Buat apa nak rilek-rilek..?

 

Alkisah di sebuah kampung, tinggal sepasang suami isteri Pak Yan dan Mak Yan. Pak yan bekerja sebagai nelayan, sementara Mak Yan menguruskan hal rumahtangga mereka.

Sehari-harian, Pak Yan akan ke laut menggunakan bot kecilnya, bermula seawal pagi hari, cuma dipandu oleh bayu laut. Hasil tangkapannya tidaklah sebanyak mana, namun sudah cukup untuk memberi kehidupan yang selesa buat mereka berdua.

Di Kampung Keli Mata Tiga itu, mereka tidak memerlukan kos hidup yang tinggi. Lagi pula, anak mereka pula, Nela, sudah dewasa dan bekerja.

Justeru, harga minyak yang naik sehingga RM2.70 yang sudah ribut menggundah gulanakan orang-orang bandar, tidak pula memberi impak maksima kepada mereka berdua . Kerana, mereka tidak memiliki kereta pun. Hasil kutipan ikan dari pagi hingga ke tengahari oleh Pak Yan sudah mampu untuk menyelesakan hidup mereka.
Itupun berlebih juga rezeki kadang-kadang, boleh makan di Restoran Nelayan, sebuah restoran termewah di hujung kampung sekali-sekala.

Pada setiap petang, menjadi rutin kepada pasangan tersebut untuk duduk bersandar-sandar di atas kerusi malas menghadap ke pantai, ditemani angin sepoi-sepoi bahasa. Romantik juga mereka meski sudah lama berumahtangga.

Pada hari Jumaat, Pak Yan off bekerja, mengambil kira takut lewat pulang untuk mendirikan solat Jumaat. Hujung minggu pula, selalunya beliau turut bercuti, dan total cutinya setahun kadangkala melebihi cuti buruh kerajaan. Tapi, mereka masih tetap dapat hidup selesa.


Suatu hari, datang Pak Ngan, rakan kongsinya, melawat Pak Yan. Sambil-sambi bercerita, Pak Ngan memberi cadangan kepada Pak Yan.

“Apa kata hari ni kita balik lewat sikit dari laut tu, senja baru balik?”

“Kenapa?”

“Boleh dapat ikan banyak sikit,”

“Nak buat apa ikan banyak-banyak?”

“Alahai kau ni. Nak jual la. Banyak sikit kita gain profit ,”

“Nak buat apa banyak-banyak profit?” Pandai speaking juga mereka, oh lupa, lepasan sekolah Inggeris dulu.

“Dapat duit nanti, kita boleh beli bot yang lagi besar,”

“Nak buat apa?”

“Ish, bot besar dapatla tangkap ikan jauh-jauh sikit. Lagi banyak ikan kat jauh-jauh nun,”

“Untuk apa jauh-jauh sangat?”

“Dapat tangkap ikan lagi banyak, ikan mahal-mahal,”

Sambil menghirup kopi, Pak Yan tanya lagi, “Buat apa ikan-ikan semua tu?”

“Pastu, bila ada duit lagi, kita beli bot yang laagi besar. Yang siap dengan pukat tunda. Boleh pergi laut dalam. Lagi banyak ikan kita dapat.”

“Untuk apa?”

“Kita boleh gaji ramai pekerja. Tu aku tengok buruh-buruh import murah je sekarang. Mesti bisnes kita makin maju, pastu boleh join vencher dengan Pak Long kat Pasar Borong tu, kita jadi supplier terbesar ikan di kampung ni.”

“Lepas tu..?

“Nanti kita besarkan lagi bisnes, sampai ke negeri China ikut sunnah Nabi.” Memang panjang angan-angan Pak Ngan.

“Uih.. panjang kau fikir. Tapi, yelah, nak buat apa semua bisnes, duit-duit tu?”

“Nanti kita kaya la Yan..!”

“Pastu?”

“Pastu kita bolehla rilek-rilek!”



Itulah yang aku tengah buat sekarang ni…,” Jawab Pak Yan blurr.

Dalam hati, Pak Yan fikir, buat apa la aku nak susah-susah untuk hanya rilek. Dah aku memang tengah rilek sekarang!

(Adaptasi daripada cerita Dr. Kamaru Salam, Ini Sejarah Kita)

 

Saya pun pernah terfikir seperti Pak Yan, buat apalah kita bersusah-susah kalau hanya nak kesenangan. Seperti Pak Yan, tak perlu susah-susah pun dapat kesenangan. Dapat rilek tiap-tiap petang bersama Mak Yan. Hujung minggu pun rilek juga.

Kalau seperti Pak Ngan, bersusah sekarang nanti dapat kaya, dapat buat itu ini, ,mesti dia nak beli rumah besar, kereta besar, dan besar-besar yang lain, tapi at the end, tetap sama seperti Pak Yan – hanya untuk mengecapi kesenangan dan rilek-rilek.

Kitaran hidup lazim manusia sekarang:

Lahir – tatih – sekolah – universiti – kerja – kahwin –membiak – habiskan sisa hidup – Mati !

Cuba fikirkan, alahai, bosannya hidup!

Itu saja tujuan kita hidup…? Belajar tunggang terbalik sekarang ni hanya untuk kerja, tapi lari ke mana pun, lepas tu mati juga akhirnya.

Pernah ketika dibawakan cerita Pak Yan ini, seorang kawan mengulas, kalau kita menjadi seperti Pak Ngan, itu yang dunia akan menjadi maju. Kerana bercita-cita tinggi.

Tapi cuba fikirkan, maju itu, apalah sangat.. Untuk siapakah..? Kita susah-susah, penat-penat, tapi maju belum tentu kita yang dapat. Anak cucu mungkin baru merasa, tika itu kita sudah di liang kubur agaknya.

Justeru, kehadiran Islam itu memang rahmat sekalian alam. Kebergantungan kita kepada Pencipta menjadikan kita berbeza daripada umat lain. Bukankah Allah telah pun meletakkan matlamat hidup manusia?

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya untuk beribadah kepada-Ku.” [Adz-Zariyat, 51: 56]

 

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”.” [Al-Baqarah, 2:30]

Jika kita berpegang kepada kedua ayat tersebut, jelaslah tujuan hidup kita. Tidaklah kita keliru antara Pak Yan atau Pak Ngan, mana yang betul. Kalau Pak Ngan tahu akan ayat ini, mungkin dia akan jelaskan pada Pak Yan,

“Dapat duit banyak, boleh kita tolong orang-orang kampung kita, kan ada minggu lepas yang masuk Bersamamu TV3, kesian..Kan kewajipan sesama Muslim tu untuk saling membantu..”

Tidak pun,

“Duit tu nanti kita bina madrasah kat sini, tolong anak-anak kampung yang tertinggal pelajaran, biar diorang pandai-pandai, majukan Islam, nanti besarkan lagi madrasah tu, boleh kalahkan Al-Hambra..!” Angan-angan macamni takpe, Pak Ngan!

Betul kan?

Marilah.. jangan bosani hidup anda hanya untuk mengulang kitaran hidup lazim manusia. Kita punya matlamat, kita punya tujuan!

Akhir sekali, renungi pepatah arab:

إن لم تزد شيئا على الدنيا: كنت أنت زائدًا على الدنيا

“Jika anda tidak menambah (menyumbang) apa-apa untuk dunia, maka anda adalah barang lebihan (yang tidak berguna) pada dunia.”

[Wahyu Al-Qalam, 2/86]

 

Fikirkan, apa kita buat dengan barang lebihan..? Lebihan air di badan disingkirkan melalui perkumuhan. Lebihan pekerja kilang turut disingkir melalui pemecatan. Lebihan makanan di Dining Hall juga, turut disingkirkan makcik-makcik melalui pembuangan.

Adakah kita ‘lebihan dunia’..? Ada tak kita menyumbang apa-apa pada dunia? Jadi, kita patut disingkirkan atau tidak?

:)

Advertisements

One response to “Buat apa nak rilek-rilek..?

  1. Ede 19 January, 2011 at 9:32 am

    I really like this post =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: