Monthly Archives: December 2008

ini namanya kurang idea

Eh tidak juga. Idea ada.

Drafts untuk dicoretkan di blog banyak. Tapi malas mahu teruskan.

Saya grab gambar ini dari friendster seorang teman. Lama saya telitikan equation ini.

Saja-saja kongsi bersama. Entah, apa pengajaran daripadanya ya?.

1_409610369l

hurm..

Tidak akan dipersia..

Sejak kecil seringku terfikir sendiri.

Unik sekali penciptaan kita. Setuju?

tengkorak

Manusia..

Hairan sungguh. Terpacak kepala yang bulat, dihiasi pula bulu-bulu lebat.

Meninggi hidung yang keras, melembut pula dua ‘biji’  lobang.

Berlekuk-lekuk sini-sana,  terlebih pula si cuping telinga.

Waduh, untuk bahagian kepala saja sekiankali banyak persoalannya!

Belum lagi persoalan-persoalan tentang bahagian badan yang lain.

Sebatang badan bercabang banyak. Kaki dan tangan.

Kemudian bercabang pula jari-jarian. Menghujung jari membulat membentuk kuku lutcahaya tak ber’sense’.

Kenapa hujung jari yang membulat tidak ada rambut-rambut seperti kepala?

Atau kenapa kepala tidak berkuku?

Ah..ah.. kalau nak disambung semua persoalan ini, tidak berkesudahan nampaknya.

Sambung sendiri aja ya.

Terkesan sungguh dengan ceramah di youtube dari Aagym, ulama’ negeri seberang,

“Allah sama sekali tidak akan mensia-siakan penciptaan manusia walau sekecil mana pun,”

Tidak akan.

Walau sekecil mana pun.

Walau hanya liang-liang roma di badan?

Atau hanya tahi lalat kecil?

Bulu mata?

Jerawat? 8-)

Syukurilah..setiap ciptaan-Nya pasti ada hikmahnya.

أَوَلَمْ يَتَفَكَّرُوا فِي أَنفُسِهِمْ مَا خَلَقَ اللَّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَجَلٍ مُّسَمًّى وَإِنَّ كَثِيراً مِّنَ النَّاسِ بِلِقَاء رَبِّهِمْ لَكَافِرُونَ

Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja, dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar, dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya. [Ar-Rum:8]

-bukan untuk orang manja-

Terpana saya baca artikel ini dari blog Kak Tiqah. Terima kasih ya kak. Memang..masih manja diri ini.

Adaptasi dari sini.

full-time-muslim

Pencerahan bukan untuk orang manja.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti; yang senang dan mudah =join, yang penat pula bersusah payah elak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami.

Bukan juga
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia peroleh, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap dan menulis, tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh meng
kritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya.

Tapi segala-galanya tak bermakna tanpa tarbiyyah.

Tanpa anda,
orang yang sering beralasan ini,
dakwah akan terus berjalan.
Islam akan tetap berjaya.
Ummah akan masih terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah,
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa.
Teruskan hidup anda seperti biasa.
Dakwah tak memerlukan anda pun.
Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

path

Sungguh. Pahit rasanya. Minum kopi.

Ah..memang aku tidak diperlukan.

ذَلِكَ بِأَنَّهُ كَانَت تَّأْتِيهِمْ رُسُلُهُم بِالْبَيِّنَاتِ فَقَالُوا أَبَشَرٌ يَهْدُونَنَا فَكَفَرُوا وَتَوَلَّوا وَّاسْتَغْنَى اللَّهُ وَاللَّهُ غَنِيٌّ حَمِيدٌ

“..telah datang kepada mereka Rasul-Rasul mereka (membawa) keterangan-keterangan lalu mereka berkata: “Apakah manusia yang akan memberi petunjuk kepada kami?” lalu mereka ingkar dan berpaling; dan Allah tidak memerlukan (mereka). Dan Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”

Cuti

“Adik-adik, separuh dari cuti telah berlalu. Adakah anda telah menggunakannya sebaik mungkin ?Hitungkan sendiri diri anda. Hiasi diri dengan taqwa, jauihi diri dari maksiat dan dosa.. C u..”

Mesej daripada Ustazah Husna. Memang tak jemu tutorku ini mengirim mesej motivasi setiap kali cuti panjang. Peringatan bermakna untuk diri yang acap leka.

bored-baby-1284

Bosan?

Kau rasa cuti ini bosan? Heh, banyak sangatkah waktu lapangmu?

Berapa sangatlah waktu lapangmu itu berbanding tanggungjawab yang engkau pikul sebenarnya? Pepatah arab pun menyebut, ‘Tugasan di bahumu sentiasa melebihi masa yang ada’!
Hanyalah mungkin kau lupa akan tanggungjawabmu. Atau kau sendiri culas mengerjakannya!

Takkan Dia jadikan walau sesaat untuk hamba-Nya sia-sia. Percuma!
Takkan engkau dihidupkan kalau boleh mengenal erti bosan; tak tahu nak buat apa!

Bagaimana bisa terlintas rasa bosan di benakmu, di saat Agama perlukanmu, Negara memanggilmu, Bangsa butuhkanmu, Keluarga mengharapkanmu.

Betapa besar amanah di pundakmu. Masih sempat membosan-bosankan diri lagi ya.

Cuba menghilangkan bosan?
Permainan juga yang engkau cari, sms lagho juga engkau mulai, hiburan dunia jua pilihan hati?

Lupakah kau pada saat musim peperiksaan, betapa tak jemunya harapan kau panjatkan, agar diberi masa tambahan? Atau setidak-tidaknya sempat kau khatamkan ulangkajimu?

Mungkinkah agaknya di kala menunggu masa saja nanti, sempat lagi berdoa dipanjangkan umurmu?

%d bloggers like this: