kongkong itu bagaimana?

Seorang teman meminta bantuan saya dan seorang lagi kawan untuk menjelaskan tentang sedikit salah faham kepada emaknya. Dia dalam keadaan tersepit. Biasalah begitu. Ibu bapa tentunya amat sayangkan anak-anak dan ingin menjaga anak mereka sebaik mungkin.

Sesudah emaknya beredar, dia meluahkan rasa, terasa terlampau dikongkong. Berilah sedikit kebebasan, pintanya.

Saya cuba memahami. Tetapi orang kata, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Ditambah lagi situasi saya amat berbeza daripadanya. Sayatak pernah dikongkong, saya terlampau bebas!

Memang, kedua-duanya (dikongkong atau terlampau bebas) ada pro dan kontranya. Namun saya yakin, apa yang kita terima itu adalah yang terbaik untuk kita, ditentukan Yang Maha Tahu.

وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُون

“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”

Kadang-kadang, saya pula terasa ingin dikongkong, kerana terasa itu petunjuk sangat mengambil berat.

Sejak kecil, ibu bapa saya memang tegas mendidik kami adik beradik. Namun yang uniknya, mereka mempercayai kami dari segi kebebasan dan berdikari.

Sehingga saya ke sekolah menengah, saya tidak pernah disuruh “Pergi studi” atau “Pergi baca buku” oleh ibu bapa saya. Malah, kena marah ketika baca buku adalah! Mungkin silap saya juga di situ; tak baik la kan, orang memasak di dapur, atau sedang buat kerja, kita tak menolong pula. Dulu saya pun agak buntu – orang lain ibu bapanya marah kerana tidak siapkan kerja rumah, saya pula dimarahi kerana sedang buat kerja rumah!

Memandangkan status ekonomi kami yang tidak seberapa, sejak kecil memang kami didedahkan dengan hidup susah. Ayah saya memang membawa kami untuk turun berniaga di pasar-pasar malam. Ya saya akui, sebagai kanak-kanak, saya memang sangat cemburu dengan kawan-kawan ketika itu. Apabila bercerita dengan mereka, hujung minggu mereka keluar melancong, tetapi kami keluar berniaga. Begitu juga dengan hari Selasa dan Jumaat, kerana rumah kami di belakang pasar malam sahaja, maka tentunya perlu turun menghulur tangan. Setidak-tidaknya, ketika masih tadika dan tidak pandai melayan pelanggan, kami diajar untuk menyusun barang ke dalam van atau buka tutup kaki payung. Itu kerja yang paling mudah.

ma; sempat-sempat makan sambil niaga!

Tapi memang, memang sangat banyak hikmahnya. Saya sangat suka bisnes! Didikan sejak kecil memang membuatkan saya suka akan perniagaan, dan berhajat untuk memiliki perniagaan sendiri.

Ketika darjah dua saya sudah boleh berkomunikasi dengan pelanggan, mungkin kerana tumbesaran saya yang cepat juga membuatkan saya tidak seperti kanak-kanak kecil. Kalau emak mahu pergi solat, maka saya sudah boleh untuk menguruskan.

Seawal darjah tiga pula kalau, saya sudah dilepaskan untuk ‘memegang’ perniagaan. Ketika itu bulan Ramadhan, keluarga saya membuka cawangan bazaar ramadhan di beberapa tempat. Ayah di luar negeri (Johor kalau tidak silap), emak dan kakak (Ting. 2) di Terminal One Seremban, sementara saya dan abang (Darjah 5) di Pasar Malam Ampangan. Berniaga pakaian ketika itu. Dalam tempoh kira-kira tiga minggu itu, kami berdua yang masih di bangku sekolah rendah sahaja menguruskannya.

Kira-kira selepas zohor emak atau ayah pandu van ke sana, dan kemudian kami buka tutup khemah sendiri. Mujur juga abang yang sudah pandai memandu,cuma belum layak memohon lesen; setakat reverse tu boleh nak dipercayai. Buka puasa berdua bersama. Sembahyang gilir-gilir. Pernah satu hari hujan lebat sangat, sampai terbang payung; maka kami berdua lintang-pukang jugalah nak menutup khemah…semuanya seawal usia 9 tahun..

abang; sekitar 2005

Saya juga turut diberi kebebasan menaiki public transport. Ketika kami sudah berkedai sendiri di Jalan Tunku Hassan, Seremban, memang menjadi rutin untuk ulang-alik dari rumah ke kedai dengan menaiki bas. Kadang-kadang emak dan ayah ingin mengambil barang di Kuala Lumpur, maka seorang pekerja saja di kedai tentu merisaukan mereka. Justeru, sejurus pulang sekolah saya akan menaiki bas untuk ke Seremban pula. Tidaklah selalu, dalam 3bulan sekali. Mungkin kerana hanya saya saja yang bersekolah pagi, dan saya pula yang lebih cenderung meminati perniagaan.

Saya kebetulan tidak risau menaiki bas seorang diri. Apatah lagi teksi. Alah bisa tegal biasa. Hujung minggu lebih biasa lagi. Hairan juga dengan kawan-kawan yang takut menaiki bas atau parentsnya tidak mengizinkan. Memang sebagai perempuan, dengan kes pukau dan rogol yang asyik dihidangkan di akhbar membuatkan kita gundah juga, tapi apa yang dapat dipesan oleh keluarga saya- berhati-hatilah..

Begitu juga kalau-kalau ada barang nak dibeli di bandar, atau nak ambil gambar pasport ke, uruskan saja sendiri. Naik bas sendiri. Semuanya sendiri. Bila dah masuk sekolah menengah baru risau sikit, baru tahu keluar sorang-sorang tak baik, ditegah agama. Maka ajaklah adik kalau dia mahu..

Saya juga turut diberi kebebasan untuk memegan tunai. Orang berniaga, duit memang sentiasa di tangan, tetapi bukan duit kita. Berurusan dengan bank memang melecehkan. Alang-alang anak-anak sudah besar (taklah besar sangat darjah empat tu kan..) eloklah diajar anak-anak ini. Duit beribu-ribu untuk dimasukkan ke dalam bank, dengan berjalan kaki kira-kira 200m, agak biasa juga. Berpuluh-puluh ribu saja belum diizinkan lagi, setakat dapat tolong kira je =)

Alhamdulillah, kehidupan saya yang mungkin agak luar biasa dengan rakan-rakan sebaya yang lain, cukup mengajar saya erti berdikari. Segala keputusan hidup juga, bulat-bulat emak saya serahkan pada saya. Tak perlu lah nak tanya, “Ma rasa elok ambil French ke Japanese?” semasa membuat pilihan untuk bahasa asing di sekolah, kerana jawapan pasti yang akan diberikan, “Ila pilih je mana yang terbaik..”

Tapi, bila saya sudah besar ni baru sedikit kebebasan ditarik. Anak gadis perlu lebih dijaga, mungkin..Hehe.

Tapi tidaklah dikongkong mana pun, saya rasakan tetap seperti biasa. Cuma emak saya suka untuk mengetahui aktiviti seharian saya. Apa saya buat, dengan siapa saya berkawan, dan sebagainya. Kalau ada apa-apa program di luar, biasanya mereka tidak akan menghalang, cuma transport urus sendiri la..

Tapi tentunya kita jelas akan butir-butir program tersebut. Sebagai anak, kita juga arif dengan ibu bapa sendiri. Ayah saya sangat tidak berkenan kalau pergi program-program sekadar perkelahan, atau melancong. Maka itu akan saya elakkan. Di sini kena utamakan prioriti. Kalau camp sebegini tentunya melibatkan kos. Sedangkan keluarga di rumah bersusah-susah mencari nafkah, agak kejam pula kalau saya habiskan wang untuk bersuka ria.

Tapi, kalau saya nak sangat, sebenarnya boleh saja. Pernah satu hari saya tanyakan pada emak, “Ma, nak pergi ke tak eh..?” Emak saya menyerahkan sepenuhnya kepada saya. Kerana itu adalah program yang bersifat perkelahan, emak hanya minta saya buat keputusan sendiri. Tapi ayatnya yang paling bermakna, “Ma percayakan ila. Kalau ila rasa elok pergi, pergilah. Ma yakin dengan keputusan ila..” Terharu.

Sudah beranjak semakin dewasa ni, emak saya makin kerap pula mengulang perkataan tersebut. “Ma percaya ila..” Jadi, saya boleh buat keputusan sendiri. Apa saja. Cuma di kolej ini sahaja sedikit berkurang, kerana saya sendiri yang beritahu bila akan exam. Dan mungkin kerana prestasi akademik saya yang sangat teruk di sini -maka di situ emak saya mula risau. Tapi, boleh je kalau tak nak bagitau ada exam ke tak!

Tapi..kena jujur pada kedua orang tua kan??

Secara keseluruhannya, saya terima ketentuan yang Allah beri. Mungkin kalau saya dikongkong, saya tidak pandai berdikari. Atau mungkin saya tidak seperti saya sekarang. Siapa tahu kan? Maka takdir Allah itu tentu yang terbaik untuk kita!

Advertisements

7 responses to “kongkong itu bagaimana?

  1. haziqah 16 June, 2008 at 3:20 pm

    sy pon dulu masa muda2 remaja dulu ada la gak rasa kna kongkong
    kwn2 lain boleh kuar mlm, pegi bday party wktu mlm, open house..
    tp sy mmg x dibnarkan kuar mlm nk g mane2 pon
    nk g lawatan luar KL lg la x dpt kalu bkn atas urusan skola n plajaran
    kalu nk g jln2 ngn kwn2 pon kna minta izin at least 3 ari sblom tu..
    tp alhamdulillah skang ni da kurg kongkong sket la..
    mungkin ble da bsar ni parents da pcaya..
    tp ade baik nye sy kna kongkong dulu
    kalu tak lagi hnyut la sy dgn bnda2 x elok..

    wah..awk minat bisnes..sy pon..!
    wlupon dlm family sy tak de la ade bisnes sgt
    kalu ade pon cm jual biskut raya
    tp sy ada la impian nk buka bisnes satu ari nnti ;)
    mcm teringin plak nk g mlawat kdai awk =D

  2. alonqexe 16 June, 2008 at 7:56 pm

    Assalamualaikum.

    Kalau pergi ke pasar lambak (bahasa lain untuk pasar minggu/malam), saya selalu tertanya-tanya macam mana hidup peniaga2 kat sini. Nampak macam seronok, tapi tak pernah ada peluang untuk terlibat sama.. Sebab tu la, kalau ada kawan-kawan yang datang dari keluarga berniaga di pasar lambak, saya mesti tanya macam2. Dari barang apa yang dijual, kat mana, dengan siapa, untung berapa (soalan wajib, hehe), kalau ujan camne… Macam-macamlah.

    Thanks sebab berkongsi. Tak susah2 sy bertanye. Memang nampak macam seronok.

    Oh ya. Jealous jugak dengan orang2 yang berdikari awal ni. =P

  3. novaadila 17 June, 2008 at 7:21 am

    to haziqah:
    btul tu..kena percaya semua tu byk hikmahnya.
    btw, da xde kedai da sekarang.. =)
    bisnes kan slalu turun naik. baru era kejatuhan pada awal 2007 dan kedai tpaksa ditutup.
    sekarang sedang merangkak naik semula..doakan..

    to alongexe:
    oh..a’a. org slalu tny saya mcm2. mmg ada yg minta sy ceritakan kt blog. tp, xnk la..he2. yg ni pun sbab kebetulan ada kisah lain.

    hurm..mcm sy explain kt haziqah, bisnes slalu naik turun. mungkin sebab perniagaan kecil2an je kot? allah’a’lam.

    pernah merasa spt org kaya yg boleh bw satu family balik kampung di indonesia tiap2 tahun..kemudian dpt pula melancong berjalan2..

    pernah pula merasa spt org yg sgt dhaif yg duit lima puluh sen pun kita cukup berkira..! beras, gula, makanan asas habis.. klu boleh sebutir beras dlm tong pun takkan sy bazirkan..

    Aduh.., tawa nangis dlm mncari rezeki..saya membesar dlm memori itu!

    Tp itu smua ujian kan.. Alhamdulillah, Allah masih izinkan kami menerima rezekinya lagi..
    Seronok? Entahla.seronok kot. Sebab skrg ekonomi keluarga dah beransur pulih, jd xsegan nak minta dgn mak tudung baru(brg niaga dia)!

    baru kelmarin borak2 dgn kakak. katanya, minyak yg naik mendadak mmg affect betul.. org xramai..
    Ya allah, mudahkn urusan kami..

  4. haziqah 17 June, 2008 at 9:20 am

    ukti novaadila..
    biasa la kn bisnes trun naik.
    kalu trun tu..insyaAllah akan naik smula..
    sy pcaya konsep bisnes cmtu
    drpd org yg buat MLM yg kononnye asik naik je..
    kalu cpt naik cpt la jatuh kn..
    smoga suksis dlm bisnes n sume awk buat ;)

  5. fer 17 June, 2008 at 9:54 am

    sedeh plak aku baca post ko ni.kita macam ada r persamaan cket….btw,kehidupan ko jadikan diri ko skrg…kita patut beryukur kan ….kalu ko lahir ditgh2 family yg kaya raya,camne r ek ko skrg?aku rasa kalu aku jdk mak ko aku akan rasa bangga sebab aku tahu kalu aku dah x da nant aku rasa tenang gak cz mungkin r ada anak2 yg akan doakan nanti.huhu….

  6. novaadila 25 June, 2008 at 5:53 pm

    sory 4 the late reply.
    eh-eh.. baru teringat. ada gak yg sy xbegitu bebas:

    1) drive
    walaupun da ada lesen, tp sebab sy xde bakat jd pemadu berhemah, sy xdigalakkan memandu. tp sy tidak pula sedih kerana sy pun takut memandu…~

    2) pakaian
    ada bbrapa org dlm family sedikit cerewet soal pakaian. kalau ada yg xkena tu, mula la kena kutuk..

    btw, to alongexe,
    sy xdela sgt berdikari kot. disebabkan kami ada premis kedai masa sy darjah4, sy xsempat hidup lama dengan pasar mlm. membuatkn tgn sy xbegitu biasa dengan buka khemah, kaki meja, payung ni.
    kalau sekarang ni, tgn dah keras dah nk buat kerja2 ni. abg kakak sy sgtla hebat dlm bab ni. maka sy dichop pling lembik.huhu

  7. cik Sal 11 August, 2008 at 1:28 am

    salam…
    nasib kta btul2 sama larr..
    mak sy peniaga di pasar malam..
    lpas ayah meninggal sy lah yg selalu mnolong mak di pasar..kadang2 x tdur tlong mak menjahit baju..
    biasa larr anak sulung ktakan..
    lpas plang dri skolah trus ke pasar berniaga..
    memang lsak btul larr..walaupun org tgok sy lembut..bka tutup psg khemah bg sya benda mdah.
    stdy pn jrang2..x leh nk stdy tgok mak buat sorang kerja..berkat doa mak sy dapat keputusan yg cmrlang dlm spm..rmai org tya time bla awk stdy..sy kta berkat doa restu mak larrr sy berjaya..
    lpas matrik sy ambil bdang engineering..
    sy nk ubah nsib kluarga..xnak bg mak kerja kuat2..
    skrg pn bla ct sem sy tlg mak berniaga..
    sesungguhnya ade hikmah di sebalik dugaan ini..
    emm..kdg2 sedih bla tgok org laen hdup snang..
    mak sy slalu psan..hidup ini, kta kna bandingkn dgn org yg lbih susah dari kta..jgan bndingkn dgn org yg senang..mmg btul nsihat mak sy…
    sy ingin menjadi anak yg solehah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: