Ayat-ayat Cinta (softcopy)
Salam.
Saya yakin, ramai yang sudah khatam novel ini. Tak kurang juga yang sudah menonton movienya.
Alhamdulillah, saya telah membacanya pada Februari 2007 setelah diperkenalkan oleh ramai orang. Tak suka baca novel sebenarnya, tapi sebab ramai sangat yang promote. Ustaz-ustaz dalam ceramah mereka pun promote.. Jadi teringin nak baca.
Movienya, belum berkesempatan lagi. Ramai yang tidak menggalakkan menontonnya. Maksiat mata..hehe. Tapi ada juga yang menegakkan, takkan nak buat movie sebijik seperti ayat dalam novel. Tidak begitu real. Tidak feelings..bla..bla..
Hurm..tengoklah nanti. Tapi sepertinya tiada perasaan nak menonton.
Satu perkara yang menarik minat saya untuk membeli novel ini apabila seseorang mengajak saya berfikir : Novel ini ditulis dengan merujuk Kitab-kitab Agama. Ada ke orang tulis novel macam ni? Biasanya novel hanya suara hati penulis, mengikut imaginasi mereka sahaja. Oh, patutlah novel ini persis sebuah kitab agama!
Softcopy ini saya kongsi bersama, kalau-kalau kita teringin nak cari input-input berguna seperti hadis-hadis dan kisah anbiya’ yang berkaitan hidup seharian remaja.
Maka di sini, saya suka untuk membawa satu petikan berguna daripada novel yang boleh kita renungkan:
Aku mempercepat langkah. Aku tidak mau naik tangga di belakang Maria. Aku harus di depan, aku teringat kisah nabi Musa dan dua gadis muda pencari air. Nabi Musa tidak mau berjalan di belakang keduanya demi menjaga pandangan dan menjaga kebersihan jiwa.
Jom renungkan. Kita prihatin atau tidak akan perkara ini?
Tips: Untuk memudahkan sebarang pencarian, tekan Ctrl dan F serentak. Senang sikit. Contoh

Find di Internet Explorer

Find di Mozilla Firefox
Credits to Haziqah for the softcopy!







izin laluan..!