alahai malam Merdeka..

Malam tadi malam merdeka. Korang tak pergi sambut ke?

Apa barang duduk rumah. Keluar la malam-malam tu. Baru best. Eh, kita kan muda lagi.

MERDEKA 52 / DATARAN MERDEKA (source)

Sambutan kat Dataran Parlimen tahun ni Encik Najib kata buat simple-simple saja. Hormati Ramadhan. So, sambutlah kat tempat lain yang kita boleh organize sendiri. Boleh buat gempak-gempak.

Macam orang-orang kat Seremban ni. Memang bersemangat patriotik pemuda-pemuda di sini. Kagum.

Jam 2.02 pagi.
Dekat taman mana entah, kat Senawang, nampak adik-adik dengan basikalnya(siap jalur gemilang besar) ramai-ramai konvoi.
Waa..tak tidur lagi ke dik. Akak da menguap-nguap dah ni.. Bagus, kecil-kecil dah menghayati erti kemerdekaan.

Ada satu jalan taman tu, tiba-tiba ada kerusi (saiz kerusi dewan biasa) dengan bantal busuk siapa di tengah-tengah jalan yang gelap. Itu saya kurang pasti apa kaitannya dengan merdeka. Yang pasti, kreatif sudeyh..Gimik malam merdeka.
Terpaksa ma yang drive malam tu masuk line sebelah.

Paling best masa nak lintas jalan dari Pusat Dakwah Paroi nak ke Ampangan. Kami dah memang terbayang-bayang katil kat rumah tu, masa dekat pasar tadi dah malas betul nak layan customer.
Tiba-tiba terus segar mata.

Ada la dalam ratusan, ke ribuan, motor-motor (dengan penunggangnya sekali la) yang memenuhi jalan-jalan tu.

Buat apa ye bang? Entah, saya pun kurang pasti.

rempit2ini bukan gambar semalam. phone kurang maju la nak snap gambar abang-abang tu.

“Ngeng..ngeng…, ngeeeennngg,” saya tak pandai tiru bunyi motor-motor tu.imagine sendiri la ye.

Wow. Jalan sehala dah jadi jalan dua hala. Ke tiga hala?
Kat lorong tengah pembahagi jalan tu pun bertenggek motor-motor.

Dah penuh berasap dan bunyi bising, adoi. Buat cuak je saya dan mak berdua. Ni yang buat saya lagi kurang bersemangat nak drive, walaupun lesen dah ada.

Saya teringat polis dan FRU kita yang hebat, diiktiraf dunia tau. Kalau masa demonstrasi ISA dulu, orang belum gerak berdemo diorang dah start jalankan tugas. Itu yang kagum tu.

Tapi malam tadi polis lambat sampai. Takpela, ada kes lain mungkin.
Lagipun dah pagi buta la.

Mak saya kata yang ni tak dela teruk sangat sambutannya. Kalau ikut pengalaman, ada satu tahun ni lagi teruk.
Saya kat asrama kot waktu tu.

Abang-abang motor datang mendekat ke kereta.

“Acik, kereta acik cun gile. Press lagi cik, press lagi.. asap tak cukup ni!” Ramai-ramai kacau mak saya drive. Minta asap.

Adoi. Saya ingatkan, jin je makan asap. Abang-abang ni sedara jin kot. Husnuzzon la.

Semoga ada la manfaat abang-abang, akak-akak tu dapat malam merdeka tu.

Semoga kalian yang tak keluar, lebih banyak pula manfaat yang dapat dikejar sepanjang kursus Ramadhan ini.

……

Wahai sekalian manusia. Telah datang kepada kamu Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang difardhukan ke atas kamu oleh Allah ‘Azza wa Jalla puasanya.
Di bulan itu pintu Syurga dibuka, pintu neraka Jahim ditutup dan para Syaitan dirantai. Padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
Barangsiapa yang terlepas peluang meraih rahmat ini, maka sesungguhnya dia itu hakikatnya diharamkan dari rahmat Allah.
[Hadith riwayat al-Nasaai]

Advertisements

3 responses to “alahai malam Merdeka..

  1. kak tiqah 31 August, 2009 at 4:55 pm

    salam nova dear,

    nice article even sempoi. =)

    paling best ayat ni ;

    “Saya teringat polis dan FRU kita yang hebat, diiktiraf dunia tau. Kalau masa demonstrasi ISA dulu, orang belum gerak berdemo diorang dah start jalankan tugas. Itu yang kagum tu.”

    haha. nway, awk fly ke mana ek nnti?? jgn lupe dtg belfast kayh!! ;D

    salam sayang, salam ramadhan!

  2. adiLa 31 August, 2009 at 6:16 pm

    salam kak tiqah sayang 8)

    haha. betul la.

    sebenarnya berhajat benor nak post pasal ISA. tapi simpan dulu..orang kpm baca blog tau.adoi.

    fly mana?nanti saya letak pic tempat saya, pastu kak tiqah teka kat mana.haha.suka main teka-teki. memantapkan ilmu pengetahuan logistic anda.

    kak tiqah kan ajk food fuiyo. nanti drop by je tempat saya (bajet dekat.heh)
    btw kalau fuiyo nanti makanan tak sedap, saya tau la sape yg spoilnye.hak3

    salam ramadhan sayang juge..!
    seeru ala barakatillah ;)

  3. kak dalila 10 September, 2009 at 4:02 am

    nova, amik opsyen 2 la..sbb akak nk p osyen 2 insyaAllah thn ni:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: