Teguran itu sungguh bermakna!

Kita selalu payah menerima teguran.

Terkadang, bila ada yang menegur, banyak jawapan kita.

“Cerminla diri sendiri sebelum tegur orang,”

“Aku bukan tak terima teguran tu, tapi kot ye pun, berhikmah la sikit..”

Entah apa yang dimaksudkan dengan berhikmah, kita sendiri pun tak begitu jelas.

Memang pada sesetengah keadaan, teguran pahit untuk ditelan, tapi siapa lagi nak tegakkan kebenaran?

Pujuklah diri sendiri, teguran itu tanda keprihatinan. Ada perkara yang tidak selesa di mata si penegur, dan kita patut bersyukur. Mata kita cuma dua, kalau baju terkoyak di belakang, kita takkan tahu melainkan ada yang sudi menegur.

Patut berterima kasih pada yang menegur kan?

Dan perlu kita akui, setiap orang lain caranya. Kalau kita terasa pada yang mengur dengan agak ‘kasar’, banyakkan bersabar.. Hikmah lebih besar, insya-Allah.

Terkenang saya pada memori di sekolah dahulu.

sekolah yang sangat banyak memori suka-duka

Pengalaman memasuki sekolah berasrama buat kali pertama, tidak saya ketahui pantang-larang asrama.

Saya tetap dengan diri sebenar. Dengan perangai gila-gila, apa saya peduli orang kata.

Pada hari pertama, ramai kawan-kawan yang berlinangan air mata berpisah dengan keluarga

, saya boleh join gelak-gelak dengan kakak-kakak. Buat bising sampai orang menjeling-jeling.

Kawan-kawan Form 1 dan kakak-kakak Form 2 kesemuanya bangun di awal pagi, ada yang sampai jam tiga pagi. Saya? Liat sekali, pukul 6.30 pagi! Mereka sebelum subuh dah bersedia di musolla, saya?

Jemaah subuh tentunya terlepas, tapi nasib baik ada jemaah yang entah imam ke berapa, bersama geng-geng yang bangun lambat juga. (Updated: eh..eh.. baru teringat. Masa orientasi mana ada bangun lewat sangat! Dalam pukul 5.30. Ni lewat-lewat ni after orientasi..huhu..kerek gile~.)

Bacaan Al-Ma’thurat dan tazkirah sebelum Maghrib, yang diwajibkan pada Form 1 dan Form 2, saya antara yang lewat.

Risau dengan keadaan saya, kakak-kakak form 2 yang kejutkan bangun pagi, dan tegur itu ini. Kata mereka, “Sebelum senior (form 5) awak yang tegur…”

Bagi saya ketika itu, saya bukannya buat salah, dah memang semulajadi saya begitu, nak buat camne,kan..? huh~

Pengalaman minggu orientasi memang banyak mengajar saya.

Biasalah budaya asrama– meskipun di sekolah agama, senioriti dan junioriti memang ketara.

Tentunya ‘gelagat’ saya yang lain daripada yang lain menyebabkan para seniors meluat. Apesal la saya ni ‘berani’ sangat..

Demi mengajar juniors agar sedar diri, saban waktu di kala orientasi, saya dihentam tak henti-henti.

“Yang mana satu Nova.. Jom kita berkenalan sikit…”

Disaksikan seluruh warga asrama puteri (aspuri), setiap kali

waktu kelolaan biro sukan sekolah, pasti saya salah seorang mangsa.

Apa sahaja permainan (yang kadang-kadang agak pelik dan tak masuk akal) mesti saya dipanggil.

Ah, perit sekali!

Kotak beracun, main kejar-kejar, buat aksi-aksi spastik, kiranya, semua aktiviti sepanjang minggu tersebut, pasti saya akan kena!

Kadang-kadang seniors pura-pura bertanya kepada para ‘penonton’ aspuri yang lain, “Kita nak panggil siapa kali ni?”

Daripada blok-blok di setiap tingkap, ramai-ramai akan menjawab, “Nova…!”

Semua orang kenal, dan dicop sebagai ‘budak paling kerek’.

Dimalukan. Dimarahi. Diherdik. Disakiti. Dijadikan bahan ketawa. Difitnah.

Entah mungkin kerana populariti’ saya yang meningkat, apa sahaja kes-kes pelik yang dilakukan pelajar Form 1, asyik saya sahaja yang difitnah. Nova bermanja-manja dengan ‘abang’ Form 4. Nova masuk toilet putera. Nova langgar seniors tak minta maaf. Nova tak beri salam. Nova itu. Nova ini. Huh, kelakar juga..

Sibuk semua orang bertanya kepada saya, “Betulke awak buat camtu..”

Ya Rabbi.. tabahkan hati ini! Mengapa aku menjadi mangsa..

Saban malam saya menangis, inikah tabiat sekolah agama..?!!!!

Aduh, memori lama..

Gambar ehsan orientasi : smaplabu.net

Walaupun perit menerima, tapi saya gagahkan jua. Tidak langsung saya mengadu pada ibu bapa. Bagi saya, itulah cabaran buat diri sendiri.

Kalau difikirkan, tindakan para seniors saya itu memang melampau. Walaupun niat mereka nak menegur, tetapi tentunya ada cara yang lebih berhikmah. Menjejak sunnah, nabi tidak pernah mengajar kita menggunakan kekasaran. Nabi suruh kita tahan marah, adalah.

Segarang-garang Umar yang syaitan pun lari dan takut padanya, apabila dengan anak-anak, Umar lembut penuh kebapaan.

Mungkin apa yang saya ceritakan tidak begitu jelas kerana saya sendiri sudah hampir lupa kisah ini.

Yang cuma dapat saya simpulkan, mereka tidak patut melayan seorang pelajar baru sebegitu!

Cuba fikirkan, bukankah itu teguran yang sangat-sangat tidak berhikmah? Bukan sekadar semasa minggu orientasi, selepas itu pun, acap kali menerima sindiran pedas para seniors.

Tapi hari demi hari..

Alhamdulillah, saya sangat-sangat bersyukur, walaupun sangat kasar perilaku mereka ketika itu, tetapi jasa mereka sebenarnya sangat besar. Walaupun budaya ini sebenarnya tidak selaras dengan syariat agama, tetapi saya meredhakan segala-galanya.

Kalau nak ikutkan, memang mereka memberi teguran yang sangat-sangat tidak berhikmah, tetapi bagi saya kemudian, sangat-sangat banyak hikmah pula di sebaliknya!

Sedikit demi sedikit saya cuba meperbaiki diri. Saya tidak berdendam, saya belajar daripada kisah silam.

kawan-kawan yang banyak berjasa

Puan Rahayu Kandar, guru disiplin di sekolah, tiba-tiba sahaja ketika Hari Guru, memohon maaf kepada saya. “Banyak cikgu dengar cerita pasal awak sebelum ni. Maaflah untuk apa-apa yang dah tercakap-cakap kat belakang..Tapi cikgu tengok awak baik je..”

Tersengih-sengih saya mendengarnya. Sampai ke telinga guru disiplin juga rupanya!

Kakak-kakak pun ramai minta maaf di hujung tahun, “Sori ye nova. Akak pun tak tau kenapa asyik awak yang kena. Padahal awak tak buat apa-apa pun,”

Agak betul juga. Saya cek-cek balik, saya tak buat apa-apa pun kesilapan besar ketika itu. Cuma bangun lewat dan bising je.. dan mungkin saya banyak cakap lepas tak berlapik sikit..Yang lewat bacaan Ma’thurat tu pula, sebab ada hal.

Ada yang kata, “Awak kena macam-macam tu sebab nama awak la.. Orang semua teringin nak kenal dengan Nova Adila. Tu je..” haha. tak kisahlah..

Eh, cerita terlari sikit.

Takpelah, pengajaran di sebaliknya, setiap perkara pun banyak hikmahnya.. Tak perlu anti-teguran. Biarlah dalam bentuk apa pun, sekeras apa pun mereka. Terima seadanya, pasti besar ertinya.

Kalau memang ada silap kita, terima, dan perbaiki. Kalau tak betul teguran mereka, anggap sebagai angin lalu saja.. mungkin teguran untuk masa akan datang.

Saya fikir, kalau saya rebell dan tidak menerima teguran ketika itu, tentunya selama-lamanya saya tidak berubah. Tentu sampai sekarang saya bangun lewat. Tentu tak terkejar solat jemaah. Tentu sampai sekarang saya kuat gelak, bising di sana-sini. (mungkin sekarang dah bising balik, sebab dah jarang ditegur =)

Dan juga, tak perlu takut difitnah dicela. Yakinlah, yang benar memang akan tertegak. Alahai..
tak hidup kita dek puji, tak mati kita dek keji.

“Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” [Al-Maidah, 5:54]

Memang hati terluka juga kadang-kadang bila ditegur, lebih-lebih lagi kalau yang kasar tu.. Tapi, kalau luka boleh sembuh, tapi bolehkah perangai kita ‘sembuh’ kalau kita sendiri tak sedar? Kan elok ada yang sudi sedarkan?

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ

Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.” [Adz-Dzariat, 51:55]
**bermula ketika saya Form 5, terbocor entah bagaimana, sampai ke pengetahuan pengetua dan beliau mem’brainwash’ seniors agar menghapuskan tradisi ‘keras’ kepada adik-adik pada minggu orientasi. Alhamdulillah.. Saya sendiri tak tahan sebak setiap kali orientasi melihat adik-adik kena dan ‘ketakutan’..
Tapi makin selalu pula dapat report sekarang ni, “Adik-adik pijak kepala laa kak,..” Haih.. Di mana silapnya!

p/s: diharapkan anda membaca bahagian komen juga. tq

Advertisements

12 responses to “Teguran itu sungguh bermakna!

  1. alonqexe 24 May, 2008 at 1:42 am

    Assalamualaikum.

    Lain padang, lain belalang. Lain orang, lain ragamnya. Atas faktor ni lah, kita nak tegur orang pun kena tengok, jenis macam mana orang yang kita nak tegur ni. Kena fleksibel. Masuk kandang kambing kita mengembek, masuk kandang lembu kita menguak, masuk kandang harimau mengaum. Kalau salah caranya, habis kita ditanduk kami, dipijak lembu, dibaham harimau.

    Kan?

    Tapi walau kambing mana pun yang tanduk, lembu mana pun datang pijak, harimau mana datang terkam – tazkirah kena teruskan. Peringatan. Kalau tak, lupa.

    Tahniah2. Entry best.

  2. alonqexe 24 May, 2008 at 1:44 am

    haa..terlupa nak bagitau. Memang nama tu unik sangat. Mula-mula tatau laki ke perempuan. Maaf yek. Takde niat menyinggung rasa.

  3. novaadila 24 May, 2008 at 2:20 am

    Waalaikumussalam wbt..

    Erm,btul2..tak disangkal lagi.Thanx menambah.

    Entry ni lebih kepada yang ditegur.
    Kepada yg menegur, mmg kena fikir, nk masuk kandang mana. Tp, jgn pula sbab tak pandai mengaum,kita terus lari, xnk masuk kandang rimau. Jgn asyik pilih kandang kambing je. Kalau mcm tu, sampai bila2 pun harimau takkan jinak!

    Hehe.tak tersinggung pun. bsyukur dgn nama sndiri. masa kecik2 dulu je slalu desak mak tukar nama, sbab trasa diri lain sgt, n slalu jd perhatian.wa3..

    byk hikmah di sebaliknya kan?
    allahu a’lam!

  4. alonqexe 24 May, 2008 at 2:43 am

    betul. ingatkan nama sy sorang je pelik, ada lagi pelik rupanya.

    Anyway, tentang blogroll tu, maaf saya tak dapat bantu. Sebab nova guna WordPress. Dan saya guna Bloggers. Kalau bloggers, boleh sign in kat Blogger in Draft yang mana kat situ tempat diorang buat beta test mana-mana add-ins baru untuk blogspot users.

    WordPress, saya tak pasti mana nak dapat add-ins untuk blogroll yang ada update time sekali.

  5. nawa 24 May, 2008 at 10:52 pm

    nova..

    tak sangka plak nova banyak kene wktu fom 1 ek?

    tadek orang cite pon

    hehe

  6. adiLa 25 May, 2008 at 1:13 am

    hehe. a’ah, masa orientasi f1 tu la.
    mmg patut kena gak, selain bising, cakap pun lepas je waktu tu. huhu. kisah silam nawa.~

    nawa n all jgn salah anggap tau..takut gak risiko post cte2 camni.

    xberniat nk burukkan seniors. xsimpan walau sekucil prasaan dendam.
    tak juga nk sakitkan hati biro sukan., batch kita skali pun. tp ini pengajaran utk semua kan?maaf semua..

    sbab tu nova byk kali suggestkan tukar cara orientasi.. huhu, xsanggup tengok dak2 ni kena.mesti teringat kisah kita sendiri kena. mesti meleleh.

    stuju tak, tak semua tradisi perlu diteruskan,kan? mmg nova akui, byk yg diplajari drpd orientasi tu, byk nova berubah pastu.
    sampai ramai ungkit2 “tengok nova, kerek2 dulu, da ok sekarang–>berkat orientasi. skrg boleh jd bdk, kp, bla2..”

    tu yg dorg kata, tak wajar berlembut pada adik2, nnt pijak kpala. tp, sampai skarang i totally disagree with that.. tak semua org boleh dgn cara keras. takut terkeras sangat, mati terus diorg. kita tak nak buat diorg lari pada islam kan.. (ali imran, 3:159)

    seperkara lagi, kalau tengok, ramai yg anggap orientasi tu mcm ‘satu hiburan’ je. semua org bila dah habis orientasi, gelak2 bila bcerita, macam seolah2 waktu 2 skadar ‘pluang utk merana seketika’ , yang boleh dijadikan bahan cerita utk masa depan, bukannya peluang utk mengambil pengajaran. tengok utk long term, berkesan sgtkah?

    islam xpernah ajar kekerasan. mcm yg ditulis dalam entry, kalau kita jejak sunnah, ikut teladan sahabat, xde mereka guna kekerasan. (an-nahl, 16:125)
    tp tengok hasilnya, bagaimana hasil anak2 yg dicorakkan..?

    yg marah2 pd adik2 tu akan cakap, “ingat kitorg suke marah ke..?kalau tak marah, korang ni naik lemak!”
    huhu, bila fikir2 balik seolah2 kita xpercaya dengan janji allah. ta pecaya hikmah di sebalik allah n nabi suh kita tahan marah, bersabar. alahai..janji allah tu kan benar.. (ar-rum, 30:60) bg pandangan mata manusia dgn akal kita yg pendek ni, cara marah tu kita anggap terbaik utk menyedarkn org. tp, kalau pencipta kita dah kata ‘tahan marah’, patutnya dia lebih tau kan apa yg kita xtau? (baqarah, 2:30) tentu ada hikmah di sebaliknya!

    erm..tak bagus sgt nk membanding2kan, tp.. kalau boleh bw kebaikan apa salahnya kan? nawa sndiri (kita=debaters) pnah tdo kat kisas kan. masa tu dorg tgah celebrate f4 baru. kita tengok cara diorg layan, raikan tetamu..ada ke macam kita kt smap?ada ke dorg terpekik2 mcm kita? huhu..memang sejuk lihat cara tarbiyah di bumi waqafan tu.

    patutnya selain celebrate their enrolment, kta pun celebrate d diffrence. buka jiwa mereka dgn manisnya ukhuwah, lazatnya berjemaah. ni tidak, kita buat diorg takut dgn seniors, bukan takut dgn allah. bila sr dah kuar, tu yg macam2 tu.. hipokrasi kah?

    adoi.pjg mengalahkn entry. kalau salah silap betulkan!!

    btw, nawa, stuju x pasal orientasi tu?

  7. nawa 25 May, 2008 at 5:24 pm

    rasanya takde ape yg krontovesi sgt pos ni

    kalau senior2 nova baca pon, saya tak rasa dorang akn terasa. dah memang dorang buat dulu2. nak terasa kenapa?

    saya tak tahu lah saya nak bagi komen apa sebabnye saya tak pernah kena benda2 macam ni. maklumlah dulu waktu form1 saya duduk luar. takde orientasi yang extravaganza ni semua.budak luar takde siapa berani kacau. nak-nak kakak2 saya semua kat sekolah yang sama. =)

    waktu first time masuk smap dulu, saya takde la kena benda2 yang memalukan pon. cuma rasa terasing. yelah..kamu-kamu semua ada geng sendiri. dalam dorm n kelas most of the time saya terasa lonli..haha..

    apa-apa pon kan nova..

    pengalaman kena marah jerit dan tengking yang nova kena, saya rasa sgt berharga. sekarang mana ada pernah kena tengking, buat benda2 spastik dan memalukan lagi. kenang2 balek, mesti rasa fun jugak kan? tapi mmg btullah mcam nova kata, orientasi ni bukan nak mendidik. tapi lebih untuk berhibur, dapat pengalaman.

    dari segi mendidik, orientasi tak sampai ke mana pun. melatih vokal adela kot. oh ye, latihan menebalkan muka pun ada dalam orientasi ni kan? bagi saya, kita buat baik dgn orang, orang buat baik balek dgn kita. waktu kita kenakan budak2 kecik tu, mesti dorang terasa hatikan dgn kite. pastu dah la waktu tu nak SPM. hilang sikit keberkatan tu kan?

    Tapi…masa kita nak tukar cara orientasi tu dah lepas. patutnya nova cakap awal2 dulu.ye tak?

  8. novaadila 25 May, 2008 at 6:30 pm

    hehe..sayang nawa ;)

    dah cakapla na..
    tapi sume org cakap ‘nak mengajar’..

    tp mgkin salah juga.., ta berusaha besunggoh2.. juz cakap2 n bg idea kat certain ppl je. dorg pon buat macam angin lalu je la..

    hurm,,byk yg dikesalkan bila dah kuar.. dr pelbagai aspek.xmnjalankan tggjawab as daie pon. da kuar ni baru banyak tersedar. tp menyesal kmudian tade gunanya kan..

    faghfirlana ya rabb..

  9. akma 28 May, 2008 at 12:20 pm

    nova, klo org tu kaki melatah opocot, pastu bile kene tegur dgn drastiknya, bley ‘stop’ tau..huhuhu!!kui3!!

    nova ni kaki gengster ke dulu??wahhhh,hebat..!!sekarang pon gengster lagi..hehe!!

    sj merepek sket..jgn marah ya adikku..chow cin chau~

  10. novaadila 28 May, 2008 at 1:17 pm

    hehe.itula, lagi2 yg bega cam saya ni. kena tegur dgn ‘zast’ sikit, baru tersedar.

    bak kata pepatah, batu yg keras kalau dicurahkan air, lama2 lembut juga..
    maka keep on teguring!! sekali tegur, kd2 ta bejaya, teruskan smpai berjaya!

  11. midi 15 June, 2008 at 1:12 am

    salam.nova.br skali lalu je jenguk ur blog..
    nex time free bc byk sket.
    ukhwah fillah abadan abada.
    come jnguk2 my blog t0o=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: