Monthly Archives: December 2009

Catatan Jumaat (khutbah)

Jam menunjukkan hampir pukul 1:15pm.

Saya bergegas menuju ke Franktate, musolla kami yg telah bertahun-tahun tersergam di tengah-tengah kampus Melbourne University.

Dari jauh kelihatan orang ramai berpusu-pusu masuk melalui pintu utama.
Yang beratur untuk mengambil wudhu’  sudah memenuhi ruang para jemaah duduk khusyu’ mendengar khutbah.
Saya meletakkan beg di rak kasut dan mengambil tempat dalam barisan.

Usai mengambil wudhu’, saya mengisi celahan kosong di saff belakang.

Khatib hari itu membicarakan tentang wanita, golongan yg diangkat martabatnya oleh Islam. Tidak sedikit pun Islam memandang rendah kemampuan, keupayaan dan sumbangan wanita dalam berdakwah.

“Kamu lelaki bisa merahsiakan identiti kamu.  Setelah keluar dari musolla kamu bisa menyimpan kembali kopiah kamu ke dalam beg atau poket. Tetapi wanita tidak bisa menyimpan kembali hijab mereka. Mereka adalah simbol dakwah kepada Islam.  Ketabahan mereka menuruti syariat-syariat Islam di tengah-tengah mukim jahiliyyah patut kita banggakan.”, ulas khatib.

Terkesima.

Para lelaki bisa saja meminum arak dikhalayak ramai, atau berjalan memimpin tangan si gadis tanpa perlu diketahui bahawa dia itu Islam atau tidak.

Tetapi wanita solehah akan terus menjadi simbol dakwah Islam itu sendiri. Mereka tabah mengenakan hijab tatkala Islam dikecam sebagai terroris, tatkala Islam dikecam sebagai kolot, tatkala Islam dikecam sebagai pembawa virus huru-hara didalam masyarakat.

Dan saya lihat seusai habis solat Jumaat, para makmum lelaki sibuk menyarungkan kembali kopiah mereka ke dalam beg.
Dan para muslimat, terus mengenakan hijab dikepala sambil merendahkan pandangan mereka.

Ihsan dari Rohul (penaip cerita),
Student at Melbourne University.

saya mahu ikut kamu solat

Jam 3.58 petang, break 10mins.
Saya baru mengangkat wudhu’, keluar dari ladies.

“I want to pray..hurm, where should I go?” monolog (luaran) saya, tapi sahabat saya itu boleh dengar.

“Owh you want to pray? Now? I want to pray as well! ” lebih kurang begitulah jawapan dia. Dengan lidah kampong Scottishnya, dia orang paling susah saya nak tangkap bahasanya.

Oh lupa perkenalkan.

Sahabat saya ini Aberdonian asli, kawan sekelas.
Seorang lelaki yang asalnya Kristian, tapi dia kata pada saya dia suka Islam dan Budha. Dan dia benci agama lamanya (sampai saya pulak yang ‘beking’ Kristian bila dia kutuk agama itu berlebih-lebihan.tak baik kutuk agama orang, ok? [Quran 6:108] [Quran 60:8])

Saya namakannya sebagai ‘brother’ dalam cerita ini ya.

saya selalu berangan nak solat di kawasan lapang macam ni. tapi kalau -4°C atau paling koman 5°C..emm anda larat tak?

Berbalik pada kisah saya mahu solat tadi.

Saya pusing-pusing bilik-bilik di sekitar Meston Building itu. Asal ada port kecik sikit pun, jadilah. Nak pergi Prayer Room, jauh. Lagipun break sekejap saja.

Saya nampak brother masuk ke kelas semula. Aih, tadi kata nak solat? Saya tinggalkan saja dia.

Tiba-tiba kedengaran ada orang berlari dari belakang, ke arah saya. Oh pakcik itu!

“I’ve told Julia we gonna pray,” ooo dia report kepada lecturer dulu rupanya.

Akhirnya kami jumpa bilik apa entah, terus saya buka kompas, cari arah kiblat.

Saya buka jaket untuk jadi tempat sujud. Brother itu pun ikut.

Dia solat di sebelah saya (ada jarakla okeh).

Saya assumed dia tahu sembahyang, eh maksudnya tahulah gerak-gerak sembahyang. Setidaknya bangun rukuk sujud itu dia tahu susunannya.
Lagipula dia pernah cerita dia pergi mosque. (sebenarnya saya rushed.huhu.nak kejar kelas..maka tak sempat nak intebiu dia, tau ke solat macam mana..etc)

Saya pun biarkan dia untuk solat sendiri.

Saya angkat takbir. Maghrib.
Saya rukuk, dia rukuk.
Saya sujud, dia sujud.

Saya gerak apa saja, dia turut ikut.

Sampailah saya beri salam kedua (mungkin dia tak dengar salam pertama saya), dia pun beri salam.
Cuma dia mula dari sebelah kiri!

(macam Ameena Wadud la pulak..wanita mengimami lelaki..oh tidakk)

Sekian.
Buatlah rumusan dan pengajaran cerita mengikut acuan masing-masing. Ada sesiapa nak bagi? =p

bila jiwa tergendala

Bismillah.

Sekian lama blog ini tergendala.

Hendak kata sibuk sangat, entahlah.. perasan lebih saja.

Memanglah coursework, submission hampir tiap-tiap minggu, tapi rasanya semua budak universiti memang sama kan?

Kalau saya sibuk, orang lain pun mesti sibuk juga.
Kalau saya penat, orang lain pun mesti penat juga!

Ada orang yang lebih macam-macam lagi tugasan dan amanah, mereka pun tak mengaku sibuk. Semua orang pun masanya 24 jam, jadi?

Ikhlas dari hatinya, kerana saya rasa berat hendak menulis. Berat.

Ah, bila jiwa kosong, nak beramal, sungguh, berat sekali! Henti melagho ya, Nova Adila?

Kadangkala paksaan itu cara yang bijak untuk melatih diri.

Paksa diri, cuba, dan teruskan mencuba.

Sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan.
Maka apabila engkau telah selesai (melakukan sesuatu urusan) tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain).
Maka hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.[94:6-8]

“Kalau tak nak hidup mencabar, takyah hidup la. Nama saja hidup!” yup..setuju bang.

Salam rindu dari penulis blog yang terasa selalu saja tak betul..

p/s: saya kempunan tak dapat pegi EWB. nanti siapa yang pegi, share ye?

%d bloggers like this: