Buat muslimah..mungkin kita tak perasan..

Tulisan dari seorang teman. Hurm..ada betulnya. Khusus untuk para muslimah.. check it out! dan, sebar-sebarkan..!

Bismillah.

Alhamdulillah, ramai yang dah memang paham bab aurat mengaurat ni. Dah ramai yang pakai baju labuh. (Makin laris perniagaan brotherhood agaknya, dan makin ramai pula supplier2 lain) Dah ramai juga sedar kenapa tudung kena labuhkan sikit. Alhamdulillah.. Tak terucap kalimah syukur tengok persekitaran yang menyejukkan mata memandang.

So, apa kat sini, bukan nak ketengahkan bab aurat basic tu lagi. Kan ramai dah tau? Tak perlu nak ulang kalau ada juga yang nak pakai baju ketat-ketat atau short sleeves ke ape ke. Yang itu tak larat ustaz2 tegur dah..

So, nak sentuh sikit bab yang lain.., mungkin yang ini ada antara kita yang terlepas pandang .

Kat bahagian atas, tudung dan baju dah lawa dah, longgar, labuh, tutup dada dan syarat menyarat yang lain. Tapi, bahagian bawah tu..kawan2.. sesetengah kita tak perasan agaknya.

Seluar.

Ramai yang pakai baju labuh2, tapi seluarnya agak ketat. ( perasan tak..?)

Ketat tu macam mana sebenarnya?

Apa panduannya??

Ketat tu bila boleh nampakkan bentuk yang sebenar. Kalau betis tu, nampaklah bentuk yang orang kata bak pauh melayang. Hmm.. sedar tak kita ni?

Agak2 kan, kalau kedua tangan masuk sekali dengan kaki kat ruang kaki seluar tu, muat tak? kalau tak muat, confirm2 layak dilabel ketat.. Seluar saya alhamdulillah, masuk kedua-dua kaki dalam satu ruang tu pun boleh, tupun masih ada space juga lagi.

Saya sendiri pun kadang2 ‘rasa lain’ tengok kawan2 ni. Yelah, kat atas cantik dah dengan tudung labuhnya, baju longgarnya, tapi kat bawah makin ‘cantik’ pula dengan seluar yang agak ketat. Ini baru saya, belum lagi dari mata kaum adam..

Ye, betul memang betul, sangat susah nak cari seluar yang tak nampakkan bentuk. Nak cari seluar straight cut sekarang ni, punyalah susahnya..

Saya sendiri pun dah round2 banyak kedai seluruh malaysia, tak jumpa2 juga.. Kalau ada pun, yang mahal2 tu, yang kadang2 lebih RM50++. Setakat kita yang nak pakai keliling2 kampus je, atau nak pakai hari2, rasa tak berbaloi pula nak beli kan?

Mungkinkah ini propaganda pengusaha2 pakaian tak nak memabantu pakaian muslim? Huh.

Jadi.. macam mana tu?

Ni ada suggestions sikit la.

1) Kalau pakai t-shirt, kan match dengan seluar track bottom. Seluar track biasanya besar, dan kadang2 2 lapis. Memang tak nampak bentuk. (Tapi still ada track yang ketat tau, kena hati2 gak). Biasakanlah pakai seluar track. Takde lah kita menyeksi lagi.

2) Boleh juga pakai dengan skirt. Lagi elok sebenarnya. Lagi2 kalau baju/blouse yang tak labuh mana. Sebab ada pendapat kata, kalau pakai seluar ni pun sebenarnya tak cukup sempurna tutup auratnya, selagi baju tak cecah lutut. Yelah, masih nampak bentuk kaki. Kan? So, banyak skirt labuh di pasaran sekarang. Tak berbelah2, tak kuncup. Tapi macam biasa, jangan pilih yang ketat juga la.

3) Yang ketiga ni macam leceh sikit, tapi senang je sebenarnya. Alter seluar.

Suatu hari tu, saya nampak ada kedai jual slack saiz 4L (XXXXL). Tak straight cut sangat, tapi sebab dia besar sangat2, tak nampak cutting dia. Murah je, RM19.90. Saya pun beli la, dan alter!

Pinggangnya memang sangat besar la..2x orang saiz saya pun boleh masuk. Penat la gaduh dgn tauke kedai tu. Dia suruh pilih saiz lain. Entah apa yang dirisaukannya.

“Amoi pakai saiz M pun bolehh,”

“Kadang2 ar, orang macam you ambil saiz S saja. sudah boleh masuk woo..Seluar ni getah maa..”

“Buat apa pakai besar2, tak cantik la,”

Heh. Saya pembeli, maka saya beli saja apa yang saya nak kan? Dia mungkin risau saya tak berpuas hati.

Tapi saya puas hati dengan beli saiz tu!

Minta mak tolong alter kecikkan pinggang. Kat bahagian paha pun sikit la, sebab besar sangat.

Tapi takde la buruk pun seluar tu selepas di alter. Cantik je. Yang penting, selesa! Tak risau ketat2 lagi.

Saya rasa idea ketiga ni wajar dicuba oleh semua yang nak berseluar slack. Kalau bukan mak, kakak ke, , alter sendiri la.. Ala, senang je. Tak susah mana pun. Tak pun, hantar kat jiran2 yang pandai jahit tu. Tak pun, hantar kedai paling senang.

Selepas tu, saya ada juga la survey kedai2 pakaian di beberapa buah negeri seluruh mesia. Oh, rupanya, stock untuk seluar saiz besar2 macam ni memang banyak. Kiranya, tak susah cari la!

Kedai Hari Hari, Mydin, The Store, Parkson, Khellas, dan kedai2 lain, sama ada ternama atau tidak, pun banyak jual seluar besar2 macam ni. Tinggal pilih je lagi.

Tak rugi kita bersusah sikit dengan mengalter, daripada kita susah menanggung dosa pakaian ketat,kan? Risau juga, dalam kita berhati-hati menjaga aurat, tapi disebabkan takde choice dalam berseluar, kita rugi pula di situ..iye tak?

Kawan-kawanku..sebarkanlah ye!

Advertisements

3 responses to “Buat muslimah..mungkin kita tak perasan..

  1. iman 20 December, 2008 at 1:12 am

    dah tak larat dah nak nengok girls yg pakai tudung transparent.tengok sekali lalu, nampak anak tudung, scarf, cekup ke ape tah name die tu. tengok lagi dekat, bebetul, nampak leher.sudah.nampak itu, ini.hish

    yg lain tu ramai sgt.tak terkira.

    tp yg naqibah pun ada, muscom pun ada.seperasan sayalah, dulu.lama dah agaknya.

    kalau dah takde skrg,maafla yek.

    sorry for impoliteness

  2. Nova Adila 21 December, 2008 at 2:52 am

    salam wbt.

    impoliteness?
    eh takla! teguran yg dinanti. really apreciate it.
    ada apa2 tegur lagi ya.
    kadang2 kita tak perasan kan?

    tak larat? huhu.takut mendengarnya.

    anyway, tq ya.

  3. dinasobiha 28 January, 2009 at 5:48 pm

    assalamualaikum…

    alhamdulillah kerana ada yang menyuarakan tentang ini…saya tertarik dgn komen saudara iman…sy kecewa apabila tiba waktu ingin membeli tudung,yela,tudung zamaz sekarang…batu lebih pada kain..transparent dan kecik plak tu..mmg kne berhati2 dan save budget untuk mencari tdung yg memuaskan hati~

    barakallahiwalakum

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: