boikot lagi

i

Saya berusaha menjadisaya‘ !

Rujukan lebih lanjut untuk barangan boikot:

http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html

Advertisements

10 responses to “boikot lagi

  1. kak akma 9 January, 2009 at 6:26 pm

    terimas adila..

    jom boikot!!saya jua mahu menjadi saya..huhu~

    palestine, maafkan kami kerana terlambat..huk3~

  2. kaamyl 10 January, 2009 at 3:06 am

    salam..
    alamak..cadbury pun dlm list ke? sbb tgk dlm list inminds tak ada
    tu yang beli jugak..cadbury hot choc utk sub milo
    isk2..tau tak nak refer kat mana utk confirm?

  3. adiLa 10 January, 2009 at 7:53 am

    salam wbt..

    thanx kak akma.
    yuk, boikot yuk! (kan terkeluar bahasa ibunda..he2)

    to kaamyl.
    hurm.maafkan saya kalau tersilap. saya akan edit balik entry ni. alamak camne leh lupa letak sumber ni?
    acteli, entry ni amik dari
    http://d-kru.blogspot.com/2008/12/jom-boikot-israel.html

    pasal cadbury, setelah menggoogle2, saya tak dapat pastikan kesahihannya. sangat banyak kekeliruan. byk perbincangan.
    tak berani nak buat statement.
    ampun maaf.. rasa bersalah pula.

    cadbury yg pasti asal dari uk. cuma cadbury-Schweppes yg dah pegi us. ni link utk cerita cadbury :

    http://en.wikipedia.org/wiki/Cadbury-Schweppes

    utk cadbury yg ada kaitan dengan hershey’s:

    http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_products_manufactured_by_The_Hershey_Company

    tp yg menarik, kat cerita hershey’s ni, saya tak paham statement ni : (kat wiki bab hershey’s)

    Hershey’s also manufactures Cadbury-branded products in the United States and military chocolate for the U.S. armed forces.

    (cuba tengok nanti tau. kalau paham, tolong explain..huhu)

    kiranya cadbury ada kait-mengait juga kah? oh, saya tak berani buat kesimpulan..

    apapun, yg saya cadangkan, kita ikut hadis ni. kita tak sedap hati kan..?

    “Tinggalkan apa yang meragukanmu kepada (ambillah) apa yang tidak meragukanmu.”
    (Hadis riwayat Ahmad dan Nasa’i)

    juga hadis 6 nawawiyah:

    Dari Abu ‘Abdillah An-Nu’man bin Basyir radhiallahu ‘anhuma berkata,”Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya yang Halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar, kebanyakan manusia tidak mengetahuinya, maka barangsiapa menjaga dirinya dari yang samar-samar itu, berarti ia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya, dan barangsiapa terjerumus dalam wilayah samar-samar maka ia telah terjerumus kedalam wilayah yang haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar daerah terlarang maka hampir-hampir dia terjerumus kedalamnya. Ingatlah setiap raja memiliki larangan dan ingatlah bahwa larangan Alloh apa-apa yang diharamkan-Nya. Ingatlah bahwa dalam jasad ada sekerat daging jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya dan jika ia rusak maka rusaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati”.

    [Bukhari no. 52, Muslim no. 1599]

    nak sub milo?

    saya cadangkan radix coco.hehe.
    barangan HPA memang dijamin, produk muslim 100% insha-Allah.
    yang paling best, HPA jaga perkara2 kecil (yang nabi kata boleh di situ keberkatannya kan?)eg elak riba (langsung tidak membuat pinjaman..cash only!) dan para pekerja amalkan mathurat, wudhu’ etc.

    jangan risau..ia berkualiti.sangat. tak bahaya pada kesihatan..alhamdulillah. campuran herba lagi tu~

    (eh-eh..promot HPA pulak!)

    boleh rujuk kat website HPA ^o^

  4. famia 11 January, 2009 at 10:48 pm

    assalamualaikum.

    sama-samalah kita berdoa. sentiasa. tanpa henti. sampai putus nyawa. semoga salahuddin al-ayubi akhir zaman bakal kembali.

  5. kerikil perkasa 14 January, 2009 at 11:42 pm

    gambar2 ni bagus bangat! cuma tulisan kena besarkan skit. Tahniah2!

  6. Nawa 17 January, 2009 at 3:30 pm

    Salaam nova,

    Kalau orang katakan

    “Bila boikot, nanti ada orang kita jugak yang hilang kerja.anak tak makan.ekonomi Malaysia tergendala.Siapa susah?Kita juga.” dan yang seangkatan dengan tu lah.

    Soalan nya,

    macam mana nak jawab kat orang macam ni ek?

  7. kaamyl 17 January, 2009 at 7:04 pm

    jazakillahu khayr..panjang lebar reply awak..itu yang kita mau! ^^

    kamel tak sempat lagi nak buat edisi siasat pasal cadbury nih.. insyaAllah ada masa nnt kamel diskas balik yeah.. memang pernah jugak dgr org lain pun ada ragu2 dgn cadbury.. dan betullah apa yg diquote, “Tinggalkan apa yang meragukanmu..” thanks for reminding!

    radix coco ye.. cun2. lagi pulak usaha dr muslim. harus kita support! alhamdulillah ada alternatif ni =)~

  8. adiLa 18 January, 2009 at 8:43 am

    salam nawa.

    erm..takut juga bila dengar soalan macam tu.
    saya mungkin bukanlah ahlinya utk menjawab soalan sedemikian, tapi saya cuba jawab dari pandangan saya sendiri ye.

    btw, saya suggestkan baca pandangan Ust Hasrizal tentang Jihad Ekonomi dulu. I’allah sangat membantu.

    Antara petikan yang penting:

    Imam al-Nawawi ketika menghuraikan persoalan tentang bolehkah bertransaksi dengan orang-orang yang memerangi Islam, telah menyatakan:
    “Telah sepakat orang-orang Islam ke atas keharusan untuk berurus niaga dengan Ahli Zimmah (orang-orang yang mengikat janji dengan Kerajaan Islam), dan selain daripada mereka yang terdiri daripada orang-orang Kafir, selagi mana ia tidak melibatkan barangan yang haram.
    Tetapi tidak harus untuk seorang Islam untuk menjual senjata atau peralatan perang kepada orang-orang kafir yang memerangi Islam, dan tidak boleh bertransaksi dengan apa-apa yang membantu dalam menegakkan agama mereka.” (al-Nawawi, Syarh al-Nawawi ala Muslim, jil. 5, hlm. 478 ) [Kredit petikan al-adib.net]

    Di website inminds, setiap produk yang dikatakan berkomplot dengan Israel, dinyatakan sumber-sumber berita tersebut. Insha-Allah diyakini sohih. Maka, sah-sah syarikat seperti Coca-cola adalah produk mereka. Er..jadi kiranya..agak-agak kita ni membantu agama mereka tak?

    Bagi pandangan saya juga, soal Israeli ni, tanggungjawab kita bukan hanya tanggungjawab di dunia cuma. Tanggungjawab akhirat kita bagaimana? Peranan kita tak tertumpu pada hendak memboikot semata-mata.
    Di sinilah semua muslim memainkan peranan. Bagi pengusaha-pengusaha muslim, di sinilah peluang mereka untuk menggaji pekerja-pekerja muslim yang sudah kehilangan kerja.
    Nabi s.a.w sendiri selaku pimpinan ketika di Madinah, membuka Pasar Waqaf untuk memudahkan lagi pengusaha Muslim (termasuk juga non-muslim secara tak langsung) agar dapat berniaga di kawasan yang percuma kerana sebelum ini mereka berniaga di Pasar Madinah seliaan Yahudi.
    Bagi yang sebelum ini bekerja di ‘bawah naungan’ Israel pula, peluang ini untuk kita insafi diri, andai kita hanya kehilangan kerja (buat sementara lagipun), tetapi kita mampu membantu menggoyahkan ekonomi musuh, tidakkah lebih mulia berbanding kita digaji walhal semua saudara kita pula menderita??

    Mungkin orang akan kata, “Cakap senanglah, kita tidak di tempat mereka,”

    Wallahua’lam. Namun, saya rasakan persoalan ini sebenarnya sebanding dengan situasi yang kebanyakan di Turki di mana wanita yang bertudung tidak akan dapat pekerjaan yang setimpal dengan kelayakannya.
    Jika kita di sana, antara agama dan tuntutan dunia, yang mana menjadi pilihan..?

    Kadangkala saya geli hati juga.
    Yang mengungkit persoalan- akan meruntuhkan ekonomi negara (yang pastinya bukan ekonomi umat Islam ya!) dan sebagainya, bukanlah ‘mangsa’ yang bekerja di ‘bawah naungan’ Israel pun hakikatnya.
    Tetapi kebanyakan ‘perintih’ tersebut adalah dari kalangan pengguna, konsumer yang masih sayangkan produk kegemaran mereka. Susah pula seminggu tanpa Double Cheese Burger, ya dak?
    Atau pengusaha yang lebih mementingkan keuntungan, dek produk Israel memang kegilaan ramai.
    Betulkan?

    Kebanyakan para pekerja kilang pada andaian saya, malah mungkin tidak tahu pun mereka membantu ekonomi musuh!

    Saya cukup tertarik dengan Hypermarket Sabasun, yang sanggup kerugian besar semata-mata demi Allah. Ya benar, usaha mereka itu demi Allah kan? Demi membantu umat Islam. Jangan dibiarkan kita kekeringan padi di sawah sendiri.
    Mudah-mudahan Allah memudahi urusan mereka.

    Isu boikot usah diperkecil.
    Dengan ekonomi Amerika yang sedang gawat ini, tidak yakinkah kita, kita mampu menggoyahkan lagi ekonomi mereka. Oh, berfikir matanglah, bukan kita sengaja mahu menjatuhkan mereka, tetapi laporan http://www.ifamericansknew.org menjelaskan bahawa Israel menerima bantuan di antara 10 ke 15 juta US Dollar sehari daripada Amerika Syarikat. Jumlah ini sahaja mengatasi jumlah keseluruhan bantuan Amerika Syarikat kepada negara-negara Amerika Latin, Sub Sahara Afrika dan Carribean.

    Untuk berita yang ini, saya tidak yakin kesahihannya. Kerana ia surat pembaca. Cuba baca, kasihan juga ya! – Coca-cola kerugian besar

    Mampu kan, kita sebenarnya? Mahu atau tidak saja pertikaian sekarang.

  9. Pingback: Kempunan Padi di Sawah Sendiri…jangan! « islah nafsak wad’u ghairak

  10. miss 29 April, 2010 at 2:19 pm

    Berkenaan Cdbury :
    http://www.nytimes.com/1987/08/17/business/cadbury-accused-of-a-boycott-role.html?sec=&spon=
    dan kawan saya cakap..
    “tapi mana statement yang betul2 dia dah END the business?”

    Bagus untuk dibaca juga :http://hyperdots.blogspot.com/2009/02/boikot.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: