Monthly Archives: March 2009

Southampton atau Cardiff?

basmalah

Sebelum ini ingatkan dah bulat nak ke Cardiff.
Hari ini ragu-ragu semula.

Dua-dua AAB. (waa tinggi !)
{kini dalam mode siri mencabar diri}

Jurusan matematik, tapi sungguh gembira andai dapat belajar banyak benda lain selain nombor dan formula di sana nanti.

Yang mana ya?

Allah jua sebaik-baik perancang!

.

Sanah Helwah

basmalah

“Awak dah tua,”

“Semoga cepat matured,” saya tak paham korang nak saya matured camne lagi.ahaha

Pelbagai spesies ucapan yang saya terima pada 16 Mac saban tahun.

Terima kasih pada semua. Amat saya hargai.

Tak kurang juga yang sengaja ingin mencuit ’sakit hati’ pada minit-minit terakhir menjelang 17 Mac,

“Waiting for the whole day, but no one ever wish you?..Happy Birthday!” ceh, sorila. suda ramai ye, brader!

Tak kiralah..thanx juga!

Terima kasih atas doa semua.
Terima kasih pada hadiah-hadiah lain juga.

happy-birthday-powerpoint

Baik.
Kisah-kisah hari lahir dibawa ke tepi dahulu. Bukan ini yang ingin dicoretkan.

Maaf bangat

Saya mungkin tidak seperti kalian. Maaf teramat, andai kalian setia memberi ucapan, saya pula sebaliknya.
Bukanlah saya anti-birthday celebration, tapi banyak cerita di sebaliknya.

Terutama, mungkin kerana saya ada masalah ingatan!

Aduh, segan untuk dinyatakan, tapi sejujurnya setakat ini saya hanya mengingati tarikh lahir lima orang terutama dalam keluarga saya, dan juga beberapa nama lain yang mungkin ada mencatat sejarah bersama saya. Yang lain..ampun maaf, saya angkat tangan awal-awal!

SUNNAH MANUSIA SUKA MENERIMA

Akui, memang kita bisa tersengih 14 inci atau terbang ke langit biru tatkala disaji manisan ucapan. Apa lagi bila beserta hadiah kegemaran, seperti kera mendapat bunga sampai tak keruan.
Itu sunnah manusia, suka menerima.

Sudah 20 tahun saya ’menerima’ pinjaman Allah di dunia ini. Jasad ini, dunia ini, semuanya.
Menerima pinjaman.

.

Bayangkan anda membuat pinjaman dengan pihak bank.

Katakan anda meminjam satu juta, jika anda berjaya memulangkan wang tersebut dengan baik, pihak bank akan memberi ganjaran pula atas ‘jasa’ anda menggunakan wang tersebut.

Aih, kita yang meminjam, kita pula yang untung?

Malah mungkin bukan ganjaran setakat dua tiga kali ganda.

Tapi dengan satu amaun yang tak tersebut banyaknya..
Belum lagi layanan-layanan dan habuan lain.

..

Hebat, mana nak dapat pinjaman sebegini?
Sekarang, makin banyak kita meminjam, makin banyak bunga ada la!

مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللّهَ قَرْضاً حَسَناً فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافاً كَثِيرَةً

“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak.” [2.245]

Hanya Dia yang menjanjikan pulangan lumayan ini.
Tak malu-malu lagi ‘menyusahkan’ Sang Peminjam?

SUNNAH MEMBERI?

Sultan Muhammad Al-Fateh menawan Constatinopole seawal usia 21 tahun. Beliaulah Imam yang ditunggu-tunggu selama 800 tahun oleh semua mutaqin, untuk merealisasikan hadis Nabi saw:

“..Constantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

constantinople_shepherd

Saya, kini, sudah 20 tahun. Setahun saja bezanya dengan Al-Fateh itu.
Tapi, entah bakti apa yang sudah saya taburkan.

Jangankan untuk memberi sumbangan yang besar, menjaga ’pinjaman’ Dia pun cuai selalu!

TARIKH MEMPERINGATI JASA

Semasa kecil terkadang teringin sangat mahu berparti besar-besaran menyambut hari jadi. Besar sungguh pengaruh cerita-cerita TV, saya dambakan sambutan hari lahir seperti seorang puteri.

Angan budak kecil.

.

Keluarga saya jarang-jarang membuat sambutan. Kami biasa-biasa saja pada hari tersebut. Saya syukuri hikmah tradisi itu, kini.

Maulud Nabi disambut sebagai memperingati tarikh kelahiran Baginda saw. Pada hari itulah paling banyak kempen beserta ceramah (dan yang sewaktu dengannya) tentang Junjungan diadakan di seluruh dunia, mudah-mudahan kita menghayati perjuangan Baginda saw.
Itupun, sesetengah pendapat mendakwa sambutan tersebut sebagai bid’ah.

Justeru sambutan maulid ini membuat saya terfikir akan tujuan saya yang ’inginkan’ ulang tahun disambut.

.

Malu sendiri, saya bukanlah apa-apa pada dunia ini dan pada orang lain. Kekadang terdetik, apakah layak menerima apa-apa kalimah “Happy Birthday” pada hari tersebut.
Ia bukanlah hari yang wajar digembirakan buat saya.

Kalau “Sad Birthday” mungkin sesuai kerana seharusnya saya bersedih dengan usia yang meningkat, dan amal yang tak lebat, cuma dosa berlipat.

amalku

Maji, saya curi pic ni ye

Sekali lagi, bukan saya bermaksud tidak gemar ucapan-ucapan atau sambutan-sambutan hari lahir.

Tidak dinafikan, sambutan birthday membantu merapatkan ukhuwwah.
Saling bertukar hadiah, itu sunnah yang dituntut juga. Saya sangat setuju yang itu.

Cuma bagi saya yang ‘bermasalah ingatan’ ini dan juga kisah-kisah di atas, harap kome pahamla nape saya macam kurang excited bab-bab celebration ini, sama ada birthday sendiri mahupun orang lain.

Maaf..maaf ya!

Kalau saya tahu hari itu adalah hari lahir anda, saya memang akan cuba wish. Kalau tak wish tu tanda tak tau atau lupa la tu..~~

Hadiah? Tunggu bila saya shopping beli barang banyak-banyak, saya bagi kat ramai-ramai orang sekaligus.hehe.
Mungkin sebulan kemudian, atau mungkin setahun juga! Maaf lagi!

Saya masih ingat tatkala saya dijemput makan-makan oleh seorang kawan rapat ke chaletnya. Sedang-sedang makan saya bertanya, apa mood emaknya sampai mengirim makanan pada hari itu.
Adeh, malu sungguh, dia sedang meraikan hari lahirnya!

KANAK-KANAK LAIN CERITA

Walaubagaimanapun, pandangan saya berbeza dengan sambutan untuk kanak-kanak, saya sangat suka dan lebih excited.

Melihatkan dunia kanak-kanak di TV yang pada saya sangat tidak membantu perkembangan minda mereka, saya lebih setuju hari-hari mereka dihiasi alternatif hiburan yang real sebegini dalam mereka menginjak dewasa.
Setidaknya mereka belajar menghargai orang lain, budaya memberi dan menerima, di samping terdedah kepada cara bergaul dan melihat realiti ragam manusia.

Lagi pula, mereka belum punya banyak perkara untuk difikirkan.
Lainlah kita yang sudah tua ini, oh, alwajibat aktharu minal auqaat! Tanggungjawab lebih banyak dari masa yang ada!
Bila usia meningkat, kubur pun makin dekat..~

TIDAK ROMANTIS

Ada yang mendakwa, orang seperti saya yang tak semangat bab birthday ini tidak romantis.

Iyakah?
Aha, perkara ini tidak sesuai untuk dihurai di blog ya!
Btw, untuk apa saya romantis dengan korang? hak3

SELAMAT HARI LAHIR

dsc010541

oops..!

Ya, selamat Novaadila.
Semoga selamat dunia akhirat. Ameen.

Selamat juga untuk kalian yang menyambut esok, lusa, tulat, minggu depan, bulan depan, tahun depan, atau bila-bila sajalah ya! :-P

%d bloggers like this: