Isu Boikot : Kita juga yang rugi?

Artkel ini adalah respon di bahagian komen artikel sebelumnya, Boikot Lagi.

Saya juga dahulu sangat tertanya akan persoalan sebegini. Lagi-lagi memang ramai yang selalu berkata begitu.

Terima kasih pada Nawa yang bertanya di sini, mencetus saya mem’post’ sahaja isu ini.

“Bila boikot, nanti ada orang kita jugak yang hilang kerja.anak tak makan.ekonomi Malaysia tergendala.Siapa susah?Kita juga.” dan yang seangkatan dengan tu lah.

Soalan nya,

macam mana nak jawab kat orang macam ni ek?
securedownload
Saya mungkin bukan ahli yang layak mengulas, namun saya cuba menghurai bedasarkan pandangan saya sendiri sahaja ya.

Sebelum itu saya cadangkan agar kita baca pandangan Ust Hasrizal tentang Jihad Ekonomi terlebih dahulu. Insha-Allah sangat membantu.

Antara petikan yang penting:

Imam al-Nawawi ketika menghuraikan persoalan tentang bolehkah bertransaksi dengan orang-orang yang memerangi Islam, telah menyatakan:

“Telah sepakat orang-orang Islam ke atas keharusan untuk berurus niaga dengan Ahli Zimmah (orang-orang yang mengikat janji dengan Kerajaan Islam), dan selain daripada mereka yang terdiri daripada orang-orang Kafir, selagi mana ia tidak melibatkan barangan yang haram.Tetapi tidak harus untuk seorang Islam untuk menjual senjata atau peralatan perang kepada orang-orang kafir yang memerangi Islam, dan tidak boleh bertransaksi dengan apa-apa yang membantu dalam menegakkan agama mereka.” (al-Nawawi, Syarh al-Nawawi ala Muslim, jil. 5, hlm. 478 ) [Kredit petikan al-adib.net]

Di website Inminds, setiap produk yang dikatakan berkomplot dengan Israel, telah dinyatakan sumber-sumber berita tersebut. Insha-Allah diyakini sohih. Maka, sah-sah syarikat seperti Coca-cola adalah produk mereka. Er..jadi kiranya..agak-agak kita ni membantu agama mereka tak?

881

Pada hemat saya, soal Israeli ini, tanggungjawab kita bukan tanggungjawab di dunia cuma. Tanggungjawab akhirat kita di mana dikesampingkan? Peranan kita bukan tertumpu pada kempen boikot semata-mata. Lihatlah taraf kemampuan kita.

Isu ini menuntut semua muslim memainkan obligasi masing-masing.

Bagi pengusaha-pengusaha muslim, di sinilah peluang untuk menggaji pekerja-pekerja muslim yang sudah kehilangan kerja.

Nabi s.a.w sendiri selaku pimpinan ketika di Madinah, membuka Pasar Waqaf untuk memudahkan lagi pengusaha Muslim (termasuk juga non-muslim secara tidak langsung) agar dapat berniaga di kawasan yang percuma kerana sebelum ini mereka berniaga di Pasar Madinah seliaan Yahudi.

Bagi yang sebelum ini bekerja di ‘bawah naungan’ Israel pula, peluang ini untuk kita insafi diri, andai kita hanya kehilangan kerja (buat sementara lagipun), tetapi kita mampu membantu menggoyahkan ekonomi musuh, tidakkah lebih mulia berbanding kita digaji walhal semua saudara kita pula menderita??

Mungkin orang akan kata, “Cakap senanglah, kita tidak di tempat mereka,”

Wallahua’lam. Namun, saya rasakan persoalan ini sebenarnya sebanding dengan situasi yang kebanyakan di Turki di mana wanita yang bertudung tidak akan dapat pekerjaan yang setimpal dengan kelayakannya.

Jika kita di sana, antara agama dan tuntutan dunia, yang mana menjadi pilihan..?

boycott-israel

Kadangkala saya geli hati juga.

Yang mengungkit persoalan (termasuk saya juga), kononnya boikot hanya akan meruntuhkan ekonomi negara (yang pastinya bukan ekonomi umat Islam ya!), anak tidak makan dan sebagainya, bukanlah sebenar-benar  ‘mangsa’ yang bekerja di ‘bawah naungan’ Israel pun hakikatnya.

Tetapi kebanyakan ‘perintih’ tersebut sebenarnya adalah dari kalangan pengguna, konsumer yang masih sayangkan produk kegemaran mereka.

Anak mereka makan kenyang malah.

Cuma, lain pula rasanya seminggu tanpa Double Cheese Burger, ya dak?

Atau juga pengusaha yang lebih mementingkan keuntungan, dek produk Israel memang kegilaan ramai. Nanti boleh rugi besar.

Betulkan?

Kebanyakan para pekerja kilang pada andaian saya, malah mungkin tidak tahu pun mereka membantu ekonomi musuh!

Saya cukup tertarik dengan Sabasun Hypermarket, yang sanggup kerugian besar semata-mata demi Allah. Ya benar, usaha mereka itu demi Allah kan? Demi membantu umat Islam. Agar kita tidak lagi kekeringan mandi di kolam sendiri.

Mudah-mudahan Allah memudahi urusan mereka.

Isu boikot usah diperkecil..

Dengan ekonomi Amerika yang sedang gawat ini, tidak yakinkah, kita mampu menggoyahkan lagi ekonomi mereka.

Oh, berfikir matanglah, bukan kita sengaja mahu menjatuhkan mereka, tetapi laporan http://www.ifamericansknew.org menjelaskan bahawa Israel menerima bantuan di antara 10 ke 15 juta US Dollar sehari daripada Amerika Syarikat.

Jumlah ini sahaja mengatasi jumlah keseluruhan bantuan Amerika Syarikat kepada negara-negara Amerika Latin, Sub Sahara Afrika dan Carribean.

Untuk berita yang ini pula, saya tidak yakin kesahihannya. Kerana ia surat pembaca. Cuba baca, bukankah ini bibit-bibit kejayaan hasil boikot kita..? Klik Coca-cola Kerugian Besar

boycott-logo

Obama sedang pening dengan ekonomi Amerika tinggalan Bush. (walaupun dia ada darah Indonesia, saya tak kira..!8) )

Mampu kan, kita sebenarnya? Mahu atau tidak saja pertikaian kini.

Allahu a’lam.

Advertisements

12 responses to “Isu Boikot : Kita juga yang rugi?

  1. alonqexe 18 January, 2009 at 11:50 am

    Assalamualaikum Nova.

    Orang Melayu kata, “Kalau henday, seribu daya. Tak nak, seribu dalih”

    Ye tak?

    Mereka ni punya banyak sangat alasan, walhal kalau difikirkan dalam-dalam, apa sangatlah usaha kita ni kalau nak dibandingkan dengan mereka yang memang di Palestin sana.

    Tak puas-puas dimanjakan dengan barang-barang buatan Israel dan USA. Mereka memang manja. Kita takmahu jadi begitu, InsyaALLAH. Orang-orang manja, sila baca ni…

    https://novaadila.wordpress.com/2008/12/21/dakwah-tak-perlukan-anda-pun/

  2. lil Biruny 18 January, 2009 at 3:20 pm

    hurm.. pelik juga manusia nih..

    barang2 yang perlu diboikot tu mostly adalah agak berharga.. adakah kita lebih mengutamakan jenama dan harga berbanding darah??

    Ana lihatkan, pakcik dekat tempat ana belajar tu kalau burger dia + cheese pon masih lagi murah dari McD.. pastu ana boleh minta sayur lebih pulak tu.. tiada servis ini di McD.. lebih2 lagi bagi seorang pelajar.. seharusnya duit yang diberikan itu dibelanjakan seoptima mungkin untuk pembelajaran dan bukannnya untuk melepak dan merewang ke mana2.. ramai yang mengadu tidak cukup duit.. tapi, adakah kita memblanjakan duit itu kepada tempat yang betul??

    Bagi ana, banyak lagi jenama yang setanding dengan jenama2 yang dikeluarkan USA & Isreal.. Kenapa tidak memilih mereka.. Harganya juga dikatakan kompetetif..

    ini pandangan ana~

  3. ~alhuda-cairo~ 18 January, 2009 at 7:00 pm

    jzkk nova~

    btol tu..sjak kblkgn ni mmg ramai yg sogokkan sy ngn soalan ni..n they ask 4 d dalil from quran n hadis bout boikot neh.n diorg kte, nabi dulu berjual beli jugak ngan yahudi, tp mcm dlm hadis kat atas, yahudi yg xmemerangi islam shj dbolehkn kan.

    dan antara hujah mereka, sistem boikot ni asal usulnya dbuat oleh kafir musyrik sndiri, masa nabi kene boikot zmn mekah dlu.so diorg kate, nape kite kne ikut amalan org2 kafir mekah tu.

    dah cube explain kat mrk, tp mrk mcm still tak puas hati je.hehe

    jzkk again :)

  4. faizah 19 January, 2009 at 6:11 pm

    salam
    saya sbuk la
    hurm ada keje ker??
    apa2
    yang sy bleh bantu
    wat modul erk

  5. kak akma 19 January, 2009 at 10:23 pm

    makcik!!

    (salam dulu masuk rumah orang ler!!hehe..)

    salam puan adila..=)
    semoga thabat di wasilah ini dalam membantu mereka..
    boikot bukan idea sampah!!yeah~
    namun, mari seiringkan dengan pembaikan amal..=)

    (bape kali tukar layout??tajuk blog pon klo kira banyak jugak ya..ngeh3!!banyak idea ni..hehe~)

    doakan result exam kita semua..(neves jugak nk dpt result ni wp dah habes exam..hu2!!AS result x lama lagi ya??gudlucks!!)

    yang muda,
    kak akma~

  6. ~alhuda~ 21 January, 2009 at 6:07 pm

    eh tuka layout eh?

    nova, klik je kat stats kat blog sy tu..nnt die g kt website die. ade codes kat ctu :)

    oh baru tahu..nova ni kire sdare jaoh obama la ek.ha3

  7. adiLa 31 January, 2009 at 1:32 am

    salaam alaykum wbt.

    thanx all.
    maaf ye, sy mmg kureng rajin membalas mesej sikit..huhu.
    tp komen anda semua dibaca dan sangat dihargai.. tq ye.
    mari kita bertukar fikiran~

    to alongexe:
    saya terasa! huhu. sedang mendidik diri tamo manja~

    to lilbiruny:
    pandangan nta betul..setuju.
    eh nak tanya soalan keluar topic sket, nama lilbiruny itu sempena apa ye? ‘kepada biruni’? eh, main teka saje.. ;)

    to alhuda:
    alamak.lupa letak nama uda juga, selaku penanya. uda yg tanya dulu drpd nawa. tp uda tanya time chat, sy jwb time chat yg pendek itu juge la. tq ya. sori dear =)
    sedara jaoh obama? waa.. tanak ngaku..!

    to faizah:
    waduh.memang bizi amat kak jah kite ni. tape2, uruskn keje anda dulu. sy ngn shahsi tenga plan modul. faizah jgn riso ye =)

    to kak akma:
    akak da kol saya kan.da taw result kan. budak pemalas mmg begini. 1 A je.
    huaa..sy akan jd rajin selepas ini..! chayok nova! (eh, kak akma jua~)

    to arnamee:
    salam ziarah juga ke teratak ini..ni blog org pemalas banyak sikit mengupdate.huhu

  8. lil Biruny 1 February, 2009 at 9:44 am

    hurm.. walaupun x ramai yg perasan, tapi ada yang bertanya kenapa guna nama lil Biruny..

    Actually, lil Biruny adalah nama gabungan 2 bahasa iaitu bahasa Inggeris(lil=little) dan Arab(Biruny=gelaran kepada salah seorang saintis astrologi Islam yang terkenal). Maka, terhasillah lil Biruny..

    Walaupun ana sebenarnya tidak berapa minat dengan fizik, namun ana kadang-kadang terasa connectionnya.. Maybe ana punyai ibubapa yang mempunyai minta yang mendalam di bahagian fizik. Ana lebih meminati bidang kimia. Ana x tahu nak kata bagaimana.. Cuma salah satu kepelikan yang ana rasa adalah dalam most science subject, fizik yang paling menyerlah walaupun ana x study berbanding dengan subject2 lain. Yang pasti, itu adalah kurniaan Allah.. Moga-moga dipermudahkan oleh Allah dalam segala urusan.

    btw, ana baru selesai reconstruct blog ana.. InsyaAllah lebih neat dan confortable untuk di baca.. Jemput sunggah jika berkelapangan(bukan untuk Adila je, tapi untuk semua yang membaca reply ini..)~

    http://lifeisanacademy.blogspot.com

  9. man 14 February, 2009 at 10:44 pm

    Erm, kalu kita suka beri alasan, maknenye kita ngan yahudi takde beza la kan?(nauzubillahi min zalik).dlm surah al-Baqarah ade cerita psl perangai org yahudi yg ske buat alasan.
    Kita cuba sedaya upaya utk boikot brg2 USA ni. Kalu sangap nak makan burger, beli yg kat gerai tepi jalan tu lagi sedap dpd kat McD (McD nyer kering). Harga pun lebih murah.
    Pasal isu manja, I agree 99.99%! Tak mati nye kalu kita tak pakai barang2 US.

  10. asadi 26 February, 2009 at 9:36 am

    adakah boikot utk kepentingan ekonomi semata2? Kalau x beli brg israel, beli brgan malaysia la kn? haha.. Betapa bodohnya anda ditipu oleh politik. Kdg2, ketawa jg tngk mereka yg fanatik agama ni. Haha

  11. adiLa 28 February, 2009 at 2:52 am

    salam,asadi.

    bukan fanatik agama, cuma rugilah rasanya beragama tapi tak praktikkan dalam kehidupan seharian.

    selain malaysia, banyak saja produk muslim yang lain.
    asalkan bukan membantu kerosakan ummah..

    tapi, kalau membantu negara sendiri pun, itu tuntutan agama juga bang 8)

    terlampau panjang nak dihurai di sini.
    komen anda pun pendek, maka cukup rasanya.

    thanx anyway. ;)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: