Monthly Archives: October 2009

Bukan hanya Maths :)

basmalah

.

Selaku pelajar bidang sains, kami dibenarkan mengambil maksimum 30 points credit dalam mana-mana non-science course, bersamaan 25% daripada keseluruhan kursus.

Saya memang rasa macam nak stadi benda lain selain maths. Maka harus dimanfaatkan sepenuhnya peluang ini :)
(sebenarnya sangat tak sabar nak habiskan 3 tahun ini untuk keluar dari bidang science.adeh~)

Pada awalnya saya memilih ‘Religion Studies’.

Em, saya agak suka dengan benda-benda comparative religion studies sebegini.

Tapi sayang, ada waktunya lecture clash dengan kelas Matematik yang wajib, maka saya harus membuat pilihan lain.

Saya berpindah kepada ‘Basics of Christianity’.

Ah, clash juga. Hurm..sepertinya hajat nak belajar pasal agama orang ni macam tak diizinkan aje..

Berkali-kali saya tanya hati ini, serius ke aku nak amik bidang-bidang Divinity ni? Karang sesat pula karang. Na’udzubillah.

saya mula belajar tentang Comparative Religion dengan mereka-mereka ni.. brother shah sifunya.

Saya mula belajar tentang Comparative Religion dengan mereka-mereka ni.. Brother Shah sifunya.

.

Entah, kuat juga hati ini mahu memilih bidang sebegini.

Akhirnya, ‘Jesus of Nazareth: Life Teaching Context’, electronically registered. Try la.

Keluar saja dari bilik Advisor tempat saya mendaftarkan subjek tersebut, saya menyelak-nyelak pilihan lain yang ada. Sambil berjalan. Sepertinya kurang berpuas hati dengan pilihan tadi.

Sampai pada satu line…

.

DR 2038 UNDERSTANDING ISLAM!

Hati saya bolak-balik.

Memikirkan matematik yang buat saya pening otak selalu, risau pula subjek Jesus ini lebih merunsingkan saya. Suka itu memang suka. Minat itu memang minat. Kalau dah start buka bible dan study sikit-sikit tentang religion lain, memang rasanya susah nak stop. Ada saja benda yang saya tak puas hati dan nak cari lagi.

Risau nanti saya study subjek ini lebih daripada Maths!

Mungkin baik aku amik Understanding Islam, memandangkan ilmu Islam yang masih sangat cetek ini. Setidak-tidaknya dah ada basics, mungkin lebih senang, atau kalau tidakpun, pasti sangat berguna dan yang penting, takkan rugi punya ambil bidang agama ni.

Yang best juga, lecturernya non-Muslim. New experience!

Dua hari saya ambil masa memikirkannya.

Okay, just attend the class and we’ll see whether you gonna interested in to that course or not.

279Chapel3_rdax_800x531

Chapel sini dengarnya selalu buat program. Hari tu nampak orang kawin. Lepas ni celebration 500 years chapel pula.
Heh, tapi mosque pun selalu buat aktiviti. Mana boleh kalah 8)

279Chapel1_rdax_800x521

Minggu lepas, saya hadir ke kelas dan tutorial subjek tersebut.

A very small class, compared to Mathematics classes.

Majoriti pelajar kelas ini memang sudah ada basics about Islam, (taklah ‘basics’ pun tapi history pasal Islam sikit-sikit diorang tau kot) semasa first year (saya masuk terus ke second year). Majoritinya non-muslim, eh, ke semua? Huh, sebab ada seorang mengaku dia Muslim. Tapi orang-orang lain kata tidak. Takpe, raikan saja kemahuannya mahu mengaku muslim..~

Lecturer- Dr Julia Droeber, seorang Kristian. Nice.

Semasa tutorial, kami diberikan beberapa soalan untuk melihat sejauh mana basics kami tentang Islam. Dalam kumpulan.

Antaranya:

–          What does Muslims believe in?

–          Who is Muhammad?

–          What does it mean by the Muslim World?

–          What is Al-Quran and Hadith?

–          What happened after 1258?

–          What happened between 1258 and 2009?

Waduh. Malu sahaja sebagai seorang Muslim, saya juga garu-garu kepala nak menjawab soalan-soalan tersebut. Lagi-lagi yang soalan 1258 CE. Tarikh pekebenda la tu.. Ragu-ragu saya nak menjawab.

Antara masalah utama juga adalah bahasa.adeh. Arabic terms, nak explain kepada ahli kumpulan. Lama nak korek balik, zakat in English apa yek? haiyya cik nova~

masjidinterior2

Our Mosque (Brothers site)

Kalau bacaan agama, memang biasanya saya tak pernah pilih English. Di KYUEM baru mula baca sikit-sikit bahan English. Kalau dapat cari yang Malay/Indonesian version, memang itu saya dahulukan. Tapi nampaknya..lepas ni memang harus lebih banyak studi buku agama dalam English..!

Dalam sesi ini, kami dibenarkan untuk membetulkan/tidak bersetuju dengan mana-mana jawapan daripada kumpulan lain.

Saya kagum dengan jawapan-jawapan mereka. Banyak juga yang mereka tahu tentang Islam. Hebat.
Tulisan mereka menggambarkan pendapat mereka tentang Islam. Apa yang mereka nampak setakat ini.

Ada yang berkait, tapi kurang tepat, seperti ‘Muhammad lived in the cave’. Memang saya tersengih membacanya.

It should be, He received wahy in the cave.  Takpe, mereka baru belajar. Kalau Muslim yang buat, memang patut sekeh la jugak!

‘But sanctify the Lord God in your hearts: and be ready always to give an answer to every man that asketh you a reason

of the hope that is in you with meekness and fear: Having good conscience; that, whereas they speak evil of you, as of evildoers, they

may be ashamed that falsely accuse your good conversation in Christ’ [1 Peter 3:15&16]

Tapi ada juga beberapa ketika saya bersuara, contohnya ditulis, hak kaum wanita menurun apabila Islam berkuasa selepas 1258.

“Sorry, I don’t agree with this,” tapi saya rasa macam saya gagal explain balik. adoi2. memang kena cek balik ilmu ni.

Ada statement mereka, yang saya pun tak pasti. Pasal history,perang-perang semua tu. Adoi lagi.

“Say: O people of the book! come to common terms as between us and you: that we worship none but God; that we associate no partners with Him; that we erect not, from among ourselves, lords and patrons other than God. If then they turn back, say: bear witness that we (at least) are muslims (bowing to God’s will)”
– Ali Imran 3:64

Okay, marilah study dan jangan buat malu kaum.

Buletin minggu ini

basmalah

“Siapa yang matikan air-cond?? Nova la ni..,” Sabrina dari biliknya dah dapat menduga.

Kalau saya tidur paling lewat sekali di KYUEM dulu, memang hobi untuk matikan air-cond. Taklah gigil-gigil nak ambil wudhu paginya.

“Ko ni, sejuk mendenya, tengah-tengahari buta ni,” Syahirah Mat; disokongi yang lain. Biasanya di kelas Maths itu, saya dan Amirah memang suka merungut kesejukan tak tahan air-cond.

Kalau travel jauh seperti balik kampung di Indonesia sana, tak sah kalau tak ada masalah kesihatan.
Bukittinggi sejuk la malam-malam.
Krem-krem kaki bangun pagi. Demam-demam tu biasa.

“Nova si penyejuk,” kadang-kadang Aliza, chaletmate bagi gelaran. Yelah sikit-sikit sejuk.

.

Itu kisah-kisah lama.

Sekarang, kita pergi ke kisah baru.

.

Alhamdulillah, sudah lebih 10 hari saya di Aberdeen, Scotland ini. Atau, boleh juga Obor Deen 8)

Kawasan paling utara di United Kingdom, orang kata, patutnya paling sejuk la kan?

Tapi Alhamdulillah, setakat ini saya masih sihat walafiat lagi. Belum Tidak demam-demam, jetlag atau masalah lain. Cuma masalah di dalam flight sajalah. Mabuk teruk.

Saat saya menuruni British Airways menjejak Aberdeen Airport Khamis lalu, fikir saya, oh, okla sejuknya. Biasa je, boleh tahan lah.
(Sebenarnya tak feel sangat sebab tengah berlari cari toilet. Mabuk lagi.ayaya)

Kak Najat yang menjemput saya ketika itu kebetulan juga tidak memakai jaket.

“Em..takdelah sejuk sangat Aberdeen ni ye kak,”

Kak Najat kata hari itu memang panas. Sekejap panas, sekejap sejuk, itulah Aberdeen.

aberdeen_city1

Aberdeen The Granite City

Sepanjang tiga hari di Aberdeen, saya tak rasa lagi ‘kesejukan’ yang dimaksudkan ramai orang.

Saya ke town, ke open houses, aduhai..berpeluh je. Dengan berjalan kaki dan bag-bag shopping yang berat, memang saya sekejap-sekejap tanggalkan jaket. Melihatkan Scottish yang pakai winter coat lagi, dalam hati, diorang ni tak panas ke?

Bukittinggi, Indonesia, kampung saya tu lagi sejuk!

Alhamdulillah. Sangat-sangat bersyukur, Allah permudahkan urusan ini. Sejukofobia (adake bahasa ni?) saya berkurang. Tidaklah badan ni terperanjat di rantau orang, kalau sampai-sampai sangat sejuk.

Dan sekarang, Aberdeen sudah mula sejuk. Sejuk ya amat. Tapi rasanya badan saya tidak begitu terperanjat kerana sudah agak lama di sini.mudah-mudahan.

Tadi saja angin sejuk sangat kuat. Batu-batu kecil turut terbang menemani daun-daun luruh. Debu pasir, jangan cerita la.
Pokok-pokok ada yang sudah tumbang.

Ini baru autumn. Baru 7°C.
Kita tunggu sajalah winter nanti ya.

.

Doakan saya di bumi Granite ini.

Iklan sebentar, saya mungkin kurang bercerita tentang life sehari-hari di Aberdeen dalam blog ini. Tetapi sesekala di blog famili kami, ada updates tentang cerita Aberdeen-Seremban. Gambar-gambar juga sesekali, kerna saya tak banyak upload di facebook.

Cuma amaran, blog tersebut tidak ilmiah ya. Dikhuatiri hanya menghabiskan masa anda.huhu
Lebih bersifat kefamilian dan memang untuk famili.
Tetapi sesiapa yang berminat bolehla, dijemput.

http://magek-salo.blogspot.com/

Wassalam :)

%d bloggers like this: