bukan mahram la kak..
Sebetulnya saya ingin mengulas serba sedikit tentang Charity Programme baru-baru ini dalam blog.

Tetapi memandangkan hujung semester yang sarat meeting dan aktiviti, tak sempat-sempat nak mengupdate blog. Sekarang di rumah pula tiada internet. Jadi saya batalkan sahaja hasrat untuk ulasan tersebut.. macam cerita sudah basi. Lagipula sudah banyak ulasan daripada bloggers lain, termasuk di blog muscom sendiri.
Antaranya, klik:
Secara keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan program ini. Saya balik dengan penat, namun kegembiraan mengubati kepenatan. Sangat banyak memberi input kepada saya, alhamdulillah.Syabas semua!
Cuma ada satu adegan yang suka untuk saya kongsi bersama.
Ketika pembahagian kumpulan, saya dipertanggungjawabkan untuk menjadi fasilitator kepada pelajar Tingkatan 1-3. Mula-mula saya mengumpulkan semua perempuan, kira-kira 11orang. Kemudian saya mendapat arahan untuk menyamaratakan bilangan lelaki dan perempuan. Akur, saya pun minta kepada adik-adik tersebut, saya mahu lima orang sahaja daripada mereka.
Mereka tak mahu. “Ala..semua perempuan je la kak,”
Saya suarakan kepada yang bertanggungjawab dalam slot ini, “Diorang nak semua perempuan jugak la,”
Dalam keadaan sibuk-sibuk itu, sekali lagi saya menerima arahan, dalam satu kumpulan, mesti ada lelaki dan perempuan. Baik, pasrah saja..bertindak mengikut arahan.
Saya pergi kepada adik-adik tersebut, “Boleh tak dik, akak nak lima orang je. Sori sangat..”
Mereka seperti malas nak menjawab. Ada yang sedikit menarik muka. Saya keliru. Mereka mahu semua perempuan juga.
Tiba-tiba ada ada yang bersuara, “Biar semua perempuan lah kak.. Bukan mahram campur-campur ni,” Lebih kurang begitulah ayatnya.
Ouch! Satu tamparan buat saya. Dalam hal sekecil ini pun saya boleh keliru!
Bagus dik, berani. Bagus!
Walaupun saya ‘kakak’, tapi saya sendiri tak kuat pegangan. Dalam keadaan kelam-kabut, saya selalu bagai dibawa ribut. Memang kakak yang tak boleh dijadikan contoh.huu.
Kesimpulannya? Boleh sama-sama kita fikir sendiri.

La takunu imma’atan taqulu in ahsanan nas ahsanna, wa in zalamu, zalamna. Walakin, wathinnu anfusakum in ahsanan nas an tuhsinu wa in asa’u fala tazlimu.
“Janganlah kamu menurut tanpa meneliti, kamu berkata; Jika orang berbuat baik kami pun berbuat baik, dan jika orang berbuat zalim, kami juga berbuat zalim. Tetapi hendaklah kamu tetapkan hati dan biasakan diri kamu. Jika orang berbuat baik kamu pun berbuat baik, jika orang berbuat jahat, janganlah kamu berbuat zalim.” (Tirmizi)






sungguh tajam kata2 adik tersebut..
anywhere, thanx 2 this post..
hopefully this wouldn’t happen in da future..
N thanx 4 ur commitment…
Maaf dipinta mewakili commity jika terdpt kesalahan dan kekurangan spnjg mengendalikan program ni….
bagus artikel ni. Btul kate2 adik ni.
Tp, ble dilihat balik. adekah xtiviti yg dianjurkan melibatkn persentuhan kulit ataupu mampu menjurus ke arah fitnah dn maksiat.
Saye yakin, pihak penganjur ade alasan tertentu utk berbuat begitu atau mungkin krane ade kesulitan yg timbul ktike pbahagian peserte.
Adekah penganjur jahil ilmu agame, atau kite menganggap penganjur berniat jaht.
Apekah perbezaannye dgn pelajar2 kelas fizik yg terdiri drpd lelaki dan perempuan?
Eloklah kite berfikir sebelum meng ie kan sesuatu pkare. sekian
kakak ini pon jgn diikut..huhu!!x bley jd contoh langsung kakak ini..klo gitu nak jadi adik balikla..huhu~
Salam.
Sorry for da late reply. Skrg baru ada internet.
Emm begini,pertamanya, sy sgt berharap tak timbul salah faham.
Ya, saya pun pd awalnya tidak begitu membantah jika dalam satu kumpulan itu ada lelaki dan perempuan.
Tapi, ini yang kita kena renungkan balik. Boleh, ya mmg boleh (mungkin~), tp ada keutamaan ke utk kita bercampur? Saya tidak begitu pesimis dalam hal ni. Kerana pada mulanya saya tak kisah. Tapi adik tu memang benar2 ajak saya berfikir. Ditujukan khas post ni utk saya, mengingat hal adik ni.
Lagipula, percampuran in a group ni macam dah biasa bagi kita. Di kelas, dan sebagainya. Tapi bukankah sebaiknya kita mengambil teladan melalui ajaran islam yg sebenar..
ya, seolah mustahil nak katakan benda2 macam ni dengan dunia skrg ni. Tp betulkah mustahil..? atau kita yg buat-buat mustahil..
rujuk saja zaman nabi dan khilafah dulu, dalam menimba ilmu pun, ada hijab antara lelaki dan perempuan. selagi mana tiada kepentingan yang betul2 mendesak, memang tiada percampuran berlaku. bercakap di balik hijab. di situ timbulnya istilah ‘babul liqa”.
sy mohon maaf kalau sy mengundang sensitiviti mana2 pihak.
cuma mahu mengajak kita berfikir.
tidak langsung saya salahkan pd commitee.
untuk soalan ‘brother’ - tiada jawapan utk kedua-dua pilihan anda.
sama ada penganjur jahil agama atau berniat jahat. tiada.
saya yg lebih jahil di sini, bukan penganjur. ataupun boleh kita katakan kecuaian kita semua, atau terlepas pandang..
btw, bukankah sy juga boleh dikategorikan sbg penganjur. kerana saya juga warga muscom.
maka sama2 kita ambil manfaat.
“a popular belief doesnt exactly mean the right way”
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r. ha. dan Maimunah r. ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab,”Bukankah kamu dapat melihatnya.”
sy masih lemah dalam hal ni. sy xboleh dijadikan contoh. sy hanya berkongsi cerita.
ampun maaf..
betulkan yang biasa, biasakan yg betul
Alhamdullah. Bnyak yang saya dpt untuk post kali ini. Namun begitu, saya masih suka mengajak kita sama2 berfikir… Sesungguhnya saya juga se’orang yg amat lemah dalam ilmu agama.
Kenapa MUSCOM terdiri drpd muslimin dan muslimat?
Kenapa di KISAS, setiap kelas terdiri drpd muslimin dan muslimat?
Pengalaman s’org muslimin adalh berbeza drpd s’org muslimat.
Hidup s’org muslimin adalh bbeza drpd s’org muslimat.
Masalah hidup muslimin adalah berbeza drpd masalh hdup s’org muslimat.
Saya merasakn pbincangan dlm kumpuln yg tdiri drpd muslimin dan muslimat perlu dlm beberapa hal yg memerlukn pkongsian ilmu bersama. Dan amatlh tidak perlu jika ianya tidak membawa kpd ape2 yg bermanfaat serta dgn tujuan yg sia-sia. Ape yang paling pnting ialah adab ktika pbincangan itu djalankan.
Jika aurat dipelihara, adab dijaga dn bibir hanye mentuturkn lafaz yg perlu, saya kira semuanya akan brjln dgn baik.
Progrm charity visit dsertakn dgn xtiviti brkumpulan supaya pserta dpt bkongsi sesuatu diantara satu same lain. Sperti yg saye sbutkn, muslimin dan muslimat adelh 2 insan yg amt berbeza.
Saya s’org yg slalu blajar drpd pmerhatian. Nmun amtlah miskin dlm ilmu Hadis dn ilmu agame.
Komen saye ini bukanlh utk mnimbulkn kkeliruan dkalangan kita sume org Islam. Tp saye bhrp pmerhatian saye ini mndapt respon dn dperbetulkn mngikut alQuran dn Assunnah.
Pemerhatian Selalu trtumpu kpd perkare KEBIASAAN. Jd, btulknlah yg biasa dn biaseknlah yg btul.
Lg stu, bolehkh hadis tntg isteri2 Rasulullh ini digunekan dlm situasi ini?
Sebab khadirn si buta itu memg tidak ade kene mengene dgn isteri Rasulullah. Bukan untuk kongsi ape2 ilmu pun dgn isteri baginda.
boleh sape2 jwp?
Salam..
Sorry n sori n sori for da very2 late reply.di rumah ni agak jarang akses internet.
buat pertanyaan saudara brother..
sebenarnya, saya sangat selalu mempersoalkan perkara ini sejak dulu lagi. kdg2 sy pula tertanya, pergaulan antara lelaki dan perempuan, sejauh manakah batasnya?
ya, kita semua memang sudah sedia maklum kalau pegang2, jumpa berdua2an semua itu tidak boleh, tapi nak berbincang yang penting2 itu boleh.
tp sejauh manakah tahap ‘penting’ tersebut.sejujurnya, sy tidak berani memberikan jawapan.. ilmu yg cetek, akal yg dangkal, takut tersalah informasi.
tp cuma , pernah tak saudara berjumpa/bergaul dengan:
1) yang memang langsung mengelakkan percampuran antara lelaki dan perempuan..
pernah tak join aktiviti2 mereka.i.e gerakan2 dakwah yg terdiri sesamasekadar renungan lelaki shj, dan kalau mahu melibatkan wanita, hanya dipanggil wanita yg sudah bersuami sahaja.
dan
2)pernah pula tak ikuti gerakan2 dakwah yg bercampur. bukanlah bercampur- pergaulan bebas, tapi bila sebarang aktiviti ada melibatkan kedua2 jantina. mereka sedaya upayanya menjaga adab2 yg termaktub.
pertamanya bagi saya, kita tidak layak utk menghukum mana2 ‘kaedah’ antara kedua2 tersebut; yg mana salah yg mana betul.
sdihnya, ssetengah pihak melabel pihak yg pertama sebagai ‘extremis’ agama.
ilmu sy masih saangat rendah, maka sy yakin setiap antara kedua tersebut punya ilmu masing2. mereka pasti punya hujah mereka sendiri. mungkin ilmu sy tak sampai lg dengan ilmu mereka. sebab itu sy xtau.
entah, sekali lagi sy mohon maaf sgt2 kerana xdpt memberi jawapan yg baik. sy sedang menunggu jwpn drpd yg lebih arif. iA, nnt y nyatakan.
tp sy pernah ditanya akan soalan ini:
“tak cukup ke kawan2 sejantina utk kita berkongsi pengalaman? memang tak cukup atau ..”
wallahua’lam.
tp beberapa input berikut mgkin boleh utk kita bawa renungkan bersama:
Seterusnya, cerita menarik drpd ust zaharuddin (www.zaharuddin.net)
sekali lagi, maaf sgt.
“Tinggallah apa2 yang meragukan kamu dan kerjakanlah apa yg tidak meragukan kamu.”
(HR Bukhari, kitab tafsir)
p/s: cerita adik ni pun sy bawakan bukan utk kita menilai, siapa salah, siapa betul, tp untuk kita fikirkan, kita pertimbangkan sendiri. pandangan setiap org berbeza, kan, kdg2 bergantung kpd ilmunya.allahua’lam.