Pengorat Jalanan

Salam.

Tak marah pun.

Betul, tak marah. 

Cuma kasihan. Pelik. Sedikit sedih.

Takut memikirkan lebih jauh lagi.

Kalau di luar, perkara ini memang biasa. Kalau di kolej-kolej lain juga dengarnya memang perkara sebegini sudah tidak asing lagi.

Tapi di KYUEM yang hanya 400 orang.., perkara ini sangat asing!

Tak pernah pula dengar kisah sebegini daripada seniors dan super seniors. Rekod baru ye? Memang pelajar di sini suka mencuba sesuatu yang baru! Oh..

Langit tak selalu cerah..

“Feeewiitt..” , dan pelbagai bunyi (burung kot) yang pelik-pelik lagi.

“Assalamualaikum.. tak jawab dosa..” (idea kartun untuk menjawab: Korang bagi salam kat aku tu takdosa ke ?) =)

“Hai..jalan sorang-sorang je?”

(Terasa sudah tidak aman apabila berjalan sorang-sorang di kolej)

….

Hurm.

Tarbiyah di sini semakin berkurangkah? Naudzubillah!

Bukan seorang dua berpengalaman. Ramai. Ramai sudah.  Sebab itulah ia menjadi sangat pelik!

Eh, lupa pula nak tanya girls juniors. Diorang kena juga tak agaknya. Terfikir kenapalah kalian nak mengusik kakak-kakak ni.

Kami tahu kamu semua bukannya nak mengorat pun. (Entah siapa kata, kalau nak mengorat betul-betul takpe jugak!)

Jadi, kalau bukan mengorat, suka-suka je ye? Alahai adik-adik..

Betul, kami tak marah. Cuma kasihan.

Ramai merintih, “Sedihnya nak tinggalkan kolej kalau keadaan makin terukmacam ni.”

Dulu

 

Sekarang

 

Adakah kalau landskap kita – dulu lain sekarang lain,

maka,

suasana aman tanpa gangguan juga – dulu lain sekarang lain?

 

Haih. Lorong-lorong jalanan juga semakin hangat di malam hari. Kalau dulu biasanya malam-malam tertentu seperti Valentines Day baharu ‘meriah’  kawasan-kawasan gelap tersebut, kini? Hampir tiap-tiap hari kot!

Kawasan kejadian. Lebih hangat daripada biasa bila malam menjelma! Siang-siang hanya kucing sahaja bertebaran. Malam hari, kucing pun tak berani jalan..(sebab kucing tak sanggup tengok ke?)

Begitu juga dengan memasuki area girls chalet. Tak boleh sebenarnya ya..! Meskipun cuma untuk menghantar barang. Tinggalkanlah saja di pathway tu.. Girls di sini semuanya ringan tulang,kan? Chaletmates ada tu..

Mungkin ramai yang tak tahu kot.. Erm, lepas ni jangan buat lagi ya? Yang dah tahu ingat-ingatkanlah kawan-kawan.

Tapi kalau yang dah tahu pun buat juga..

..apa boleh kita buat lagi?

Ya Allah, rahmati kolej kami..

Kami sayang KYUEM!

 

 

Sampai sekarang sangat musykil dengan habit pengorat jalanan. Pernah ke ada orang tergoda dengan usikan kalian? huhu

 

(p/s: memang sebetulnya tak mahu post apa-apa sekarang ni. takpelah, cuti, update sekejap!)

Advertisements

24 responses to “Pengorat Jalanan

  1. alonqexe 1 November, 2008 at 5:04 pm

    Assalamualaikum.

    Saya pernah ke KYUEM sekali, kami buat lawatan ke sana untuk tinjau macam mana keadaan kolej persediaan lain. Lawa.

    Tapi betullah Adilla, keadaan semakin berubah. Kita mengharapkan agar semakin baik, tapi yang sebaliknya terjadi. Misalnya di India sini, junior yang baru tiba, awal-awal dah buat perangai.

    Kami anjurkan majlis untuk sambut mereka, ada yang tak datang. Konon dah handal boleh hidup di negara orang sendirian. Dan yang terbaru, dah pandai ke tempat-tempat hiburan malam.

    Moga kalian dan kami dikurniakan kekuatan untuk membimbing mereka.
    Amiin.

  2. alonqexe 1 November, 2008 at 5:05 pm

    Ah. Lupa nak cakap. Template baru ni lawa. Tiba-tiba rasa macam nak pindah wordpress pulak. :P

  3. kartun 1 November, 2008 at 7:30 pm

    aikk..akhirnya aku telah membuka hidayah kpd nova untuk updatekan blog dye….wahhh bangga…

    mmg seperti yg kite pernah bincangkan nova…post ni biar la bukak mata org sket…

    n aku pon xmalu nk ckp yg kdg2 aku la penonton wayang yg berlaku kat pathway tuh….pehhh naik juling bijik mata aku nih..tuh la sebabnya nape la aku xsuka dok kat blik aku di malam hari….

    tempat mononton wayang free….

  4. novaadila 1 November, 2008 at 9:57 pm

    salam wbt..

    to alongexe:
    thanx ya.
    owh, kalau teringin nk pindah ke wordpress, baik try n error dulu kot. jgn terus pindah, nnt kuciwa pulak..huhu
    ramai yg dr wordpress pindah ke blogspot.
    sbb wordpress xboleh letak public widgets mcm blogspot, lagi2 kalau siapa yg suka shoutbox. (sy xboleh ada shoutbox, nnt 24h sy depan pc!)

    rasanya elok kalau alongexe boleh buat akaun di wordpress dulu, tp xyah aktifkan ke.. tengoklah, terpikat ke tak dengan wordpress!
    cadangan je ye.

    to kartunku sayang:
    emm… wayang free?
    aku tak pernah tengok wayang lg seumur hidup. tak jejak ke sinema lagi. taktau pulak mcm mana rasanya.
    wayang kat sinema tu hampir sama cam wayang free kat kolej ni ke? hak3..

    huh..yang tak boleh tahan kalau ada yg masih di pathway tu gelak2 besar time azan jumaat.
    aduhai… kitorang yg perempuan ni beriya2 nk try rasa semayang jumaat, dia ..haih

    walauapapun, kita tak boleh anggap semua ni salah mereka kan.. ntah2 salah kita lg besar sebab xbgtau diorang kan?

    hurm..

    -masih tak sekuat fatimah utk menegur bila dah 11pm ke atas. sebab ramai sgt la!!!-

  5. kak akma 1 November, 2008 at 11:35 pm

    salam keta belfast..

    ya ampun..beginikah situasinya sekarang??sdey saya mendengarnya..kenapa ‘semakin’ begini??lama ka sudah??nape x dikhabarkan??mase kitorang pergi before fly tu dah berlaku ke??=(

    kalau ‘pandai’ sudah mengusik-ngusik dgn ‘alunan’ begitu, nmpknya semakin parah..tidak mahu KY semakin ‘rosak’!!nova kuat!!diorang tak tahu tu, jadi kita kene jugak bagitau!!sikit2 insyaALLAH..tapi itula, cakap memang senang, klo nk buat tu susah..

    argh chaletku!!!argh super juniorku!!ape cara yg terbaek ye??buntu!!

    honestly, sy x penah terfikir akan berlaku sebegini ‘hebat’ sebab dulu pon sy dah rasa ‘sangat hebat!!’..hu2~

  6. atiqah 2 November, 2008 at 4:53 am

    salam..

    siannya junior2 ku..
    byk2 brsabar eh..
    bagus, xyah layan langsung pengorat jalanan tuh..lama2 nnti diorang bosan..
    bab makin ramai yg suka duk kat longkang lak, korang tegur je ramai2..
    kte tau korang kuat, tu sume dugaan..
    kami sentiasa doakan dari sini..

  7. harubiru 2 November, 2008 at 11:50 am

    salam..
    mmg sgt sedih benda ni brlku kat kolej kita..
    ak pon penah kna ngan bdak2 nih..
    tp yg lg xtahan mcm yg katun ckap tue r..

    nova..ak pon x kuat jugak nih..
    hnya Allah je tau perasaan ak bila berhdpan dgn benda2 mcm ni..

    ade yg tau tp buat2 x tau..ni yg ssah nih.

  8. adiLa 2 November, 2008 at 12:13 pm

    salam wbt..

    syukran kak akma, kak tqah, n harubiru..

    erm, teringat masa borak2 dgn kak citra (guard, hindu) masa dia tengah geram bila ada aksi berciuman di kawasan gelap kira-kira jam11.30 malam:

    Pakai tudung, kuat agama, tp buat benda tak senonoh..;”

    Terus saya mencelah, “Eh kak citra, pakai tudung tu tak boleh nak dikaitkan dengan agama,..”

    Akak faham la adila. tapi, memang kita tengok patutnya orang yang pakai tudung tu kuat agama la kan.. Ini buat kerja tak baik pulak. Agama kitorang pun tak ajar macam tu,”

    Huhu. ketandusan bicara. memang betul. persepsi orang tetap begitu. makin sensitip bab-bab tudung ni!

    oh kak akma, masa akak dtg tu memang dah ada kena dah. tp macam ingatkn awal2 je, ala, dak junior baru masuk kan.. tapi ni dah bulan 11 pun nak usik2 lagi. aduhai.. ape ke jadahnye lah nak ngusik kakak-kakak ni.. harubiru, anda terjatuh hati tak dengan usikan mereka? haha.=)

    hurm. nak main2 kot. tp apa gunanya yek..

    kak tiqah, kitorang mmg xlayan pun. tp tu la, k.e.s.i.a.n……

    eh, btw, nama keta belfast da permanent pulak?? adoi.

  9. faizah 2 November, 2008 at 1:10 pm

    salam…
    erm…teruskan lah usaha..
    dampingi mereka yang memerlukan kita…
    InsyaAllah Allah bersama kita

  10. kak akma 2 November, 2008 at 2:35 pm

    nova!!(owh tukar plak name..)

    ade cobra kan kat chalet..??kestau diorang, baek balek chalet, nanti kena patok ular malam2 ni naya plak..kasi gerun dengan ciptaan ALLAH dulu..

    korang, wat sumthing tau!!kami sokong dan doa dr cni..tak mahu kolej semakin ‘begitu!!’??pliz do sumthing before leaving..hu2!!

    awal2 mengusik, pastu merisik, lantas terusik!!klo cre betol bley trima, tapi…try approach diorang sikit2..insyaALLAH ALLAH bantu..goodluck korang!!hari ni jugak mulakan!!insyaALLAH esok tiada lagi..=)

  11. syudep 5 November, 2008 at 6:41 pm

    haisy…

    tak tau nak cakap apa lagi… cume percayalah dengan senjata kita i.e. DOA.. jangan lupa doakan ‘mereka’ setiap kali selepas solat kita…

    dan dalam masa yang sama, usaha yang bersungguh2 harus ditunjukkan! kita sekarang sbg seniors kena berani dah utk tegur. dah xbule biar gini~

    najjah’alaik ukhti!! physics je lagi kot~ huhu

  12. nik madihah 7 November, 2008 at 3:39 am

    Amat terkejut. Usahalah nova. dan ajak Muscom, SC sama-sama usaha. Sebenarnya kalau nak marah, memang mudah.

    Di akhir zaman ini, sudah tiada yang pelik. Sampaikan apabila kita usaha kearah kebaikan, kita pulak yang dikatakan pelik.

    Moga Allah memberikan hidayah kepada mereka. dan kita juga.

  13. daYang 9 November, 2008 at 2:59 am

    salam…

    terkejutnya baca entri ni.. Astaghfirullah…
    dulu waktu kitorang sr, buntu nak tegur jr.. hurmmm…

    sr mmg kne kuat, baru jr x berani nak buat.. bukan masanya ntuk mngeluh, tapi harus bangkit menegur.. kalo x dapat nak sorang2, bawak ramai2..

    mungkin akan timbul isu pasal teguran berhikmah, xpe.. yg penting korang kne suarakan gak.. erm, pn. Rog x buat apa2 ke?

    lagipun, dorang bukannya dapat nak mngapa2kan korang.. paling dorang dapat buat, mengutuk dari belakang.. dan, andaikata dorang nak mngeji korang bila korang jalankan tnggungjawab.. sabar ek.. InsyaAllah, DIA bntu..

    kalo ada apa2 perkmbangan baik +ve mahupun -ve, khabarkan yek.. kami smua dapat doakan dari jauh je.. hanya DIA yg bersama korang… last but not least, pimpinlah adik2 mu dengan jiwa yg berani.. +)

  14. nawa 9 November, 2008 at 5:52 pm

    sini pun ala-ala camtu gak nova

    tapi tade la yg berpewit2

    yang ada tayangan free hari hari

    turun2 surau pon ada

    sian kan?

  15. ad 13 November, 2008 at 12:31 am

    assalamualaikum.aku harap ko dah dapat sms aku dan mulakan langkah seterusnya

  16. Nova Adila 18 November, 2008 at 1:06 am

    salam wbt.

    maaf semua, baru berkesempatan utk reply.

    thanx faizah, kak akma, syudep, kak madihah, nawa n ad.
    erm, semuanya sedang diusahakan. sama2 kita doakan.

    to kak akma:
    cobra? chalet saya chalet 1st diletak belerang..wa3. sebab aliza nmpak betul2 kat chalet kami. cuak saya. sebab tu kalau da tak leh tido tu (terbayang ular), tgah2 malam buta, kul 4pagi pun, —lari ke surau! btw kak, seblom ni asyik mimpi ular je. skrg ular jd kenyataan..ha2

    to kak dayang:
    betul, xguna asyik merungut je kalau xbuat apa2. pn rog? erk. kami blum bgtau hal ni scara serius. xtau la kalau sc dah sampaikan. rasanya baru td, dah kot. tp dulu selalu je borak2 dgn pn rog, selit2kan isu ni. tp yg cuaknya bila borak psl isu ni, pn ro minta nama. takut lak nk bagi.. pastu bila xbagi, kita yg kena lak.huhu.
    kuat..?alamak.mengaku, masih sangat lemah. adoi. berusaha! +)

    to nawa:
    yup na.. sian2..
    nawa, da abis exam kan? nk datang rumahmu nk stadi cuti ni bolehka?

    to ad: sori. aku lupa nk reply mesej panjang ko hr tu. nk reply sekarang, rasa cam dah basi lak. anyway…kalau sc dapat tolong apa2 yg patut, or ada idea utk collabrate sama2 ke, sampaikanlah. tq

  17. bukan nama sebenar 20 November, 2008 at 10:04 am

    salam ziarah dari bukan nama sebenar

  18. joseph mikael 29 November, 2008 at 12:56 am

    ”nova, tunjuk skit sapa buat keje2 ni”, sambil menyinsing lengan…

  19. Nova Adila 29 November, 2008 at 1:42 am

    bukan nama sebenar:
    salam ziarah juga dari nova, nama sebenar.

    joseph mikael
    “itu orangnya! eh bukan.”
    “yang itu kot,”
    “mungkin yang itu juga,”

    –> hilang ingatan. lemah ingatan bab mengingat muka2 ini.

  20. ajah 8 December, 2008 at 1:05 am

    macam ni ke skrg keadaan kolej kita? sah ada cite skt2, dia pn penah tgk aksi pelik+jelik ni gk.. adui.. harus lakukan sesuatu.. Ya, Doa + usaha mesti selari… kuatkan semangat adik2 ku, smpaikan peringatan kepada mereka..

  21. nurul 13 December, 2008 at 6:27 am

    salam. sorry lama menyepi.
    huhu..agak sedey sebab kan sume dah besar+pandai2. huhu
    takpe. ni dugaan untuk kita lah. betul2. kena BERUSAHA!!!FIGHTING!!!! ha, nova, kim salam kat kanak2 riang yang lain.tq=)

  22. nurul 19 December, 2008 at 6:11 am

    salam. nova, boleh tak email kak nurul bagi no phone awak?
    thankiu.
    tak pun no wani.
    ASAP!!!

  23. adiLa 21 December, 2008 at 2:58 am

    salam wbt…

    ajah + nurul:

    thanx kakak2. doakan terus ya.
    tp, ‘mcm ni keadaan kolej’ tu.. susah nk define tu. huhu.
    entah sy yg terlampau liberal?

    kolej rasanya biasa je. zaman berubah, ragam pun berubah. cara kita atasi pun harus berubah kan?

    kanak2 riang? hehe. mesti sentiasa riang ^o^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: