Bersedia untuk penerbangan?

Bukankah anda sudah lama mendapat tiket free untuk satu penerbangan?

Yang mana?

Oh, sudah lupakah?

air-asia-airline

-Now everyone can fly-

Alaa.. yang flight..

Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan tetapi dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Di mana penerbangannya bukan melalui Air Asia atau Air Jordan tetapi Al-Jenazah.

Di mana had kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat,atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita .

Dimana bajunya bukan Pierre Cardin, B.U.M. atau setaraf dengannya tetapi kain putih ‘cotton’.

Di mana pewanginya bukan Channel atau Paris Hilton, tetapi air mawar dan cendana.

Di mana passport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam.

Di mana visa kita bukan sekadar 6 bulan, tetapi Lailahaillallah.

Di mana pelayannya bukan si pramugari Michelle, tetapi Izrail dan lain-lain.

Di mana layanan di dalamnya bukan lagi kelas ‘bussiness’ atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.

Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi adalah tanah perkuburan.

Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6-7 kaki yang gelap gelita.

Di mana pegawai imigresen bukanlah pihak kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka memeriksa kita sama ada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan Disneyland, Paris atau London tetapi sama ada Syurga atau Neraka.

Di mana tidak perlu alat pengesan untuk memeriksa ‘barang haram’ anda.

Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.

Di mana destinasi terakhir sama ada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka yang merah menyala-nyala

Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya. Ia adalah percuma,jadi, simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan.

Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu anda tidak perlu bimbang.

Jangan risaukan ‘delays’, penerbangan ini sentiasa tepat pada waktunya,ia akan berangkat dan tiba tepat pada waktunya.

Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan,anda telah hilang selera bersuka-ria.

Jangan bimbang tentang tempahan, ia telah siap ditempah sejak anda disenyawakan dalam rahim ibu anda lagi.

Ya! Berita baik!!

Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini. Oleh itu bergembiralah selagi boleh! (Sekiranya anda boleh!)

Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa ‘amaran’!!

Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan!

SUDAHKAH ANDA BERSEDIA DENGAN PENERBANGAN INI???

Adaptasi daripada banyak sumber.
Idea Asal : ILHAM Magazine ’06

Advertisements

6 responses to “Bersedia untuk penerbangan?

  1. alonqexe 29 November, 2008 at 1:14 am

    Segala-galanya percuma!
    Cuma penerbangan ini sehala, tiada pulang.
    Dan tiada jadual untuk waktu berlepas.

    Terima kasih atas peringatan.

    p/s: Bayangkan nama dipanggil untuk perlepasan. Tidak seperti kebiasaan, pastinya ramai yang lebih rela tertinggal daripada turut sama ke sana! Cinta dunia?

  2. Nova Adila 29 November, 2008 at 1:33 am

    …………..

    semakin kecut perut.

    cinta dunia…lemahku membahagi cinta.

    wassini !

  3. mahasiswa 2 December, 2008 at 1:34 am

    Musafir yang pasti dilalui oleh semua,
    Musafir yang jelas matlamat kita.
    Musafir yang terhenti di persinggahan,
    Musafir itu bakal menyesatkan.
    Musafir yang mengaut bekalan di persinggahan,
    Musafir itu yang menemukan keredhaan.
    Bermusafirlah…….

  4. Firdaus UIA kuantan 3 December, 2008 at 12:55 pm

    salam to ukht,

    Jangan terkejut kalau ana katakan yg ana adalah pengikut setia blog yg bernas ni, cume silent reader je.
    Boleh tak ana masukkan artikel ni dalam blog ana atas tujuan dakwah?
    Harap pertimbangkan and comment balik utk dptkan permission

  5. Nova Adila 6 December, 2008 at 12:41 pm

    salam wbt..

    mahasiswa:
    thanx org jordan. ya, aku musafir di dunia ini..

    Firdaus UIA Kuantan:
    owh, terima kasih ya. blog ni biasa saja..
    boleh2. no copyright in da’awa kan? tp kalau boleh, letakkan link blog ini. =)

  6. kak akma 7 December, 2008 at 6:26 pm

    salam adila..

    eh, anda ke tulis artikel ni..waduh, x tau pon..dulu ade tgok kat nurjumaat..owh3, tahniah2~

    =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: