Monthly Archives: May 2008

cuba..cuba..dan teruskan mencuba!

Teringat pada sms terakhir seorang kawan saya, Fatimah ketika kami ada sesuatu perkara yang dibincangkan pada suatu pagi yang sangat pagi;

“No harms trying,”

Ya betul. No harms. Tapi kita mudah sangat putus asa kan?

Lebih-lebih lagi jikalau perkara yang cuba sekali akan gagal, mudah kita beralah, tak mahu mencuba buat kali kedua, apalagi yang ketiga.

Mengapa ya..mari kita nilai semula diri masing-masing.

Ayah saya selalu mendidik kami agar bersungguh-sungguh dalam mencuba. Kalau kami adik-beradik menginginkan apa-apa, sangat, sangat susah untuk mendapatkannya. Maka kami kadang-kadang prefer jumpa ibu sahaja. Lebih mudah. Akal kanak-kanak.

Ingin meminta duit kerana cikgu suruh membeli buku misalnya, aduh..sangatlah susah. Meskipun hanya dua ringgit. Di interview bagai nak buat long-term-loan dua juta. Kadang-kadang terpaksa menangis dulu, itupun tak tentu lulus juga.

Itulah ayah saya. Unik. Alhamdulillah, bila dah besar ni, banyak kesannya pada diri sendiri. Kadang-kadang bila ayah memberi nasihat, ayah akan ungkit,

“Ingat, semua benda kena usaha sungguh-sungguh. Bukan mudah nak dapat apa yang kita nak. Kena cuba banyak kali, sampai dapat. Ingat, nak minta duit sikit daripada ayah sendiri pun susah, apalagi nak meminta pada dunia yang tak kenal kita.

Memang betul, pa!

Dan sekarang, bila dah besar ni, ayah dah tak macam tu lagi. Dah tak perlu minta, ayah yang akan beri sendiri. Dah tolak-tolak, “Takpe pa, ila ada duit lagi,”, ayah tetap hulurkan juga.

Oh, rupanya dulu-dulu kedekut tu nak ajar kami je!

Berbalik kepada mencuba, ada satu proverb Inggeris,

If at first you don’t succeed try, try and try again!

Dan kalau sesuatu yang kita cuba, letakkan niat kita seadilnya (pada tempatnya). Supaya, jikalau kita tak berjaya, tiadalah kita tergolek kesedihan, kan? Sandarkan semuanya pada Allah, percaya pada janji-janji-Nya, tidaklah kita sekecewa mana dan yakinlah akan hikmah di sebaliknya..

وَلاَ تَتَمَنَّوْاْ مَا فَضَّلَ اللّهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبُواْ وَلِلنِّسَاء نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبْنَ وَاسْأَلُواْ اللّهَ مِن فَضْلِهِ إِنَّ اللّهَ كَانَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيماً

Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. [An-Nisa’, 4:32]

Dan kadang-kadang, jika kita teruskan mencuba, katakan tidak berjaya di zaman kita, mungkin di zaman generasi selepas kita. Mungkin di zaman cucu-cicit kita. Elok juga kita mencuba, kan? Kita beri manfaat kepada orang lain.

Dirujuk sirah, Rasulullah saw pernah menasihati Abu Dzar, andai kamu tahu esok kiamat, dan di tanganmu masih ada benih yang boleh ditanam, maka tanamlah.

Pelik juga, dah nak kiamat, buat apa sibuk-sibuk nak tanam benih lagi..?

Rupanya, itu satu bentuk kiasan yang Rasulullah ajar pada kita, untuk terus berbakti. Kalau bukan kita yang dapat manfaatnya, kita mendapat ‘saham’nya juga untuk manfaat orang lain. Tak rugikan kita mencuba..?

Seterusnya, bagaimana pula dengan mencuba sesuatu yang baru?

Pun kita kerap kali takut juga. Takut kita terbawa idea ‘pelik’ yang orang lain tak boleh terima. Takut orang kritik. Takut tiada support.

Memang, risiko akan ada setiap kali mencuba. Tapi, bak kata Guru Accounting saya, “High Risks, High Returns”.

Kadang-kadang, kita beri cadangan(cubaan), mungkin idea kita tak begitu bernas. Tetapi, bukankah kita menjadi ‘pemula’ kepada idea-idea bernas yang lain? Walaupun mungkin idea kita ditentang ramai pihak, tetapi fikirkan pula potensi untuk mereka berfikir semula, dan mendapatkan idea yang lebih hebat daripada idea asal. Tak mahukah kita turut serta menyumbang?

Mengimbau sejarah Malaysia, ketika Dato’ Onn Jaafar mencadangkan keahlian UMNO dibuka kepada semua kaum, orang Melayu memang menentang hebat. Sampai merajuk-rajuk Dato’ Onn. Akhirnya, beliau meletak jawatan.

Kemudian, kita lihat pula, beberapa ketika selepas itu, di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman, beliau memanipulasi sedikit idea asal Dato’ Onn. UMNO bergabung dengan beberapa parti kaum lain, membentuk Parti Perikatan.

usaha Dato’ Onn wajar dipuji

Kelihatan agak sama trend nya kan? Membuka keahlian kepada kaum bukan Melayu. Tapi, orang Melayu tak menentang sangat pun. Penerimaan juga tidak seperti yang diterima Dato’ Onn.

Secara peribadi, saya amat kagum dengan Dato’ Onn dalam hal ini. Beliaulah ‘pemula’ yang berani mencuba, mencadangkan perkara yang baru. Dikritik hebat ketika itu. Sekali pandang, beliau seperti tidak berjasa, tetapi, bukankah beliau perintis kepada kecemerlangan Parti Perikatan selepas itu, melalui idea awalnya yang langsung ditepis hebat semua orang Melayu? Mungkin juga orang Melayu tak menentang sangat sebab mereka baru ‘nampak’ kepentingan bersatu dengan kaum lain, yelah, pemimpin-pemimpin asyik mencuba je..

Dan manfaatnya? Mungkin bukan Dato’ Onn tidak mendapatnya secara langsung, tetapi, beliau telah memberi manfaat yang cukup besar kepada orang lain. Berjasa, meskipun ramai yang terlepas pandang.

Di kolej saya sendiri, antara satu usaha ‘mencuba’ perkara baru yang cukup mengharukan saya, ialah usaha kakak-kakak kami nak meramaikan jemaah subuh di surau. Saya sendiri sejak sekolah meragui ‘kempen’ mengejut subuh pagi-pagi jika sesama perempuan. Sebelum ini, saya selalu menganggap, perempuan tak beberapa sesuai diwujudkan skuad subuh. Kenapa ek? Hanya perempuan je la yang faham kot..

Kalau laki-laki, lainlah. Itu pandangan saya sebelum ni. Sejak sekolah, kalau ada yang bangkitkan idea skuad subuh untuk jemaah perempuan, saya (dan biasanya ramai lagi), menganggap cubaan itu tak beberapa praktikal.

Tapi terkejut sekali, kakak-kakak ni, yang dikepalai Kak Ajah, Kak Nurul, Kak Akma ,Kak Fatin (tak kisah kan saya letak nama ni..?) dan mungkin ada nama lain yang tertinggal- mereka berusaha sangat. Kagum.

Malam-malam, sewaktu agak ramai jemaah Maghrib dan Isya’ mereka approach sorang-sorang jemaah, ada sesiapa yang mahu mereka kejutkan, mereka boleh tolong datang ke chalet, ketuk tingkap bilik masing-masing. Ya Allah, rajinnya!

Pernah saya bertanya, dan jawapan mereka, “Kita cuba dulu, mesti ada orang yang nak. Kalau ada yang bangun tu, Alhamdulillah kan..Yang penting, kita cuba.”

musolla as-saad, dari dulu saya nak cakap- musolla ni lawa la!

Syabas kakak-kakak!

Saya sebelum ini, setakat bersama beberapa orang kawan, cuma main-main misscall antara satu sama lain je. Itupun tak sebarkan pada orang lain. Antara-antara kami sahaja lah. Tak pula ada semangat nak kembangkan usaha ini kepada orang lain. Bila ada orang yang minta, baharulah kami tolong kejutkan. Inilah contohnya, tak nak mencuba. Usaha mengejutkan orang bangun pagi-pagi ni..usaha yang sangat murni!

Hasil daripada usaha kakak-kakak ni, Alhamdulillah, sangat memberangsangkan! Kalau dulu, jemaah muslimat subuh-subuh sangatlah sedikit, purata 3-4 orang sehari, sekarang record tertinggi kami: 26 orang. Satu usaha mencuba yang sangat baik,kan? Tak tergambar kegembiraan kakak-kakak ni saya lihat, hepi bangat. Seronok mereka mengira bilangan jemaah yang kian meningkat. Alhamdulillah.

Bukankah letaknya kekuatan umat Islam itu antaranya pada solat jemaahnya? Apalagi subuh. Sejak kecil saya selalu dengar pepatah ini, dan di kolej ni makin selalu pula dengar, “Tiada apa-apa yang digerunkan musuh-musuh Islam, melainkan kekuatan subuhnya sama seperti solat jumaat.”

Semoga terus istiqamah..!

Sekali lagi, berbalik kepada tajuk asal, jangan takut mencuba, dan teruskan mencuba!

يَا أَيُّهَا الْإِنسَانُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَى رَبِّكَ كَدْحاً فَمُلَاقِيهِ

“Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).” [Al-Insyiqaaq, 84:6]

Advertisements

Sedangkan mata kita sahaja berbeza..

Bismillah.

Sambil menunggu maghrib dan nak mengalih mata daripada buku. huhu..bajet je.

Dapat email daripada Kartun, thanx ya for the pics!

Memang mata setiap orang tu berbeza. Apatah lagi pandangan dan pendapat.

Sebagai contoh,di muscom dinner (gambar), kami (muscom junior) dikehendaki memakai baju tema hijau. Saya dengan yakinnya pergi ke sana.

Kat sana, kami gaduh-gaduh (sedikit hiperbola) … semua orang katakan baju saya berwarna biru. Saya nampak hijau je..!

Aduh.. rabun memang tak boleh disangkal juga. Sebab tu kena tanya pandangan orang lain dahulu sepatutnya!

Kembali study..esok physics n maths!

Teguran itu sungguh bermakna!

Kita selalu payah menerima teguran.

Terkadang, bila ada yang menegur, banyak jawapan kita.

“Cerminla diri sendiri sebelum tegur orang,”

“Aku bukan tak terima teguran tu, tapi kot ye pun, berhikmah la sikit..”

Entah apa yang dimaksudkan dengan berhikmah, kita sendiri pun tak begitu jelas.

Memang pada sesetengah keadaan, teguran pahit untuk ditelan, tapi siapa lagi nak tegakkan kebenaran?

Pujuklah diri sendiri, teguran itu tanda keprihatinan. Ada perkara yang tidak selesa di mata si penegur, dan kita patut bersyukur. Mata kita cuma dua, kalau baju terkoyak di belakang, kita takkan tahu melainkan ada yang sudi menegur.

Patut berterima kasih pada yang menegur kan?

Dan perlu kita akui, setiap orang lain caranya. Kalau kita terasa pada yang mengur dengan agak ‘kasar’, banyakkan bersabar.. Hikmah lebih besar, insya-Allah.

Terkenang saya pada memori di sekolah dahulu.

sekolah yang sangat banyak memori suka-duka

Pengalaman memasuki sekolah berasrama buat kali pertama, tidak saya ketahui pantang-larang asrama.

Saya tetap dengan diri sebenar. Dengan perangai gila-gila, apa saya peduli orang kata.

Pada hari pertama, ramai kawan-kawan yang berlinangan air mata berpisah dengan keluarga

, saya boleh join gelak-gelak dengan kakak-kakak. Buat bising sampai orang menjeling-jeling.

Kawan-kawan Form 1 dan kakak-kakak Form 2 kesemuanya bangun di awal pagi, ada yang sampai jam tiga pagi. Saya? Liat sekali, pukul 6.30 pagi! Mereka sebelum subuh dah bersedia di musolla, saya?

Jemaah subuh tentunya terlepas, tapi nasib baik ada jemaah yang entah imam ke berapa, bersama geng-geng yang bangun lambat juga. (Updated: eh..eh.. baru teringat. Masa orientasi mana ada bangun lewat sangat! Dalam pukul 5.30. Ni lewat-lewat ni after orientasi..huhu..kerek gile~.)

Bacaan Al-Ma’thurat dan tazkirah sebelum Maghrib, yang diwajibkan pada Form 1 dan Form 2, saya antara yang lewat.

Risau dengan keadaan saya, kakak-kakak form 2 yang kejutkan bangun pagi, dan tegur itu ini. Kata mereka, “Sebelum senior (form 5) awak yang tegur…”

Bagi saya ketika itu, saya bukannya buat salah, dah memang semulajadi saya begitu, nak buat camne,kan..? huh~

Pengalaman minggu orientasi memang banyak mengajar saya.

Biasalah budaya asrama– meskipun di sekolah agama, senioriti dan junioriti memang ketara.

Tentunya ‘gelagat’ saya yang lain daripada yang lain menyebabkan para seniors meluat. Apesal la saya ni ‘berani’ sangat..

Demi mengajar juniors agar sedar diri, saban waktu di kala orientasi, saya dihentam tak henti-henti.

“Yang mana satu Nova.. Jom kita berkenalan sikit…”

Disaksikan seluruh warga asrama puteri (aspuri), setiap kali

waktu kelolaan biro sukan sekolah, pasti saya salah seorang mangsa.

Apa sahaja permainan (yang kadang-kadang agak pelik dan tak masuk akal) mesti saya dipanggil.

Ah, perit sekali!

Kotak beracun, main kejar-kejar, buat aksi-aksi spastik, kiranya, semua aktiviti sepanjang minggu tersebut, pasti saya akan kena!

Kadang-kadang seniors pura-pura bertanya kepada para ‘penonton’ aspuri yang lain, “Kita nak panggil siapa kali ni?”

Daripada blok-blok di setiap tingkap, ramai-ramai akan menjawab, “Nova…!”

Semua orang kenal, dan dicop sebagai ‘budak paling kerek’.

Dimalukan. Dimarahi. Diherdik. Disakiti. Dijadikan bahan ketawa. Difitnah.

Entah mungkin kerana populariti’ saya yang meningkat, apa sahaja kes-kes pelik yang dilakukan pelajar Form 1, asyik saya sahaja yang difitnah. Nova bermanja-manja dengan ‘abang’ Form 4. Nova masuk toilet putera. Nova langgar seniors tak minta maaf. Nova tak beri salam. Nova itu. Nova ini. Huh, kelakar juga..

Sibuk semua orang bertanya kepada saya, “Betulke awak buat camtu..”

Ya Rabbi.. tabahkan hati ini! Mengapa aku menjadi mangsa..

Saban malam saya menangis, inikah tabiat sekolah agama..?!!!!

Aduh, memori lama..

Gambar ehsan orientasi : smaplabu.net

Walaupun perit menerima, tapi saya gagahkan jua. Tidak langsung saya mengadu pada ibu bapa. Bagi saya, itulah cabaran buat diri sendiri.

Kalau difikirkan, tindakan para seniors saya itu memang melampau. Walaupun niat mereka nak menegur, tetapi tentunya ada cara yang lebih berhikmah. Menjejak sunnah, nabi tidak pernah mengajar kita menggunakan kekasaran. Nabi suruh kita tahan marah, adalah.

Segarang-garang Umar yang syaitan pun lari dan takut padanya, apabila dengan anak-anak, Umar lembut penuh kebapaan.

Mungkin apa yang saya ceritakan tidak begitu jelas kerana saya sendiri sudah hampir lupa kisah ini.

Yang cuma dapat saya simpulkan, mereka tidak patut melayan seorang pelajar baru sebegitu!

Cuba fikirkan, bukankah itu teguran yang sangat-sangat tidak berhikmah? Bukan sekadar semasa minggu orientasi, selepas itu pun, acap kali menerima sindiran pedas para seniors.

Tapi hari demi hari..

Alhamdulillah, saya sangat-sangat bersyukur, walaupun sangat kasar perilaku mereka ketika itu, tetapi jasa mereka sebenarnya sangat besar. Walaupun budaya ini sebenarnya tidak selaras dengan syariat agama, tetapi saya meredhakan segala-galanya.

Kalau nak ikutkan, memang mereka memberi teguran yang sangat-sangat tidak berhikmah, tetapi bagi saya kemudian, sangat-sangat banyak hikmah pula di sebaliknya!

Sedikit demi sedikit saya cuba meperbaiki diri. Saya tidak berdendam, saya belajar daripada kisah silam.

kawan-kawan yang banyak berjasa

Puan Rahayu Kandar, guru disiplin di sekolah, tiba-tiba sahaja ketika Hari Guru, memohon maaf kepada saya. “Banyak cikgu dengar cerita pasal awak sebelum ni. Maaflah untuk apa-apa yang dah tercakap-cakap kat belakang..Tapi cikgu tengok awak baik je..”

Tersengih-sengih saya mendengarnya. Sampai ke telinga guru disiplin juga rupanya!

Kakak-kakak pun ramai minta maaf di hujung tahun, “Sori ye nova. Akak pun tak tau kenapa asyik awak yang kena. Padahal awak tak buat apa-apa pun,”

Agak betul juga. Saya cek-cek balik, saya tak buat apa-apa pun kesilapan besar ketika itu. Cuma bangun lewat dan bising je.. dan mungkin saya banyak cakap lepas tak berlapik sikit..Yang lewat bacaan Ma’thurat tu pula, sebab ada hal.

Ada yang kata, “Awak kena macam-macam tu sebab nama awak la.. Orang semua teringin nak kenal dengan Nova Adila. Tu je..” haha. tak kisahlah..

Eh, cerita terlari sikit.

Takpelah, pengajaran di sebaliknya, setiap perkara pun banyak hikmahnya.. Tak perlu anti-teguran. Biarlah dalam bentuk apa pun, sekeras apa pun mereka. Terima seadanya, pasti besar ertinya.

Kalau memang ada silap kita, terima, dan perbaiki. Kalau tak betul teguran mereka, anggap sebagai angin lalu saja.. mungkin teguran untuk masa akan datang.

Saya fikir, kalau saya rebell dan tidak menerima teguran ketika itu, tentunya selama-lamanya saya tidak berubah. Tentu sampai sekarang saya bangun lewat. Tentu tak terkejar solat jemaah. Tentu sampai sekarang saya kuat gelak, bising di sana-sini. (mungkin sekarang dah bising balik, sebab dah jarang ditegur =)

Dan juga, tak perlu takut difitnah dicela. Yakinlah, yang benar memang akan tertegak. Alahai..
tak hidup kita dek puji, tak mati kita dek keji.

“Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” [Al-Maidah, 5:54]

Memang hati terluka juga kadang-kadang bila ditegur, lebih-lebih lagi kalau yang kasar tu.. Tapi, kalau luka boleh sembuh, tapi bolehkah perangai kita ‘sembuh’ kalau kita sendiri tak sedar? Kan elok ada yang sudi sedarkan?

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ

Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.” [Adz-Dzariat, 51:55]
**bermula ketika saya Form 5, terbocor entah bagaimana, sampai ke pengetahuan pengetua dan beliau mem’brainwash’ seniors agar menghapuskan tradisi ‘keras’ kepada adik-adik pada minggu orientasi. Alhamdulillah.. Saya sendiri tak tahan sebak setiap kali orientasi melihat adik-adik kena dan ‘ketakutan’..
Tapi makin selalu pula dapat report sekarang ni, “Adik-adik pijak kepala laa kak,..” Haih.. Di mana silapnya!

p/s: diharapkan anda membaca bahagian komen juga. tq

Kerdilnya kita!

Pertama, bandingkan saiz bumi dengan planet-planet lain.

Hurm..not bad besar juga kan..?

Ok, kini bandingkan pula bumi dengan Uranus dan Neptune:

Sekarang, bandingkan bumi dengan matahari..!

Bukankah bumi ibarat satu titik berbanding matahari?

Fikirkan..

Kita di mana??

Sedangkan dengan matahari pun sebegitu kecil, apalagi dengan Pencipta Matahari…

Baik, sekarang, bandingkan pula matahari dengan bintang-bintang lain..

Kemudian dengan bintang lain pula.

Waaaaaah….di mana matahari??

Tak kelihatan pun!

Antares is the 15th brightest planet in the sky. The distance is more then 1000 light year from the earth.

Aduh. Memang kerdil. Kerdil sekali.

Subhanallah!!

Tapi, sekerdil-kerdil kita, kita tetap diangkat sebagai khalifah. Betapa tinggi darjat manusia di sisi-Nya kan?

Takbir!

credit to MACC for this email.
%d bloggers like this: