Iron

 

Entri yang tidak begitu ilmiah. Tak berapa digalakkan membacanya.

(Tapi, bila dilarang ni la lagi korang nak baca kan? ;p)

 

 Buka locker..

 Biasanya, aku akan plan baju mana nak pakai dalam tempoh masa seminggu. Kalau rajin, iron terus untuk seminggu. Tapi, biasanya takkan rajin.. bila dah nak pakai baru iron. 

 

ni pun pic sem lepas..sume x iron lagi~

 

Tertanya-tanya, semasa orang dulu-dulu tak cipta iron lagi, baju mereka semua tak berkedutkah? Ataupun, kain mereka daripada material yang tak akan berkedut?

 

 Bila tengah nak cepat, kadang-kadang terfikir, kenapalah kena iron baju…

 

 Kalau takde orang yang start mencipta iron, takde la kita semua mengiron.. betul tak? Kalau takde orang yang keluarkan kain yang jenis cepat berkedut, semua bajuku tak perlu di iron!

 

 Katakanlah, iron tak wujud di dunia ni.

Maka, semua orang pun tidak mengiron baju masing-masing dan tiada siapa kisah baju anda berkedut ataupun tidak.

 Wah.., logikkah?

 

 Semestinya jika perkara itu berlaku, aku tidak perlu mengiron lagi! Tak perlu lari-lari ke kelas, dek homework yang tak siap, kemudian baru teringat, baju tak iron lagi!

 

 Belum lagi cerita di rumah. Di kolej ni, baju sendiri-sendiri pun dah terasa banyak,apalagi kalau di rumah.  Sebagai suri rumahtangga (seperti perasan sendiri ;p), berjam-jam masa diperuntukkan untuk menguruskan pakaian sahaja. Daripada mencuci hinggalah ke mengiron, walaupun hanya enam orang sekeluarga, mengalahkan kedai dobi pula rasanya.

 Aduhai, apakah khabarnya suri rumahtangga yang ramai ahli keluarganya?

 

 Kalau ikutkan, memang boleh andai tak mahu iron baju. Tapi, diri sendiri rasa rimas kalau baju tak beriron. Sampaikan, kalau nampak orang pakai baju kedut-kedut, rasa nak tolong iron kan je!   

 

pandai adik ni iron baju..

 

“Allah itu cantik, dan suka akan kecantikan.”(H.R Bukhari & Muslim)

 -TAMAT-

 

 Pesanan penaja :

Jagalah imej anda, kerana anda membawa imej Islam =)

 

 Dah bercerita, apa pengajarannya?

 1. Banyaknya ‘kalau’.. Mari lihat, apakata Islam dalam hal ini.

  Perkataan ‘KALAU’ ada kalanya baik (dibolehkan malahan digalakkan), dan adakalanya dilarang syarak.

Penggunaan perkataan KALAU yg dilarang ialah:

Apabila berlaku sesuatu yg buruk atau nasib malang bagi seseorang, lalu dia pun berkata: “Kalau aku tak buat, takkan jadi macam ni…”, dan seumpamanya.
Penggunaan kalau seperti ini adalah amalan syaitan, sebagaimana dalam hadis sahih muslim menyebut: Nabi bersabda: “Jangan kamu berkata: Kalau aku buat begini, akan jadi begini. Tetapi katakanlah: ini takdir Allah, apa yg dia kehendaki akan berlaku. sesungguhnya ‘kalau’ membuka pintu syaitan.”

 Kenapa ‘kalau’ membuka pintu syaitan? kerana: 

  • ia membuka pintu kesedihan, penyesalan, dan mungkin kebencian yg payah untuk dihilangkan 
  • ia merupakan satu adab yg buruk terhadap ALlah yang mentaqdirkan setiap sesuatu.

 Manakala penggunaan ‘kalau’ yang dibolehkan:  

ialah menggunakannya untuk mengajarkan ilmu, atau kebaikan, atau untuk bercita-cita untuk mendapatkan suatu yg baik. maka ia dibolehkan menyebut ‘kalau’.
sebagaimana dalam quran dan hadis ada perkataan ‘kalau’ untuk mengajar.

  •  Firman ALlah maksudnya “Kalau di dalamnya (langit dan bumi) ada tuhan lain selain Allah, maka hancur binasalah langit bumi ini.”     
sumber: al-ahkam 

 

 

 

2. Dunia semakin berkembang. Masakan sama dulu dan sekarang. Semua orang sentiasa inginkan penambahbaikan dalam hidup masing-masing. (sebab itulah ada orang initiate nak cipta iron, cik adila..!)

 “Adakah sama orang yang berilmu dan tidak berilmu? Sesungguhnya, orang yang berakallah dapat menerima pelajaran.” [Az-Zumar, 39:9]

 

3. Siapakah yang mengiron baju-baju anda? Ibu? (Atau anda ada bibik..~)

Hulurkan tangan, ringankan beban.. (“,)

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: