Menundukkan Pandangan
Kira-kira jam 7.45 pagi,dalam perjalanan menuju ke chalet.
Semasa melewati tangga berdekatan dengan Kg. Seberang, tak semena-mena accident—-jatuh !
Itulah, mata meliar lagi!
Sebenarnya, teringat ajakan Kak Ajah pagi tadi, “Jom main basketball..”
Maka mengintai-intai court basketball sambil berjalan. Mana tahu Kak Ajah and The Gang ada di sana lagi. Erm, memang ada orang yang sedang main, tapi disebabkan rabun jauh yang semakin melampau, tak boleh bezakan lelaki ataupun perempuan.. Jadi, tengok lama-lama..dan jatuh akibatnya! Mujur saja tak menjerit!
Adakah peristiwa ini tergolong dalam tidak menundukkan pandangan..? => (mungkin juga kan..~)
Bila dah dapat kesan orang tu tak pakai tudung, sah-sahlah lelaki! Lagipun, Kak Ajah kan pakai tudung..aduhai..
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menundukkan pandangannya…” [An-Nur, 24:31]
Selalu sangat, bila berjalan menundukkan pandangan, ramai yang akan mengusik, “Hati-hati cik adik, terlanggar tiang nanti..“
Tapi, realiti sebenar, sepanjang jalan tunduk, tak pernah pun apa-apa terjadi. Alhamdulillah. Tiang ke, orang ke, tak pula terlanggar.
Tapi kalau mata ni meliar, macam-macam musibah melanda. Jatuhla, terlanggar orang la, kalau kat DH pula, kadang-kadang terpelanting lauk!
Apa lagi nak dipertikai dengan firman-firman-Nya.. Hanya Dia Maha Tahu di setiap perintah-Nya.
إِنِّي أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُون
“Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. [Al-Baqarah, 2:30]
Mungkin Allah nak tunjuk, jagalah matamu, wahai hamba..
Marilah sama-sama kita menjejak sunnah. Diriwayatkan, Rasulullah berjalan dengan agak laju dan menundukkan pandangan (agak tunduk sedikit).
Belajarlah daripada kesilapan. Mungkin itu hikmahnya diri ini rabun!
~kan tak pasal-pasal kena solat duduk!






izin laluan..!