan tahun menyebabkan mereka menjadi kafir menyembah berhala dan tuhan-tuhan lain. Jadi tidaklah mengherankan kalau Arab sudah menggunakan kalimah Allah sebelum Islam di sebarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. lagi.

  4. Abdul Aleem 8 July, 2010 at 6:41 am

    Subhhanall allaha ki Shan. Allah Sab jagha Hai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: