mungkin..salah kita?

 

“Kak, kat asrama ada ke cikgu macam Ustazah XXXX ?” tanya seorang adik darjah 6, berbangsa India, beragama Hindu, dalam satu slot ketika kursus kecemerlangan UPSR.

Terkedu. Sesi soal-jawab yang pada mulanya agak formal dengan soalan-soalan seperti “Macam mana nak minat Maths” atau “Study life in hostel”, berubah menjadi gamat seketika. Ramai yang berbisik-bisik.

Ada juga yang menyampuk, “Ha’ah kak, ada ke cikgu garang macam tu lagi? Akak sekolah agama, lagi ramai ustazah macam tu ke?” semakin ramai yang memburuk-burukkan ustazah tersebut, tak kurang juga yang bercerita kepada kawan-kawan dari sekolah lain yang kebingungan.

 

Ya Allah, walaupun ketika itu aku baru berumur 13 tahun, soalan sebegitu seperti satu tamparan hebat buatku, kerana ia melibatkan status Islam sendiri.

 

Aku memang kenal dengan ustazah yang dimaksudkan. Pernah, seorang rakanku hilang buku notanya, tiba-tiba ustazah menjumpainya, lantas dibaling buku itu, lebih 2 meter! Bukankah buku itu terkandung nota Pelajaran Agama Islam?

 Aku menghormati ustazah. Aku tidak bermaksud ingin memburukkan beliau di sini. Cuma, untuk pengajaran bersama.

 

Alhamdulillah, aku tiada masalah dengan ustazah, tidak pernah pula dimarahi, sekadar kadangkala diperli sahaja, kerana asyik meninggalkan kelas dengan aktiviti kokurikulum, lagi-lagi bahas. Hubunganku juga agak baik dengan ustazah. Kalau terjumpa di luar sekolah – sehingga sekarangpun, masih bertegur. Dan kadang-kadang ustazah turut menyampaikan salam melalui adikku.

 

Mungkin ustazah tiada niat setiap kali melakukan aksi-aksi sebegitu. Mungkin beliau di luar kawalan. Mungkin selepas itu beliau menyesalinya. Inikan kisah lama, mungkin beliau sudah tidak begini lagi. Husnuzon lah. Sama-sama doakan.

 

Ustazah cuma mudah ‘naik berang’ apabila ada perkara yang tidak disukainya. Kalau anginnya sudah tiba, ada yang kata, kerusi pun boleh naik. Kata-kata pedas, tajam dan menucuk, itu perkara biasa.

Manakan tidak kecut perut murid-murid sekolah rendah..

 

Jadi, persoalan adik darjah 6 tadi itu, memang tiadalah peliknya. Cuma tak keruan aku nak menjawab. Aku sendiri sahaja baru Tingkatan 1 ketika itu, takut juga tersalah pembawaan. Alhamdulillah, dapat juga aku pusing-pusing ayat, bukan semua guru sebegitu. Tetapi aku baru sedari hari ini, aku hanya membersihkan nama guru, tetapi tidak pula membersihkan nama Islam. Ah..akal kanak-kanak mentah.

 

Ini baru satu cerita.

 

Sekali lagi, bukan niatku untuk memburukkan sesiapa. Aku sekadar membawa cerita, mudah-mudahan dapat dicari pengajaran di sebaliknya.

 

“Because of that ustazah lah, I am like this now,”

 

“I don’t like ustazah macam tu. Dia suka perli-perli, malukan kitorang. Semua ustazah memang macam tu ke? Did they think that we don’t have any reasons kenapa tak pakai tudung bla..bla?”

 

Walaupun kini aku sudah beranjak dewasa, dan ayat-ayat sebegini juga sudah cukup biasa, manakala hujah mereka ini pula mudah saja nak dipatahkan, tetapi aku masih sebak apabila menerima soalan-soalan sebegini. Masih terketar-ketar bila nak menjawab.

 

Aku bukan sekadar ingin menang hujah. Bukankah lebih baik memenangi hati mereka?

 Daripada kata-kata mereka, semuanya menghentam ustazah masing-masing. Seolah-olah ustazah-ustazah sebeginilah yang menjauhkan mereka daripada Islam. Ustazah-ustazah inilah yang menyebabkan mereka bersalah sangka, yang hakikatnya mungkin seorang dua sahaja sebegini, walhal berjuta-juta lagi ustazah yang baik di dunia ini.

 Mungkinkah aku juga pernah menyebabkan orang lain lari daripada Islam? Faghfirli..

 

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظّاً غَلِيظَ الْقَلْبِ لاَنفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.” [Ali Imran, 3:159] 

 

Walaupun mereka tak seharusnya memandang Islam daripada mana-mana peribadi muslim, tetapi..itulah fitrah manusia. Apa lagi cerminan Islam, melainkan peribadi penganutnya. 

 

Aku mungkin tidak layak berkata hal sebegini. Anggaplah aku sekadar berkongsi cerita. Terkenang kisah lama.   

 

لَّيْسَ عَلَيْكَ هُدَاهُمْ وَلَـكِنَّ اللّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ

 

“Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya.” [Al-Baqarah, 2:272]

 

Kita hanya berusaha, bukan memaksa.

Wallahua’lam. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: