Zikir raya kita mungkin berbeza

basmalah

Jam 2 pagi, dalam proses pembikinan kuih raya, ayah kata:

“Tahun depan tak dapatla pa nak makan kuih raya lagi,” adeh. Macam merungut je kan.

Ayah saya memang kaki kuih raya.
Buat je, habis. Habis je, buat.

Tapi inshaAllah, rasanya tahun depan lagi lama dapat puasa dan raya di rumah..!

.

Satu hari, saya ke Jalan TAR, ya rabb, sesak ya amat!

DSC06007masa saya datang lebih sesak dari yang ini..nak angkat tangan kalo nak snap pic pun tak boleh~

Sesak orang-orangan di sepanjang bazar, macam sesak lalulintas (kereta). Tak dapat bergerak. Siap ada brader yang tiup wisel, macam wisel trafik lagi.

Kalau tiada tujuan dan bukan tersilap jalan, serius saya kurang gemar jalan ini..

.

Pagi tadi, Kak Rupee, seorang jiran saya suruh saya beli baju raya, bila saya kata saya belum ada lagi baju raya.

“Nanti adik belanjalah malam minggu ni dekat Ampangan, malam raya barang murah-murah,” (akak ni lupa agaknya, famili saya juga peniaga yg meruntuhkan harga barang di malam raya.hehe)

Oh, patutla ramai orang di pasar malam raya. Ramai orang fikir macam Kak Rupee ni agaknya. Tunggu harga runtuh. Membuatkan kami para peniaga saban tahun pulang ke rumah lewat jam 5pagi menjelang raya…

.

Di surau pula, tarawih tadi, jemaah lelaki 3 saf. Perempuan satu saf. Adik saya bangga jadi wanita termuda.
Tadi Cik Tapa,tuk imam kami menangis sambil solat. Sebak rasanya.

.

Bila nak raya, biasanya jiran-jiran datang cari mak, minta bawa telekung, nak tengok tudung la, dan sebagainya. Suri-suri rumah di taman saya ini kadang-kadang memang tak keluar langsung, jaga anak-anak..hebat.

.

Ada antara jiran, dah minta tolong tengok-tengokkan rumah. Balik kampung.

.

Ada yang sekarang ni, mungkin sekarang sedang bermujahadah dengan jemnya trafik di lebuh raya.
Sabar ye. Saya yang kekadang tersempak dengan jem di KL pun cukup tak tahan, nasib baik saya orang Seremban :P

.

Bapak-bapak mesti banyak risau pasal bajet raya kan.
Emak-emak pasal juadah raya.
Budak-budak, mercun, bunga api, duit raya!

TV, ceritera raya. Artis banyak kurangkan show ramadhan ni, syawal rancak semula.

Terminal One Seremban- Konsert Raya. Aduhai..

.

..dan macam-macam kisah lagi.. sana-sini cerita raya.

.

.

Itu ‘zikir’ ramadhan dan raya kita. Kita di Malaysia.

Bagaimana agaknya ya, zikir orang lain di sana, terutama di Al-Quds sana?

.
‘Surprise’ Ramadhan mereka, dengan pengumuman kerajaan haram Zionis mengenai kelulusan pembinaan baru petempatan haram di sekitar Tebing Barat.

Krisis air semakin meruncing, bahan makanan semakin berkurang. Mesir masih istiqamah membantu menutup sempadan Gaza, iyalah, ada ‘subsidi’ bermilion dolar daripada Amerika – proksi Israel.

Dengan pelbagai sekatan dan kepungan tentera, awal-awal pagi mereka sudah harus keluar bagi  melepasi sekatan untuk ke masjid. Bagi yang lambat, bersujud di kaki dan machine gun tentera Zionis jawabnya.

Palestine 4

Oh. Lain sungguh dengan cerita kita kan?

Saya belum ada mana-mana kenalan berbangsa Palestin. Tapi mendengar daripada cerita orang lain (yang ada kenalan orang Palestin) tentang kuatnya semangat mereka, pun cukup mengharukan.

Jauh beza dengan kita di bumi bertuah ini.
Mereka orang Palestin, memang sewajarnya mereka pertahan tanah air mereka.

Tapi jangan lupa kita juga orang Islam, dan di situ letaknya masjid suci ketiga bagi kita semua!

Teruskan usaha semua.

.

Salam Lebaran..Maaf zahir dan Batin.

Jemput datang rumah ya! Kalau 2nd day ada open house =)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: