Tidak akan dipersia..

Sejak kecil seringku terfikir sendiri.

Unik sekali penciptaan kita. Setuju?

tengkorak

Manusia..

Hairan sungguh. Terpacak kepala yang bulat, dihiasi pula bulu-bulu lebat.

Meninggi hidung yang keras, melembut pula dua ‘biji’  lobang.

Berlekuk-lekuk sini-sana,  terlebih pula si cuping telinga.

Waduh, untuk bahagian kepala saja sekiankali banyak persoalannya!

Belum lagi persoalan-persoalan tentang bahagian badan yang lain.

Sebatang badan bercabang banyak. Kaki dan tangan.

Kemudian bercabang pula jari-jarian. Menghujung jari membulat membentuk kuku lutcahaya tak ber’sense’.

Kenapa hujung jari yang membulat tidak ada rambut-rambut seperti kepala?

Atau kenapa kepala tidak berkuku?

Ah..ah.. kalau nak disambung semua persoalan ini, tidak berkesudahan nampaknya.

Sambung sendiri aja ya.

Terkesan sungguh dengan ceramah di youtube dari Aagym, ulama’ negeri seberang,

“Allah sama sekali tidak akan mensia-siakan penciptaan manusia walau sekecil mana pun,”

Tidak akan.

Walau sekecil mana pun.

Walau hanya liang-liang roma di badan?

Atau hanya tahi lalat kecil?

Bulu mata?

Jerawat? 8-)

Syukurilah..setiap ciptaan-Nya pasti ada hikmahnya.

أَوَلَمْ يَتَفَكَّرُوا فِي أَنفُسِهِمْ مَا خَلَقَ اللَّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَجَلٍ مُّسَمًّى وَإِنَّ كَثِيراً مِّنَ النَّاسِ بِلِقَاء رَبِّهِمْ لَكَافِرُونَ

Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja, dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar, dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya. [Ar-Rum:8]

Advertisements

6 responses to “Tidak akan dipersia..

  1. Muizz 22 December, 2008 at 11:05 pm

    salam…erm…saya rasa x der bau pun…lainla KFC ker budu ker tempoyak ker aper ker…hehe

    x der ar bukan menyebelahi mana2 pihak pun lagi..supaya terbuka skit minda tu…x nak jumud sgt…politik ngn kehidupan x leh pisahlar…

  2. leokid 23 December, 2008 at 7:45 pm

    Banyak hikmahnya kejadian tuhan.

    Kenapa ada kening? Kalau takde kening, bila berpeluh dahi, peluh tu akan masuk dalam mata.

    Kenapa ada bulu mata? Kalau xde bulu mata, habuk boleh masuk mata..

    Kenapa mata ada dua? Mata ada dua membentuk penglihatan 3 dimensi, membantu kita menganggar jarak.

    Kenapa telingan ada dua? Telinga ada dua kerana membentuk pendengaran 3 dimensi, membantu kita menganggar arah.

    Kenapa lubang hidung ada dua? Kerana bila satu tersumbat, at least ada satu lagi untuk bernafas macam biasa.

    Kenapa mulut ada satu je? Ada satu tu pun manusia banyak yang makan tak henti-henti sampai obesiti, inikan pula nak bagi mulut dua? -_-”

    Jika tiada liang roma di badan maka nescaya badan manusia akan jadi macam tenggiling kerana kering tiada peluh.

    Jika hujung jari bertumbuh rambut, maka nescaya ramai manusia yang memakan kutu T_T

    Andai kepala berkuku maka camne nak menggaru? 0_o”

    Hehe. Best giler belajar medic, setiap kali belajar mengenai sesuatu di tubuh badan sendiri, terdetik di hati Subhanallah! Sungguh, tidak pernah ku rasakan sebegini takjub memerhatikan ciptaan Allah bergelar manusia ini!

  3. effa 24 December, 2008 at 12:09 pm

    salam..
    btl kate muizz tu..politik dan kehidupan tak dappat dipisahkan..
    em nak email akk ye..leh hantar kat wirda_anyss@yahoo.com.
    tak pun msg je terus kat no ni 013-2229087
    24 jam on..huhu~
    k daa~~

  4. lil Biruny 29 December, 2008 at 7:25 pm

    Salam…

    Maaf andai menggangu.. ana jumpa blog ini tika melawati blog sahabat yang lain.. “macam familiar nama ini” fikir ana..

    Manusia itu unik dari penciptaan mereka sihingga kelebihan mereka.. Namun, ramai yang tidak menyedari perkara ini..

    “Manusia ibarat logam. Hebatnya mereka itu ketika mereka di dalam jahiliyyah dan hebatnya mereka ketika mereka di dalam Islam jika mereka itu memahami” – Hadith

    Maka , berlakulah kekeliruan identiti sehinggakan mereka tidak dapat menilai.. yang mana itu kebaikan dan yang mana itu kejahilan.. Mereka berlumba-lumba menjadi orang lain yang mereka fikir dia itu hebat??

    http://lifeisanacademy.blogspot.com

  5. adiLa 30 December, 2008 at 5:24 pm

    salam wbt semua..

    maaf lambat reply.

    muizz: bg ana lak, bau ke tak bau tu bukan soal pertama. hehe.bau kfc menyengat tp kalau sokong israel tak best jugak.

    tp yg susahnya kalau bau tu dapat dihidu mereka yg tak suke..! auku! oh!
    erm..islam xleh lari ngn politik.setuju.

    leokid: wah, sgt bermakna ealboration sdra. boleh buat post baru nih ;)

    kak effa: stuju gak ngn akak..ok, saya da kontek akak.. mari turun smap..! kembali ke sekolah~

    lil biruny: waduh.gawat. ana memang sangat suusah ingat orang. maaf2.. takpela kan? yg penting tetap saudara semuslim juga.huhu. eh jap. kpm ke?

  6. lil Biruny 30 December, 2008 at 5:32 pm

    salam..

    Pernah jumpa?? Maybe secara x rasmi.. Ana rasa di BTN KPM 08. By the way, thanx for the support.. Ana link kan blog ini ya? Kalau nak link kan ana, silakan.. x perlu minta..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: