Dalam Quran ada cara buat roti canai..?

 

 أَعُوذُ بِاللّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

 

 

Seorang lelaki bertanya kepada seorang ustaz,

 

“Ustaz, kalau betul Islam itu sempurna, lengkap, cukup semuanya, maknanya semua perkara dalam pengetahuan Allah dan sepatutnya disebut dalam Quran dan sunnah kan?”

 

Si ustaz mengangguk-angguk tanda setuju. Ya memang benar, tiada cacatnya dalam Islam.

  

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِيناً

 

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu, melengkapkan nikmat-Ku kepadamu, dan meredhakan Islam sebagai cara hidupmu (agamamu).” [Al-Maidah, 5:3]

 

“Ooo.. ok. Patutnya semua perkara pun disentuh dalam Al-Quran. Tapi ustaz, dalam Quran ada ke ajar cara buat roti canai?”

(soalan apekah ini? memang dia nak tahu jawapan atau nak perlekehkan islam?)

 

“Takde kan? Maknanya tak lengkap la Quran ni,”

 

Huh. Nasib baiklah si ustaz ini bijak.

Siapa kata Al-Quran tidak lengkap??

Cukup perfect!

 

فَاسْأَلُواْ أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ 

 

“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui,” [An-Nahl, 16:43]

Clear?

 

 Aduhai..takkan semua benda nak letak dalam Quran kot…Di kolej ini sahaja, sentiasa budak-budak buat resipi baru. Kalau begitu, mungkin setiap hari kena turun ayat baru ..

Di mana pula janji Allah, Al-Quran akan sentiasa terpelihara keasliannya?

Siapa pula yang akan jadi Rasul penerima ‘wahyu baru’ tersebut? Anda? Atau saya..? (tergelakku sorang-sorang..)

 

Tak perlu dipanjangkan lagi..Memang semua ada dalam Quran. (bukan setakat roti canai, roti jala, malah roti Gardenia pun boleh..~)

Masha-Allah!

 

Pesanan penaja:

Jika tak tahu, belajarlah daripada yang tahu..Malu bertanya, sesat jalan.

 Wallahua’lam.

 

-Adaptasi daripada cerita wit, perkongsian ilmu selepas FCR-

Advertisements

2 responses to “Dalam Quran ada cara buat roti canai..?

  1. alonqexe 7 May, 2008 at 10:45 pm

    Assalamualaikum.

    Menarik entri ni. Kalau AlQuran ada dinyatakan, ditulis semua resipi2 dan cara2 – lebih tebal dari ensiklopedia jawabnya.

  2. novaadila 8 May, 2008 at 2:28 am

    waalaikumussalam..

    erm, terima kasih..

    tu la, nnt tak larat nk bw quran ke hulu hilir =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: