saya mahu ikut kamu solat

Jam 3.58 petang, break 10mins.
Saya baru mengangkat wudhu’, keluar dari ladies.

“I want to pray..hurm, where should I go?” monolog (luaran) saya, tapi sahabat saya itu boleh dengar.

“Owh you want to pray? Now? I want to pray as well! ” lebih kurang begitulah jawapan dia. Dengan lidah kampong Scottishnya, dia orang paling susah saya nak tangkap bahasanya.

Oh lupa perkenalkan.

Sahabat saya ini Aberdonian asli, kawan sekelas.
Seorang lelaki yang asalnya Kristian, tapi dia kata pada saya dia suka Islam dan Budha. Dan dia benci agama lamanya (sampai saya pulak yang ‘beking’ Kristian bila dia kutuk agama itu berlebih-lebihan.tak baik kutuk agama orang, ok? [Quran 6:108] [Quran 60:8])

Saya namakannya sebagai ‘brother’ dalam cerita ini ya.

saya selalu berangan nak solat di kawasan lapang macam ni. tapi kalau -4°C atau paling koman 5°C..emm anda larat tak?

Berbalik pada kisah saya mahu solat tadi.

Saya pusing-pusing bilik-bilik di sekitar Meston Building itu. Asal ada port kecik sikit pun, jadilah. Nak pergi Prayer Room, jauh. Lagipun break sekejap saja.

Saya nampak brother masuk ke kelas semula. Aih, tadi kata nak solat? Saya tinggalkan saja dia.

Tiba-tiba kedengaran ada orang berlari dari belakang, ke arah saya. Oh pakcik itu!

“I’ve told Julia we gonna pray,” ooo dia report kepada lecturer dulu rupanya.

Akhirnya kami jumpa bilik apa entah, terus saya buka kompas, cari arah kiblat.

Saya buka jaket untuk jadi tempat sujud. Brother itu pun ikut.

Dia solat di sebelah saya (ada jarakla okeh).

Saya assumed dia tahu sembahyang, eh maksudnya tahulah gerak-gerak sembahyang. Setidaknya bangun rukuk sujud itu dia tahu susunannya.
Lagipula dia pernah cerita dia pergi mosque. (sebenarnya saya rushed.huhu.nak kejar kelas..maka tak sempat nak intebiu dia, tau ke solat macam mana..etc)

Saya pun biarkan dia untuk solat sendiri.

Saya angkat takbir. Maghrib.
Saya rukuk, dia rukuk.
Saya sujud, dia sujud.

Saya gerak apa saja, dia turut ikut.

Sampailah saya beri salam kedua (mungkin dia tak dengar salam pertama saya), dia pun beri salam.
Cuma dia mula dari sebelah kiri!

(macam Ameena Wadud la pulak..wanita mengimami lelaki..oh tidakk)

Sekian.
Buatlah rumusan dan pengajaran cerita mengikut acuan masing-masing. Ada sesiapa nak bagi? =p

Advertisements

12 responses to “saya mahu ikut kamu solat

  1. auni 5 December, 2009 at 10:14 pm

    subhanallah!
    orang ni jangan ditinggalkan. dah sangat dekat dengan islam. =)

  2. fairosza 5 December, 2009 at 11:39 pm

    waa…tp pelik,xramai ke muslim yg se lecture k.nova?

  3. adiLa 5 December, 2009 at 11:42 pm

    salam wbt

    >kak auni: tapi dia tak jaga ikhtilat la ngan saya.hoho. (obviously la kan.ikhtilat pun dia mana la tau..) kadang2 terasa nak menjauh sikit.

    >fairosza : ni kelas understanding islam. ada 30++ student. akak sorang je muslim. lecturer pun bukan muslim!

  4. yanad 6 December, 2009 at 9:51 am

    salam..nova..sukela bce blog awk..mudah fhm n xheavy sgt..tulisla byk2 lg..

  5. adiLa 6 December, 2009 at 5:54 pm

    wsalam wbt yanad!
    masalahnya bila mana saya bukan penulis yg rajin :p
    yanad awak still behutang ngan saya cite awak tu~

  6. kak akma 6 December, 2009 at 7:47 pm

    haha..nice one!=)

    itu je nak cakap..heee

  7. nawa 7 December, 2009 at 8:28 am

    huiyo noba

    updet bebanyak pasal de..mnarek2

  8. deynarashid 10 December, 2009 at 10:17 am

    salam nova,

    jazakillah khair singgah blog akak yg dah bersawang tu. eheh.. seronok baca kisah2 menarik awk. dpt bayangkan je gaya2 ekspresi awk bercerita. hehe..

    jaga diri bebaik kat aberdeen, especially waktu2 winter yg makin sejuk menusuk tulang! hoho..

    jaga diri, jaga iman, moga dalam peliharaan Allah selalu =)

  9. John 17 December, 2009 at 4:15 pm

    sembahyang dalam sleeping bag kat luar, ok what.

  10. princezconan 24 December, 2009 at 4:06 pm

    salam…
    bezt bace crite awk..
    like a pnulis novel…
    pnympaian yg baekk..<–ala2 AF…h0..
    bezt!!so,,watla bnyk22 lg,,..

  11. adiLa 3 January, 2010 at 6:53 pm

    Saya post cerita ni di Yahoogroups Friendly Comparative Religion (FCR Team), dan saya rasa respon sahabat ni sangat best:

    Hmm…konfius jgk dgn cite sis.
    Based on pemahaman sy, laki tu mualaf yg bkn Islam kan ? Dia tgh nak berjinak2 dgn Islam kan ? Sepintas lalu bila sy baca “seciput” pengalaman sis td, secara automatik sy terbayangkan wajah2 non Muslim yg mencari2 kebenaran.
    Sedih rasanya.. Tapi bila dikenangkan semula bahawa Allah itu tidak akan aniaya sorg manusia pun sekalipun sebesar zarah, hati sy rasa lega semula.

    4:40 Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah. Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.

    Semua kita dah jelas bahawa org2 Kafir confirm kekal di dalam neraka. Tapi yg melegakan sy ialah bila sy dpt tau bhw seseorg yg tidak bersyahadah itu belum tentu seorg Kafir. Dalam FCR dah dicover benda ni. Tapi kalau ada yg lupa, let me share again.

    2:6 Sesungguhnya orang-orang kafir, sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.

    2:6 As to those who kafir, it is the same to them whether you warn them or do not warn them, they will not believe.


    Secara praktikal, kita tahu bahawa x semua non Muslim yg didakwah itu menolak mentah2 Islam. Ramai jgk yg syahadah selepas didakwah, sedangkan ayat di atas bgtau kita bahawa org2 kafir ni tetap x akan beriman samada kita sampaikan dakwah atau x.

    4:115 Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk, dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam…

    4:115 If anyone contends with the Apostle even after guidance has been plainly conveyed to him, and follows a path other than that becoming to men of Faith, We shall leave him in the path he has chosen, and land him in Hell…


    Di sini lah kita perlu tanya diri kita sendiri adakah semua non Muslim yg kita kenali & x kenali confirm sudah sampai seru dgn JELAS? Apakah kayu pengukur JELAS ini? Sy x tahu & x kan tahu sampai ke mati.. Sbbnya ialah mustahil bagi sy utk tahu dgn detail apa yg dilalui oleh org2 non Muslim ni.

    Mgkn dia cuma tahu bahawa Islam itu “potong” dsbbkn itulah saja gambaran yg dia dapat dari kwn2 Muslim dia.

    Mgkn dia cuma tahu Islam itu Terrorist dsbbkn itulah gambaran yg dia dpt dlm media.

    Mgkn dia cuma tahu Islam itu kawin 4, “tindas wanita”, dadah, rempit, ponteng kelas, exam dapat kosong mcm nobita dll salah tggapan.

    Yg jd psoalannya, ada x mana2 individu Muslim yg dah sampaikan bahawa Islam bkn “potong”; Islam bkn terrorist; Islam bkn semata2 kawin 4; bkn tindas wanita, dadah, rempit dll SECARA JELAS?

    Andainya individu non Muslim itu berhati ikhlas mencari kebenaran, tapi xda Muslim yg membersihkan salah tggapannya terhadap Islam, dan dia pulak x diperdengarkan perkara Tauhid yg paling mudah & logik utk difahami yg ada dalam Islam, maka Allah saja la yg tahu samada dia Kafir ataupun sebaliknya.

    Next…

    17:15 Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk, maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul.

    Siapakah yg menyambung tugasan Rasul supaya seluruh manusia mengenaliNya sebagai The Only True God? Jawapannya.. .

    3:110 Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah…

    Perkara terbaik ialah mengEsakan Allah & yg terburuk ialah mensyirikkan Allah.

    4:116 Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu…

    Jadi skrg dah semestinya la org2 Hindu yg ada Trimurti & org2 Kristian yg ada Triniti tu kekal dalam neraka disebabkan dorg syirikkan Allah?

    Di sini sy nak share pengalaman seseorg yg berada dlm YG kita ni. Dulu dia Hindu. Semasa kecil, dia pernah berkata2 di dalam hatinya kpd patung yg sedang dihadapnya dgn kata2 “Sekarang aku sudah tahu engkau bukan tuhan”. Bayangkan kalau dia mati sblm syahadah, adakah kita boleh meletakkan label bahawa dia mati Kafir? Hanya Allah yg layak utk bagi Judgment.

    Persoalan di sini, ada x kemgknan wujudnya org2 Hindu, Kristian, Buddha & Ateis di luar sana tu yg pernah mempunyai sekelumit a.k.a seciput rasa ragu2 terhadap apa yg dorg percayai selama ini? Hmm…apa agaknya nasib golongan sebegini andainya dorg x pernah diterangkan tentang option Tauhid yg SAAAANGAT CANTEKKK yg ada dalam Islam akibat QUDUQUT nya org2 Islam utk share Islam?

    Confirm Kafir kot?

    Sekali lagi – hanya Allah yg layak bagi Judgment.

    Itulah kesimpulannya.

  12. Tuan Rumah 3 January, 2010 at 7:14 pm

    salam wbt semua..maaf lambat reply.

    >kak akma:
    hah.cakap tu je dah ok.sebab da selalu sgt denga kak akma cakap banyak.ahaha

    >nawa:
    updet pasal de je ke?huhu
    btw nak denga jugak cte nawa pasal hindustani =p

    >deynarashid:
    adeyh.ekspresi camne tu kak dina..
    bila boleh kita ketemu, kak? akak jaga diri juga~

    >john:
    mashaAllah.menarik ideanya.ghuraba’ sungguh la.hoho

    >princezconan:
    ahlan wasahlan, maryam :)
    eh, saya tak pandai baca novel.huhu. sori yek, blog ni jarang diupdate~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: