Archive

Archive for 23 May, 2008

Teguran itu sungguh bermakna!

23 May, 2008 adiLa 12 comments

Kita selalu payah menerima teguran.

Terkadang, bila ada yang menegur, banyak jawapan kita.

“Cerminla diri sendiri sebelum tegur orang,”

“Aku bukan tak terima teguran tu, tapi kot ye pun, berhikmah la sikit..”

Entah apa yang dimaksudkan dengan berhikmah, kita sendiri pun tak begitu jelas.

Memang pada sesetengah keadaan, teguran pahit untuk ditelan, tapi siapa lagi nak tegakkan kebenaran?

Pujuklah diri sendiri, teguran itu tanda keprihatinan. Ada perkara yang tidak selesa di mata si penegur, dan kita patut bersyukur. Mata kita cuma dua, kalau baju terkoyak di belakang, kita takkan tahu melainkan ada yang sudi menegur.

Patut berterima kasih pada yang menegur kan?

Dan perlu kita akui, setiap orang lain caranya. Kalau kita terasa pada yang mengur dengan agak ‘kasar’, banyakkan bersabar.. Hikmah lebih besar, insya-Allah.

Terkenang saya pada memori di sekolah dahulu.

sekolah yang sangat banyak memori suka-duka

Pengalaman memasuki sekolah berasrama buat kali pertama, tidak saya ketahui pantang-larang asrama.

Saya tetap dengan diri sebenar. Dengan perangai gila-gila, apa saya peduli orang kata.

Pada hari pertama, ramai kawan-kawan yang berlinangan air mata berpisah dengan keluarga

, saya boleh join gelak-gelak dengan kakak-kakak. Buat bising sampai orang menjeling-jeling.

Kawan-kawan Form 1 dan kakak-kakak Form 2 kesemuanya bangun di awal pagi, ada yang sampai jam tiga pagi. Saya? Liat sekali, pukul 6.30 pagi! Mereka sebelum subuh dah bersedia di musolla, saya?

Jemaah subuh tentunya terlepas, tapi nasib baik ada jemaah yang entah imam ke berapa, bersama geng-geng yang bangun lambat juga. (Updated: eh..eh.. baru teringat. Masa orientasi mana ada bangun lewat sangat! Dalam pukul 5.30. Ni lewat-lewat ni after orientasi..huhu..kerek gile~.)

Bacaan Al-Ma’thurat dan tazkirah sebelum Maghrib, yang diwajibkan pada Form 1 dan Form 2, saya antara yang lewat.

Risau dengan keadaan saya, kakak-kakak form 2 yang kejutkan bangun pagi, dan tegur itu ini. Kata mereka, “Sebelum senior (form 5) awak yang tegur…”

Bagi saya ketika itu, saya bukannya buat salah, dah memang semulajadi saya begitu, nak buat camne,kan..? huh~

Pengalaman minggu orientasi memang banyak mengajar saya.

Biasalah budaya asrama- meskipun di sekolah agama, senioriti dan junioriti memang ketara.

Tentunya ‘gelagat’ saya yang lain daripada yang lain menyebabkan para seniors meluat. Apesal la saya ni ‘berani’ sangat..

Demi mengajar juniors agar sedar diri, saban waktu di kala orientasi, saya dihentam tak henti-henti.

“Yang mana satu Nova.. Jom kita berkenalan sikit…”

Disaksikan seluruh warga asrama puteri (aspuri), setiap kali

waktu kelolaan biro sukan sekolah, pasti saya salah seorang mangsa.

Apa sahaja permainan (yang kadang-kadang agak pelik dan tak masuk akal) mesti saya dipanggil.

Ah, perit sekali!

Kotak beracun, main kejar-kejar, buat aksi-aksi spastik, kiranya, semua aktiviti sepanjang minggu tersebut, pasti saya akan kena!

Kadang-kadang seniors pura-pura bertanya kepada para ‘penonton’ aspuri yang lain, “Kita nak panggil siapa kali ni?”

Daripada blok-blok di setiap tingkap, ramai-ramai akan menjawab, “Nova…!”

Semua orang kenal, dan dicop sebagai ‘budak paling kerek’.

Dimalukan. Dimarahi. Diherdik. Disakiti. Dijadikan bahan ketawa. Difitnah.

Entah mungkin kerana populariti’ saya yang meningkat, apa sahaja kes-kes pelik yang dilakukan pelajar Form 1, asyik saya sahaja yang difitnah. Nova bermanja-manja dengan ‘abang’ Form 4. Nova masuk toilet putera. Nova langgar seniors tak minta maaf. Nova tak beri salam. Nova itu. Nova ini. Huh, kelakar juga..

Sibuk semua orang bertanya kepada saya, “Betulke awak buat camtu..”

Ya Rabbi.. tabahkan hati ini! Mengapa aku menjadi mangsa..

Saban malam saya menangis, inikah tabiat sekolah agama..?!!!!

Aduh, memori lama..

Gambar ehsan orientasi : smaplabu.net

Walaupun perit menerima, tapi saya gagahkan jua. Tidak langsung saya mengadu pada ibu bapa. Bagi saya, itulah cabaran buat diri sendiri.

Kalau difikirkan, tindakan para seniors saya itu memang melampau. Walaupun niat mereka nak menegur, tetapi tentunya ada cara yang lebih berhikmah. Menjejak sunnah, nabi tidak pernah mengajar kita menggunakan kekasaran. Nabi suruh kita tahan marah, adalah.

Segarang-garang Umar yang syaitan pun lari dan takut padanya, apabila dengan anak-anak, Umar lembut penuh kebapaan.

Mungkin apa yang saya ceritakan tidak begitu jelas kerana saya sendiri sudah hampir lupa kisah ini.

Yang cuma dapat saya simpulkan, mereka tidak patut melayan seorang pelajar baru sebegitu!

Cuba fikirkan, bukankah itu teguran yang sangat-sangat tidak berhikmah? Bukan sekadar semasa minggu orientasi, selepas itu pun, acap kali menerima sindiran pedas para seniors.

Tapi hari demi hari..

Alhamdulillah, saya sangat-sangat bersyukur, walaupun sangat kasar perilaku mereka ketika itu, tetapi jasa mereka sebenarnya sangat besar. Walaupun budaya ini sebenarnya tidak selaras dengan syariat agama, tetapi saya meredhakan segala-galanya.

Kalau nak ikutkan, memang mereka memberi teguran yang sangat-sangat tidak berhikmah, tetapi bagi saya kemudian, sangat-sangat banyak hikmah pula di sebaliknya!

Sedikit demi sedikit saya cuba meperbaiki diri. Saya tidak berdendam, saya belajar daripada kisah silam.

kawan-kawan yang banyak berjasa

Puan Rahayu Kandar, guru disiplin di sekolah, tiba-tiba sahaja ketika Hari Guru, memohon maaf kepada saya. “Banyak cikgu dengar cerita pasal awak sebelum ni. Maaflah untuk apa-apa yang dah tercakap-cakap kat belakang..Tapi cikgu tengok awak baik je..”

Tersengih-sengih saya mendengarnya. Sampai ke telinga guru disiplin juga rupanya!

Kakak-kakak pun ramai minta maaf di hujung tahun, “Sori ye nova. Akak pun tak tau kenapa asyik awak yang kena. Padahal awak tak buat apa-apa pun,”

Agak betul juga. Saya cek-cek balik, saya tak buat apa-apa pun kesilapan besar ketika itu. Cuma bangun lewat dan bising je.. dan mungkin saya banyak cakap lepas tak berlapik sikit..Yang lewat bacaan Ma’thurat tu pula, sebab ada hal.

Ada yang kata, “Awak kena macam-macam tu sebab nama awak la.. Orang semua teringin nak kenal dengan Nova Adila. Tu je..” haha. tak kisahlah..

Eh, cerita terlari sikit.

Takpelah, pengajaran di sebaliknya, setiap perkara pun banyak hikmahnya.. Tak perlu anti-teguran. Biarlah dalam bentuk apa pun, sekeras apa pun mereka. Terima seadanya, pasti besar ertinya.

Kalau memang ada silap kita, terima, dan perbaiki. Kalau tak betul teguran mereka, anggap sebagai angin lalu saja.. mungkin teguran untuk masa akan datang.

Saya fikir, kalau saya rebell dan tidak menerima teguran ketika itu, tentunya selama-lamanya saya tidak berubah. Tentu sampai sekarang saya bangun lewat. Tentu tak terkejar solat jemaah. Tentu sampai sekarang saya kuat gelak, bising di sana-sini. (mungkin sekarang dah bising balik, sebab dah jarang ditegur =)

Dan juga, tak perlu takut difitnah dicela. Yakinlah, yang benar memang akan tertegak. Alahai..
tak hidup kita dek puji, tak mati kita dek keji.

“Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” [Al-Maidah, 5:54]

Memang hati terluka juga kadang-kadang bila ditegur, lebih-lebih lagi kalau yang kasar tu.. Tapi, kalau luka boleh sembuh, tapi bolehkah perangai kita ‘sembuh’ kalau kita sendiri tak sedar? Kan elok ada yang sudi sedarkan?

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ

Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.” [Adz-Dzariat, 51:55]
**bermula ketika saya Form 5, terbocor entah bagaimana, sampai ke pengetahuan pengetua dan beliau mem’brainwash’ seniors agar menghapuskan tradisi ‘keras’ kepada adik-adik pada minggu orientasi. Alhamdulillah.. Saya sendiri tak tahan sebak setiap kali orientasi melihat adik-adik kena dan ‘ketakutan’..
Tapi makin selalu pula dapat report sekarang ni, “Adik-adik pijak kepala laa kak,..” Haih.. Di mana silapnya!

p/s: diharapkan anda membaca bahagian komen juga. tq

Categories: islah nafsiy