Buka la tudung ni…

“Buka..buka..!” rengek Iman, belum menjangkau tiga tahun pun usianya.

 

“Buka apa?” saya tak beberapa faham.

 

“Buka tudung ni..” di atas pangkuan Kak Na, Iman menarik tudung saya.

 

“Kenapa nak buka?” hairan saya akan permintaanya.

 

“Buka.. panaash kan..” waduh, bijak sekali anak kecil ini.

 

Tak tahu saya nak menjawabnya. Entah, panaskah? Ketika itu saya tidak panas pun. Tapi saya tak tahu bagaimana nak memberi jawapan terbaik kepada kanak-kanak sekecil itu.

 

“Tak boleh..papa iman kan ada. Tak boleh buka,” semoga dia faham. Tapi seperti tidak mungkin! Muda sangat..

 

“Buka..bukala..” terus dia merengek lagi.

 

“Tak boleh..aurat. Tak boleh buka depan laki-laki,” semoga lebih jelas lagi.

 

Saya terus lari selepas dinasihati Kak Na-> kadang-kadang jangan dilayani permintaan anak kecil, nanti dia makin bising. Saya pun ikut saja lah..

Mungkin dia lihat saya seorang sahaja yang bertudung di rumah itu, tak puas hati jadinya. Rimas matanya, mungkin.

Secara jujurnya, sampai sekarang saya kadangkala terkedu apabila disoal soalan sebegini. Bukan tak tahu jawapan, bukan tak kuat pegangan, tapi ragu-ragu dengan penerangan. Takut jawapan yang diberi kurang bernas, makin keliru pula mereka.

 

Saya punya jawapan saya sendiri, tetapi, bagi saya terlampau panjang untuk dihuraikan pada orang yang bertanya, terutamanya soalan ‘panas atau tidak’. Kalau yang bertanya memang kelihatan nak mengetahui dan nak mendengar ulasan, bolehla saya hurai panjang lebar. Kalau yang bertanya seperti rushing, jawapan saya pun rushing juga. Kemudian, mulalah saya terkenang-kenang jawapan yang diberi. Kadang-kadang menyesal terberi jawapan yang tak jitu dan persis.

 

Pernah seorang penceramah berseloroh, apabila beliau bertanya kepada kaum hawa, “Panaskah memakai tudung?”

Lantas, ramai-ramai mereka menjawab, “Tak..”

Tapi yang memusykilkan, ada pula yang mengipas-ngipas seperti tidak cukup udara. Mestilah kepanasan kan?

 

Panas itu sendiri sungguh subjektif. Setiap orang lain-lain penerimaan darjah kepanasan mereka. Saya kadang-kadang hairan bagaimana orang boleh tidur dengan air-cond. Saya akan menggigil kesejukan esoknya!

 

Oh ya, berbalik kepada isu tudung, saya sangat suka cerita Ustaz Hasrizal dalam blognya. Apabila orang bertanya tujuan memakai tudung, lebih baik kita mengajaknya berfikir dahulu. Soal perlu memakai tudung atau tidak adalah soalan yang mungkin ketujuh, atau kelapan yang perlu diselesaikan. Soalan pertama ialah untuk menyelesaikan soalan TUJUAN HIDUP.

Bagaimana kita mahu mengetahui tujuan hidup kita? Tentulah daripada penciptanya. 

 

Setiap ciptaan di bumi ini sendiri ada tujuan penciptaannya. Tujuan kereta, telefon, pensil, waima pemadam pun ada tujuannya tersendiri.

 

Katakan sebuah telefon bimbit, mestilah penciptanya yang mengetahui tujuan sebenar beliau mengasaskan telefon seumpama itu. Mudah dibawa ke mana saja, misalnya. Banyak kegunaannya yang lain. Tetapi, kalaulah diberikan kepada anak-anak kecil.. tahukah budak tersebut akan kegunaannya? Kalaupun tidak untuk main tekan-tekan sahaja, mesti untuk dibaling-baling seperti bola, cuma bola dalam edisi yang tidak bulat. Kerana kanak-kanak tidak belajar…mereka tidak tahu, apa tujuan penciptaan telefon bimbit itu. Yang mereka nampak, semua benda adalah permainan.

 

Kita yang sudah dewasa ini pun, katakanlah selama ini duduk di pulau tak bermanusia, sekali tercampak sebiji handphone dari langit, tahukah kita akan kegunaannya? Kalau kita hebat sangat pun, tunggu sehari selepas kita habis mengexplore telefon tersebut, baharulah arif sedikit.  Itupun kadangkala, banyak lagi functions yang kita tak tahu, kan? Telefon bimbit yang saya ada sekarang ini pun, sudah dua bulan  pun masih banyak yang saya tak tahu. Saya laju call and message je!

 

Kalaulah saya dapat berjumpa dengan Tauke si pencipta Sony Ericsson, mahu saja saya borak-borak minum kopi sambil belajar bersama beliau setiap satu kegunaan pelik-pelik dalam handphone tersebut. Tapi memandangkan mustahil, tauke tersebut memang belum masanya untuk berkenalan dengan saya lagi, maka manual user yang diberikan sudah amat-amat berguna. Kalau saya mahu menjadi pengguna handphone yang expert, saya mesti memahami dan khatam dahulu manual user tersebut, kan? Saya juga perlu patuh dengan peraturan menggunakan handphone tersebut, seperti tidak boleh direndam dalam air dan sebaiknya menggunakan casing khas supaya tidak tercalar.

 

Begitu juga dengan Pencipta kita. Tanyalah  pada-Nya, tujuan kita diciptakan. Kemudian barulah tanya tujuan Beliau menetapkan peraturan-peraturan lain seperti memakai tudung. Oleh kerana Beliau masih belum masanya untuk bersua dengan hamba-hamba-Nya, maka manual user Al-Quran telah disediakan untuk kita. Untuk menjadi hamba-Nya yang sebenar-benarnya True Believers, kita perlulah memahami dan khatam isi kandungan Manual User yang disedakannya terlebih dahulu..kankankan??

 

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.”

[Adz-Zariyat, 51:56]

Advertisements

4 responses to “Buka la tudung ni…

  1. kd 2 October, 2008 at 8:30 pm

    salam.
    ni kak kd. kita pernah jumpe kot :p
    baru terjumpa blog awak.
    the one and only nova adila,kan?
    hehe..

    salam eid fitr.
    mohon maaf atas segala khilaf diri ini. ^_^

  2. syuk 12 October, 2008 at 8:43 am

    salam..

    a nice blog..

    visit & drop comments in my blog..

    a new comer of KYUEM blogsphere..

  3. JHaZKiTaRo 15 October, 2008 at 12:36 am

    salam syawal dari bumi Dublin, Ireland. Kalau rajin, singgah2lah ke blog hamba.. :)

  4. kak akma 16 October, 2008 at 10:32 pm

    mmg x berupdate blog ni..heheh..

    tahun depan kat UK je lah update ye..ha~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: