Perbezaan kita bukan penghalangnya..

Sebelum ini saya pernah menyentuh tentang manusia yang pelbagai ragam, pelbagai pendapat. Klik sini.

Persoalannya, adakah timbul sebarang masalah daripada perbezaan dan perselisihan ini?

[Entri ini juga sesuai untuk memberi ‘overview’ bagi soalan :

Mengapa Islam ada banyak mazhab?
Bukankah tidak melambangkan kesatuan?

(biasanya ditanya oleh non-muslim)]

Pertamanya, mari kita rujuk Surah An-Nisa’ [4:59],

“Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian.Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”

Nah, bukankah ayat Quran ini menunjukkan, Allah sendiri mengakui, memang akan ada perselilsihan pendapat sesama manusia? Memang tidak terbatas ilmu-Nya. Masha-Allah!

Namun, ini tidak menunjukkan kita ‘bukan sekepala’. Kita masih dalam pegangan Islam.

Ayat tersebut telah memberi guideline, apabila kita berselisihan pendapat, maka rujuklah kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Disokong juga dengan hadith Rasulullah saw:

Taraktu fiikum amraini, lan tadhillu bihima; Al-Quran, wa sunnatan Nabiy.

“Aku tinggalkan kamu dua perkara, tidak akan sesat selama kamu memegang keduanya; Al-Quran dan Sunnahku.”

Perbezaan pendapat bukan dijadikan alasan untuk kita saling berpecah-belah.

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai,” [Ali Imran, 3:103]

Untuk memerincikan jawapan kepada perbezaan mazhab pula, senang juga hujahnya.

Mazhab bolehlah dilihat sebagai:

  • School of thought only (kerana setiap orang lain cara interpretasinya)
  • Hanya menyentuh isu Fiqh dan perkara-perkara kecil (e.g cara nak solat- nak baca Qunut ke tak, jari sewaktu tahiyat static je atau gerak-gerak, etc)
  • Tidak langsung menyentuh soal Aqidah! (semua mazhab tetap yakin Allah itu Satu, dan Nabi Muhammad saw adalah Pesuruh-Nya)

Ibarat cerita 7 orang buta yang ingin mengenal bentuk gajah, setiap orang meraba-raba bahagian-bahagian gajah daripada sudut yang berlainan.

Seorang mengatakan gajah seperti tali –kerana meraba bahagian belalai;

seorang mengatakan seperti talam- kerana meraba baghagian telinga;

dan pelbagai lagi jawapan yang diterima.

Ini kerana setiap orang ‘meraba’ bahagian yang terhad. Walaupun mereka berbalah rupa gajah itu berbeza-beza, tetapi, satu keyakinan mereka- yang diraba-raba itu tetap GAJAH.

Begitu juga dengan prinsip kita sehari-harian. Setiap orang punya blind spot masing-masing. Tiada yang akan dapat ‘melihat’ dunia ini dalam pandangan 100% sempurna. Maka di situ letaknya konsep saling melengkapi sesama manusia.

Andai si A punya pandangan yang bernas, kadangkala beliau memerlukan si B untuk lebih ‘membernaskan’ pandangannya. Namun, jika si A tidak mahu menerima pandangan si B, itu terpulanglah, kerana mungkin beliau punya alasan tersendiri. Selagi mana kedua-duanya tidak lari daripada Al-Quran dan As-Sunnah, maka tidak layak kita untuk mengatakan pendapat mana yang benar, pendapat mana yang salah. Jika kedua-duanya punyai ilmu dan hujah masing-masing, maka mengapa pula kita yang menyibuk-nyibuk nak kata yang ini salah, yang ini betul?


“Sesungguhnya orang-orang yang memecah belah agamanya dan mereka (terpecah) menjadi beberapa golongan, tidak ada sedikit pun tanggung jawabmu terhadap mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanyalah (terserah) kepada Allah, kemudian Allah akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka perbuat”.[Al-An’am, 6:159]

Allahua’lam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: