Sanah Helwah

basmalah

“Awak dah tua,”

“Semoga cepat matured,” saya tak paham korang nak saya matured camne lagi.ahaha

Pelbagai spesies ucapan yang saya terima pada 16 Mac saban tahun.

Terima kasih pada semua. Amat saya hargai.

Tak kurang juga yang sengaja ingin mencuit ’sakit hati’ pada minit-minit terakhir menjelang 17 Mac,

“Waiting for the whole day, but no one ever wish you?..Happy Birthday!” ceh, sorila. suda ramai ye, brader!

Tak kiralah..thanx juga!

Terima kasih atas doa semua.
Terima kasih pada hadiah-hadiah lain juga.

happy-birthday-powerpoint

Baik.
Kisah-kisah hari lahir dibawa ke tepi dahulu. Bukan ini yang ingin dicoretkan.

Maaf bangat

Saya mungkin tidak seperti kalian. Maaf teramat, andai kalian setia memberi ucapan, saya pula sebaliknya.
Bukanlah saya anti-birthday celebration, tapi banyak cerita di sebaliknya.

Terutama, mungkin kerana saya ada masalah ingatan!

Aduh, segan untuk dinyatakan, tapi sejujurnya setakat ini saya hanya mengingati tarikh lahir lima orang terutama dalam keluarga saya, dan juga beberapa nama lain yang mungkin ada mencatat sejarah bersama saya. Yang lain..ampun maaf, saya angkat tangan awal-awal!

SUNNAH MANUSIA SUKA MENERIMA

Akui, memang kita bisa tersengih 14 inci atau terbang ke langit biru tatkala disaji manisan ucapan. Apa lagi bila beserta hadiah kegemaran, seperti kera mendapat bunga sampai tak keruan.
Itu sunnah manusia, suka menerima.

Sudah 20 tahun saya ’menerima’ pinjaman Allah di dunia ini. Jasad ini, dunia ini, semuanya.
Menerima pinjaman.

.

Bayangkan anda membuat pinjaman dengan pihak bank.

Katakan anda meminjam satu juta, jika anda berjaya memulangkan wang tersebut dengan baik, pihak bank akan memberi ganjaran pula atas ‘jasa’ anda menggunakan wang tersebut.

Aih, kita yang meminjam, kita pula yang untung?

Malah mungkin bukan ganjaran setakat dua tiga kali ganda.

Tapi dengan satu amaun yang tak tersebut banyaknya..
Belum lagi layanan-layanan dan habuan lain.

..

Hebat, mana nak dapat pinjaman sebegini?
Sekarang, makin banyak kita meminjam, makin banyak bunga ada la!

مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللّهَ قَرْضاً حَسَناً فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافاً كَثِيرَةً

“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak.” [2.245]

Hanya Dia yang menjanjikan pulangan lumayan ini.
Tak malu-malu lagi ‘menyusahkan’ Sang Peminjam?

SUNNAH MEMBERI?

Sultan Muhammad Al-Fateh menawan Constatinopole seawal usia 21 tahun. Beliaulah Imam yang ditunggu-tunggu selama 800 tahun oleh semua mutaqin, untuk merealisasikan hadis Nabi saw:

“..Constantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

constantinople_shepherd

Saya, kini, sudah 20 tahun. Setahun saja bezanya dengan Al-Fateh itu.
Tapi, entah bakti apa yang sudah saya taburkan.

Jangankan untuk memberi sumbangan yang besar, menjaga ’pinjaman’ Dia pun cuai selalu!

TARIKH MEMPERINGATI JASA

Semasa kecil terkadang teringin sangat mahu berparti besar-besaran menyambut hari jadi. Besar sungguh pengaruh cerita-cerita TV, saya dambakan sambutan hari lahir seperti seorang puteri.

Angan budak kecil.

.

Keluarga saya jarang-jarang membuat sambutan. Kami biasa-biasa saja pada hari tersebut. Saya syukuri hikmah tradisi itu, kini.

Maulud Nabi disambut sebagai memperingati tarikh kelahiran Baginda saw. Pada hari itulah paling banyak kempen beserta ceramah (dan yang sewaktu dengannya) tentang Junjungan diadakan di seluruh dunia, mudah-mudahan kita menghayati perjuangan Baginda saw.
Itupun, sesetengah pendapat mendakwa sambutan tersebut sebagai bid’ah.

Justeru sambutan maulid ini membuat saya terfikir akan tujuan saya yang ’inginkan’ ulang tahun disambut.

.

Malu sendiri, saya bukanlah apa-apa pada dunia ini dan pada orang lain. Kekadang terdetik, apakah layak menerima apa-apa kalimah “Happy Birthday” pada hari tersebut.
Ia bukanlah hari yang wajar digembirakan buat saya.

Kalau “Sad Birthday” mungkin sesuai kerana seharusnya saya bersedih dengan usia yang meningkat, dan amal yang tak lebat, cuma dosa berlipat.

amalku

Maji, saya curi pic ni ye

Sekali lagi, bukan saya bermaksud tidak gemar ucapan-ucapan atau sambutan-sambutan hari lahir.

Tidak dinafikan, sambutan birthday membantu merapatkan ukhuwwah.
Saling bertukar hadiah, itu sunnah yang dituntut juga. Saya sangat setuju yang itu.

Cuma bagi saya yang ‘bermasalah ingatan’ ini dan juga kisah-kisah di atas, harap kome pahamla nape saya macam kurang excited bab-bab celebration ini, sama ada birthday sendiri mahupun orang lain.

Maaf..maaf ya!

Kalau saya tahu hari itu adalah hari lahir anda, saya memang akan cuba wish. Kalau tak wish tu tanda tak tau atau lupa la tu..~~

Hadiah? Tunggu bila saya shopping beli barang banyak-banyak, saya bagi kat ramai-ramai orang sekaligus.hehe.
Mungkin sebulan kemudian, atau mungkin setahun juga! Maaf lagi!

Saya masih ingat tatkala saya dijemput makan-makan oleh seorang kawan rapat ke chaletnya. Sedang-sedang makan saya bertanya, apa mood emaknya sampai mengirim makanan pada hari itu.
Adeh, malu sungguh, dia sedang meraikan hari lahirnya!

KANAK-KANAK LAIN CERITA

Walaubagaimanapun, pandangan saya berbeza dengan sambutan untuk kanak-kanak, saya sangat suka dan lebih excited.

Melihatkan dunia kanak-kanak di TV yang pada saya sangat tidak membantu perkembangan minda mereka, saya lebih setuju hari-hari mereka dihiasi alternatif hiburan yang real sebegini dalam mereka menginjak dewasa.
Setidaknya mereka belajar menghargai orang lain, budaya memberi dan menerima, di samping terdedah kepada cara bergaul dan melihat realiti ragam manusia.

Lagi pula, mereka belum punya banyak perkara untuk difikirkan.
Lainlah kita yang sudah tua ini, oh, alwajibat aktharu minal auqaat! Tanggungjawab lebih banyak dari masa yang ada!
Bila usia meningkat, kubur pun makin dekat..~

TIDAK ROMANTIS

Ada yang mendakwa, orang seperti saya yang tak semangat bab birthday ini tidak romantis.

Iyakah?
Aha, perkara ini tidak sesuai untuk dihurai di blog ya!
Btw, untuk apa saya romantis dengan korang? hak3

SELAMAT HARI LAHIR

dsc010541

oops..!

Ya, selamat Novaadila.
Semoga selamat dunia akhirat. Ameen.

Selamat juga untuk kalian yang menyambut esok, lusa, tulat, minggu depan, bulan depan, tahun depan, atau bila-bila sajalah ya! :-P

Advertisements

19 responses to “Sanah Helwah

  1. kak akma 16 March, 2009 at 9:38 pm

    salam adila..

    masyaALLAH, lupe nak wish..tapi memang masuk diary 16hb Mac ni ..jangan ambik ati sgt ye makcik..giler busy dah skang..rasa tak tertanggung tanggungjawab..tapi xpe, beban selari dengan kesanggupan..doakan ku thabat..=)

    before tarikh Seremban (ke kat Johor sekarang), masuk 17hb, insyaALLAH saya jadi orang last yang wish..hehe!![betday pakcik Mac sorang tu pon, saya tak wish2 lagi..sekali kat cni je bley ker??hehhe]

    wish yang nak diletak kat cni:
    -semoga cepat kawen.
    -semoga dipermudahkan urusan untuk disambung perjuangannya di sini..
    -semoga bla..bla..bla..

    nak cengkerik satu..=P

  2. nawa 16 March, 2009 at 11:27 pm

    salaam nova yang disayangi serta dikasihi

    mintak maap saya tak wish pun awak

    meh saya wish skarang ek?

    selamat hari ulangtahun.

    semoga nova adila sentiasa dirahmati dan diredhai oleh Allah selalu. Ameen ya rabbal ‘alameen

  3. Ezati 17 March, 2009 at 1:14 am

    salam nova..
    hepi belated besday..
    sweeet 2o ye..
    moga panjang umur murah rezeki…

  4. lil Biruny 17 March, 2009 at 8:56 am

    salam..

    Ana memang x tahu menahu ttg sambutan Harijadi.. Jika mendapat jemputan, ana aggap saja sebagai majlis merapatkan ukhuwwah. Tapi, ana tetap akan baerikan hadiah tanda ana sangat sayang dengan dia sebagai sahabat dan saudara ana.

    Birthday ana juga jarang disambut. Cuma oleh ahli keluarga yang terdekat(yup kerana birthday ana selalu jatuh pada cuti sekolah..) Yang bestnye, akan sambut Birthday ana dengan ummi ana yang penyayang coz hanya beza beberapa hari. Tiada yang biasa kerana ana anggap ianya istimewa. Jarang dapat bersama ahli keluarga di rumah. Lebih-lebih lagi semua berkumpul pada waktu yang sama. Kami memahami masing-masing ada kewajiban yang tersendiri. Cuma ucapan doa tidak lekang dari mulut antara kami sekeluarga.

    Btw, sannah helwa ya ukhti.. Ana doakan anti dapat yang terbaik dalam kehidupan ini(sudah semestinya kerana Allah menyediakan yang terbaik bagi hamba2nya yang bertaqwa). Jadilah mujahidah yang cemerlang!! Ukhuwwah fillah abadan abada.. (menyebutkan ibarat sudah bertahun jumpa.. Tapi sebenarnya ana x pernah kenalpun rupa paras sahabat ana ini. Hanya mengetahui bahawa dia adalah pelajar tajaan MOE di kyuem yang akan fly ke UK pada tahun yang sama InsyaAllah~).

    Barakallahu fiik~

  5. adiLa 17 March, 2009 at 1:24 pm

    salam semua..
    thanx ya.. :-P

    .

    kak akma:
    ayyo.doa yg 1st tu kena ubah sket.
    bukan ‘semoga cepat kawen’ sahaje.
    try ubah jadi ‘semoga cepat kawen dengan pasangan yg soleh’.
    hah.ameen~

    .

    nawa:
    alamak. na, sy da wish awak ke? err.. kamu march babies jugak kan?
    huu nawa..maap. hepi belated bsday..maaf!

    .

    ezati:
    mudah2an sweet la.hehe.
    btw kak ezati kat mana ye skrg?

    .

    lilbiruny:
    wa fiik, akh.
    eh, ana suka la sambutan-menyambutan ni. cuma selalu lupa. adus.
    besday sndiri ni pun lupa act..
    terima kasih pada yg memesej tepat jam 12malam ketika sedang buat physics..!
    em, bertukar hadiah tu kan sunnah nabi? bagus2.
    er..i was the 2nd MC perempuan waktu btn hari tu. eh.xpenting pun tau. yep.mari ke uk!

    .

    ~ameen untuk semua doanya~

  6. mahasiswa 17 March, 2009 at 4:40 pm

    Malukanlah Kakakmu.

    ( Puisi buat adikku di Gaza )

    Adikku,

    Biarkan kakak malu,
    Malu menghadap sekujur tubuh kaku,
    Berjelejeran darah likat mu,
    Sedang sungai air mata abang kekal membeku.
    Luka menyaluti tubuh dinginmu adikku,
    Tubuh abangmu panas membisu.

    Adikku,

    Biarkan muka tembok ini memerah malu,
    Tatkala kau berzikir meminta meronta dibantu,
    Abang-abang menyahut seruan nafsu,
    Dek hati kakak yang berkerikil batu,
    Tubuh kecilmu digilis,diracik,dicincang,
    Kakak berbaring bersenang lenang,
    Umi,abi, akhimu menyahut seruan jihad,
    Kakak masih dirantai maksiat.

    Adikku,

    Malukanlah si tua ini,
    Usiamu memerah, jiwamu menyala,
    Sedang kami usia berjela, jiwa kami melemah punah,
    Ketika kami menginjak dewasa,
    Adik memang tidak bisa memberi sebarang apa,
    Kerana hanya berpunya darah dan air mata.
    Tatkala usia adik direncat syaitan manusia,
    Kakak juga tidak memberi sebarang makna,
    Bahkan senjata dan peluru galang gantinya,
    Hinakanlah kakak-kakak mu.

    Adikku,

    Malukanlah insan ini yang kononnya berjihad di lorong ilmu,
    Walhal jihad palsu itu bersulamkan nista dan murka,
    Sering leka, menjemput diri ke lubang dosa,
    Tatkala adik bangkit di ujian berdarah,
    Ramai kakak syahid di ujian kuliah,
    Mengaku pejuang sedang bertingkah sumbang,
    Mengata pembela sedang ketagih noda.

    Adikku,

    Doakan kakak-kakakmu mu kembali kepada agama,
    Biar kami jadi kakak berjasa,
    Jangan kami jadi abang durhaka,
    Menabur janji-janji manis,
    Namun hati hitam berbau hamis.

    Adikku,
    Ingatkan bahawa kakakmu tidak punya banyak masa,
    Masa muda belum tentu merasa tua,
    Ingatkan kakak agar tidak tersembam di neraka dunia,
    Agar menjejak adik bersemayam di syurga sana,
    Doakan kakakmu tersentak jiwa,
    Hati yang membatu mencair,
    Biar sungai air mata mengalir,
    Biar ego yang bermain dibibir diusir,
    Agar lahir seorang kakak pembela,
    Untuk adik-adik di sana.

    ( puisi asal- Malukanlah Abangmu, smpena malam munajat batch kami. skdar berkogsi untuk sama2 muhasabah diri.Moga kita semua jadi abg dan kakak pembela. )

  7. AMIZA malik 17 March, 2009 at 6:24 pm

    Tirai disingkap, cahaya bergemerlapan
    Pentas yang indah, pelakon yang dungu,
    Muzik dimulakan, dendangan yang sumbang,
    Renta tari tak tentu, pongah.

    Babak demi babak, rintih dan tawa saling berkitaran,
    Ada daerah bahagia, ada juga lembah duka,
    Pesona dunia merabunkan mata,
    Hidup ini banyak pasang surutnya.

    Muslihat manusia yang menjerat,
    Yang tak dipandu melulu,
    Yang berakal menyiap bekal.

    Hari berganti hari,
    Tahun berkejaran pergi,
    Memindahkan kita SETAPAK KE NEGARA ABADI,
    Nadi akan terhenti,
    Pengakhiran yang pasti.

    Kita akan dikerandakan,
    Tinggal sendirian.

    Lampu dipadamkan, penonton bersorakan, bergemuruh tepukan,
    Pementasan akan diulang tayang,
    Pementasan akan dbuat perhitungan,
    Segalanya akan dipertanggungjawabkan.

    hepi belated besday..
    ni sajak ayu buat sempena sambutan hari lahir batch hari tu.
    sekadar ingin berkongsi…

    love u!

  8. AMIZA malik 17 March, 2009 at 6:27 pm

    Tirai disingkap, cahaya bergemerlapan
    Pentas yang indah, pelakon yang dungu,
    Muzik dimulakan, dendangan yang sumbang,
    Rentak tari tak tentu, pongah.

    Babak demi babak, rintih dan tawa saling berkitaran,
    Ada daerah bahagia, ada juga lembah duka,
    Pesona dunia merabunkan mata,
    Hidup ini banyak pasang surutnya.

    Muslihat manusia yang menjerat,
    Yang tak dipandu melulu,
    Yang berakal menyiap bekal.

    Hari berganti hari,
    Tahun berkejaran pergi,
    Memindahkan kita SETAPAK KE NEGARA ABADI,
    Nadi akan terhenti,
    Pengakhiran yang pasti.

    Kita akan dikerandakan,
    Tinggal sendirian.

    Lampu dipadamkan, penonton bersorakan, bergemuruh tepukan,
    Pementasan akan diulang tayang,
    Pementasan akan dbuat perhitungan,
    Segalanya akan dipertanggungjawabkan.

    hepi belated besday..
    ni sajak ayu buat sempena sambutan hari lahir batch hari tu.
    sekadar ingin berkongsi…

    love u!

  9. lil Biruny 17 March, 2009 at 11:10 pm

    maaf.. tetap x ingat. Tapi baguslah.. Ana lebih senang begini.

  10. nurul 18 March, 2009 at 1:10 am

    ye! kita sama2 sambut besdei hari yg sama. kak nurul juga ada cara berpikir yg sama.hmm.menarik!

    ops! kita beza 2thun ker????
    udah tue la saye…

    redho~~~

  11. adiLa 18 March, 2009 at 4:23 pm

    salam wbt..jakumullah..

    mahasiswa:
    em..harus kakak ini malu. sungguh kuat bahang di irbid ya?
    layak.selayaknya hina kakak ini.

    .

    AMIZA malik:
    nice poem ayu..nova dapati ayu smakin puitis la..~
    love u too 8)

    .

    lil Biruny:
    owh..ana bukan skadar tak ingat, malah tak kenal juga..!
    maaf lagi!

    .

    nurul:
    udah..udah tue sangat tu..hahah.

    .

    :-)

  12. Ezati 18 March, 2009 at 11:40 pm

    salam nova
    akak kat uk, baru first yer..
    awk kat mane ye?
    nanti add lah facebook akak ye..
    emel same macam ym..
    taa

  13. nova 21 March, 2009 at 7:00 pm

    salam kak..

    saya kat kyuem.
    insha-Allah bakal menyusul ke tempat akak 8)

    uk kat mana ye kak? kos ape?

    facebook? ayyo.belum ade lagi~

  14. kaamyl 24 March, 2009 at 3:19 am

    salam
    setelah genap 7 hari besday nova.. (hehe)
    nak wish jugak~ SANAH HEELWA YA GAMEEL! n___n
    gambar budak kecik tu tiut la.. ;)

    btw, uk apply kat mana?

  15. kaamyl 24 March, 2009 at 3:20 am

    (err..kat sini masih 23hb.. sebab tu aci taram 7 hari) >.<

  16. ~alhuda~ 25 March, 2009 at 3:15 am

    nova.jgn marah saye,saye baru nak wish awak.
    tp femili kite srupe je nova..xkesah sgt bab2 bday ni.hehe

    sanah helwah nova!! smg usia nova dberkati..

  17. Ezati 25 March, 2009 at 7:48 pm

    salam nova..owh x lame dah ni nak exam kan..
    akak uk kat durham+ newcastle, amik medic..
    insyaAllah jumpa nanti..amiiin

  18. n.o.v.a 26 March, 2009 at 2:02 am

    salam wbt.

    kaamyl:
    tidak boleh.hari ke-8 okeh!
    btw ‘sanah heelwa ya GAMEELAH’ patutnya kan? hehe.

    .


    ~alhuda~:

    adakah saya pemarah? 8)

    .

    Ezati:
    aik.durham dekat ngn london. newcastle da utara sikit. macam mana boleh ada 2 uni?

    thanx!

  19. kaamyl 26 March, 2009 at 4:25 am

    a’ah..kalo iku nahu yang betul.. kita pakai gameelah
    tapi slalunya dlm ucapan milad yg sy pernah dgr, diorang pakai gameel je both utk lelaki/ perempuan. slanga mungkin? :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: