Al-Fatihah buat Ante

Saya memang tidak berkesempatan untuk mengupdate blog sekarang ini.

Cuma entry kali ini, ingin menyampaikan sedikit khabar dari perantauan, ibu saudara saya, Puan Risda Abetty (atau saya panggil Ante Bet) baru sahaja pulang ke rahmatullah pagi kelmarin, di Indonesia. Innalillah..

Saya baru sahaja berborak panjang bersama emak, mendengar kisah detik-detik terakhir riwayat hidupnya.

Kisah yang diceritakan emak – setelah alih bahasa daripada bahasa Minangkabau:

“Pukul berapa sekarang, Inda?” tanya Ante Bet kepada adik iparnya, Linda.

“Pukul dua belas (tengah malam),”

“Lama lagi nak pukul tiga kan.. Pukul tiga Bet nak pergi dah,” banyak kali Ante mengulang-ulang, dia mahu ‘pergi’.

“Ibet nak pergi mana ni?” entah pura-pura tanya atau memang nak tahu, Nenek mengajukan soalan.

“Tak payah tanya lah mak.. Ibet nak pergi dah ni. Mari kita baca Yasin,”           

Nenek hanya menurut. Membacakan Yaasin untuknya. Mulut Ante pula terkumat kamit mengucap kalimah suci La ilaha Illallah.

Usai Yaasin nenek, Ante meminta Om Mal (abangnya@pakcik saya) pula membacakan Yaasin untuknya.

Om Mal mungkin membaca sedikit keras, kemudian Ante menegur, “Perlahankan sikit bacaannya bang, tak khusyuk Ibet,”

Ya Allah.. naik-naik bulu roma saya mendengar cerita ini.

Dalam setengah jam sebelum pemergiannya, kemudian dia bepesan lagi,

“Ibet betul-betul dah nak pergi dah ni. Nanti tolong jagakan Asyraf dan Ihan (kedua-dua anaknya). Nanti kebumikan Ibet cepat-cepat saja, tak perlu tunggu orang-orang lain,” seperti menujukan untuk suaminya, Om Ija yang ketika itu masih berada di Malaysia.

Nenek sebagai ibu, tentunya sangat sebak mendengar amanat-amanat seperti ini.

“Emak janganlah nangis. ‘Berat’ Ibet nak pergi macam ni,” seperti pesan Rasulullah, jangan meratapi orang yang dipanggil Allah, kerana akan ‘memberatkan’ mereka.

Kemudian Ante meminta-minta maaf kepada semua.

Entah bagaimana sangat jalan ceritanya, Nenek keluar bilik sebentar, mungkin terlampau penat. Sejurus, Ante minta dipanggilkan Nenek semula untuk duduk di sampingnya.

“Panggilkanlah Emak tu…Duduk dengan Ibet,”

Tak lama berada di pangkuan Nenek, akhirnya… dengan lafaz La ilaha Illallah yang tak henti-henti, Ante menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tanpa suami di sisi. Tanpa anak-anak.

 

Kami mendoakan, moga husnul khatimah buatnya. Kami doakan Ante sudah selamat berada di alam yang kekal abadi, berjumpa Pencipta, Ilahi.

Sepanjang lebih dua tahun menanggung perit derita, akibat masalah di jantungnya, moga inilah jalan yang terbaik untuknya. Moga sakit itulah yang menjadi penghapus dosa.

Dalam masa dua tahun ini pun, Ante memang memperuntukkan masanya untuk mengabdikan diri sepenuhnya kepada Dia. Kerana Ante, berjalan sedikit pun sudah sesak nafas. Maka waktunya banyak diluangkan di tikar sembahyang dan bersama Al-Quran.

Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuknya!

Kasihan juga pada emak yang tak dapat pulang mengiringi jenazah adik sendiri. Terlalu jauh Indonesia itu. Keadaan ekonomi juga tidak mengizinkan.

Mujur saja ketika Ante di ICU kira-kira sebulan yang lepas, emak sempat menjenguk Ante buat kali terakhir. Takpe ma, yang digalakkan itu menziarahi orang sakit. Sudah meninggal ini, perempuan pun tak digalakkan mengiingi jenazah. Mudah-mudahan doa kita yang jauh ini sampai untuknya.

Saya pula..sudah lebih 5 tahun tidak bersua dengan Ante. Kerana sudah lima tahun tidak pulang ke kampung, Indonesia.

Payah juga menjadi anak perantau. Sanak saudara di Malaysia tak seberapa, kaum kerabat hanya di kampung nun sahaja.. Hendak pulang selalu, aduh, banyak sekali yang perlu ditmbang tara..

Mohon kiranya yang membaca cerita ini, menyedekahkan Al-Fatihah buat Ante. Dan semoga sampai kepadanya.

Al-Fatihah.

 

**bahasa indonesia:
       Ante = Makcik yang muda
       Om   = Pakcik yang muda
Advertisements

3 responses to “Al-Fatihah buat Ante

  1. alonqexe 25 July, 2008 at 2:53 am

    Innalillahi wa inna ilaihi roji’un.

    Semoga dia termasuk dalam golongan orang2 yang beruntung. Amiin.

  2. kak akma 26 July, 2008 at 12:15 am

    al-fatihah buat auntymu..

    semoga tergolong dalam orang2 yang beriman..ameen~

  3. kak akma 26 July, 2008 at 12:17 am

    nway, sungguh bertuah auntymu ‘pergi’ dalam keadaan begini..

    hanya yang terpilih sahaja..

    wallahu’alam~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: