Buletin minggu ini

basmalah

“Siapa yang matikan air-cond?? Nova la ni..,” Sabrina dari biliknya dah dapat menduga.

Kalau saya tidur paling lewat sekali di KYUEM dulu, memang hobi untuk matikan air-cond. Taklah gigil-gigil nak ambil wudhu paginya.

“Ko ni, sejuk mendenya, tengah-tengahari buta ni,” Syahirah Mat; disokongi yang lain. Biasanya di kelas Maths itu, saya dan Amirah memang suka merungut kesejukan tak tahan air-cond.

Kalau travel jauh seperti balik kampung di Indonesia sana, tak sah kalau tak ada masalah kesihatan.
Bukittinggi sejuk la malam-malam.
Krem-krem kaki bangun pagi. Demam-demam tu biasa.

“Nova si penyejuk,” kadang-kadang Aliza, chaletmate bagi gelaran. Yelah sikit-sikit sejuk.

.

Itu kisah-kisah lama.

Sekarang, kita pergi ke kisah baru.

.

Alhamdulillah, sudah lebih 10 hari saya di Aberdeen, Scotland ini. Atau, boleh juga Obor Deen 8)

Kawasan paling utara di United Kingdom, orang kata, patutnya paling sejuk la kan?

Tapi Alhamdulillah, setakat ini saya masih sihat walafiat lagi. Belum Tidak demam-demam, jetlag atau masalah lain. Cuma masalah di dalam flight sajalah. Mabuk teruk.

Saat saya menuruni British Airways menjejak Aberdeen Airport Khamis lalu, fikir saya, oh, okla sejuknya. Biasa je, boleh tahan lah.
(Sebenarnya tak feel sangat sebab tengah berlari cari toilet. Mabuk lagi.ayaya)

Kak Najat yang menjemput saya ketika itu kebetulan juga tidak memakai jaket.

“Em..takdelah sejuk sangat Aberdeen ni ye kak,”

Kak Najat kata hari itu memang panas. Sekejap panas, sekejap sejuk, itulah Aberdeen.

aberdeen_city1

Aberdeen The Granite City

Sepanjang tiga hari di Aberdeen, saya tak rasa lagi ‘kesejukan’ yang dimaksudkan ramai orang.

Saya ke town, ke open houses, aduhai..berpeluh je. Dengan berjalan kaki dan bag-bag shopping yang berat, memang saya sekejap-sekejap tanggalkan jaket. Melihatkan Scottish yang pakai winter coat lagi, dalam hati, diorang ni tak panas ke?

Bukittinggi, Indonesia, kampung saya tu lagi sejuk!

Alhamdulillah. Sangat-sangat bersyukur, Allah permudahkan urusan ini. Sejukofobia (adake bahasa ni?) saya berkurang. Tidaklah badan ni terperanjat di rantau orang, kalau sampai-sampai sangat sejuk.

Dan sekarang, Aberdeen sudah mula sejuk. Sejuk ya amat. Tapi rasanya badan saya tidak begitu terperanjat kerana sudah agak lama di sini.mudah-mudahan.

Tadi saja angin sejuk sangat kuat. Batu-batu kecil turut terbang menemani daun-daun luruh. Debu pasir, jangan cerita la.
Pokok-pokok ada yang sudah tumbang.

Ini baru autumn. Baru 7°C.
Kita tunggu sajalah winter nanti ya.

.

Doakan saya di bumi Granite ini.

Iklan sebentar, saya mungkin kurang bercerita tentang life sehari-hari di Aberdeen dalam blog ini. Tetapi sesekala di blog famili kami, ada updates tentang cerita Aberdeen-Seremban. Gambar-gambar juga sesekali, kerna saya tak banyak upload di facebook.

Cuma amaran, blog tersebut tidak ilmiah ya. Dikhuatiri hanya menghabiskan masa anda.huhu
Lebih bersifat kefamilian dan memang untuk famili.
Tetapi sesiapa yang berminat bolehla, dijemput.

http://magek-salo.blogspot.com/

Wassalam :)

Advertisements

4 responses to “Buletin minggu ini

  1. muFFin 4 October, 2009 at 9:08 pm

    nova, best tak aberdeen? environment die?

  2. adiLa 4 October, 2009 at 9:41 pm

    muffin!
    alhamdulillah, setakat ni nova rasa sangat best =)
    scottish baik.baik gile.

    komuniti melayu sini pun hebat!kami sikit je, around 100+/- je malay. tapi suke ah.diorg macam rapat jek.
    muslims lain macam paki, locals, arabs, african pun ramai. sentiasa ada event islamic :)

    aik sume macam promot pulak kan.haha.

    adela kontra dia jugak.
    macam town kecik je. depends la, suka ke tak.nova pening sikit kat bandar besar2 ni, so suke dengan town yg kecik itu.huhu

    da pilih uni belum?

  3. mk 5 October, 2009 at 2:31 pm

    k.nova, cork pun sama jugak! best kan bandar kecik2 dgn komuniti rapat2 ^^
    meh la meh laa dtg ireland gi PUISI yang sangat BEST
    mau jumpe~ hehe

  4. adiLa 7 October, 2009 at 4:27 am

    >mk:

    makcik kamel ye? hehe.
    ni promoter puisi berjaya sungguh ni.we’ll see dear, i’Allah.
    nanti kamel datang mainland x?
    datang ye =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: