Monthly Archives: July 2008

Muslimah Tak Guna!

(dipetik daripada koleksi artikel iluvislam)
~terkenang zaman-zaman jahiliyah dulu.. eh, dulu..sekarang..?? ah, terus mencuba perbaiki diri! [hurm..banyaknya yang ‘zass’.aku terasa!]
 
Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda  bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan.
Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakan komen anda secara terbuka.
 

 
1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?
Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12  surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

 

7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini”Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. “Penyakit dlm hati” adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang  B E R G U N A

Al-Fatihah buat Ante

Saya memang tidak berkesempatan untuk mengupdate blog sekarang ini.

Cuma entry kali ini, ingin menyampaikan sedikit khabar dari perantauan, ibu saudara saya, Puan Risda Abetty (atau saya panggil Ante Bet) baru sahaja pulang ke rahmatullah pagi kelmarin, di Indonesia. Innalillah..

Saya baru sahaja berborak panjang bersama emak, mendengar kisah detik-detik terakhir riwayat hidupnya.

Kisah yang diceritakan emak – setelah alih bahasa daripada bahasa Minangkabau:

“Pukul berapa sekarang, Inda?” tanya Ante Bet kepada adik iparnya, Linda.

“Pukul dua belas (tengah malam),”

“Lama lagi nak pukul tiga kan.. Pukul tiga Bet nak pergi dah,” banyak kali Ante mengulang-ulang, dia mahu ‘pergi’.

“Ibet nak pergi mana ni?” entah pura-pura tanya atau memang nak tahu, Nenek mengajukan soalan.

“Tak payah tanya lah mak.. Ibet nak pergi dah ni. Mari kita baca Yasin,”           

Nenek hanya menurut. Membacakan Yaasin untuknya. Mulut Ante pula terkumat kamit mengucap kalimah suci La ilaha Illallah.

Usai Yaasin nenek, Ante meminta Om Mal (abangnya@pakcik saya) pula membacakan Yaasin untuknya.

Om Mal mungkin membaca sedikit keras, kemudian Ante menegur, “Perlahankan sikit bacaannya bang, tak khusyuk Ibet,”

Ya Allah.. naik-naik bulu roma saya mendengar cerita ini.

Dalam setengah jam sebelum pemergiannya, kemudian dia bepesan lagi,

“Ibet betul-betul dah nak pergi dah ni. Nanti tolong jagakan Asyraf dan Ihan (kedua-dua anaknya). Nanti kebumikan Ibet cepat-cepat saja, tak perlu tunggu orang-orang lain,” seperti menujukan untuk suaminya, Om Ija yang ketika itu masih berada di Malaysia.

Nenek sebagai ibu, tentunya sangat sebak mendengar amanat-amanat seperti ini.

“Emak janganlah nangis. ‘Berat’ Ibet nak pergi macam ni,” seperti pesan Rasulullah, jangan meratapi orang yang dipanggil Allah, kerana akan ‘memberatkan’ mereka.

Kemudian Ante meminta-minta maaf kepada semua.

Entah bagaimana sangat jalan ceritanya, Nenek keluar bilik sebentar, mungkin terlampau penat. Sejurus, Ante minta dipanggilkan Nenek semula untuk duduk di sampingnya.

“Panggilkanlah Emak tu…Duduk dengan Ibet,”

Tak lama berada di pangkuan Nenek, akhirnya… dengan lafaz La ilaha Illallah yang tak henti-henti, Ante menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tanpa suami di sisi. Tanpa anak-anak.

 

Kami mendoakan, moga husnul khatimah buatnya. Kami doakan Ante sudah selamat berada di alam yang kekal abadi, berjumpa Pencipta, Ilahi.

Sepanjang lebih dua tahun menanggung perit derita, akibat masalah di jantungnya, moga inilah jalan yang terbaik untuknya. Moga sakit itulah yang menjadi penghapus dosa.

Dalam masa dua tahun ini pun, Ante memang memperuntukkan masanya untuk mengabdikan diri sepenuhnya kepada Dia. Kerana Ante, berjalan sedikit pun sudah sesak nafas. Maka waktunya banyak diluangkan di tikar sembahyang dan bersama Al-Quran.

Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuknya!

Kasihan juga pada emak yang tak dapat pulang mengiringi jenazah adik sendiri. Terlalu jauh Indonesia itu. Keadaan ekonomi juga tidak mengizinkan.

Mujur saja ketika Ante di ICU kira-kira sebulan yang lepas, emak sempat menjenguk Ante buat kali terakhir. Takpe ma, yang digalakkan itu menziarahi orang sakit. Sudah meninggal ini, perempuan pun tak digalakkan mengiingi jenazah. Mudah-mudahan doa kita yang jauh ini sampai untuknya.

Saya pula..sudah lebih 5 tahun tidak bersua dengan Ante. Kerana sudah lima tahun tidak pulang ke kampung, Indonesia.

Payah juga menjadi anak perantau. Sanak saudara di Malaysia tak seberapa, kaum kerabat hanya di kampung nun sahaja.. Hendak pulang selalu, aduh, banyak sekali yang perlu ditmbang tara..

Mohon kiranya yang membaca cerita ini, menyedekahkan Al-Fatihah buat Ante. Dan semoga sampai kepadanya.

Al-Fatihah.

 

**bahasa indonesia:
       Ante = Makcik yang muda
       Om   = Pakcik yang muda

dalam samar-samar kebizian

salam.

entah apa yang membizikan diri. atau buat-buat bizi. mana-mana sajalah~

terpaksa tangguh dulu post poligami part II yang ditunggu-tunggu oleh kak akma ;p

biarlah foto-foto ini menghiasi blog yang sudah lama tak diupdate.

 
15/7/08 11.54 am ~sunyi sepi~
 
15/7/08 7.54 pm ~mudah2an terus istiqamah~

        oh ya, bagi yang masih belum mendapat perkhabaran, Ustazah Husna sudah lama selamat melahirkan anak perempuan. Aufa namanya. 3kg sewaktu dilahirkan. Tak ingat tarikhnya, dah delete sms ustazah tu, tapi kira-kira 3minggu yang lepas. Bersalin secara normal.

Ustazah yang pesan sebenarnya ni, “Siapa yang ada blog tu, bolehla letak gambar dalam blog,”

Aufa

 

“Ulwan sayang adik tak?”

Annguk.

“Akak nak bawa balik adik Ulwan boleh tak?”

Angguk juga!

Siapela yang tulis ni. Sungguh menyayangi kami.Hehe

   

yang ini.. ada bear untuk rumah kebajikan L-13

Islamic Aspiration Week ’08

 

 

Activities:

Hafazhan  Al-Quran Academy Comic  Inter-Staff Telematch Talk  Islamic Performances Night  Inter-Usrah Games Quiz Video Competition  Sports Cross-Word Puzzle Qiamullail

 

 

 

Your contributions are highly appreciated.

 **subject to confirmation

p/s: jika anda tak dapat menyumbang sangat pun, sumbangan anda dengan klik adds nuffnang di blog Muscom pun sudah amat kami hargai. Klik selalu :-) :

 

%d bloggers like this: