Prinsip Keabadian Tenaga
Satu teori fizik yang mungkin sangat berguna untuk dipraktikkan dalam mu’amalat seharian kita.
Merujuk kepada Prinsip Keabadian Tenaga – Principle of Conservation Energy,
Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan, tetapi berubah ke dalam bentuk lain.
Energy may be transformed from one form to another, but it cannot be created or destroyed i.e the total energy of a system is constant.
Kita ambil contoh ‘tenaga’ dalam bentuk suara.
Apabila kita bercakap, sama ada perkara yang baik atau buruk, percakapan kita itu tidak akan dibawa angin begitu sahaja. Ia tidak sia-sia. Ia tidak ‘hilang’ begitu saja.
Katakan kita mengumpat atau bergosip di sana-sini, maka ‘tenaga mengumpat’ tersebut akan berubah kepada bentuk lain. Ia tidak lenyap begitu saja.
Mungkinkah dalam bentuk dosa?? Boleh kita renungkan sendiri.
Seterusnya, kita boleh aplikasikan teori ini dalam situasi yang lain pula.
Jika kita berbuat baik, meski tidak dilihat oleh sesiapapun, kita akan tetap beroleh balasan yang setimpal. Dan ‘tenaga’ yang kita sumbangkan tersebut tidak akan terbazir begitu sahaja.
Mesti berubah dalam bentuk lain. Dalam situasi sebegini, bukankah ia berubah menjadi pahala? Alhamdulillah..
Benarlah, setiap usaha kita, sama ada baik atau sebaliknya, tetap akan dihisab.
فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْراً يَرَهُ
“Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya.
وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرّاً يَرَهُ
Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula.” [Al-Zalzalah, 99:7-8]
Ace in physics!







Tak pernah terfikir tentang perkara ni. Hmm.
Hmm.. lepas ni kena start fikirla..~
byk lagi sebenarnya konsep fzik yg boleh diaplikasikan selari dgn sunnatullah.
P=W/t
p=F/A
Bernoulli
dan bermacam2 lg. cuba cari!