Poligami

Bismillahirrahmanirrahim.

Terlanjur melewati blog Kak Akma, dan cukup tertarik dengan post “tak rela..”

Maka saya mohon izin Kak Akma untuk memberi sedikit ulasan, pandangan peribadi saya. Lagipula, sekarang sedang agak hangat isu ‘Isteri-isteri Bang Mat izinkan kahwin empat’, maka rasanya waktu yang sesuai untuk saya melontarkan pendapat. (dah lama teringin nak cakap pasal ni sebenarnya..;p)

Alhamdulillah, Bang Mat dah lulus proses mahkamah!

Baiklah, bila ditanya hati wanita..fitrahnya, saangat takut apabila disentuh bab poligami. Seram, sangat seram..mampukah aku menghadapinya?

Sebelum ini, walaupun saya menyedari Allah memang menghalalkan poligami, tapi dalam hati, tetap sukar untuk menerima hakikat tersebut. Ya, mulut senang cakaplah, “Kalau dah suratan, aku terima saja untuk dimadukan..bla..bla..”

Tapi dalam hati,….!

“Ya Allah, jauhkan aku daripada semua ini..!”

Namun alhamdulillah, baru-baru ini saya berpeluang mengikuti satu program, dan antara isu hangat yang disentuh adalah mengenai poligami. Memang sebak bila kami diajak berfikir, “Mengapa tidak percaya pada hikmah setiap apa yangg Allah tetapkan?”

Ya, sebelum ini, seolah-olahnya saya menganggap, poligami akan menimbulkan rasa cemburu di hati yang hanya akan lebih bawa banyak keburukan pada ‘future’ family saya kelak..lebih-lebih lagi saya yang memang sangat kuat cemburu.

Tetapi alhamdulillah, sedikit-sebanyak program itu telah membuka mata saya, bukankah Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita semua?

Jika dirujuk Surah An-Nisa (4:3) , 

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُواْ فِي الْيَتَامَى فَانكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاء مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُواْ فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلاَّ تَعُولُواْ

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.”

Kalau bercerita dengan mereka yang bukan Islam (malah muslim sendiri pun ada), mereka selalu menganggap ini ‘kelebihan’ lelaki dalam Islam yang tidak adil. Seolah merendahkan kaum wanita, melanggar human rights dan sebagainya. Ajaran yang tak boleh dipakai, bla..bla..

Tapi renungi ayat tersebut betul-betul, Allah tidak pernah pun menggalakkan berpoligami sebenarnya. (selalu orang misconcept di sini…)

Tetapi cuma membenarkan.. Dan, syarat yang ditetapkan di sini ialah ADIL.

Mari berfikir sejenak, dengan seorang isteri pun, sudah cukup ADILkah anda? Tak perlu dihurai panjang lebar rasanya.

Apakah definisi ADIL dalam Islam? Meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Lawan ADIL=Zalim.

Maka, jika ‘suami’ kita layak untuk berlaku adil, mengapa masih ragu-ragu?

Jika diimbau sirah, kesemua isteri nabi yang berjumlah 13, dengan berpoligami, mereka tak pernah menyesal ditakdirkan dengan Nabi. Cemburu dan sebagainya, memang wujud, ya, bacalah sirah ummul mu’minun, namun contohilah Baginda, bagimana baginda bijak menangani ke’jeles’an isteri-isteri bginda. Sesungguhnya Nabi jua sebaik-baik suri Teladan…

Janganlah kita asyik dipengaruhi media. Media memang banyak melaporkan kes poligami yang kononnya tak bahagia.

Normal la tu.. benda-benda yang buruk memang diulas media, agar jadi pengajaran.

Anologi ini mungkin kena pada tempatnya.

Ibaratkan saya drive ke kolej hari ni. Diberi 2 situasi:

1- perjalanan saya selamat, smooth & clear.
2- saya terlibat dalam accident degan lori balak. Kereta terbelah dua, badan bercerai-berai, penyek pulak tu. (Na’udzubillah!!!)

Yang mana antara dua situasi tersebut, akan dilaporkan media esok harinya?

Tentulah situasi yang kedua, bukan? Takkan pula dilaporkan di berita utama “Saudari Nova Adila selamat dalam perjalanannya ke kolej”

Aduh..tentu tak muat-muat surat khabar untuk melaporkan berita ‘keselamatan’ semua pemandu di Malaysia saban hari…

Begitu juga dengan poligami. Kes-kes cerai-berai tentunya akan dihebohkan media. Keluarga poligami yang bahagia, aman, damai, makmur, tentulah mereka tak larat pula mereka nak laporkan. Betul kan?

Seperkara lagi,
Kalau ada yg menambah, biasanya, poligami tak tahan lama, ..nanti jeles sana-sini, kemudian gaduh, seterusnya bercerai .
Maka, kesimpulannya, baik jangan poligami..

OK baiklah.. kalau kome kata gitu.. memang ada juga poligami yang gaduh-gaduh sebegini (mungkin, saya tak tau!).

Tapi, fikir-fikir semula,
yang monogami (yang kahwin seorang saja) ,pun banyak juga yang gaduh-gaduh, cerai dan sebagainya. Boleh rujuk statistik mahkamah syariah. Jadi, monogami pun tak tahan lama.
Maka, adakah kita nak buat kesimpulan yang ini pula, baik jangan kahwin (monogami) ???

Wallahua’lam.

Walaubagaimanapun..wanita tetap wanita. Takut tetap takut. Sekarang pun sedikit terketar-ketar nak mempost entri ini. Isu sensitif orang perempuan ni! 

Kalau orang tanya sanggup ke tidak, saya tak dapat nak beri jawapan. Dan sekarang, bagi saya, bukanlah doa yang terbaik “Ya Allah, jauhkan aku daripada suami yang nak amalkan poligami,” Tapi seharusnya kita berdoa, “Ya Allah, berilah aku apa jua yang terbaik untuk jodohku…Hanya Engkau Maha Mengetahui”

وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [Al-Baqarah, 2:216]

“Biarlah lelaki menekuni keburukan berpoligami, dan perempuan mempertimbangkan kebaikan berpoligami” -Ust Hasrizal

Advertisements

9 responses to “Poligami

  1. brother 7 July, 2008 at 10:15 am

    Assalamualaikum.
    Sekali lagi post yg baik utk dbincgkan bersame krane jika dilihat poligami merupakan point yg amat diminati oleh org bukn ISLAM.

    Saye kire memg sudh byk yg memerli Islam mggunakn point berpoligami.

    Saye bukanlh s’org yg tidak bersetuju dgn berpoligami. Tetapi saye bpeluang melihat byk kesan2 POLIGAMI dskeliling saye. Dan kebyaknnye adelh NEGATIF..

    Tidak dinafikn memg ade psangan berpoligami yg bahagia. Tp, byk juge yg gagal krane merasakn mereka mmpu brlaku adil ttpi pd hakiktnye tidk!

    Nafkah yg dimksudkn bukn ditekankn utk HARTA semate-mate. Tetapi juga pade keupayaan kite mjadi IMAM bg sesuatu kluarge. Jika ada para ulama, org2 soleh serta ustz2 pun tidak sanggup brpoligami krane tkut x blaku adil, dimanakh kdudukan kite pule? Sudah hebatkh kite?

    Apepun, bahagiakanlh DIRIMU dgn satu isteri!

  2. x-files 8 July, 2008 at 2:21 pm

    hhmm..
    polygami..interesting..
    my opinion is we don’t know the future and allah’s plans for us…
    who knows wheather the woman are the first or second or third or.. wife in the future..
    however, to comment about this matter is easy without experiencing it by ourselves..
    the important thing is about the men..they should ask themselves why they need to have more wives…they should appreciate their own wife and respect what their wife had done for them and their children..but if the man married someone to help her, then there is a point to practice polygami…
    wallahualam

  3. novaadila 8 July, 2008 at 7:35 pm

    wsalam..
    thanx for da both comments. really appreciate the opinions.

    yeah, thats y the world is colorful – as we r also colorful with thoughts n points of views.

    im planning to hv another post to continue this issue(second part). but myb a bit late, hv other priorities at home.

    ada benda lain nk ulas lg. nk tulis kat sini pjg sgt pulak nnt.

    thanx ;-)

  4. atiqah 10 July, 2008 at 1:17 pm

    aslkm..mak aih panjangnye awk nak tulis..heheh..nway kite da post pasal ni..boleh komen klau x puas ati ke ape..nway korang punye SH mnggu dpan ni kan? kem salam kt kakak2..

  5. alonqexe 12 July, 2008 at 10:44 pm

    Assalamualaikum.

    First of all, tersengih besar Bang Mat ye.
    Hahaha. Menarik perhatian betul, sebab jarang-jarang dapat jumpe perempuan membincangkan isu poligami macam ni. Ye la, isu sensitif. Kalau lelaki, lainlah. Seronok je bincang, walaupun diri tu masih membujang.

    Tapi dalam kami (mewakili pihak lelaki, hehe) “membincangkan” bab ni pun, kami sedar kami mampu atau tidak. Bab tanggungjawab, bukan satu benda yang boleh dibuat main2. Sedangkan tanggungjawab kita kepada diri sendiri nanti pun akan dipersoalkan kelak, inikan pulak tanggungjawab kita ke atas orang-orang-orang-orang (merujuk kepada isteri 4 orang) di bawah kita. Kan?

    Alhamdulillah buat lelaki yang mampu berlaku adil, dan perempuan yang tabah menerima dirinya dimadukan.

    p/s: Madu, kan manis. :D

  6. kak akma 13 July, 2008 at 10:49 pm

    salam adila..

    hehe..baru balik berjumpa dgn si rentap..haha!!

    suka dgn kata2 ustaz..
    “Biarlah lelaki menekuni keburukan berpoligami, dan perempuan mempertimbangkan kebaikan berpoligami”

    itulah kan,klo sy ditakdirkan bermadu,mgkin itulah yg terbaek.kita sekadar hamba.kudoa yg terbaek untuk ‘bakal imamku’.biarlah dia memimpinku dan bersama-samaku dalam memperjuangkan islam di muka bumi ini..=)

    nway, after tgok cerekarama hari tu,diri meronta-ronta untuk berkongsi cerita sekali lagi psl poligami!!nantikan jugak..hahah!
    slamt balik ke kolej!!

  7. novaadila 16 July, 2008 at 2:27 pm

    hurm..

    menunggu tamat test accounting utk dijadikan predicted grade ptg ni.

    lepas ni sy sambung lagi!!

  8. saptadi313 11 August, 2009 at 10:20 am

    silakan datang…

    http://poligamiikhwan.org/portal/pelancaran-kelab

    Majelis Pelancaran
    Kelab Poligami Ikhwan
    “Suami untuk dikongsi, bukan untuk diperebutkan”

    Astaka Taman Tasik Titiwangsa, KL
    Sabtu 15 Ogos 2009
    09.00 – 12.00 tengahari

    Saksikan Juga Persembahan :
    Teater Muzikal Islam
    dari Kumpulan
    “Generasi Harapan”
    (Adik beradik dari keluarga berpoligami)

    JOM…
    Masuk Percuma & Jamuan Disediakan

    Penaung Bersama :

    Global Ikhwan & Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM)

    Info lengkap hubungi
    012-2013512
    019-5579306
    019-2645313

  9. Anonymous 19 June, 2012 at 4:33 pm

    banyakkan lagi bahan bacaan mengenai poligami ya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: