Makan-makan
Hurm..kenapa kita tak makan nasi kosong begitu saja?
Antara jawapan popular :
“Gizi tak seimbang”
“Tak sedapla..tawar jek.”
Saya sendiri, makan lauk lagi banyak daripada nasi sebenarnnya ..;)
Nak juga ada tambahan. Sebagai penyeri dalam pinggan tu. Tak lengkap la takde lauk.Pastu, selain nasi dan lauk, nak desert juga.
Baru berselera nak makan.
Ok, mari kita kiaskan makan nasi dengan solat kita.
Solat kita..ada tambahan tak?
Ke..kita solat ‘kosong’ juga?
Lepas solat terus cabut?
Tapi, ‘tambahan’ lain? ‘Penyeri’ lain?
Kita tak nak solat sunat ke?
Kalau makanan perut boleh ada tambahan, kenapa tidak makanan jiwa (solat) ??
Kalau makan nasi kosong tak sedap, solat ‘kosong’…sedap ke??
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”
[Al-Baqarah, 2 : 45]

Sedangkan nabi yang dah dijamin syurga pecah-pecah tumitnya kerana ibadahnya, apatah lagi kita yang sangat jauh ni…







izin laluan..!