bukan mahram la kak..
Sebetulnya saya ingin mengulas serba sedikit tentang Charity Programme baru-baru ini dalam blog.

Tetapi memandangkan hujung semester yang sarat meeting dan aktiviti, tak sempat-sempat nak mengupdate blog. Sekarang di rumah pula tiada internet. Jadi saya batalkan sahaja hasrat untuk ulasan tersebut.. macam cerita sudah basi. Lagipula sudah banyak ulasan daripada bloggers lain, termasuk di blog muscom sendiri.
Antaranya, klik:
Secara keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan program ini. Saya balik dengan penat, namun kegembiraan mengubati kepenatan. Sangat banyak memberi input kepada saya, alhamdulillah.Syabas semua!
Cuma ada satu adegan yang suka untuk saya kongsi bersama.
Ketika pembahagian kumpulan, saya dipertanggungjawabkan untuk menjadi fasilitator kepada pelajar Tingkatan 1-3. Mula-mula saya mengumpulkan semua perempuan, kira-kira 11orang. Kemudian saya mendapat arahan untuk menyamaratakan bilangan lelaki dan perempuan. Akur, saya pun minta kepada adik-adik tersebut, saya mahu lima orang sahaja daripada mereka.
Mereka tak mahu. “Ala..semua perempuan je la kak,”
Saya suarakan kepada yang bertanggungjawab dalam slot ini, “Diorang nak semua perempuan jugak la,”
Dalam keadaan sibuk-sibuk itu, sekali lagi saya menerima arahan, dalam satu kumpulan, mesti ada lelaki dan perempuan. Baik, pasrah saja..bertindak mengikut arahan.
Saya pergi kepada adik-adik tersebut, “Boleh tak dik, akak nak lima orang je. Sori sangat..”
Mereka seperti malas nak menjawab. Ada yang sedikit menarik muka. Saya keliru. Mereka mahu semua perempuan juga.
Tiba-tiba ada ada yang bersuara, “Biar semua perempuan lah kak.. Bukan mahram campur-campur ni,” Lebih kurang begitulah ayatnya.
Ouch! Satu tamparan buat saya. Dalam hal sekecil ini pun saya boleh keliru!
Bagus dik, berani. Bagus!
Walaupun saya ‘kakak’, tapi saya sendiri tak kuat pegangan. Dalam keadaan kelam-kabut, saya selalu bagai dibawa ribut. Memang kakak yang tak boleh dijadikan contoh.huu.
Kesimpulannya? Boleh sama-sama kita fikir sendiri.

La takunu imma’atan taqulu in ahsanan nas ahsanna, wa in zalamu, zalamna. Walakin, wathinnu anfusakum in ahsanan nas an tuhsinu wa in asa’u fala tazlimu.
“Janganlah kamu menurut tanpa meneliti, kamu berkata; Jika orang berbuat baik kami pun berbuat baik, dan jika orang berbuat zalim, kami juga berbuat zalim. Tetapi hendaklah kamu tetapkan hati dan biasakan diri kamu. Jika orang berbuat baik kamu pun berbuat baik, jika orang berbuat jahat, janganlah kamu berbuat zalim.” (Tirmizi)









izin laluan..!