Monthly Archives: January 2010

Mencari titik sama; Kristian itu dekat dengan kita

Isu penggunaan kalimah Allah sudah suam-suam kuku rasanya. Iyakah?

Rasanya begitulah. Apa yang saya rasa di UK ini.
Tak tahulah di Malaysia macam mana. Lagi-lagi selepas peristiwa pembakaran gereja baru-baru ini. Ah, sedih sekali mendengarnya!

Rimas rasanya melihat mereka yang suka memburukkan agama orang lain. Di Facebook. Di Blog.
Mudah sekali carutan dilontar, kata-kata hina dilempar. Oh, tidak sama sekali diajar dalam Islam!

وَلاَ تَسُبُّواْ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللّهِ

“Dan janganlah kamu cerca sembahan mereka yang lain dari Allah..” [Al-An-am, 6:108]

Agama itu kepercayaan orang, sungguh sensitif sekali kalau ada yang menghina, bukan?

Insha-Allah, tentunya saya sangat yakin dengan jalan yang saya pilih ini. Namun, tidak bermakna jika kita merasa kita yang paling betul, kita boleh menghina yang lain. Bukankah lebih molek mengajak mereka ke jalan kita..

Terkadang, mereka ini yang membantu menguatkan kita.

Ingat lagikah kita kisah ketika Islam ditindas Quraisy di Mekah?

Melalui perintah Allah, Nabi mencadangkan para sahabat untuk menyelamatkan diri sementara waktu di bawah pemerintahan Habshah. Rajanya pengikut Kristian yang setia, Raja Najasyi. Satu contoh kerjasama yang baik antara agama, kan?

Sebab itulah Allah menyebut dalam Al-Quran, mereka inilah yang paling akrab dengan orang Islam.

وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَّوَدَّةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ الَّذِينَ قَالُوَاْ إِنَّا نَصَارَى ذَلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَاناً وَأَنَّهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ

Demi Sesungguhnya Engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” Yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.[Al-Maidah, 5:82]

See. Allah yang iktiraf tu!

Selalu juga soalan yang akan dibangkitkan, “Kristian dulu tak macam sekarang. Kristian dengan ahli Kitab (Nasrani) tak sama.”

Hurm. Kalau mengikut agama kita, sebenarnya kita sudah lama melihat mereka bukan di jalan kita. Lama sudah. Lebih kurang seratus tahun selepas kenaikan Jesus Christ ke langit lagi, semenjak Paul mula ‘berkuasa’ dalam Bible; Kita sudah ada banyak perkara yang tidak kita sepakati dalam agama tersebut.

Mari ambil contoh satu ayat:

Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: “(Tuhan itu) tiga“. Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian)..[An-Nisa’, 4:171]

Ayat Quran di atas, dan juga ayat [5:73] serta [5:116] antara bukti bahawa Al-Quran telah lama menyebut tentang Trinity, bermakna isu itu bukan isu baru.
Kita telah lama sedar bahawa jalan kita dan jalan mereka lain, kita memang tak sama dengan mereka.

Jadi? Kristian dulu atau Kristian sekarang, isunya sama. Mereka sama. Pandangan Islam terhadap mereka sama.

Jadi, kalau dulu Nabi berbaik dengan Kristian, kita juga harus berbaik sama!

Bola sepak

Saya tak tahu main bola sepak. Tapi rasanya saya tahu prinsip permainan bola.

Ada yang menyerang, ada yang menahan (defence).

Kalau semua ahli dalam pasukan meyerang tanpa defend, jaring gol dalam keadaan bahaya.
Kalau semua defend saja, bila nak menang ni??

Justeru, usaha defend perlu, usaha serang juga perlu; malah lebih kuat lagi.

Seolahnya, bila isu-isu ‘sensitiviti’ umat Islam dicabar, kita menahan.
Kita larang guna.
Kita tak bagi.
Kita defend. Mogok, demo.

Tetapi, berapa ramai antara kita yang menyerang? Menyerang untuk menjaringkan gol?

sumber

Apakah gol kita di sini?
-Kita risau anak-anak kita keliru. Nanti Islam sama saja dengan Kristian.

Tiba-tiba Allah ada tiga.
Mak kata di rumah Allah satu, Cikgu Amoi di sekolah kata tiga.

Bukankah itu yang kita risaukan?

Di sebalik hanya men defend, harus lebih banyak lagi kita ‘menyerang ke arah gol’ !

Kalau tak mahu anak-anak keliru, apa usaha kita?

Hanya mengharap Mahkamah melarang penggunaan nama Allah..

Sejauh mana yang kita usahakan untuk menerangkan keadaan ini pada yang keliru..
Sejauh mana kita ‘serang’ diri dan keluarga sendiri untuk mantopkan pemahaman akidah terhadap tuhan sendiri?

Asyik menahan dan terus menahan, bolehkah kita jaringkan gol?

Sayang, isu penggunaan salah nama tuhan ini tidaklah sebesar mana berbanding salah pamer akhlak Muslim.
Berbanding hiburan TV di Malaysia yang dipelopori Muslim.

Lebih keliru dibuatnya!

Wallahua’lam.

p/s: penulis mencadangkan bacaan ulasan tentang isu ini lebih lanjut di sini

Isu kalimah Allah di sana-sini

Sekarang ini heboh isu ini.

Jom kita buka bible.

Memetik salah satu ayat di dalamnya:

Jesus cries with a loud voice, “Eloi, Eloi, lema sabakhtani!”
(“My God, my God, why have thou forsaken me!” ) [Mark 15:34]

kalau kita tukar  ‘God’ menjadi ‘Allah’ (melihatkan permintaan mereka kali ini),

maka berubahlah ayat tersebut:

Jesus cries with a loud voice,”O Allah, O Allah, why have thou forsaken me!”

Kalau saya sebagai pembaca bible, saya akan pelik;
andai Jesus itu Tuhan, Jesus merintih kepada Allah yang juga Tuhan = Tuhan Jesus tidak cukup kuat.
Tuhan Jesus menangis seperti manusia biasa. Tuhan Jesus percaya ada lagi Tuhan Allah yang Kuat.

Hurm..?

Jom kita baca berita pula.

Memetik kata-kata figura-figura yang ahli dalam bidang masing-masing: (boleh klik pada link biru berkaitan)

  • Datuk Seri Najib Razak, hari ini meminta “..umat Islam di negara ini bertenang dan tidak terlalu “memanaskan” isu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan gereja Katholik menggunakan perkataan “Allah” dalam penerbitannya. . ..Seperti mana diketahui, rayuan boleh dikemukakan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan untuk diputuskan.. “
  • “..berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi. Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini..” –Kenyataan Rasmi Tuan Guru Presiden, Parti Islam SeMalaysia (PAS)
  • “Pengunaan Allah boleh tetapi dibimbang disalah guna, jadi lebih baik kita berhenti daripada membenarkan agama lain guna perkataan Allah,” –Tuan Guru Mursyidul Am PAS
  • “..Oleh kerana keresahan ini timbul ekoran keputusan mahkamah, JIM berpandangan penyelesaiannya juga harus dicari melalui proses undang-undang. JIM menyokong usaha segera kerajaan untuk merayu dan untuk memohon penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu..” –Jamaah Islah Malaysia (JIM)
  • “..Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar mingguanHerald- The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran..” –Prof Dato’ Dr Harun Din, Timbalan Mursyidul Am PAS
  • “Kristian Arab dan juga musyrikin Mekah dahulu juga menyebut Allah sebagai Tuhan. Nas-nas al-Quran dan al-Sunnah tidak membantah hal tersebut.. ..di pihak umat Islam sendiri, pendidikan akidah Islam tidak ditekankan secara yang sepatutnya. Kita lebih banyak menumpulkan soal fekah sehingga melupai pokok yang lebih penting iaitu akidah..” –Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Penda’wah Bebas
  • “Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein dilihat seolah-olah cuba melengah-lengahkan usaha mengfailkan rayuan berhubung larangan orang bukan Islam dari menggunakan kalimah ‘Allah’.. ..Umno dalam isu kudeta Perak dilihat begitu pantas mengemukakan rayuan apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan Menteri Besar Perak yang sah..” –Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS
  • “..Sebelum ini orang Islam juga pernah dikecewakan dengan larangan amalan beragama kepada wanita Islam iaitu amalan pemakaian purdah oleh kakitangan awam ( kes Halimatusadiah ) di atas alasan menjaga kepentingan awam.
    Yang peliknya pada masa itu kita tidak dengar pula mana-mana pemimpin UMNO yang berkokok seperti ayam jantan seperti sekarang ini..” –Hanipa Maidin, Peguam

dulu kami guna Tuhan atau God. Sekarang guna Allah. Eh, kenapa kita nak sangat guna nama Allah ni?

Terakhir, memetik kata-kata Nova Adila pula:

Saya rasa, penggunaan nama Allah dalam bible ni dah lama dah. Sebab saya miliki Bible versi Melayu pun dah agak lama, sebelum isu ini heboh lagi, kira-kira dua tahun lepas. (mau kena ni kalau pa tahu anak dia simpan bible.hoho. Abang, iji, kalau baca ni, no report-report okeh?)

Sayang, tinggal di rumahla – Malaysia. 

Teringin nak snap antara petikan2 penggunaan nama Allah dalam bible tu.
Memang kalau siapa tak tahu kandungan Bible dan Kitab agama sendiri, boleh terkonfius jugakla bila baca, sebab guna nama Allah.

Sebab tu… kena belajar!

Takkan kitab agama sendiri pun tak dapat beza, kan? =p
Comel jugak bunyinya dalam ‘Kitab Injil’ mereka – “Semoga Allah memberkati usaha kita.”
Apapun, nothing happens for no reason.
Wallahua’lam.

Credit to Hilfi and Amir for the sharings at Alumni Muscom Yahoogroups.

dari negara panas ke negara sejuk

pandangan dari jendela rumah. subhanallah!

%d bloggers like this: