Bolehke pelajari agama lain..?

  

(posted before at http://novaadila.blogspot.com/

but recently updated! dah banyak ubah dah..)

 

 Pertama kali saya melihat Bible, pada usia 13tahun di Hotel Metro, Kajang. Nak dijadikan cerita, saya memang sangat tertarik untuk menyentuh Bible tersebut, sekaligus membacanya. Saya menyahut kepada ibu,  “Ma, ada Bible dalam laci ni..!”

 

Ketika itu saya sudah pun menyelak beberapa halaman. Ibu saya sangat terkejut, terjeri-jerit beliau menyuruh saya menutup Bible tersebut.

 

 

Bahaya! Boleh rosak aqidah nanti! Saya yang masih tak tahu apa-apa ketika itu akur, iye kot, bahaya lah baca.. Nanti tertarik pula dengan ajaran mereka.

 

Hari berganjak hari,tahun berganjak tahun, baru saya sedar, persepsi kami terhadap Bible itu rupanya salah. Sangat salah, dan saya amat menyesalinya. Ya, mengapa takut pada Bible? Ada apa dengannya?

 

Katakan takut terpesong aqidah, bukankah seolah-olah kita hendak mengatakan aqidah yang kita pegangi ini tidak cukup sempurna, sehingga boleh terpikat dengan agama lain? Adakah kita masih ragu-ragu dengan Kitab Agung Al-Quran ? Ya, jawablah persoalan-persoalan tersebut..

 

Dalam kira-kira usia 15tahun, ketika itu persepsi saya sudah mula baik terhadap Bible. Tiada apa-apa dengannya. Cuma,  prinsip saya ketika itu, jika sudah benar-benar mantap pengetahuan tentang Islam dan sudah menguasai Al-Quran, baharulah seseorang itu layak untuk mendalami Bible pula. Kalau setakat iman cikai-cikai ni…tak payahla..

 

Tetapi, persepsi tersebut sememangnya salah juga. Yang penting, untuk mendekati dan mendalami agama lain, kita jelas dengan aqidah kita, Islam. Kalau nak tunggu iman mantap, kita sendiri pun tak dapat menilainya. Kalau dah terasa mantap pun, adakah benar-benar mantap di sisi Allah swt? Persoalan kepada diri sendiri, kita perlu menunggu iman mantap atau kita perlu berusaha memantapkan iman?

 

Kita bukannya menjadi pak turut atau bertaqlid buta .(mengikut saja, tanpa mengetahui alasan mengapa kita buat itu ini serta dalil-dalilnya) ketika mendalami agama lain. Kita cuma mahu meneroka agama mereka, berpandukan akal dan iman.

 

Islam sudah cukup sempurna. Sebagai mukmin, seharusnya kita percaya, tiada apa-apa lagi yang tidak boleh dicari dalam Islam.

 

 

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِيناً

 

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu, melengkapkan nikmat-Ku kepadamu, dan meredhakan Islam sebagai cara hidupmu (agamamu).” [Al-Maidah, 5:3]

 

Al-Quran dan As-Sunnah sahaja sangat kukuh untuk dijadikan tunjang utama rujukan muslim. Maka, usah khuatir, kita menggunakan kitab mereka bukan untuk dijadikan rujukan atau panduan, tapi untuk membuat perbandingan dan persamaan.

 

 

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْاْ إِلَى كَلَمَةٍ سَوَاء بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلاَّ نَعْبُدَ إِلاَّ اللّهَ وَلاَ نُشْرِكَ بِهِ شَيْئاً وَلاَ يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضاً أَرْبَاباً مِّن دُونِ اللّهِ

 

 “Katakanlah : “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil, akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa- dewakan selain dari Allah”

[Ali ‘Imran, 3 :64]

 

“Quran pun belum habis kaji, dah nak kaji Bible..”

 

Ya, mengaku, saya masih belum mengkaji Al-Quran sehabis-habisnya. Tetapi, tiadalah salahnya kan, mahu serentak mengkaji Kitab agama lain juga?

 

Bagaimana jika kita ingin berdakwah kepada mereka, mereka katakan, “Agama kami pun ajar yang baik-baik macam ni..takde bezalah mana-mana agama,”

 

Seram sejuk saya apabila ditanya soalan ini sebelum ini.

 

Relevankah, untuk berdakwah dengan mereka kita hanya mahu menggunakan Al-Quran?

Ya mungkin, kerana memang ada orang yang lembut hatinya hanya dengan mendengar  bacaan ayat Al-Quran, seperti Saidina Umar Al-Khattab.

 

Tetapi, secara majoritinya?

 

Bagi pendapat saya, lebih relevan dan lebih baik jika kita menggunakan kitab-kitab mereka.

 

Andai nak berdakwah sesama Muslim, memanglah gunakan nas-nas Al-Quran..

 

 Tapi,

Andai Kristian, gunakanlah Bible..

Andai Hindu, gunakanlah Veda..

Andai Buddha gunakanlah prinsip-prinsip mereka tu..

Andai Atheist, gunakan logic dan sains!

 

dan seterusnya..

 

Tetapi awas! Bukanlah bermakna kita mendalami agama mereka untuk merendah-rendahkan agama mereka. Tidak sama sekali! Dan tidak dibenarkan juga oleh Islam!

 

 

وَلاَ تَسُبُّواْ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللّهِ فَيَسُبُّواْ اللّهَ عَدْواً بِغَيْرِ عِلْمٍ

 

“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. “ [Al-An’am, 6 : 108]

 

Kita hanya menyampaikan. Hanya mengajak mereka.

 

We can’t convert anyone. Only Him converts the heart.

 

 

لَّيْسَ عَلَيْكَ هُدَاهُمْ وَلَـكِنَّ اللّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ

 

“Bukan kewajipanmu untuk memberi petunjuk kepada mereka, tetapi Allahlah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.” [ Al-Baqarah, 2:272]

 

But please, share with them. Sharing is caring ^o^

 

 

Sabda Junjungan,

“Sampaikan daripadaku, walaupun satu ayat,” (Bukhari, 4:677)

 eh tapi..kena berguru juga! tanyalah yg lebih arif~

Advertisements

3 responses to “Bolehke pelajari agama lain..?

  1. anati 3 May, 2008 at 2:07 am

    ok dh tuka dah..keep up the good work..u got nice entries

  2. c's 3 May, 2008 at 6:26 pm

    Salam nova.. hehe.. nice ler yg nih.. mmg x mo blogger yer?? btw, u have been tagged, klu ada kelapangan, buat la yer.. tq

  3. novaadila 4 May, 2008 at 2:59 am

    to radin + anati

    wslm.hehe.tukar angin~
    bukan tak mo blogger, tp kami gado.mintak cerai, xde iddah, terus ganti ngn wordpress ;p

    tp rindu pulak kt shoutbox~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: