Monthly Archives: January 2009

Anda suka Komik ?

Ini kiriman daripada seorang kawan sesekolah (penulis skrip) dah lebih setahun lepas kot.
Baru nak upload sekarang..~ 8)

Jemput baca..!

p/s: Ini kisah benar ya..cuma di bahagian ending saja ada sedikit penambahan.
Tiada slot menghadiahkan Quran terjemahan  di alam realiti.
(berdasarkan penceritaan penulis skrip kepada saya)

untukmu01

untukmu02

untukmu03

untukmu04

untukmu05

untukmu06

untukmu07

untukmu08

untukmu09

untukmu10

untukmu11

untukmu12

Saya pernah sekelas dengan penulis skrip ini.
Tak tahu pula sebegini sekali kisah beliau.huhu.
Apapun, Alhamdulillah untuk semuanya.

Kita pula, bila lagi nak berubah?

8)

Advertisements

Isu Boikot : Kita juga yang rugi?

Artkel ini adalah respon di bahagian komen artikel sebelumnya, Boikot Lagi.

Saya juga dahulu sangat tertanya akan persoalan sebegini. Lagi-lagi memang ramai yang selalu berkata begitu.

Terima kasih pada Nawa yang bertanya di sini, mencetus saya mem’post’ sahaja isu ini.

“Bila boikot, nanti ada orang kita jugak yang hilang kerja.anak tak makan.ekonomi Malaysia tergendala.Siapa susah?Kita juga.” dan yang seangkatan dengan tu lah.

Soalan nya,

macam mana nak jawab kat orang macam ni ek?
securedownload
Saya mungkin bukan ahli yang layak mengulas, namun saya cuba menghurai bedasarkan pandangan saya sendiri sahaja ya.

Sebelum itu saya cadangkan agar kita baca pandangan Ust Hasrizal tentang Jihad Ekonomi terlebih dahulu. Insha-Allah sangat membantu.

Antara petikan yang penting:

Imam al-Nawawi ketika menghuraikan persoalan tentang bolehkah bertransaksi dengan orang-orang yang memerangi Islam, telah menyatakan:

“Telah sepakat orang-orang Islam ke atas keharusan untuk berurus niaga dengan Ahli Zimmah (orang-orang yang mengikat janji dengan Kerajaan Islam), dan selain daripada mereka yang terdiri daripada orang-orang Kafir, selagi mana ia tidak melibatkan barangan yang haram.Tetapi tidak harus untuk seorang Islam untuk menjual senjata atau peralatan perang kepada orang-orang kafir yang memerangi Islam, dan tidak boleh bertransaksi dengan apa-apa yang membantu dalam menegakkan agama mereka.” (al-Nawawi, Syarh al-Nawawi ala Muslim, jil. 5, hlm. 478 ) [Kredit petikan al-adib.net]

Di website Inminds, setiap produk yang dikatakan berkomplot dengan Israel, telah dinyatakan sumber-sumber berita tersebut. Insha-Allah diyakini sohih. Maka, sah-sah syarikat seperti Coca-cola adalah produk mereka. Er..jadi kiranya..agak-agak kita ni membantu agama mereka tak?

881

Pada hemat saya, soal Israeli ini, tanggungjawab kita bukan tanggungjawab di dunia cuma. Tanggungjawab akhirat kita di mana dikesampingkan? Peranan kita bukan tertumpu pada kempen boikot semata-mata. Lihatlah taraf kemampuan kita.

Isu ini menuntut semua muslim memainkan obligasi masing-masing.

Bagi pengusaha-pengusaha muslim, di sinilah peluang untuk menggaji pekerja-pekerja muslim yang sudah kehilangan kerja.

Nabi s.a.w sendiri selaku pimpinan ketika di Madinah, membuka Pasar Waqaf untuk memudahkan lagi pengusaha Muslim (termasuk juga non-muslim secara tidak langsung) agar dapat berniaga di kawasan yang percuma kerana sebelum ini mereka berniaga di Pasar Madinah seliaan Yahudi.

Bagi yang sebelum ini bekerja di ‘bawah naungan’ Israel pula, peluang ini untuk kita insafi diri, andai kita hanya kehilangan kerja (buat sementara lagipun), tetapi kita mampu membantu menggoyahkan ekonomi musuh, tidakkah lebih mulia berbanding kita digaji walhal semua saudara kita pula menderita??

Mungkin orang akan kata, “Cakap senanglah, kita tidak di tempat mereka,”

Wallahua’lam. Namun, saya rasakan persoalan ini sebenarnya sebanding dengan situasi yang kebanyakan di Turki di mana wanita yang bertudung tidak akan dapat pekerjaan yang setimpal dengan kelayakannya.

Jika kita di sana, antara agama dan tuntutan dunia, yang mana menjadi pilihan..?

boycott-israel

Kadangkala saya geli hati juga.

Yang mengungkit persoalan (termasuk saya juga), kononnya boikot hanya akan meruntuhkan ekonomi negara (yang pastinya bukan ekonomi umat Islam ya!), anak tidak makan dan sebagainya, bukanlah sebenar-benar  ‘mangsa’ yang bekerja di ‘bawah naungan’ Israel pun hakikatnya.

Tetapi kebanyakan ‘perintih’ tersebut sebenarnya adalah dari kalangan pengguna, konsumer yang masih sayangkan produk kegemaran mereka.

Anak mereka makan kenyang malah.

Cuma, lain pula rasanya seminggu tanpa Double Cheese Burger, ya dak?

Atau juga pengusaha yang lebih mementingkan keuntungan, dek produk Israel memang kegilaan ramai. Nanti boleh rugi besar.

Betulkan?

Kebanyakan para pekerja kilang pada andaian saya, malah mungkin tidak tahu pun mereka membantu ekonomi musuh!

Saya cukup tertarik dengan Sabasun Hypermarket, yang sanggup kerugian besar semata-mata demi Allah. Ya benar, usaha mereka itu demi Allah kan? Demi membantu umat Islam. Agar kita tidak lagi kekeringan mandi di kolam sendiri.

Mudah-mudahan Allah memudahi urusan mereka.

Isu boikot usah diperkecil..

Dengan ekonomi Amerika yang sedang gawat ini, tidak yakinkah, kita mampu menggoyahkan lagi ekonomi mereka.

Oh, berfikir matanglah, bukan kita sengaja mahu menjatuhkan mereka, tetapi laporan http://www.ifamericansknew.org menjelaskan bahawa Israel menerima bantuan di antara 10 ke 15 juta US Dollar sehari daripada Amerika Syarikat.

Jumlah ini sahaja mengatasi jumlah keseluruhan bantuan Amerika Syarikat kepada negara-negara Amerika Latin, Sub Sahara Afrika dan Carribean.

Untuk berita yang ini pula, saya tidak yakin kesahihannya. Kerana ia surat pembaca. Cuba baca, bukankah ini bibit-bibit kejayaan hasil boikot kita..? Klik Coca-cola Kerugian Besar

boycott-logo

Obama sedang pening dengan ekonomi Amerika tinggalan Bush. (walaupun dia ada darah Indonesia, saya tak kira..!8) )

Mampu kan, kita sebenarnya? Mahu atau tidak saja pertikaian kini.

Allahu a’lam.

boikot lagi

i

Saya berusaha menjadisaya‘ !

Rujukan lebih lanjut untuk barangan boikot:

http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html

israel?

boycott-bullets_560x388

“Kamu sekali-kali tidak akan mati jika melakukan boikot,

tetapi jika kamu tidak melakukan boikot,

ada orang lain yang akan mati.”

boycott-israel-brochure

Ragu-ragu..?

“Tinggalkan apa yang meragukanmu kepada (ambillah) apa yang tidak meragukanmu.”
(Hadis riwayat Ahmad dan Nasa’i)

boycott-apartheid-israel-275x330

more at:

http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html

%d bloggers like this: