GosSip.. hoT!

 “Kalau tiada angin, masakan pohon bergoyang,”

jawab kita kepada si kawan.

 

Suka kita mengusik-usik. Bergosip sana-sini. Cerita hot katakan.

Memang benar, pohon boleh bergoyang apabila ada faktor luar. Tapi, adakah dengan angin semata-mata?

 

Andai dikacau budak-budak nakal, kan turut bergoyang juga pohon tersebut?

 

Huhu..pikirkan.

 

Gosip ini samalah seperti ghibah, yang memang diharamkan dalam Islam.

 

Mengaku, kadang-kadang terjoin menggosip juga.

 

Hairan ya, mengapa kita seronok bergosip? Seperti kita sangat berkelapangan, maka mengisi masa lapang dengan ‘mengambil berat’ hidup orang lain.

 

Kalau bawa cerita yang betul, boleh tahan lagi..

 

Tapi yang tak bestnya, tersalah cerita. Cerita yang buruk yang dibawa-bawa, jatuh hukum mengumpat, kalau cerita salah, bukankah fitnah?

 

“Ghibah ialah engkau menceritakan saudaramu tentang sesuatu yang ia benci.” Si penanya kembali bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapatmu bila apa yang diceritakan itu benar ada padanya ?” Rasulullah e menjawab, “kalau memang benar ada padanya, itu ghibah namanya. Jika tidak benar, berarti engkau telah berbuat buhtan (mengada-ada).”

(HR. Muslim, Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad).

 

Seperti permainan telefon karat.

  • Kumpulkan sekurang-kurangnya 10 orang dalam satu barisan. Berikan cerita yang panjang kepada orang yang pertama. Minta dia pas kan cerita tersebut kepada ahli seterusnya dalam masa terhad, mungkin 2 minit.
  • Contoh: Tipah jumpa tikus. Tikus lari-lari tersempak dengan Si Tompok. Tikus tak takut dengan Tompok. Tompok pula yang cuak. Timah lari, nyorok-nyorok termasuk lubang tikus. Tipah panggil Timah, tanya macam mana nak halau tikus. Tikus ambil kesempatan lari ke ruang dapur. Timah cuba ambil perangkap tikus di stor belakang dapur. Timah tak jumpa, lalu menyahut, “Tipah…” Tak semena-mena, Tikah pula yang menyahut. Tikus gelak sorang-sorang. Tipah rupanya sedang makan keju di depan tv.

Selepas tamat 2 minit, cuba tanyakan pada orang yang terakhir menerima cerita ini. Tak mustahil ceritanya akan menjadi sangat berbeza daripada cerita sebenar.

 

Mungkin Tipah tertukar menjadi Tikah, ataupun timah. Mungkin akan diceritakan kembali, Tikus yang cuak, bukan Tompok. Mungkin lebih advance lagi, tersambung pula si tikus terperangkap ketika sedang makan keju.

 

Mungkin..?

 

Telah banyak kali saya mencuba permainan ini. Memang lucu, tidak ada cerita yang tepat di pengakhiran.

Begitulah halnya dengan gossip. Mungkin orang pertama dapat membawa cerita dengan betul, tapi apabila disebar-sebarkan, mungkin ada yang pelupa, atau tercerita sekerat saja, maka lain pula interpretasi orang yang mendengar. Maka disimpulkannya, disebarkan pula kepada orang lain dengan pendapat sendiri. Dan seterusnya..

 

Akhirnya, daripada kisah peribadi seseorang yang tak seberapa, dibesar-besarkan pula menjadi kisah hot jauh berbeza daripada realiti sebenar..

 

Mengapa diharamkan ghibah dalam Islam?

 

Kerana itu perintah Allah dan Rasulnya. Tetapi, kita boleh mencari hikmah yang cukup besar di sebaliknya. Carilah, lebih kita hargai andai mencarinya sendiri.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيراً مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضاً أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتاً فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

”Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebagian kamu menggunjing sebagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (Al-Hujurat, 49:12)

 

P/s: bagi yang digosip pula, dah tau budak2 nakal yang goyangkan pokok, kenapa nak sedih, melenting-lenting pula..? huhu, dah diorang nakal, pegila nasihat ke..~

Lagi satu, pelik juga, kenapa budak2 nakal berminat nak goyangkan pokok tu? Mesti ada sumthing yang tak kena di situ, tak gitu..?

 

–>makan cili..ouch, pedas!

Tapi bagiku, tak semua cili itu pedas, dan yang pedas tak semestinya cili.. ^_^

Advertisements

One response to “GosSip.. hoT!

  1. ikhwan zhaki 6 May, 2008 at 7:58 pm

    Salam. ok, tahniah. ana biasa jer. tiada angin lagi yang datang nak menggoyangkan pokok. insya ALLAH masih lama lagi. kalau dah jadi insya ALLAH ana bagi kad jemputan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: