cuba..cuba..dan teruskan mencuba!
Teringat pada sms terakhir seorang kawan saya, Fatimah ketika kami ada sesuatu perkara yang dibincangkan pada suatu pagi yang sangat pagi;
“No harms trying,”
Ya betul. No harms. Tapi kita mudah sangat putus asa kan?
Lebih-lebih lagi jikalau perkara yang cuba sekali akan gagal, mudah kita beralah, tak mahu mencuba buat kali kedua, apalagi yang ketiga.
Mengapa ya..mari kita nilai semula diri masing-masing.

Ayah saya selalu mendidik kami agar bersungguh-sungguh dalam mencuba. Kalau kami adik-beradik menginginkan apa-apa, sangat, sangat susah untuk mendapatkannya. Maka kami kadang-kadang prefer jumpa ibu sahaja. Lebih mudah. Akal kanak-kanak.
Ingin meminta duit kerana cikgu suruh membeli buku misalnya, aduh..sangatlah susah. Meskipun hanya dua ringgit. Di interview bagai nak buat long-term-loan dua juta. Kadang-kadang terpaksa menangis dulu, itupun tak tentu lulus juga.
Itulah ayah saya. Unik. Alhamdulillah, bila dah besar ni, banyak kesannya pada diri sendiri. Kadang-kadang bila ayah memberi nasihat, ayah akan ungkit,
“Ingat, semua benda kena usaha sungguh-sungguh. Bukan mudah nak dapat apa yang kita nak. Kena cuba banyak kali, sampai dapat. Ingat, nak minta duit sikit daripada ayah sendiri pun susah, apalagi nak meminta pada dunia yang tak kenal kita.“
Memang betul, pa!
Dan sekarang, bila dah besar ni, ayah dah tak macam tu lagi. Dah tak perlu minta, ayah yang akan beri sendiri. Dah tolak-tolak, “Takpe pa, ila ada duit lagi,”, ayah tetap hulurkan juga.
Oh, rupanya dulu-dulu kedekut tu nak ajar kami je!
Berbalik kepada mencuba, ada satu proverb Inggeris,
If at first you don’t succeed try, try and try again!
Dan kalau sesuatu yang kita cuba, letakkan niat kita seadilnya (pada tempatnya). Supaya, jikalau kita tak berjaya, tiadalah kita tergolek kesedihan, kan? Sandarkan semuanya pada Allah, percaya pada janji-janji-Nya, tidaklah kita sekecewa mana dan yakinlah akan hikmah di sebaliknya..
وَلاَ تَتَمَنَّوْاْ مَا فَضَّلَ اللّهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبُواْ وَلِلنِّسَاء نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبْنَ وَاسْأَلُواْ اللّهَ مِن فَضْلِهِ إِنَّ اللّهَ كَانَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيماً
Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. [An-Nisa', 4:32]
Dan kadang-kadang, jika kita teruskan mencuba, katakan tidak berjaya di zaman kita, mungkin di zaman generasi selepas kita. Mungkin di zaman cucu-cicit kita. Elok juga kita mencuba, kan? Kita beri manfaat kepada orang lain.
Dirujuk sirah, Rasulullah saw pernah menasihati Abu Dzar, andai kamu tahu esok kiamat, dan di tanganmu masih ada benih yang boleh ditanam, maka tanamlah.
Pelik juga, dah nak kiamat, buat apa sibuk-sibuk nak tanam benih lagi..?
Rupanya, itu satu bentuk kiasan yang Rasulullah ajar pada kita, untuk terus berbakti. Kalau bukan kita yang dapat manfaatnya, kita mendapat ’saham’nya juga untuk manfaat orang lain. Tak rugikan kita mencuba..?
Seterusnya, bagaimana pula dengan mencuba sesuatu yang baru?
Pun kita kerap kali takut juga. Takut kita terbawa idea ‘pelik’ yang orang lain tak boleh terima. Takut orang kritik. Takut tiada support.
Memang, risiko akan ada setiap kali mencuba. Tapi, bak kata Guru Accounting saya, “High Risks, High Returns”.
Kadang-kadang, kita beri cadangan(cubaan), mungkin idea kita tak begitu bernas. Tetapi, bukankah kita menjadi ‘pemula’ kepada idea-idea bernas yang lain? Walaupun mungkin idea kita ditentang ramai pihak, tetapi fikirkan pula potensi untuk mereka berfikir semula, dan mendapatkan idea yang lebih hebat daripada idea asal. Tak mahukah kita turut serta menyumbang?
Mengimbau sejarah Malaysia, ketika Dato’ Onn Jaafar mencadangkan keahlian UMNO dibuka kepada semua kaum, orang Melayu memang menentang hebat. Sampai merajuk-rajuk Dato’ Onn. Akhirnya, beliau meletak jawatan.
Kemudian, kita lihat pula, beberapa ketika selepas itu, di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman, beliau memanipulasi sedikit idea asal Dato’ Onn. UMNO bergabung dengan beberapa parti kaum lain, membentuk Parti Perikatan.

Kelihatan agak sama trend nya kan? Membuka keahlian kepada kaum bukan Melayu. Tapi, orang Melayu tak menentang sangat pun. Penerimaan juga tidak seperti yang diterima Dato’ Onn.
Secara peribadi, saya amat kagum dengan Dato’ Onn dalam hal ini. Beliaulah ‘pemula’ yang berani mencuba, mencadangkan perkara yang baru. Dikritik hebat ketika itu. Sekali pandang, beliau seperti tidak berjasa, tetapi, bukankah beliau perintis kepada kecemerlangan Parti Perikatan selepas itu, melalui idea awalnya yang langsung ditepis hebat semua orang Melayu? Mungkin juga orang Melayu tak menentang sangat sebab mereka baru ‘nampak’ kepentingan bersatu dengan kaum lain, yelah, pemimpin-pemimpin asyik mencuba je..
Dan manfaatnya? Mungkin bukan Dato’ Onn tidak mendapatnya secara langsung, tetapi, beliau telah memberi manfaat yang cukup besar kepada orang lain. Berjasa, meskipun ramai yang terlepas pandang.
Di kolej saya sendiri, antara satu usaha ‘mencuba’ perkara baru yang cukup mengharukan saya, ialah usaha kakak-kakak kami nak meramaikan jemaah subuh di surau. Saya sendiri sejak sekolah meragui ‘kempen’ mengejut subuh pagi-pagi jika sesama perempuan. Sebelum ini, saya selalu menganggap, perempuan tak beberapa sesuai diwujudkan skuad subuh. Kenapa ek? Hanya perempuan je la yang faham kot..
Kalau laki-laki, lainlah. Itu pandangan saya sebelum ni. Sejak sekolah, kalau ada yang bangkitkan idea skuad subuh untuk jemaah perempuan, saya (dan biasanya ramai lagi), menganggap cubaan itu tak beberapa praktikal.
Tapi terkejut sekali, kakak-kakak ni, yang dikepalai Kak Ajah, Kak Nurul, Kak Akma ,Kak Fatin (tak kisah kan saya letak nama ni..?) dan mungkin ada nama lain yang tertinggal- mereka berusaha sangat. Kagum.
Malam-malam, sewaktu agak ramai jemaah Maghrib dan Isya’ mereka approach sorang-sorang jemaah, ada sesiapa yang mahu mereka kejutkan, mereka boleh tolong datang ke chalet, ketuk tingkap bilik masing-masing. Ya Allah, rajinnya!
Pernah saya bertanya, dan jawapan mereka, “Kita cuba dulu, mesti ada orang yang nak. Kalau ada yang bangun tu, Alhamdulillah kan..Yang penting, kita cuba.”

Syabas kakak-kakak!
Saya sebelum ini, setakat bersama beberapa orang kawan, cuma main-main misscall antara satu sama lain je. Itupun tak sebarkan pada orang lain. Antara-antara kami sahaja lah. Tak pula ada semangat nak kembangkan usaha ini kepada orang lain. Bila ada orang yang minta, baharulah kami tolong kejutkan. Inilah contohnya, tak nak mencuba. Usaha mengejutkan orang bangun pagi-pagi ni..usaha yang sangat murni!
Hasil daripada usaha kakak-kakak ni, Alhamdulillah, sangat memberangsangkan! Kalau dulu, jemaah muslimat subuh-subuh sangatlah sedikit, purata 3-4 orang sehari, sekarang record tertinggi kami: 26 orang. Satu usaha mencuba yang sangat baik,kan? Tak tergambar kegembiraan kakak-kakak ni saya lihat, hepi bangat. Seronok mereka mengira bilangan jemaah yang kian meningkat. Alhamdulillah.
Bukankah letaknya kekuatan umat Islam itu antaranya pada solat jemaahnya? Apalagi subuh. Sejak kecil saya selalu dengar pepatah ini, dan di kolej ni makin selalu pula dengar, “Tiada apa-apa yang digerunkan musuh-musuh Islam, melainkan kekuatan subuhnya sama seperti solat jumaat.”
Semoga terus istiqamah..!
Sekali lagi, berbalik kepada tajuk asal, jangan takut mencuba, dan teruskan mencuba!
يَا أَيُّهَا الْإِنسَانُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَى رَبِّكَ كَدْحاً فَمُلَاقِيهِ
“Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).” [Al-Insyiqaaq, 84:6]






Assalamualaikum.
Tak payah cuba. Terus buat.
Apa maksud cuba?
waalaikumussalam wbt.
maksud cuba?aduh. no kamus dewan right here.
juz checked in oxford dictionary: try=to make an attempt or effort.
dalam bahasa india apa pula ek? ;p
jap2.kekeliruan di sini.
cuba, means kalau apa yg kita buat tu gagal, jgn give up, cuba lagi.
kes kedua pula, utk perkara2 baru. yg kita ada terfikir. yg mungkin rasional utk dipraktikkan. maka, jgn takut mencuba.
apa pandangan anda? sy pula konfius~
haha, saya pun tatau dalam bahasa hindi apa.
Pandangan saya?
‘Cuba’ boleh jadi takde pengertian langsung, atau ‘Cuba’ boleh jadi usaha sendiri.
Paham?
Kalau tak paham, buat ni.
1. Bangun.
2. Next, duduk.
3. Bangun lagi.
4. Sekarang, ‘CUBA’ duduk.
dapat buat?
apekah..? semakin tidak ku mengerti.
cuba yg sy maksudkan:
CUBA 1
saya nak ambil exam. sy cuba yg terbaik.
CUBA 2
saya makan dgn tangan sejak kecil. sekarang, sy cuba nak pakai sudu garfu pula.
macam mana?
salam~
bestnye ada kakak2 yang boleh tolong kejutkan
kat sini senang terbabas la subuh sekarang.. huu ;(
haha. tak paham jugak.
takpe2. senang cite, tak payah cuba, buat terus. ^^
Sebab cuba ni kadang-kadang jadi alasan untuk halang ‘kejayaan’ satu-satu usaha tu.
Contoh:
Cikgu tanya, kenapa result exam teruk?
A kata “Saya dah cuba yang terbaik cikgu”
B kata ” Saya dah buat yang terbaik cikgu”
Siapa lagi kuat usaha dia? hohoho.
salam~
kebizian melanda, maaf atas kelambatan mereply.
to kaamyl:
ish..jgn la terbabas.. setakat tergelincir xpe la.. tgelincir xsemestinya jatuh. tp terbabas? mcm bas terbabas, jatuh masuk gaung.! na’udzubillah..
bole pasang alarm kan..? ~
to alongexe:
hurm..the thing that we’re discussing about, theres no any contradictions, maybe contra distinction je kut… same je. yg penting sama matlamat!
^_^
insyaAllah! akan terus berusaha~
cuba..cuba..dan teruskan mencuba!
p/s. dah pasang alarm utk bgn pukul 3.tapi pukul 5 jugak baru celik.huu.haritu la. skarang alhamdulillah dah tak
salam.. mungkin saudari ni da tak ingat kot sy.. ye lah.. sy ni org biasa² je… dulu kita pernah bertembung di medan debat… saya pembahas asis… mmmm sbnrnya dpt link saudari ni pon dari masruddin… kami sekolej kat sini.. tu lah, saja bukak n tgk link saudari, seronok n berilmiah jugak..
Memang tak bercanggah pun. ^^
to rafizzi:
waalaikassalam.
erm..ye kot.
maaf ye..sy memang lemah dlm bab mengingat2 ni.sori2..
’sy ni org biasa je’? aduh..adeke org yg luar biasa? =)
nice, is it ok if i use this on one my posts?
yeah, sure =)
Wow , Thanks for topic , that’s great !
Invite you to my blog that get software , wallpaper , ebook …. Update daily share software , wallpaper , ebook …. Update daily…
{A budget tells us what we can’t afford, but it doesn’t keep us from buying it.|A business that makes nothing but money is a poor business.|A cardinal principle of Total Quality escapes too many managers: you cannot continuously improve interdependent systems and processes until you progressively perfect interdependent, interpersonal relationships.|About the time we can make the ends meet, somebody moves the ends.|Airline travel is hours of boredom interrupted by moments of stark terror.|All lasting business is built on friendship.|Almost all quality improvement comes via simplification of design, manufacturing… layout, processes, and procedures.|An advertising agency is 85 percent confusion and 15 percent commission.|An economist is an expert who will know tomorrow why the things he predicted yesterday didn’t happen today.|An economist’s guess is liable to be as good as anybody else’s.|And while the law of competition may be sometimes hard for the individual, it is best for the race, because it ensures the survival of the fittest in every department.|Anyone who has lost track of time when using a computer knows the propensity to dream, the urge to make dreams come true and the tendency to miss lunch.|As a small businessperson, you have no greater leverage than the truth.|Ask five economists and you’ll get five different answers – six if one went to Harvard.|Blessed is he who has found his work; let him ask no other blessedness.|Business is a combination of war and sport.|Business, more than any other occupation, is a continual dealing with the future; it is a continual calculation, an instinctive exercise in foresight.|Business, that’s easily defined – it’s other people’s money.|By working faithfully eight hours a day you may eventually get to be boss and work twelve hours a day.|Cannibals prefer those who have no spines.|Carpe per diem – seize the check.|Corporation: An ingenious device for obtaining profit without individual responsibility.|Definition of a Statistician: A man who believes figures don’t lie, but admits than under analysis some of them won’t stand up either.|Definition of Statistics: The science of producing unreliable facts from reliable figures.|Do more than is required. What is the distance between someone who achieves their goals consistently and those who spend their lives and careers merely following? The extra mile.|Do not trust people. They are capable of greatness.|Don’t gamble; take all your savings and buy some good stock and hold it till it goes up, then sell it. If it don’t go up, don’t buy it.|Don’t let your ego get too close to your position, so that if your position gets shot down, your ego doesn’t go with it.|Don’t simply retire from something; have something to retire to.|Don’t worry about people stealing your ideas. If your ideas are any good, you’ll have to ram them down people’s throats.|Economic depression cannot be cured by legislative action or executive pronouncement. Economic wounds must be healed by the action of the cells of the economic body – the producers and consumers themselves.|Effective leadership is putting first things first. Effective management is discipline, carrying it out.|Effort only fully releases its reward after a person refuses to quit.|Employees make the best dates. You don’t have to pick them up and they’re always tax-deductible.|Every day I get up and look through the Forbes list of the richest people in America. If I’m not there, I go to work.|Every few seconds it changes – up an eighth, down an eighth -it’s like playing a slot machine. I lose $20 million, I gain $20 million.|Every young man would do well to remember that all successful business stands on the foundation of morality.|Failure doesn’t mean you are a failure it just means you haven’t succeeded yet.|For a lot of people, the weekly paycheck is “take-home pay” because home is the only place they can afford to go with it.|Government in the U.S. today is a senior partner in every business in the country.}