Air sungai warna apa sebenarnya..?

“Kenapa air sungai kamu warna hijau ni?” soal Cikgu Latifah, guru Pendidikan Seni yang merangkap guru kelas saya pada waktu itu.

 “Yelah cikgu. Memang air sungai warna hijau kan,” saya menjawab, lurus.

Lillahi ta’ala, sehingga usia 8 tahun itu, saya tak pernah melihat warna air sungai selain warna hijau dan coklat!

“Tu sungai kamu je, Nova. Orang biasanya letak warna biru la,” Cikgu Latifah seperti menahan ketawa melihat lukisan saya.

Terpaksa saya membaiki lukisan saya semula..

 

 

ini bukan lukisan saya~

ini bukan lukisan saya tau..

 

“Kenapa biru, ek cikgu? Tak pernah jumpa pun sungai warna biru. Air laut warna biru pernah la nampak,” soal saya pula, nak menegakkan juga mata saya yang masih belum rabun.

“Biru tu tandanya bersih. Sungai kat sini banyak dah tercemar, itu yang kamu nampak warna hijau. Dah kotor, bercampur lumpur keladak.”

“Ooo..”baru saya faham. Pelajaran baru untuk waktu itu. Ehm, ini bukan cerita dongeng ya!

Kemudian banyak lagi pertanyaan saya pada Cikgu Latifah, (**kerana saya memang suka bertanya ;-p )- air laut memang nampak biru, tapi bila letak dalam gelas kenapa jadi putih?

Kenapa dalam lukisan kita letak gunung warna hijau, tapi kalau tengok gunung yang jauh-jauh tu nampak warna biru? Tapi pelik juga, mana ada pokok (di gunung) warna biru!

Akal budak kecil. Tapi logik kan pertanyaan saya??

Adegan ini kalau kita renungi dalam-dalam, ada pengajaran di sebaliknya.

Apa yang kita lihat, tak semestinya itu yang hakikat. Memang mata tidak pernah menipu, tetapi banyak faktor lain yang perlu diambilkira untuk mendapatkan penilaian yang lebih persis dan jitu.

Daripada kisah saya ketika Darjah Dua ini, puncanya kerana saya masih tidak faham konsep-konsep pembiasan yang menyebabkan warna yang dilihat mata kasar berbeza-beza.

Dan juga kerana saya masih belum banyak melihat dunia, sekarang baru saya sudah jumpa sungai-sungai yang berwarna ‘biru’!

Begitu juga hidup kita sehari-harian. Penilaian manusia selalu melihat pada mata kasar semata-mata. Sebab itulah penilaian setiap orang selalu berbeza. Cuma apabila seseorang itu mengkaji dengan lebih teliti, barulah dia sedari akan realiti yang hakiki. It takes time.

Jadi kita tak perlu kita terlampau gusar dengan pandangan manusia!

 

Wallahua’lam.

 

 

**saya biasanya tidak banyak soal hanya apabila dua situasi:

-sudah memang faham, tak perlu ulas panjang-panjang

-sangaaat tidak faham, jadi tak tahu nak tanya dari mana! (yang ini selalu berlaku di kelas sekarang~)

 

 

Mata Hati

by: Hijjaz

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

 

Advertisements

4 responses to “Air sungai warna apa sebenarnya..?

  1. Ain 22 August, 2008 at 9:40 pm

    Salam ziarah..hehe..

    hmm..betol2..hakikat maknawi tu berbeza

    jap2..bila akak fly eh? nt fly kemana? kem salam kat azali.. ckp dr ~secret admirer~ hahahkss =P

  2. novaadila 26 August, 2008 at 10:49 am

    waaalaikissalam…

    akak fly insyaAllah sept 2009. doakan ye..
    ke uk. tatau uni mana lagi.

    ain pula?

    hamboi..
    nk kim salam kat azali lak.. huhu. petsis dia ni je dia tak layan. jaga muamalah. wa3..

  3. kak akma 26 August, 2008 at 3:17 pm

    salam makcik!!heheh~

    nak jugak..kimsalam azali..hahahah!!xdela..x best pon kimsalam kat dia..dgr cerita nova pon die tak kenal ek??

    ehem,rindu saye x??klo rindu nak g kolej..klo x,xnak la g..keh3~menunggu di UK!!

    doakan urusan kami dipermudahkan ye!!tq~

  4. alonqexe 6 September, 2008 at 1:25 pm

    assalamualaikum.

    Lagi sekali, biru atau hijau. Tergelak sekali lagi baca post ni, macam post aritu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: